
Jan: Salam ramadhan dan selamat berpuasa untuk pengunjung blog jankaulu...
Memelihara kereta sangat susah. Seperti pakaian, kita juga kena basuhnya. Kita mungkin ada mesen basuh pakaian di rumah tetapi tidak mampu nak beli mesen basuh kereta. Namun saya tak kisah jika kereta saya kotor kecuali kalau kawan-kawan nak tumpang. Dan hal ini memang jarang berlaku mereka tumpang. Dan sebenarnya saya tak malu sangat sebab saya dapati kereta kawan-kawan saya, bukan sahaja macam tong sampah tetapi muntah anak pun ada! he he he.
Namun posting ini bukan pasal kebersihan kereta orang yang dah kawin dan ada anak kecil tetapi perihal basuh kereta. Saya basuh kereta apabila saya rasa kereta tersebut terlalu kotor. Saya tidak basuh seminggu sekali atau sebulan sekali, saya basuh ikut tahap kekotoran.
Saya hantar kat kedai bila saya rasa kereta saya kotor. Dan sebenarnya pernah saya cuba membasuh kereta sekali, he he he. Kalau nak basuh kereta cerewet sangat. Saya kena pakai T'shit, pakai topi dan seluar pendek (biar seksi sikit). Apa kata jiran kan?. Saya juga kena ambil baldi, getah paip, syampoo, kain dan berus yang bersesuaian. Saya juga letakan kerusi dekat kerata untuk letak secawan nescafee panas. Saya juga kena ada earphone untuk dengan lagu. Pemilihan lagu ketika nak basuh kereta juga kena `kena', janganlah pulak lagu raya sedangkan ramadhan tak jelma lagi. Susahkan, maka saya ambil keputusan untuk seumur hidup, basuh kereta adalah suatu yang cerewet, sebab itu ada kedai untuk basuh kereta. lagipun saya tak pandai nak basuh kereta dengan bersih.
Saya kena hantar kedai, tempat yang saya biasa basuh kereta, dia ambik RM14 sahaja untuk kereta Myvi saya.
Dalam hati kecil, saya tidak suka pergi ke kedai kerana saya malas nak menunggu. Saya juga seperti Ella dan Rossa, tak suka menunggu `ku menunggu, ku menunggu'. Entah kenapa walaupun ada juga kebaikan menunggu. Mungkin tempat menunggu ala kadar sahaja, tak ada jual air atau nasik lemak, air nescafe. Bukannya saya nak free, saya mampu.
Namun dah lama saya rasa lega, sejak tahun lepas saya rasa `hai senangnya dalam hati...' sebab saya hanya perlu sms dan pembasuhan kereta dibuat di rumah saya sepenuhnya. Biasanya malamlah saya sms supaya datang sebab siang saya banyak hal nak buat.
Jan: Mak saya pernah kata " Hidup ni penuh rahmat, abang je tak nampak"
Saya memang lewat kerana saya terlupa, dan kelewatan tersebut menjadi makin lewat apabila saya `ditahan' oleh pelajar di tempat parking kereta semasa mahu pulang selepas makan di bilik kawan saya. Pelajar berbangsa cina tersebut membuka bonet keretanya dan memberikan 6 biji durian Segamat. Katanya makanlah sir, manis dan sedap. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana merasa juga durian Segamat walaupun dah empat tahun lokasi tempat saya tinggal berdekatan Segamat. (Malamnya memang saya makan, ya allah bestnya, ya allah panasnya badan...).
Tetapi posting ini bukannya pasal durian atau asal-usul daerah Segamat, ia mengenai kegiatan jogging. Dah lama sangat tak berjogging ni. Sampai di trek, dari jauh saya nampak kawan-kawan saya terkial-kial, hinjut-hinjut. Rupanya mereka tengah `panas'kan badan. Lucu jugak cara mereka panaskan badan, nampak macam orang tak betul, terencat. Sebaik sahaja saya datang terus kami berjogging... He he he, sebenarnya bukan kami, mereka...
Saya beritahu kawan-kawan yang saya tidak boleh berjogging sebab saya baru sahaja makan daging dan roti di bilik kawan saya (sebab tengahari saya tak makan, ada pelajar nak jumpa pasal nak buat kertas kerja). Dan sebenarnya tengah makan tersebutlah mereka kol saya dan beritahu semua kawan-kawan dah menunggu di padang...! Terus saya meloncat keluar dari bilik, terus balik ke rumah tukar pakaian dan berkereta laju (70Km sejam) ke treak tersebut...
