Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, August 30, 2013

Ekonomi pengetahuan untuk semua orang



1. Saya berpendapat sama ada kita tok iman, penjual unta atau pelacur jalanan, kita harus memahami ekonomi. Sama ada kita penyanyi biasa, penyanyi perasan luarbiasa atau memang luarbiasa, kita hrus memahami ekonomi. Begitu juga guru atau pensyarah bukan mata pelajaran ekonomi juga harus memahami ekonomi.

2. Pendek kata asas ekonomi harus difahami oleh semua golongan.

3. Ekonomi adalah dengan kata yang ringkas merujuk kepada pengagihan sumber yang terhad. Sumber-sumber yang mahu dimaksimakan demi keperluan hidup. Maka semua orang terlibat. Tidak boleh lari sebab mulut kena disuap.

4. Ekonomi tidak semata merujuk kepada aktiviti dan perilaku ekonomi yang berskala besar. Kita rujuk kepada diri sendiri sajalah. Bagaimana diri kita mengagihkan sumber yang terhad itu untuk mencapai kebaikan. (perlu diingat, bukan kenikmatan dan kesenangan, haaaa).

5. Orang dahulu jika disebut ekonomi, mereka akan fokus kepada `wajib jimat-cermat'. Ada betulnya kerana dalam ekonomi ada konsep menabung. Ada konsep keluar masuk wang.

6. Sebenarnya saya malu untuk menulis hal ekonomi sebab saya pun tidak berilmu sangat. Tetapi sebagai tanggungjawab sosial terhadap ilmu ekonomi yang saya ada, sekali sekala saya paparkan juga selalu mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan ekonomi.

7. Sebab saya percaya setiap orang harus ada asas ilmu ekonomi.


Jan: Ekonomi mudah, kita yang payah! He he he.

Thursday, August 29, 2013

Amanat ayah...

Ayah saya berpesan, kalau dia meninggal terlebih dahulu daripada mak saya, ayah mahu anak-anak bawa mak balik bersama kami.

"Jangan tinggal mak seorang diri..." Kata ayah saya.

Saya rasa sedih mendengar kata-kata ayah. Hampir berkaca mata saya kesedihan. Namun saya tidak menampakan kesedihan di wajah saya. Ayah tidak gemar memaparkan perasaannya. Mungkin sudah terasuh secara tidak langsung dan langsung...saya juga tidak pandai pamirkan perasaan.

Saya tersengeh jea mendengar kata-kata ayah saya. Dalam hati rasa tajam sangat.

Tentu kami akan berebut untuk ambil hak penjagaan mak untuk tinggal bersama. Saya telah membuat keputusan dalam hati dan dalam diam-diam. Saya akan pelihara mak saya. Bukan kerana saya mahu mak saya temani saya tetapi saya beranggapan saya akan menjaga mak lebih baik berbanding adik beradik lain. 

Saya tidak perasan.

Jan: Dan saya tahu mak akan memilih saya...

Saya dan khutbah jumaat yang lalu

Boleh dikatakan hampir setiap hari jumaat saya ke masjid untuk sembahyang jumaat. Namun entah kenapa sepanjang tahun ini khutbah jumaat pada minggu lalu semakin tidak menarik perhatian saya. Adakah saya semakin jahanam?

Bunyinya tenggelam timbul dan kedengaran suara agak mendatar. Saya hampir terlelap, saya malu kalau terlelap (walaupun saya nampak seseorang yang saya kenali dan kagumi sedang lena!).

Apabila hari jumaat dan hampir dengan waktu sembahyang jumaat, saya tidak terus ke masjid. Saya akan balik ke rumah saya dahulu. Tengahari kalau terlalu panas saya akan mandi dan pakai baju lain ke masjid, namun ia bukanlah baju Melayu.

Saya balik dahulu, kemudiannya kawan saya akan datang ke rumah saya membawa saya ke masjid dengan kereta saya. Kenapa kawan saya yang bawa saya ke masjid? Jawapannya mudah, dahulu semasa baru pandai pandu kereta saya tidak mahu langgar kereta orang. Lepas sembahyang jumaat kami makan dengan Adnan. (sekarang kawan saya Adnan telah membeli kereta baru yang cantik)

Namun itu bukanlah hal pokok penyulisan saya, penulisan saya hal mengenai khutbah masjid tersebut yang membosankan. Saya beritahu kawan saya yang agak islamik, dia beritahu:

"Banyak syaitan dalam otak kau Man" Kata kawan saya panjang lebar dengan yakin sekali. Katanya rasa bosan tersebut adalah hasutan iblis dan sebagainya. Saya diam jea bersetuju.

Saya tanya pula seorang kawan lain. Dia tidaklah ala ala islamik, dia beritahu:

"Orang macam kau ni Man sentiasa perlukan sesuatu yang menarik baru boleh `masyuk'. Kalu isu semasa Tsunami ke, anak derhaka ke baru kau suka. Kalau ada slide warna warni lagi kau khusuk" Kata kawan saya yang pernah la ajak saya ke Pub semasa kami ke KL dulu...

Jan: ya tak yea jugak, kalau ada slide lebih ok... Tak salah kan?

Wednesday, August 28, 2013

Kisah cinta saya difilemkan?

Kisah cinta saya? Saya nak tergelak bila memikirnya dan selepas tergelak biasanya airmata saya menitis. Syahdu. Saya amat meminati Rosyam Noor. Kalau kisah cinta saya difilemkan, saya mahu dia bawak watak saya.

Bukan mudah hidup sebagai saya, dalam setiap saat saya boleh ada tiga perasaan!

Babak meraung dalam hujan akan menjadi babak yang paling tension dan dramatik dalam sejarah dunia perfileman Melayu. Ia iakan menjadi antara babak-babak yang akan diingati dalam dunia perfileman Melayu. Ia mungkin mengatasi ingatan penonton Malaysia pada babak Tan Sri P Ramlee menangis di kubur orang lain dalam filem `Ibu mertuaku'. 

Filem kisah cinta saya akan membuatkan filem-filem percintaan lain kelihatan begitu amatur dan murahan. Saya minta maaf ianya terjadi begitu...bukan niat asal saya untuk menunjukan filem saya paling bagus kerana ianya sebuah kisah cinta yang agung..

 Saya sendiri akan mengarahkan filem tersebut. saya tidak percaya pengarah filem Malaysia!

Filem saya ini akan menghadiri pesta filem antarabangsa di Cannes....

Saya akan berjalan di `red carpet' dengan pakaian baju Melayu'. Lihatlah dunia!


Jan: Saya dah mula berfantasi... hehehe.




Tuesday, August 27, 2013

The `Notebook’, air mata dan kisah cinta saya….*



Saya tidak percaya yang cinta sejati pasti akan membawa kita ke jinjang pelamin. Saya juga percaya berkahwin dan beranak pinak bukannya bukti kita memiliki cinta sejati dalam hidup kita. Banyak bukti juga memperlihatkan cinta yang tak sejati dan murahan juga membawa manusia ke pelamin. Ya, banyak perkara yang membawa kita kejinjang pelamin termasuk `kita kena kahwin sebab orang lain kahwin’ atau `hidup sorang tidak normal’ (hanya memaparkan beberapa sebab).

Sehingga ke hari ini saya masih lagi mengingati kata-kata Lokman Hakim (bekasrakan serumah saya) di Pekan. Beliau berkata `banyak cinta sejati yang tidak sampai ke jinjang pelamin, ia akan kekal di hati…” Syahdu kan?

Sambil makan rojak, saya menangis sedih semasa menonton  filem The `Notebook’ di kaca televisyen. Air mata masin saya yang bercampur dengan Nutrimatics Skin Clean (cleasing milk with sesame oil) di wajah saya memedihkan mata saya. Namun saya menangis juga sambil sekali sekala menyuap rojak yang saya beli khas untuk berbuka puasa… Saya beli dekat kedai tepi cabang masjid. Dekat cabang jalan, susahnya nak pakir kereta...

