Dalam kamus hidup saya kereta bukanlah suatu kegemaran atau minat. Ianya sesuatu yang sangat-sangat kompleks untuk dikendalikannya. Sejujurnya sampai sekarang saya tak pernah periksa apa yang ada dalam bonet depan. Yang saya tahu kalau nak buka kita kena tarik sesuatu dekat stering kereta. Lepas tu kita kena buka dengan hulur jari untuk sentuh sesuatu di hadapan bonet tersebut, barulah bonet depan terbuka. Begitulah caranya kot, sebab saya tak pernah buka pun, he he he.
Ada servis percuma!. Saya apalagi terus mengambil peluang. Lihat gambar-gambar di bawah:Jadi saya tak pandai nak periksa air, atau periksa apa-apa pun, saya harapkan servis sahaja. Dalam bonet kereta itu banyak sangat barang, yang macam bekas isi air pun ada, saya ada tengok bila Ja buka tempohari. Saya tengok pening. Tak tersusun elok. Wayar bersirat ikut suka jea. Pendek kata saya tak suka lihat benda-benda di dalamnya. Satu je barang yang saya kenal. Bateri kereta.
Maka bila saya sampai di stesyen Shell Indera Mahkota, saya teruja. Saya bagaikan tikus jatuh ke dalam guni beras, bagaikan arwah Mokhtar Dahri mendapat bola.
2 comments:
esso ke shell?
shell punya susu, esso dapat nama...
laaa, silap lagi! he he he...ingatkan Esso. tapi memang bukan Petronas.
pening la, buat satu jelah macam gula.
Post a Comment