Kata orang kalau kita baru sahaja makan, kita tidak boleh bersenam apatahlagi berjogging sebab perut kita kan `bentan'. Bentan ni kira perut akan keras dan tak selesa... Pun begitu untuk mengambil hati rakan seperjogingan, saya adalah buat aktiviti ala jogging, kira hanya 1/4 treak juga... Manakala mereka terus berjogging dengan giatnya seolah itik dapat air, hairan sungguh!. Saya ketinggalan di belakang...
Saya perhatikan dari jauh sahaja, saya berjalan-jalan saja atas treak. Bila waktu berehat, kebanyakan akan buat gaya letih dan lesu (kononnya). Ada yang mendepakan tangan, ada yang duduk dan cuba capaikan tangan ke kaki...tapi tak sampai sebab ada `penahan' (perut).
Selepas itu kami terus ke CRK (tempat gerai makan). Pada mulanya saya nak oder rojak tapi saya batalkannya sebab tiba-tiba saya ingat saya dah makan daging rendang dan roti. Saya oder nenas ais sahaja. Kawan-kawan saya juga oder minuman sahaja walaupun ada usaha seorang rakan saya nak oder goreng pisang tetapi ditentang hebat oleh kawan-kawan lain. Kononnya goreng pisang berminyak! Tak baik untuk kesihatan.
Namun pada hari kedua, apabila balik daripada jogging kami oder kerepok lekor goreng, karipap pun ada. Saya rasa hari ketiga nanti kami akan oder rojak atau mee kari. Atau nasi lemak...
Jan: He he he...
membuka seluar dan mempamirkan ponggong (2:2)
Tak sedap langsung makan meehun,
Kata Pengarah Radio IKIM. fm, Nik Roskiman Abdul Samad, program makan malam itu dianjurkan untuk membaiki tiga rumah penduduk miskin di daerah Pasir Mas, Kelantan dan Baling, Kedah. Janganlah kita kata kalau artis kerjanya nak glamour dan bergalok sokmo.
Kutipan dana itu juga akan disalurkan bagi program bantuan makanan kepada 200 penduduk miskin di Sik, Kedah serta 400 warga miskin ibu tunggal, Orang Asli dan anak yatim di Bagan Serai, Perak dan Janda Baik, Pahang.
Timbalan Ketua Pengarah IKIM iaitu Prof Datin Paduka Dr Zaleha Kamaruddin dan Presiden Pewrtubuhan Islamic Relief Malaysia, Zawahir Abdullah juga bertandang datang ke majlis tersebut.
Dalam majlis tersebut khabarnya banyak cerita yang mencuit hati, antaranya cerita Kak Pah pada zaman susahnya dulu hanya bermake up dalam kereta atau guna tiang lampu di tepi jalan, dan bersesak naik kereta ramai-ramai nak gi ke tempat buat show. Namun apa yang saya nak cerita ialah tentang sebuah lagu yang jarang beliau bawa secara live (setahu sayalah). Sesiapa yang hadir majlis ini sangat bertuah kerana Kak Pah menyanyikan sebuah lagu Jepun yang menggunakn lirik lagu bahasa Melayu yang bertajuk Inikah Balasannya. Kalau tidak silap lagu ni dari album beliau pada tahun 1974, masa saya umur 4 tahun, tak bersunat lagi. Masa tu dunia penuh dengan kasih sayang orang, disekeliling.
Bila saya terlebih dewasa baru saya berpeluang mendengarnya apabila saya membeli CD kompilasi lagu-lagu dakwah beliau. Saya memang sering pasang lagu ni semasa saya bermyi ke Kuantan, Syahdu habis, insaf sekejap.
Memang dalam dunia ni ada manusia yang puaka, pentingkan nafsu dan cita-cita sendiri sehingga sanggup bina kebahagian atas penderitaan orang lain!. Tahniah!. Tetapi kita kena ingat bila kita aniaya orang, kesannya sangat mendalam. Mungkin ada antara orang yang kita aniaya/tipu tersebut tak dapat bangkit dan pandang dunia yang luas. Bukan semua orang boleh `hidup' selepas itu... Ada juga yang hanya mampu bernyawa tetapi tak bermaya... Tapi suatu hari tuhan balaslah tu, esok lusa...(emosi pulak saya, he he he. Maaf).