Realiti masa kini, cerita cinta kasih sayang sebegitu itu hampir menjadi dongeng atau mitos. Adakah kasih sayang sebegitu besar? Cerita-cerita seperti Nang Nak, Titanic dan The Notebook antara cerita cinta yang luar biasa. Tentulah cinta sejati dan luarbiasa amatlah jaraaaaang sehingga kalau ada terus dibuat filem gitu.  Haaa…pernah terfikir tak.

Pernah terfikir tak kisah cinta kita boleh dibuat filem? Jangan harap kan? He he he.

Saya tidak suka menonton cerita cinta. Kerana kebanyakan cerita cinta yang dihasilkan tidak menceritakan cinta kasih sayang pada tahap yang gaban. Cerita cinta yang sangat typical atau biasa-biasa sahaja. Namun cerita cinta seperti Nang Nak, Titanic dan The Notebook saya menontonnya atas cadangan kawan dan pelajar saya. 

Contohnya pelajar saya yang di USM menyuruh saya melihat filem Nang Nak. Kata beliau cerita itu menyeramkan. Namun saya menitiskan air mata apabila melihat besarnya kuasa kasih sayang. Cinta tidak akan mati.

Titanic adalah cerita cinta yang tak sampai… dan membuktikan cinta tidak akan tua. Tiada saat, hari dalam cinta… Waktu jadi luntur dan tak berkuasa...Wah syahdunya.

The Notebook sangat sangat menentang arus. Tidak semua lelaki sama. Ada lelaki yang jujur walaupun payah untuk dicari bak mencari bara dalam air atau mencari remaja tanpa handpone. Kisah cinta ini membenarkan rangkap kata `sehidup dan semati’. Sayangnya ia bukan sebuah filem Melayu. Filem Melayu pula jika dihasilkan dalam bentuk cinta akan jadi cinta murahan dan cinta geli-geli… Huh!

Mengapakah engkau jua yang kuteringat di kala malam…?

Kalau boleh saya mahu memilemkan kisah cinta saya...(pulak dah...!) Tentu ia akan sangat terkesan…(perasan betul saya kan?). Cerita filem saya akan membuktikan adanya cinta sejati dan kerinduan yang dalam akhirnya membawa maut...

Masih segar dalam ingatan saya pertama kali mata saya melihatnya. Dia sedang menyusun buku. Pertama kali melihatnya saya terus berkata `tiada apa yang istimewa’… dan seperti kisah-kisah cinta lain kami akhirnya jatuh cinta… (saya mengambil masa dua tahun untuk jatuh cinta kepadanya, dan dia sabar menunggu saya…) kami amat mengasihani… namun ia adalah sebuah kisah cinta yang tidak sampai. Kali terakhir saya melihat ke dalam kelopak matanya, saya melihat kasih sayang yang besar bukan lagi untuk saya... dan hari berganti hari, minggu berganti minggu bulan berganti bulan tahun berganti tahun… tiadak ada sehari pun dalam hidup saya dimana saya lupakannya. Demi allah.

Saya adalah bukti. Bukti cinta dan kasih sayang sejati....masih wujud!


Jan: Penulisan ini dilahirkan dari perasaan seorang pemuda yang sedang menitiskan air mata…. Waaaa....


Saya boikot akhbar Utusan Malaysia!

Seperti kebanyakan ahli keluarga saya, saya adalah pembaca setia akhbar Utusan Malaysia. Sejak saya mula mengenal huruf dan mula pandai membaca, akhbar Utusan Malaysialah akhbar yang saya baca. Malah ketika saya masih merangkak-rangkak belajar membaca, akhbar itulah yang disuruh baca oleh ayah.  Saya masih lagi ingat biasanya ayah menyuruh saya membaca akhbar sebaik sahaja beliau pulang dari kerja. Ayah saya suruh saya mengeja dan membaca Utusan Malaysia sebagi latihan membaca saya. Ayah duduk di kerusi mendengar dan memerhati…

Setelah saya menerangkan hal tersebut kepada seorang kawan, beliau bertanya “Habis tu mengapa di dalam blog saya tiada link kepada akhbar Utusan Malaysia?

Ya, dalam blog saya hanya ada link untuk Berita Harian. Saya terus menerangkan sebab musababnya. Dan beliau mahu saya tuliskan sebab tersebut  di dalam blog tersebut. Saya berjanji saya akan menulisnya suatu hari. Dan suatu hari ke suatu hari saya menangguh penulisan tersebut. Sedar tidak sedar ianya telah melewati dua tahun!.

Tahun ini genap 50 tahun usia akhbar Utusan Malaysia. Saya berdoa agar akhbar ini akan terus panjang umur dan murah rezeki. Jika kita amati sejarah dan perjuangan akhbar ini bermula dari awal-awal penerbitannya, kita mungkin mengalirkan air mata… Perjuangan bangsa Melayu yang tiada titik nokhtahnya.

Akhbar ini ada bersama saya di dalam saya susah dan senang sehinggalah pada suatu hari saya telah berubah fikiran. Saya bertindak memboikot akhbar tersebut dalam ruangan pembacaan hidup saya. Saya dapati dan berfikiran akhbar ini tidak memaparkan liputan yang adil kepada penyanyi kesayangan saya. Cara penulisan dan paparan berita sangat menguriskan hati saya seolah-olah penyanyi kesayangan saya tersebut tidak pernah berjasa.

Saya sangat tidak selesa apabila penyanyi kesayangan saya diheret turun naik mahkamah seolah seorang penjenayah. Dan saya juga merasakan sebilangan wartawan hiburan di akhbar tersebut juga tidak adil dalam memaparkah berita-berita mengenai penyanyi kesayangan saya tersebut. Hati saya sangat terluka.

Saya hendak tergelak apabila hanya kerana seorang wartawan menggelarkan seorang penyanyi sebagai penyanyi nombor satu, semua wartawan lain turut terikut. Semua akhbar lain turut terikut-ikut dengan gelaran tersebut. Saya juga boleh menggelarkan penyanyi kesayangan saya sebagai penyanyi nombor satu dunia. Siapa boleh menyanyi lagi Melayu, Inggeris dan Arab dengan baik sekali? Siapa? Hanya ada seorang sahaja yang telah membuktikannya.

Namun itu cerita lama. Pada masa saya membina blog saya tersebut, saya masih lagi memboikot akhbar tersebut maka saya tidak link kepada akhbar tersebut. Ada kawan saya kata “Orang lain boikot Utusan Malaysia kerana factor politik tetapi awak kerana factor patah hati, he he he”. Namun selepas kes itu selesai dan Utusan Malaysia memaparkan berita mereka telah berbaik, terus saya kembali setia menjadi pelanggan akhbar Utusan Malaysia. 

Saya merasa sangat bahagia apabila melihat penyanyi nombor satu dunia dan penyanyi nombor satu negara bergambar bersama sambil berpelukan. Alhamdulilah.

Kawan saya kata saya pelik.  Saya terus beritahu dia “dalam soal hati dan perasaan, tiada peliknya…”


Jan: Semoga penyanyi kesayangan saya ini sentiasa sihat, panjang umur, murah rezeki dan di bawah lindungan allah selalu…

Pengasuh elektronik pulak dah!!!

Apabila kita melihat imej durian di dalam gambar, kita tidak akan dapat merasai ketajaman durinya, menikmati rasanya dan hidung kita tidak dapat menghidu bau durian tersebut. Dan rasa ketajaman, keenakan dan deria bau kita adalah kehidupan! Maksud saya ia adalah gambaran sebenar kehidupan. Ia berbeza dengan melihat imej dalam bentuk gambar.

