" Tak ada apa yang kekal, hanya langit dan tanah" Tiba-tiba saya terdengar tepi rak yang ada sabun dan shampoo.
Ketika itu saya berada di dalam Kedai RM2, nak beli alas kaki bilik air. Bila terdengar percakapan yang sebegitu saya menoleh mencari siapa yang menuturkannya. Saya lihat ada dua orang lelaki, seorang tua dan seorang muda. Saya rasa mereka orang asli. Di Muadzam ini ada orang asli. Sekali-sekala saya ada ternampak mereka di kedai-kedai, di tepi jalan dan bawah pokok...
Begitulah kepercayaan mereka. Langit dan tanah sahaja akan kekal. Manusia, anjing dan tumbuhan akan mati dan bersilih ganti...
Saya teringat pula kepercayaan saya, semua tiada yang kekal (langit, tanah, bumi dan segalannya) kecuali tuhan.
jan: kecuali tuhan...
No comments:
Post a Comment