Coretan seterusnya adalah kiriman
saudara Sulaiman Isa yang bertugas sebagai seorang pensyarah di salah sebuah
IPTA yang terletak di ibukota Kuala Lumpur. Beliau menyatakan semenjak beliau di bangku
sekolah lagi beliau amat meminati rancangan ADIYoutube ini (iaitu sebuah rancangan radio di mana pada akhirnya pendengar terpaksa menggunakan Youtube untuk mendengar lagu dan menonton vidoenya).
Kita hayati luahan hati dan
kekecewan beliau...
(terus muzik sentimental dimainkan dan kedengaran suara hiba seorang pembaca lelaki ke udara).
(terus muzik sentimental dimainkan dan kedengaran suara hiba seorang pembaca lelaki ke udara).
"Kata orang, manusia yang
sabar adalah manusia yang terbaik. Kerana itulah sebelum ini aku terus
bersabar, bersabar dan bersabar. Namun sebuah hati yang manakah selamanya
bersabar?. Aku coretkan penulisan ini agar ia mampu menjadi pedoman sesama kita
dan juga kepada mana-mana pihak yang mungkin terlupa. Yang mungkin
`keterlupaan' itu sebenarnya mampu menikam sanubari manusia lain.
Sedalam-dalamnya.
Sebagai manusia biasa, aku selalu
percaya takdir hidup manusia tidak semestinya sama. Skrip hidup kita adalah
berlainan. Rancangan Allah dan takdir hidup seseorang manusia itu adalah berbeza
sekali. Itulah sebenarnya kebesaran Allah. Kebesaran allah untuk menunjukan
tidak semua pelayaran hidup manusia adalah sama. Allah maha besar.
Namun seringkali kebesaran allah
itu gagal dilihat oleh manusia di sekelilingku. Malah kebesaran Allah itu dilihat
sebagai suatu kelemahan dan kekurangan manusia. Umpama apabila melihat seorang cacat sepatutnya kita
melihatnya sebagai kebesaran Allah, bukannya melihat ke atas kekurangannya.
Aku sudah biasa diperli,
dijadikan tidak selesa dan dijenakakan oleh manusia-manusia yang lebih sempurna
daripada aku (sempurnakah mereka?). Selalunya aku anggap itu satu gurauan,
namun hati siapakah yang selamanya boleh bergurau?
(di radio terus pula kedengaran
lagu instrimental' `Sampai Hati' nyanyian kumpulang Spring" sebagai latar
belakang. Muzik tersebut semakin membuatkan suara pembaca lelaki tersebut
semakin hiba...)
Sebenarnya demi Allah aku merasa malu
untuk memapaparkan rasa hatiku di ruangan yang aku minati ini. Kerana semakin dicerita semakin
membuat hatiku membeku. Kerana semakin dicerita membuatkan jiwa menjadi pilu.
Aku juga malu mencoretkannya di sini
kerana seolah aku gagal mengawal kesabaran aku. Namun sekali lagi aku
ingin bertanya, hati yang manakah selamanya bersabar? Kejadian itu amat mengguris hatiku, manusia lelaki seperti aku. Manusia lelaki yang sudah
berumur 43 tahun dan hidup bersendirian di atas muka bumi Allah ini...tetapi mempunyai hati dan perasaan.
Demi Allah aku hidup seorang.
Maksud aku, aku tidak mempunyai kekasih atau pasangan yang menemani aku. Aku
harungi hidup keseorangan dan dalam beberapa perkara ianya menyukarkan aku.
Namun ianya tentulah adalah terlalu peribadi. Tidak semua cerita sesuai
diberitahu, ada cerita hanya kita yang mengusungnya. Ada cerita iannya rahsia Allah....
Aku tidak mampu untuk berbohong
bahawa hidup aku tidak sunyi. Ada kalanya hati aku sedih dan rindu sepeti juga
kehidupan ini ada kalanya suka dan duka. Hanya ilahiyarabi sajalah yang maha
mengetahui. Aku pernah hidup dalam berkasih sayang pada suatu masa dahulu.
Apabila semuanya pergi, aku berdiri di suatu ruang dan berperang dengan
kekosongan. Namun setakat ini alhamdulilah aku masih mengharunginya dengan
sebaiknya. Kerana kita tidak mungkin tahu mungkin itulah sebaiknya daripada
Allah.
Kadang-kadang terlintas di
fikiran aku tidak sepatutnya terlalu terkesan kerana ianya hanya peristiwa
dunia semata-mata...