Menurut satu kajian yang telah dilakukan 77% ibubapa membelikan tablet atau ipad kepada anak-anak adalah kerana alasan untuk mengembangkan kreativiti. Mungkin mereka beranggapan tablet membantu pembesaran anak-anak. Betulkan tanggapan mereka ini?

Hasilkajian juga menunjukan penggunaan tablet untuk anak-anak menyebabkan mereka mengalami kesukaran dalam pengembangan psikologi dan fizikal. Malah kesukaran untuk memberikan perhatian. Tidak fokus. Haaa.

Kesimpulannya minda kanak-kanak diasuh secara terus oleh tablet-tablet tersebut secara berterusan.

Maka saya menentang keras hasrat adik perempuan saya membelikan ipad atau tablet untuk anak-anaknya. Saya mempunyai pendapat yang tegas dalam hal ini. Biarlah mereka melalui kehidupan yang normal. Biar mereka meneroka dunia yang luas ini dengan cara semulajadi. Bukan tidak boleh beripad atau bertablet, tetapi mampukan kita sebagai ibubapa menerapkan nilai positif ke atas penggunannya.

Cakap memanglah senang, tetapi berupayakah kita mengawal penggunaannya apabila berada di tangan anak-anak kita? 

Tak mahulah nanti kita belikan ipad atau tablet semata-mata mahu anak-anak kita ralit dan asyik, dan tidak menganggu kita. Haaa... Dan kalau umur anak-anak kita di bawah empat tahun, adakah bijak kita menghadiahkan ipad kepada mereka? Haaa...lagi.

Kononnya dengan ada ipad anak-anak akan lebih kreatif dan bijak. Saya nak tergelak dengan `konon-konon' sebegini... Atau sebenarnya mereka mahu anak-anak mereka tidak ganggu mereka? Maklumlah balik kerja dekat pukul tujuh petang. Balik letih pula. He he he. tetapi memanglah betul ada pembelajaran yang menarik di dalam ipad. Tetapi aci kerat jari mereka yang mentah itu akan fokus kepada `games' 24 jam. kita tidak payahlah hipokrit kerana nak menyedapkan hati kita.

Yang merosakan anak kita rupanya kita jugak kan? Yang merosakan orang islam, orang islam jugak kan? Yang merosakan negara kita warganegara kita jugak kan? yang membuat hati seorang perempuan sakit, perempuan jugak sebenarnya kan? Haaa...

Katalah saya ni ketinggalan zaman pun, katalah saya ni old skol pun. Tapi mendedahkan anak-anak kepada alatan ini terlalu awal akan menyebabkan perkembangan minda dan perilaku lebih banyak buruk daripada baiknya. Apatah lagi jika kita gagal memantaunya. Dan adakah kita ada masa untuk memantaunya? Sedangkan kita selalu balik lewat dari kerja? Haaa.... Jawablah dengan ikhlas jangan semata-mata Kak Tom beli untuk anak-anaknya, kita ikut juga.

Hendak lari daripada teknologi bukanlah sesuatu yang bijak. Saya memahami keperluan teknologi. Saya sokong dan setuju anak-anak dididik melalui keperluan zaman dan bergajet. Tentulah penggunaan ipad ini ada baiknya. Masalahnya kita dapatkah kita melakukan tindakan atau pengawalan? Dapatkah ipad tersebut membantu perkembangan anak-anak kita? Dan kita `kenal' tak anak-anak kita tu jenis macam mana?.

Saya terkejut cipan apabila melihat anak kawan saya berguling di atas simen macam kera kena rasuk apabila ibunya mengambil ipad daripadanya. Budak berumur empat tahun tersebut memberontak seolah hilang akal. Maknya juga beritahu saya yang anaknya sekarang kurang bersosial dengan adik beradik lain, tidak fokus bila dia bercakap dan pantang kalau adik-adik nak pinjam ipodnya. Terus mereka berbalah dengan ganasnya.

"Apa akak nak buat Man?" Tanya kawan saya yang anaknya itu semakin menyendiri dengan ipad.

"Akak beli la lagi sorang satu, habis cerita" jawab saya sinis.

Jan: He he he.



Monday, August 26, 2013

Dasar kapitalis dalam dunia perfileman Malaysia

Selain daripada membaca buku, saya juga suka ke pawagam. Kalau tidak sibuk saya akan ke panggung, selebihnya saya menontonnya di teleyisen. Sukar untuk saya terangkan kenapa filem penting dalam hidup saya.

Kepada saya filem bukan sekadar hiburan Ia mempunyai pelbagai fungsi yang lebih penting dan terkesan. Filem boleh menjadi satu rakaman sosial kehidupan masyarakat kita masa kini pada 100 tahun akan datang, ia juga tentang kebudayaan, perpaduan dan yang lebih penting berfungsi memberi mesej agar ia berjaya membentuk minda masyarakat. Namun fungsi filem di negara Malaysia amat terbatas sekali. Selamat datang ke Malaysia.

Kita ada FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia). Dan tentulah kemajuan tersebut juga dari segi pemikiran dan ketamaduanan, bukan sekadar buat filem laris macam David Teoh (sekarang) atau Yusuf Haslam (suatu waktu dulu). 

Maaf cakaplah FINAS gagal dalam memberi warna-warna lain fungsi filem selain warna hiburan. Namun menyalahkan FINAS 100% adalah suatu perbuatan yang bukan sahaja tidak bijak tetapi juga tidak adil. Kelahiran filem yang tidak dibangunkan dengan asas pemikiran yang baik tentulah tidak ada nilai, kecuali nilai hiburan kosong. Saya yakin FINAS menyedari isu ini.

Dasar kapitalis dalam dunia perfileman Malaysia terus wujud dan bercambah sejak zaman perfileman era Tan Sri P Ramlee. Bezanya pada zaman tersebut hiburan bukanlah hambatan total atau cerita hiburan yang tak bermesej seperti apa yang berlaku pada hari ini. Pada masa ini ia lebih kepada keuntungan (memaksimakan untung dengan meminimakan taraf fikiran rakyat yang memang berada pada tahap kritikal gaban rendahnya). Hasilnya memang berjaya mengait keuntungan dan menanam satu tanggapan buruk kepada otak kita. Tanggapan filem adalah alat hiburan semata-mata...

Bila filem hanya menjadi alat hiburan semata-mata siapa yang rugi? siapa yang membayar liabilitinya 50 tahun akan datang?

Jan: Haaaa...








Friday, August 23, 2013

Mengapa kita kena memasak?

Ramai juga kawan-kawan perempuan saya bertanya "Kenapa laaa hidup ini mesti memasak? Termasuklah adik perempuan saya yang baru-baru ini menghantar pesanan ringkas menanyakan hal tersebut. Bertanyakan "Kenapa harus memasak?".

Aktiviti memasak adalah satu aktiviti yang menarik, namun jika dilakukan setiap hari tentulah ianya adakalanya meletihkan dan membebankan. Dan tidak semua orang boleh membahagikan masa untuk memasak. Maklumlah pukul berapa baru balik kerja? Selamat datang ke Malaysia.

Saya kembalikan persoalan memasak ini terhadap diri saya. Kini saya jarang sangat memasak, tetapi saya memasak bila saya rasa nak memasak. Saya memasak jika saya rasa nak makan sesuatu masakan dan saya memasak kerana nak berlakon. Maksud saya kononnya ada rakaman yang merakam kerja masak saya. Saya guna segala Teafel dan pinggang mangkuk Korell saya. Termasuk Vision jugak.  Selamat datang ke dunia saya.

Jawapan yang saya boleh terima ialah memang kita kena memasak sebab harga makanan adalah mahal, dan  makanan yang kita beli tidak terjamin kebersihan dan khasiatnya. Haaa.

Namun atas tuntutan waktu, kita beli jugak kan? Haaa (Haaa... sekali lagi). Kita sibuk maka kita `membayar' kesibukan tersebut dengan membeli makanan. Saya bukan nak mengata masyarakat, saya sendiri juga membeli makanan atau makan dikedai.

