Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, June 9, 2011

University College Shahputra

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermanja...

Gambar-gambar di bawah saya pukul pada minggu lepas sebaik sahaja matahari muncul. Ketika itu saya sedang menunggu kawan sekerja untuk ke Muadzam. Saya menumpang kereta Vioss beliau.

Gambar-gambar tersebut adalah gambar tempat saya bekerja sebelum saya berpindah ke UNITEN. Semasa saya bekerja di sini, pusat pengajian ini masih bertaraf kolej, kini ianya telah bertaraf kolej universiti. Dengan pembangunan dan pertumbuhan aktiviti dan pencapaiannya, tidak hairanlah taraf tersebut dapat dirangkul oleh institusi pengajian tinggi ini. Tahniah diucapkan atas pencapaian tersebut.









Semasa saya bekerja di sini saya mengajar ekonomi bagi beberapa program, namun biasanya saya mengajar pelajar UiTM dan UTM. Pun begitu saya pernah mengajar pelajar Matrikulasi Kementerian Pendiddikan.








Banyak kenangan saya di sini, semuanya manis-manis belaka. Rakan sekerja baik-baik dan peramah belaka. Ada yang lucu dan buat saya tergelak seperti Faisal dan Fahmi. Wan Emril pun ada juga cuba berlawak, namun harus dipertingkatkan lawak tersebut supaya setaraf Fahmi. Lawak Kamal Azie memang saya tak faham, he he he (ampun Kamal). Setiap kali mengingatinya saya merasa syahdu, kenangan menerpa membuatkan saya tersenyum.

Ada juga yang serius seperti Hafiz Library, selalu kontrol manco 24 jam, nyanyi karoake pun tangan masuk dalam saku seluar, he he he. Din juga nampak serius tetapi lawak jugak. Kebanyakan kawan-kawan saya periang dan suka bercerita dan bergurau. Kadang-kadang lawak entah apa-apa, tapi saya benar-benar terhibur.

Setiapkali saya bersama kawan baru lalau di hadapan kolej ini saya akan beritahu dengan bangga "Dulu saya pernah mengajar di kolej ni ". Dan saya akan mula bercerita betapa seronoknya bekerja di kolej ini.

Saya meninggalkan kolej ini kerana seseorang, saya mahu dia melihat saya sebagai pensyarah universiti. Saya mahu saya kelihatan lebih tinggi dan ada tempat di hatinya. Saya mahu dia rasa lebih bangga...

Namun betullah kata orang, kebahagian itu tidak boleh kita letak sepenuhnya pada seseorang. Apabila dia meninggalkan saya, harapan dan ceria hidup saya dia bawa bersama...

Jan: Salam sejahtera untuk kawan-kawan di sana...

2 comments:

M said...

Kenangan di KSP ni memang best sgt...dalam byk2 fasa kehidupan...dari studi sampai lah kerja , kehidupan di KSP ni jugaklah yang masih terkesan di hati ;)

M said...

Kenangan di KSP ni memang best sgt...dalam byk2 fasa kehidupan...dari studi sampai lah kerja , kehidupan di KSP ni jugaklah yang masih terkesan di hati ;)

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home