Ceritanya begini...
(muzik latar sengaja semakin dikuatkan untuk menimbulkan rasa syahdu...)
Ceritanya bermula di sebuah
majlis di mana terdapat rakanku menyambut ulang tahun perkahwinannya. Aku
memang keberatan untuk hadir kerana terus-terang aku katakan aku khuatir aku
akan dibadutkan di majlis tersebut.
Memang aku tidak suka bertandang
ke majlis sebegitu kerana ia membuatkan diri aku menjadi tidak selesa dan
rendah diri. Apabila berkumpul-kumpul akhirnya isu status aku jualah yang
timbul walhal mereka semua adalah ahli akademik. Kukira banyak lagi isu yang
lebih penting selain isu statusku. Dunia ini masih mengalami pemanasan global,
peratusan penduduk dunia yang melebihi peratusan penawaran makanan dan masa
depan kaum Melayu di negaranya sendiri.
Demi ukwah beriring silaturahim
aku paksakan diri untuk hadir kerana tuan rumah beria-ia menjemputku. Dan
rakan-rakan yang lain turut mengajak aku ke majlis tersebut. Memang ada
terlintas di fikiran keberangkalian aku akan terasa malu di hadapan ramai
orang. Yang aku tidak terlintas ialah kesannya amat mendalam. Pada malam
kejadian aku tidak dapat melelapkan mata sampai jam tiga pagi.
Aku malu untuk menceritakan atau
membutirkan kata-kata yang dilemparkan kepadaku di tengah-tengah khalayak
ramai. Ya Allah hanya engkaulah yang maha mengetahui perasaanku pada masa
tersebut. Aku pula terkial-kial seorang diri menepis kata-kata yang dileparkan.
Dan aku sebenarnya tidak pandai sangat dalam hal mempertahankan diri. Mungkin
sebab itulah akulah yang akhirnya terluka...
Aku rasa biarlah peristiwa itu
menjadi titik noktah untuk aku. Aku lebih harus menjaga hatiku sendiri
berbanding daripada menjaga hati orang yang tidak menjaga hati aku. Gagal mengenali emosiku. Sometimes
it better to be alone so that nobody can hurt you...kan? dan it better to be
alone than being with others who makes you feel alone. Masih terbayang bagaimana tidak selesanya aku bila diasak dengan banyak pertanyaan yang sangat
peribadi. Seolah aku ditelanjangi (tanpa rela) di depan orang ramai. Aku rasa sangat asing di tengah ruang tamu tersebut. Tiada manusia
lain menolong aku semasa aku terkapar-kapar kelemasan...dan akhirnya karam.
Allah maha besar...
Allah maha besar...
Kehidupan ini Allah jadikan
pelbagai versi. Tetapi manusia gagal sedari... Seharusnyalah kita menerima seorang itu seadanya kerana takdir hidup kita berbeza. Amat mudah menyalahkan tuan empunya badan berbanding mencari hikmah di sebaliknya. Tiada manusia berhak menyatakan diri mereka adalah terbaik dan begitulah juga sebaliknya. Namun perjalanan hidup ini tidak semudah membaca sebuah buku atau meniti sebuah lebuhraya...
Coretan ini aku tujukan khas kepada peminat-peminat rancangan Aku, dia dan youtube. Agar ianya menjadi panduan kerana sesungguhnya kita tidak sedari bahawa tidak tanduk `ketidaksedarian' kita tersebut mungkin memberi dosa kepada kita tanpa kita sedari. Juga semoga kita sama-sama berhati-hati kerana ada sesuatu perkara itu memang tidak perlu diperkatakan. kerana...
(tiba-tiba siaran radio tergangu kerana gelombang yang dipancarkan dari satelit gagal menemui titik fokal yang berfungsi menterjemahkan siaran kepada fungsi bunyi).
Coretan ini aku tujukan khas kepada peminat-peminat rancangan Aku, dia dan youtube. Agar ianya menjadi panduan kerana sesungguhnya kita tidak sedari bahawa tidak tanduk `ketidaksedarian' kita tersebut mungkin memberi dosa kepada kita tanpa kita sedari. Juga semoga kita sama-sama berhati-hati kerana ada sesuatu perkara itu memang tidak perlu diperkatakan. kerana...
(tiba-tiba siaran radio tergangu kerana gelombang yang dipancarkan dari satelit gagal menemui titik fokal yang berfungsi menterjemahkan siaran kepada fungsi bunyi).
1 comment:
alamak...
Post a Comment