Bagi surirumah pula tentulah memasak adalah kewajipan yang tidak wajib yang menjadi kewajipan. Haaa.... Bila sama-sama balik dari kerja, sama-sama letih, sama-sama bersusah payah belajar di universiti...yang pastinya si isterilah yang akan tetap ke dapur walaupun baru balik kerja. Sebab itulah tak patut kera sangat kalau suami siap kompling bila masakan isteri tak sedap. Kecil hati dia bro.

Ya, dalam bab ini kita sebagai suri rumah akan memasak sampai mati. Terutama isteri-isteri yang mahu suaminya makan dari hasil air tangannya sendiri. Kita akan memasak, memasak dan memasak.

Dan apabila semakin tua, semakin cerewetlah masakan kita. Ketika ini pulak kita mula la peka terhadap kesihatan. Kita lihat ajinamoto seolah kita ngeri melihat lipas. Sayur mayur pun kita basuh dengan sabun dan rendam lama sebab nak buang racun. Kita mula peka setelah lama pekak.

Jan: Kita akan terus memasak...

X:  you nak makan apa i masak
Y: i nak makan you...he he he

Thursday, August 22, 2013

Kisah Nazri dan anaknya



Sebenarnya tidak ada undang-undang dalam dunia ni yang boleh menyekat seseorang bapa menggunakan anaknya sebagai pembantu kerja dalam perjalanan kerjayanya. Begitu juga perihal anak melantik bapanya. Apatah lagi duit upah/gaji anak tersebut diambil dari gaji/pendapatannya sendiri.

Tetapi keadaan budaya dan minda penghakiman rakyat kita lain. Prasangka buruk dari orang ramai akan memuncak. Persepsi maha penting. Selamat datang ke Malaysia

Saya yang tak kawin-kawin ni pun jenuh menepis anggapan negatif orang ramai di sekeliling. Padahal saya yang tak kawin ni bukanlah ngorat isteri orang, `main' dengan orang gaji, dera anak atau `selak' kain anak sendiri, atau belasah bini.Atau balik lewat dari kerja. Haaa... Tetapi persepsi orang terhadap orang tidak kawin tetap buruk. Saya tak redha dunia akhirat.

Kita kembali kepada tajuk posting. (bimbang nanti jadi posting hal saya pulak, he he he). Tetapi saya bukan orang politik. Tahap penjahanaman persepsi ke atas saya bersifat mini domestik tetapi Nazri orang politik. Maka semakin meneballah persepsi orang ramai terhadapnya. Dan perkara ini tidak boleh di pandang ringan jika merujuk kepada kepala otak jenis rakyat Malaysia ni. Haaa... Kepala otak parti pembangkang apatah lagi. Kan?

Sepatutnya jangan laaaaaa buat sesuatu tindakan yang menberi liabiliti atau persepsi yang buruk kepada parti. Janganlah membongkakkan diri. Walaupun rakyat mungkin tak tahu apa sangat apa yang berlaku tetapi mereka mengundi atas persepsi. Itu keyakinan saya.

Pada pendapat saya kemerosotan UMNO dan BN adalah dari segi persepsilah. Banyak jasa dan budi UMNO dan BN, ianya fakta yang tak boleh diubah. dari DEB (Dasar ekonomi Baru hingga MEB (Model Ekonomi Baru) ia satu perancangan bertaraf dunia. Namun kalau  berterusan ahli politik UMNO dan BN menganggap persepsi sesuatu yang remeh. Itu adalah suatu kesilapan besar...haaa

Jan: Melantik diri sendiri sebagai pegawai kewangan, jurulatih kesihatan, tukang kebung, pemandu dan sebagainya. He he he.

Wednesday, August 21, 2013

Kempen balik kerja tepati masa

"Apa salahnya balik kerja lewat? Banyak kerja yang masih tidak siap. Salah ke?" Tanya seorang kawan saya. 

" Salah!" Saya memberi jawapan.

Ada dua perkara penting dalam hidup yang selalu masyarakat lupa. Perkara tersebut ialah `kepentingan keluarga' dan `kepentingan kesihatan'.

Pada zaman moden ini manusia bekerja bagai nak rak atas banyak sebab, termasuklah tidak puas hati dengan apa yang mereka miliki. Mereka bekerja kuat untuk up-gradekan kehidupan. Mereka tidak puas dengan apa yang mereka ada. Dan tentulah manusia tidak akan pernah puas. 

Mereka terus bekerja dari pagi sampai lewat petang (adakalanya sampai malam!) dan mereka juga bekerja pada hujung minggu. Bekerja kuat untuk dapatkan duit tidak ada salahnya tetapi jika tidak seimbang memanglah salah.

Suasana para pekerja balik lewat ini lama-kelamaan menjadi suatu kebiasaan (orang sudah mula rasa tidak bersalah bila balik lewat) dan lama-kelamaan akhirnya ia diiktiraf sebagai suatu sikap yang positif. Konon rajinlah tu. Kesannya para pekerja yang balik tepat pada waktu dianggap pelik, terasing dan negatif. Haru kan? Tetapi beginilah keadaan masyarakat kita. Selamat datang ke Malaysia.

Kita tidak langsung berfikir pekerja yang balik awal tersebut mempunyai rancangan kerja dan masa yang betul dan membawa kecekapan. Kita tidak berfikir yang mereka balik tepat masa kerana pentingkan dua perkara. Keluarga dan kesihatan diri. Haaa...

Mereka hendak tiba awal di rumah. Nak jaga anak-anak biar jadi `orang'!. Nak jaga laki biar dia tak main kayu tiga, empat, lima lapan. Nak jaga isteri agar mereka tak lah rasa terbeban seorang diri menangani kerja-kerja rumahtangga. Dok gitu? Haaa...

Kalau majikan memang perihatin, sepatutnya diadakan anugerah pekerja `balik tepat masal'. Atau letak faktor `balik tepat masa' sebagai elemeng dalam KPI para pekerja. Bila datang awal dan siapkan kerja awal (mengikut piawai) sepatutnya bolehlah balik awal. Supaya kehidupan para pekerja tak laaaaa terlekat pada dunia kerja sahaja. 

Patut diadakan juga `Kempen Sayangi Keluarga Anda' dan juga `Kempen Sayangi Diri'

Kerja adalah tanggungjawab, dan tanggungjawab memang memberi tekanan. Kalau tidak tertekan dan sukar tidak dinamakan kerja. Kalau kerja adalah senang orang tidak beri kita gaji. Ini fakta. 

Beban kerja pula membungakan rasa stress dan stress ini melamar strok atau angin ahmar. Haaa... Tambah pula cara makan kita yang tidak seimbang, maka memanglah akan menjejaskan kesihatan kita pada hari tua. Tunggu jealah kalau tidak percaya kata-kata saya.

Selain kita akan diminati pelbagai penyakit semasa tua, kita juga akan sakit jiwa apabila kita mula menyedari atas kecuaian kita anak-anak kita tidak menjadi `orang'. Bagaimana laaaaa anak nak menjadi orang kalau mereka tidak diberi perhatian? Dan bagaimana nak beri perhatian kalau kita sibuk bekerja? Balik kerja lewat sudah jadi amalam. Haaa....

Pada hari tu kita akan menyesal sangat-sangat, walaupun kita sudah bergelar haji atau hajjah tetapi kita tidak tenang dalam kehidupan sebab kita selalu sakit fizikal dan mental. 

Kesimpulannya?, 15 minit terakhir kemaslah kerja anda. Baliklah tepati masa. Sayangi keluarga dan kesihatan diri. Tidak rugi luang masa dengan keluarga...

Jan: Percayalah saya... 




Tuesday, August 20, 2013

Isteri kita adalah `wajah' syurga dunia kita...

