Petang semalam ketika saya tamatkan kelaparan perut, saya menerima panggilan daripada salah seorang kawan baik saya zaman persekolahan. Kawan saya ini seusia dengan saya. Beliau bukanlah kawan sekampung saya. Kami bersekolah sama walaupun berlainan kampung.
Kini dia menetap di daerah lain mengikuti isterinya yang bekerja sebagai guru.

Kami berbual panjang sebab saya ada banyak masa pada masa tersebut. Biasanya saya tidak layan sangat kawan-kawan kalau sibuk (terutama kawan yang sudah berkawin). Kawan saya ini seusia dengan saya. Kami hanya berbual kisah-kisah lalu.
Kawan baik zaman persekolahan, sukar dilupakan. Saya rasa pembaca blog saya bersetuju dengan pendapat saya sambil tersenyum mengingatkan mereka. Maksud kawan baik adalah kawan yang menerima kita seadanya. Kawan yang sekepala dengan kita. Bukan kawan yang memandang serong akan kelemahan dan kekurangan atau keburukan kita.
Ada kawan baik best, apa sahaja yang kita mahu kawan kita akan cuba jayakannya, he he he.
Kisah-kisah lama jadi kenangan, banyak kisah lucu antara kami. Kami ketawa bila mengingatinya. Terutama kisah kami di halau sebab mandi berbogel di tali air, he he he. Berbogel juga kami lari ke arah pakaian di motor dan terus cabut. Masa tu kami nakal sangat, umur baru 17 tahun.
Sekarang kalau dibayar berpuluh ribu (dalam RM) pun saya tidak akan berbogel lagi).
(Sumpah saya tidak akan berbogel lagi. Kali terakhir saya berbogel semasa belajar di UM dulu semasa mandi laut di Pulau Redang. Umur awal 20an. Kini saya rasa bentuk badan, pemikiran saya sudah berubah. Lagipun berbogel bukan budaya kita. Lebih baik kita berubah dari tak baik kepada baik pada penghujugnya (penghujung hidup kita), berbanding sebaliknya...Haaa).
Kami juga saling ponteng sekolah, melompat pagar sekolah, naik motor laju-laju masuk sungai, merokok dan melihat sesuatu yang tidak senonoh.... Akhirnya kami sama-sama lingkup dengan cemerlang dalam SPM. Selepas itu hanya saya yang meneruskan pelajaran ke tingkatan 6.
Dalam berbual dia tersebut satu nama budak perempuan yang dia beritahu saya sangat minati. Saya pula sebenarnya tidak minat langsung budak perempuan itu. Sengaja saya pilih satu budak perempuan yang pendiam dan berpura-pura ada hubungan dengannya. Motifnya jelas, saya mahu saya dilihat saya ada pasaran. Teruk saya kan? He he he. (rupanya sampai sekarang tiada pasaran, hehehe)
Masa berganti masa, kehidupan saya teruskan... saya juga banyak berubah melalui masa. Namun mengingati kisah lama menimbulkan rasa mengenali diri yang sebenarnya, juga menimbulkan semangat baru untuk saya. Semangat yang menyatakan pada tahap berapa pun umur kita, walau di mana kita berada dan siapa di sekeliling kita, kita buatlah yang terbaik dengan kadar tidak menyeksakan diri kerana?
Kerana pada sautu hari nanti bila umur saya dah 80 tahun, saya akan mengingati saya dan kawan-kawan semasa umur saya 40an... Haaa..
Jan: Semoga kawan saya tersebut selalu berbahagia.

2 comments:
Seorang kawan baik best, selalu cuba menjayakan apa yang kita mahu..
Itu kawan encik pensyarah yang bernama adnan tu kan...
ya betul, he he he
Post a Comment