Kata seorang kawan saya (yang 24 jam suka bercakap), ada 5 nikmat dunia yang paling nikmat yang tuhan berikan. Saya tanya apa dia?

Jawapannya: Buat seks (1), makan (2), tidur (3), berak (4) dan korek telinga (5). Saya tidak tahulah dalam kitab mana dia rujuk tetapi dia memang kelakar walaupun beliau seorang pensyarah IT yang nampak pendiam dan islamik.

Dan bagi lelaki penyantun islam yang sebenarnya, kenikmatan seks itu tentulah didapati dari pada isterinya atau isteri-isterinya... Kata kawan saya lagi yang bila usia 30an baru ada jodoh.

Saya suka melayan kawan saya seorang ini sebab katanya bila dia jumpa saya dia boleh tunjukan `true color'nya. Dia beritahu apabila bercakap dengan saya dia boleh bercakap dengan bebas dan tidak perlu berpura-pura. Satu pujian untuk saya sebenarnya tu, he he he.

Tetapi posting ini adalah mengenai kawan saya bukannya nak memuji diri saya. Pasal memuji diri sendiri ni dah banyak blog lain buat, he he he.Jangan marah.

Kawan saya kata. Kalau saya kawin nanti silalah tengok wajah isteri waktu dia tidor lena. Saya bertanya "Eh kenapa pulak?.

Kawan saya beritahu apabila melihat wajah isteri kita tidor barulah kita dapat lihat dengan mata bagaimana sayangnya isteri kita kepada kita. Dan dengan melihat wajah isteri kita tidor juga kita akan rasa dan menyemarakan kasih sayang dalam diri kita terhadap isteri kita... Kata kawan saya panjang lebar.

"Kenikmatan bukan disandarkan hanya kepada kekreatifan dan kesungguhan posisi seks kita sahaja Man" Kata kawan saya yang juga suka berbicara pasal seks tersebut. (pernah dia beritahu setiap lelaki normal puratanya akan fikir pasal seks setiap 7 minit sekali. Dan mulai hari itulah barulah baru saya tahu saya bukanlah lelaki normal, he he he).

Sayangilah isteri anda kerana mungkin perangai anda berganda lebih buruk dari perangai anda tapi anda tak nampak pun. Anda tak sedar. Anda butal! he he he.

Jan: Sayangilah sementara ada...(baca dengan nada sedih).


Suami: Awak tak malu ke berbogel dalam selimut?

Isteri: Kalau tak kerana awak saya tak berbogel! He he he





Tip untuk `memukul' isteri?

Saya kerap mendengar bahawa seorang isteri boleh dipukul oleh si suaminya untuk mengajar atau menghukum.

Dalam sesebuah rumahtangga, selain si suami itu sendiri berkemungkinan melakukan kesalahan, sebegitulah juga si isteri berkemungkinan boleh melakukan kesalahan. Walaupun bagaimanapun dalam ertikata mahu mengajar, membelasah dan memukul adalah suatu kes penderaan.

Dan penderaan ke atas mana-mana pihak, adalah suatu jenayah. Satu penyakit psikologi masayarakat. Kata kawan saya bila kita ada masalah kita mesti merujuk kepada ajaran agama kita sebagai panduan.

Dan kawan saya yang agak islamik meminta saya rujuk kepada sebuah tulisan di laman internate. Panjang lebar penulisannya. Saya ambil sebahagian sahaja buat pedoman kita yea.

Sila baca petikan di bawah:



XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Apakah yang dimaksudkan dengan ‘pukul’?

Saya masih ingat ketika menghadiri kursus kahwin sekitar tahun 2003. Menurut ustaz yang memberi ceramah, suami boleh memukul isteri yang nusyuz. Walau bagaimanapun, ustaz ada beritahu pukulan yang dibenarkan, TIDAK BOLEH boleh menyakitkan isteri dan ‘alat’ yang dijadikan ‘senjata’ untuk memukul BUKANLAH tangan, tetapi hujung kain yang diikat/simpul. Jika inilah cara ‘pukul’ yang dibenarkan pada pendapat saya yang daif ini, istilah ‘pukul’ mungkin tidak tepat.


Saya cuba juga belek-belek buku ‘Panduan Perkahwinan’ yang dibeli semasa kursus, bab ‘pukul’ tidak ditulis secara lebih mendalam, cuma dikatakan suami dibolehkan memukul isteri yang nusyuz. Hemm... Saya masih belum putus asa dan mencari maksud ‘pukul’ yang dibolehkan dan berikut hasilnya.

Terdapat beberapa hadis yang boleh kita gunakan bagi meneliti maksud ‘pukul’. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmidzi, Abu Daud, Nasar dan Ibn Majah, ‘pukul’ yang terdapat di dalam ayat tersebut adalah ‘pukul’ yang tidak boleh meninggalkan kesan (ghayr mubarrih). Tabari dan Razi pula meriwayatkan bahawa pukulan tersebut hanyalah satu ‘aksi simbolik’ dan hanya dilakukan dengan berus gigi atau sapu tangan. Imam Shafie juga berpendapat bahawa aksi memukul haruslah dijauhkan sama sekali.

Walau bagaimanapun, tiada satupun riwayat atau ayat al-Quran yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah memukul isteri-isterinya. Malah terdapat banyak riwayat yang menceritakan keprihatinan Baginda dalam perhubungan suami isteri dan sifat kasih sayang Baginda.

Teladan daripada junjungan besar Rasulullah SAW

Kita boleh belajar daripada teladan rumahtangga Rasulullah SAW. Antaranya :
Nabi pernah jatuh tersungkur, ditolak isterinya. Isteri itu kemudiannya dimarahi ibunya (mertua Nabi), dengan dijawab Nabi, “Biarlah, dia akan berbuat lebih daripada itu.” Nabi tidak pula bertindak memukul isteri yang menolak Baginda hingga tersungkur.

Isteri Nabi pernah tepis pinggan madu yang menghantar makanan kepada Nabi, tapi Nabi tidak rotan tangan isteri yang menolak pinggan. Dendanya cuma menggantikan pinggan yang pecah.

Isteri-isteri Nabi pernah bertengkar (gaduh), berbalas-balas kata hingga keluar perkataan kotor, tapi Nabi tidak pula menampar muka isteri. Tidak pula Nabi tempelak isterinya sambil berkata, “Tak soleh guna perkataan kotor.”

Nabi pulang lewat dan pintu rumah berkunci dan Nabi tidur di luar rumah. Tidak pula Nabi menghempas-hempas pintu atau mengejutkan isteri supaya buka pintu.

Suatu hari Nabi tanya isteri, ada apa-apakah untuk dimakan pada hari itu, tetapi isterinya menjawab tiada apa-apa (untuk dimakan), lalu Nabi beritahu isteri yang baginda akan berpuasa saja. Tak adalah pula Nabi mengamuk-amuk marahkan isteri macam kes suami pukul isteri lambat masak mi maggi....

Rasulullah SAW sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?” Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukullah dia.” “Aku tidak bertanyakan alasanmu,” sahut Nabi SAW. “Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”

Baaaaanyak lagi kisah yang boleh dijadikan teladan. Carilah untuk bacaan sendiri.

Pokoknya, sepanjang pengetahuan saya, Rasulullah SAW tidak pernah memukul isteri-isteri Baginda. Tiada satupun riwayat atau ayat al-Quran yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah memukul isteri-isterinya. Malah terdapat banyak riwayat yang menceritakan keprihatinan Baginda dalam perhubungan suami isteri dan sifat kasih sayang Baginda.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX...






Bila kempen ini mahu dimulakan? Haaa...


Perihal Isteri kena belasah dalam lif

Semasa saya menonton berita perdana di TV3, saya terkedu apabila melihat seorang lelaki dengan komitednya membelasah isterinya di dalam sebuah lif. Terkejut benar saya kerana kesiankan perempuan tersebut. Walaupun bukan ada pertalian darah dengan saya, saya tetap belas.

dan seingat saya, terdapat kes begini dirakamkan juga dtetapi bukan di dalam lif, di rumah mereka. Di mana si suami membelasah si isteri di ruang tamu.

Beginikah lagak gaya keluarga di Malaysia? Saya tidak tahu dan memang tidak mahu tahu apa punca kesalahan si isteri. Bagi saya sebesar mana kesalahan tersebut, bukan begitu cara hukumannya. 

Orang kata kita tidak boleh campur urusan rumahtangga orang. Dalam banyak kejadian memang pihak perempuan sendiri tidak melakukan tindakan yang sepatutnya apabila menjadi mangsa penderaan. Namun itu juga satu isu lain...


Jangan kita beranggapan isu ini remeh, kecil dan tidak mewakili keluarga di Malaysia secara keseluruhan. Kerana sebenarnya kita tidak tahu adakah ianya kes terpencil atau sebenarnya kes tersembunyi? Haaa.. Kita tidak tahu puluhan ribu atau ratusan ribu isteri memang didera fizikal. Emosi tak payah cakaplah...

Jan: Tidak pernah memahari isteri apatahlagi memukul isteri. Isteri seharusnya disayangi, dibelai manja walaupun perangai mereka mengada-ngada.

Monday, August 19, 2013

Sad cat... Padam muka!

An affair born in betrayal will end in ashes!! 

Kisah selimut kecil kita...dan kehidupan orang dulu-dulu...

Dengan gaji yang kecil dan inflasi yang tinggi, mungkin ada yang berkata bagaimana nak berjimat? Bagaimanan nak merancang kerana hanya ada kain selimut kecil? Iaitu di tarik ke atas dada kaki yang sejuk. Ditarik ke menutupi kaki dada pula yang sejuk? (termasuk buah dada sekali).

Perumpamaan ekonomi tersebut memanglah benar tetapi kenapa kita memiliki selimut yang kecil? haaaa, sila jawab. Jawapannya kerana kita gagal menguruskan rumahtangga. Titik.




" Ala sir, zaman dulu lain dulu barang-barang murah" beritahu pelajar saya yang rajin baca buku teks tetapi tak rajin baca bahan-bahan rujukan lain yang sepatutnya menolong pengembangan daya fikir. 

Jangan kata zaman dahulu hidup senang dan tidak tertekan sebab harga barang murah. Jangan kata, jangan kata dan jangan kata. Zaman dahulu juga orang susah sebab duit tidak banyak berlegar di pasaran (bekalan wang ciput). Walaupun zaman dahulu barang murah, duit tidak ada juga. Ramai orang tak mampu bina rumah batu, tak ramai miliki kereta mewah. Sebabnya duit sukar tidak seperti sekarang, sekarang penawaran wang dalam pasaran berbilliong!. Dan logiklah barang naik harga.

Namun orang zaman dahulu mereka sedar dan berusaha ubah cara hidup. Mereka ada cara hidup yang berbeza dengan kita (yang tentulah tidak glamour dan tak ada niat nak menyeleberitikan hidup). Mereka sedar diri duit tidak mencukupi. Mereka lakukan banyak perkara. Mereka bertindak membawa bekal (bangun pukul lima pagi sedia masakan), mereka bawa bocong (flask atau bekas isi air panas), dan mereka menabung. Kita! Haram...(haram tak, he he he).

"Makan elok-elok, jangan tumpah walaupun sebutir nasi". Ini adalah dialog rasmi orang dahulu apabila membentuk nilai ekonomi anak-anak di meja makan. Haaaa...

Bocong zaman sekarang 

"Tidaklah patut kita hidup berumahtangga dengan senang jika kita tidak mengurus rumahtangga dengan baik."
- Jankaulu, 18/8/2013


Cuba kita perhatikan ketidakrasional lain yang kita lakukan dek mahu berubah mengikut zaman (konon urban la gitu...urban la sangat). Kalau kita tidak mampu belikan ipad atau playstation kepada anak-anak, usahlah dibeli.  Tak jadi bodohnya kalau anak kita tak ada gajet-gajet tu. Tetapi kita tetap jugak membelinya sorang satu atas nama kesian.

Maka kita tidak usahlah sebut pasal ketidakcukupan duit kita. Tolonglah jangan...

Jan:  Sapa kata mengurus rumahtangga senang? Siapa kata mengurus rumahtangga susah?

Lepas belanja raya, belanja buka sekolah pulak...haaa

Kawan saya dengan bangganya men`sms' beritahu saya dia berbelanja lebih RM5K untuk sambutan hari raya 2013 ini. Dan dengan bangangnya (foolish) pula ia beritahu RM5K tersebut adalah dia perolehi daripada berhutang!.

MENGURUS rumahtangga akan semakin mencabar apabila kita gagal menguruskan perilaku kita di musim perayaan. Kita membeli biskut dengan banyaknya macamlah kita seleberiti, padal jiran pun tak hingin datang rumah kita. Dan kita sengaja mengetemakan warna baju kita (kegiatan wajib masyarakat Melaku terkini yang mula merebak pada pertengahan tahun 80an berkemungkinan pengaruh dunia hiburan). Perilaku mengetemakan baju keluarga agar sedondong ini memakan belanja yang besar dan tidaklah patut kita lakukan jika angka di slip gaji adalah tidak menyokong. saya ulangi jika angka gaji kita tidak menyokong.

Setelah beraya sakan, kita harus ingat pada akhir tahun kita memerlukan wang untuk persekolahan anak-anak. Kita kena beli itu ini bagi anak-anak kita. Dan anak-anak sekarang amboi bukannya pandai nak pakai barangan yang tak berjenama? Salah sapa? Sapa yang ajar dari kecil...haaa... He he he. Salah kita ke? Tak apalah, kita salahkan UMNO atau PKR.

Sebijaknya kita berjimat dan mengumpul. Ini tidak, kita berbelanja macam Diva!.




Kos untuk menyekolahkan anak-anak kita kian meningkat. Dan sepatutnya baju dan seluar anak-anaklah yang patut diutamakan, begitu juga bukan biskut raya tetapi kasut sekolah anak-anak. Bila suami mengharap isteri sediakan dan isteri mengharap suami menyediakan (mereka tidak merangcang), akhirnya terpaksa berhutang...

Jan: bila la hutang nak habis yea? he he he saya pun berhutang.



Sebenarnya siapa yang bersalah?

KADANG-KADANG saya merasakan, dewasa ini di dalam menguruskan rumahtangga kita jadi `mangsa' kerana ketidakupayaan kita sendiri. Kita gagal menepis perubahan pesat gaya hidup yang tidak bersesuaian dengan kita. Atas nama kemodenan kita turut terikut dengan keadaan di sekeliling kita.

Bila kita sudah terantuk, mulalah kita menyalahkan orang lain atau sistem gread gaji kita. Kita juga salahkan jurujual dan sebagainya.

Kita gagal mengambil tindakan di mana memperlihatkan kepandaian kita memilih keperluan berbanding kehendak. Contoh lagi, kita sepatutnya menyewa rumah tetapi kita membeli rumah teres, atau kita sepatutnya membeli rumah teres tetapi bini kita ego mahu beli rumah semi D, kita  mampu beli rumah semi D tetapi dek perangai ipai dua dan mak mertua yang gila prestage kita terpaksa beli rumah banglo. Haaa... akhirnya siapa yang susah? Susah sampai bila? Susah sepanjang hidup.



Gitulah juga yang sepatutnya kita pakai myvi saja tetapi gatal nak pakai vioss, dan yang sepatautnya hanya pakai vioss gatal pulak beli Honda Civik. Ambik kau!.

Proton Suprima 

Maksud saya jenis rumah dan kenderaan yang kita beli berada di dalam lingkungan kemampuan slip gaji kita. Jika terlebih kita akan `menderita' buat sekelian waktu yang lama menanggung beban hutang berpanjangan. Sejauhmanakah kepakaran kita dalam mentadbirkan hutang kita? Haaa..

Melihat kepada parten penggunaan isirumah semenjak perang dunia ke dua, kita dapati ia telah berubah. Berubah dengan lebih mendadak bermula pada tahun-tahun 1980an. Gaya hidup isirumah berubah kepada membeli barang keperluan kepada membeli barang kehendak di luar kemampuan yang menyebabkan hutang isi rumah berganda gitu. (sebenarnya barang keperluan juga berganda naik harga)

Dan dengan adanya manipulasi dan syaitanisasi pengiklanan, kita selalunya tertipu dalam sedar. Tahniah sekali lagi untuk kita. Kita berbelanja untuk membayar hutang lebih daripada separuh gaji kita. Dan apabila ditolak itu-ini tinggal jea beberapa ratus ringgit sementara menunggu akhir bulan (atau dalam sesetengah kes awal bulan?)

Dan akhirnya kita mengurus rumahtangga kita dengan teruknya. Pas tu mulalah kita mengeluh-ngeluh salahkan orang di sekeliling kita. Termasuk juga kerajaan, jiran dan sistem pendidikan Malaysia.


Memang umat di akhir zaman tidak dapat lari daripada berhutang. Kita berhutang untuk kahwin, untuk beli rumah, untuk beli kereta, hutang pelajaran, hutang kad kredit dan sebagainya. Itu tidak termasuk lagi dengan bil-bil yang mesra menjenguk kita. Haaa...semuanya memerlukan kebijaksanaan kita, kita harus berbelanja dengan bijak. Tetapi kita keras hati, cuai dan lemah.

Jan: Akhirnya kita salahkan gabenor bank negara dan sistem kewangan dunia. 

Maksud asal ekonomi adalah `mengurus rumahtangga'

Perkataan `ekonomi' berasal daripada bahasa Greek kuno yang merujuk kepada `mengurus rumahtangga'. Pun begitu pelajaran mengurus rumahtangga tidaklah pula saya pelajari di Universiti Malaya dalam mengejar segulong ijazah ekonomi (malah sampai sekarang saya masih tidak berumahtangga, he he he). Pelajaran yang saya perolehi adalah lebih berkisar mengenai ekonomi oprasi kilang berskala kecil hinggalah skala ekonomi negara yang besar di mana ianya mencakupi pelbagaian bidang operasi, ianya bukannya sesenang menguruskan rumahtangga.



Bangsa Greek

Bangsa Greek adalah satu bangsa yang maju terlebih dahulu berbanding dengan bangsa-bangsa lain. 2,500 tahun dahulu ( di mana bangsa kita mungkin masih lagi duduk dalam gua) mereka sudah mempunyai tamadun yang mencipta kemajuan bagi keselesaan hidup, mereka berjaya dalam pelbagai bidang dan hidup dengan berfalsafah tinggi. Bangsa-bangsa lain di Eropah dan juga di Tanah Arab ada mempelajari ilmu tersebut bagi melengkapi kemajuan mereka. 



Namun orang Greek bijak. Jika kita amati dan fikirkan adalah suatu perkara yang logik `mengurus rumahtangga' dengan betul adalah kunci kepada kejayaan dan kesenangan individu/rakyat. Dan bila individu/isirumah/rakyat tidak susah, senanglah negara. Haaa... Individu unit yang terkecillah membentuk negara.

Mengurus kewangan rumahtangga

Mengurus rumahtangga adalah suatu disiplin yang mesti dipelajari. Bukannya datang secara semulajadi. Ia mesti dibentuk dan dirancang, disuburkan. Untuk mengurus kita memerlukan perancangan yang rapi. Dan kita sebagai pengurus harus tahu ilmu mengurus terdiri pula daripada langkah-langkah tertentu yang perlu dilakukan. Contohnya mengurus belanjawan dengan betul.

Dalam penulisan saya yang terdahulu yang berkaitan dengan ekonomi rumahtangga, saya sering merujuk kepada konsep `menatap slip gaji' dan hidup berdasarkan kepada angka yang tertera di atas kertas tersebut. Bukan apa jika kita tergelincir terutama dari segi kewangan dan kesetiaan, rumahtangga kita akan tonggang terbalik, tak terurus malah ia boleh membawa impak yang buruk iaitu kes perceraian. Siapa yang boleh tahan jika hidup dengan isteri/suami yang kaki boros/kikis? Tidak pandai merangcang? atau kaki curang? Haaa...



Faktor ekonomi adalah antara faktor yang membawa kepada kes penceraian. Membesarkan anak memerlukan kos yang besar. Seorang anak yang dibesarkan di Malaysia sehingga ke universiti melebihi RM400K. Dan kalau lima orang anak? Haaa..

Kita mungkin hanya kerani, askar, peguam, cikgu, doktor atau pelacur tua. Tetapi kita tetap mempunyai persamaan iaitu harus merencanakan kewangan rumahtangga kita dengan betul dan bijaksana. Semua golongan berpeluang hidup bahagia apabila hidup berpaksikan jumlah pendapatan mereka.

Milly Cooper  (Pelacur tua, 98 tahun, RM4000 semalaman, kena tempah dulu)

Apabila kita sudah berumahntannga barulah kita tahu bukan cinta yang melancarkan, menutuhkan (utuh) atau mengeuatkan (kuat) perhubungan rumahtangga kita tetapi ianya wang. Haa... Masa bercinta memangla rela susah payah, tak ada wwang pun tak apa, hidup seadanya dan sewaktu dengannya tetapi untuk menguruskan rumahtangga memang memerlukan wang...

Jan: ... wang merupakan simbol keamanan atau simbol kebahgiaan. Dan dalam beberapa keadaan wang membawa kedua-dua simbol.

Thursday, August 15, 2013

Keseimbangan pembacaan saya yang tidak seimbang... (3.26 am)

Saya bukanlah pakar ekonomi, dan saya juga bukanlah ahli politik. Politik dan ekonomi saling berkaitan kerana ia berlandaskan pengagihan kuasa/sumber. Kalau kita amati definisi politik dan ekonomi, ia tidak banyak berbeza. Ia berkisarkan kepada keperluan manusia untuk mencapai objektif kecekapan dalam kehidupan.

Seringkali saya ditanya mengenai keadaan ekonomi negara Malaysia. Dan ada kalanya dapat saya rasai kebanyakannya seolah mahu mendengar cerita yang buruk. Mereka mempunyai agenda tersendiri yang saya percayai tidak lain tidak bukan adalah juga bermotifkan politik. Memang semenjak dahulu manusia mengunakan politik untuk mencapai ekonomi adakalanya manusia menggunakan ekonomi untuk mencapai tujuan politik. Selamat datang ke planet bumi.

Namun saya selalu menyokong dasar ekonomi yang dibentuk kerana saya berjaya melihat kerasionalan pada setiap dasar ekonomi yang dibentuk oleh kerajaan. Terutamanya yang berkaitan dengan usaha mahu meningkatkan kemajuan ekonomi kaum bumiputra. 

Dasar terbentuk daripada masalah yang muncul. Ia adalah suatu perkara yang lumrah kerana dalam mewujudkan sesuatu dasar maka langkah pertama ialah mengenalpasti masalah. Bukannya membesar-besarkan masalah tanpa mewujudkan tindakan khusus.

Kepada saya menjadi seorang pensyarah ekonomi hanyalah suatu kebetulan. Saya juga mungkin boleh berkerja dalam bidang lain, yang lebih saya minati. He he he. Sebagai seorang yang ada sedikit ilmu ekonomi, saya sering diajukan soalan yang berkaitan dengan ekonomi di mana terdapat juga soalan-soalan yang saya sendiri kurang pasti akan jawapan penyelesaiannya. tetapi mereka tetap menunggu jawapannya.

Seperti seorang pakar bahasa yang boleh mengesan percakapan kita sama ada mengikut nahu yang betul atau sebaliknya, begitulah saya terkadang terkejut dengan kedangkalan khalayak apabila membicarakan hal ekonomi. Contoh pertama ialah ekonomi bukannya bermakna jimat cermat dan modal tidak merujuk kepada duit semata-mata.

Teringat saya kepada suatu peristiwa serius dan akademik yang berlaku dalam hidup daya. Semasa makan tengahari bersama beberapa pensyarah lain (yang terdiri daripada bidang lain), saya terdengar satu konsep ekonomi yang diterangkan dengan salah sekali. Pensyarah teknologi maklumat tersebut berdegar-degar menerangkan konsep inflasi sambil makan di meja tersebut. Konsep inflasi yang diterangkan tersebut adalah salah 100% seolah menerangkan kegitan ekspot merujuk kepada aktivitti impot. Haaa... Atau nak tragis lagi ialah seolah kita ke kedai beritahu nak beli daging ekspot (padahal daging import).

Untuk mengelakan pensyarah tersebut terus berada di dalam kesesatan, saya dengan ala sopan membetulkan kefahaman beliau. Beliau masih lagi mahu memenangkan dirinya sehinggalah saya beritahu saya adalah pensyarah ekonomi. Ekonomi Malasyia. Barulah beliau bersetuju dan mengakui kesilapan beliau. Dan jam-jam seterusnya dipenuhi dengan syarahan saya mengenai keadaan ekonomi dan inflasi di Malasyia termasuk dengan jenis-jenisnya sekali.

Saya tidaklah pakar, saya hanya ada sedikit ilmu yang saya carigali dan ditunjuk ajar berpandukan silibus-silibus yang direka oleh profesor-profesor di Universiti Malaya. Sudah tentulah saya harus membaca dengan banyaknya, tuhan sahajalah tahu betapa boringnya saya ketika zaman remaja saya itu. saya penuhin zaman remaja saya dengan membaca, tidak seperti remaja sekarang yang dipenuhi gajet-gejet, he he he. 

Pembacaan seorang awam berbeza dengan pembacaan seorang siswazah universiti. Pendapat seorang awam juga berbeza dengan pendapat ahli atau seorang pakar bidang. Pembacaan dan pengetahuan siswazah adalah lebih seimbang. Macam mana yea saya mahu menerangkan konsep seimbang ini?

Saya cuba. Di sekolah kita banyak belajar mengenai asas subjek contohnya, ekonomi, sains, sejarah, ilmu hisap atau sastera. Tetapi di universiti kita akan belajar dengan lebih terperinci, meluas dan terkini. Saya tidak tahu mengenai cabang bidang lain. Maka saya cuba membawa pembaca blog saya kepada pengalaman saya. Manalah tahu boleh dijadikan rujukan kepada pihak yang mahu belajar ekonomi. Tidak kiralah anak kita ke atau sesiapa sahaja.

Di universiti saya belajar subjek mikroekonomi dan makroekonomi dengan lebih mendalam. Saya juga didedahkan dengan meluas dengan pelbagai cabang ilmu ekonomi yang lain. Saya belajar bukan sahaja teori-teori ekonomi, malah sejarah ekonomi  juga. Saya diajar dengan ekonomi pembangunan, sama ada di negara maju atau membangun. Saya juga belajar ekonomi antarabangsa, kewangan negara, wang dan bank (sekadar menyebut bebarpa nama subjek). Begitu juga tentang pentadbiran perniagaan bersama subjek-subjek ekonomi yang lain kerana ianya berkaitan dengan ekonomi.

Dalam masa empat tahun, dan tambah pula master selama dua tahun, saya banyak diajar mengenai bidang ekonomi yang saya rasa amat sukar tersebut (sebab saya bukannya jenis pandai, he he.). Ia meliputi banyak bidang yang disampingkan supaya pengetahuan mahasiswa itu adalah seimbang apabila membicarakan hal ekonomi. Supaya mereka akan mengemukakan pendapat setelah membuat pertimbangan yang saksama berdasarkan ilmu yang terkumpul...Haaa.

Orang awan pula membaca buku-buku yang mereka suka sahaha. Dan ini membawa mereka mengeluarkan pendapat yang tidak tepat, tidak seimbang, ada kepentingan dan beremosi.

Pun begitu saya tidaklah pula boleh mendabik dada mengaku bahawa pendapat saya atau saranan saya 100% betul dan tepat sebab ilmu ekonomi amat luas. Seperti juga cabang ilmu lain sebenarnya. dalam memberi jawapan saya tidak memaksa-maksa pendengar menerima jawapan saya. saya lebih suka memberi ilmu pengetahuan.

Apa yang pasti ilmu ekonomi saya masih sedikit, dan saya jauh ketinggalan dalam bidang lain contohnya agama dan teknologi maklumat. Sebab itulah apabila mereka buka mulut terus saya tadah telinga mencari ilmu mereka. Selain itu terdapat banyak buku yang kita boleh baca dan rujuk jika kita benar-benar mahu belajar. 



Buku-buku lain? Sejujurnya saya tidaklah merasa selesa dengan pembacaan buku-buku ekonomi kerana ia memenatkan minda saya. Saya lebih gembira membaca buku yang agak ringan dan mengembirakan jiwa. Sebab itulah saya berharap sangat 24 jam saya berlalu dengan perlahan supaya saya ada banyak masa untuk membaca buku di luar bidang saya. Saya percaya kita mesti membaca buku dari banyak bidang untuk membantu kita membuat keputusan dalam menjalani hidup yang terbaik. Kalu kita memfokuskan kepada satu bidang sahaja ia membawa kesan yang buruk. Contohnya jika kita asyik membaca buku atau novel berunsur cinta yang lucah tentu kita akan jadi stim memanjang sebab selalu memikirkannya. Mungkin akan sakit jiwa atau gila seks sekaligus, he he he. (saya tak cakap pula saya tak pernah baca buku sebegitu, he he he).

Kesimpulannya keseimbangan pembacaan seseorang hanya berlaku dalam bidang mereka sahaja dan dalam kes saya ia mungkin berlaku dalam bidang ekonomi sahaja. Maka tidak salahlah jika ada orang bertanya mengenai hal ekonomi kepada saya. Namun sekali lagi saya ingi ulangi bukan semua soalan ekonomi saya boleh selesaikannya, ilmu ekonomi bertambah setiap saat.

Saya mungkin hanya boleh memberi pendapat dan jawapan secara lebih seimbang dan teratur. Contohnya mengenai isu hutang negara. Ramai orang mengecam kerajaan berhutang. Malah fenomena ini berlaku di hampir ke semua buah negara yang membangun. Hutang memanglah tidak baik kalau tidak terkawal termasuk hutang isirumah kita juga, he he he. Tetapi kepada orang yang mempelajari ekonomi secara teratur dan dengan seimbang mereka tidak `takes side' kerana mereka tahu berhutang untuk pembangunan negara itu lebih banyak baik berbanding buruknya.

Akhir kata, saya tidaklah pula bermaksud untuk melahirkan pendapat dan idea yang baik kita mesti masuk universiti. Cuma apa yang saya nak terangkan kepentingan belajar secara formal, seimbang dan teratur adalah membentuk kita kepada keseimbangan subjek atau bidang yang mahu kita perkatakan.  Maksud saya ilmu pengetahuan kebanyakannya datang dari pembacaan yang teratur dan seimbang sama ada dalam bidang agama, geografi, kedaktoran dan sebagainya.

Dan sebenarnya bukan berapa jumlah buku yang penting kita baca. Yang penting ialah sejauhmana kita dapat menggunakan pengetahuan daripada buku-buku tersebut untuk menanfaatkan diri, keluarga dan masyarakat. Haaa...

Jan: i wish i have more time to read. i do love books...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home