Kali ini secara eksekutif saya akan bawak anda semua ke dapur kakak saya. Dapur ini terletak di sebuah rumah di Jeram Estate, Damansara, Kuantan. Gambar-gambar ini dipukul curi beberapa bulan yang lalu menggunakan handphone Nokia saya yang berharga RM350. Pada masa tersebut kakak saya sedang sibuk melayan karenah anak bongsunya (yang sukar untuk duduk diam barang 5 minit pun, he he he).
Merujuk kepada gambar di atas, kelihatan ada jarak antara sink dan dinding. Ini supaya senang nak letak Axion, bekas sudu ke atau apa-apa barang yang bersesuaian. Dan kelihatan rak-rak putih dilekatkan didinding. Boleh letak buku masakan atau pun apa-apa yang patut, kakak saya letak hiasan, pereng gambar dan pinggang mangkuk yang sesuai.
Keadaan dapurnya memang realiti begini tanpa saya ubah apa-apa pun. Maknanya tiap hari beginilah dapurnya. Bukan macam dapur kita yang kalau nak pukul gambar barulah nak berkemas itu ini (kalau tak selisih mailaikat 44 atau 46). Atau bila jiran nak datang barulah sibuk mengemas. Dapur kakak saya ni 24 jam terurus (puji sikit kakak sendiri, he he he).
Kakak saya bionic women, semuanya dia buat sendiri tanpa menggunakan bantuan pembantu rumah. Suatu masa dulu kakak saya ada pakai orang gaji tetapi sekejap sahaja tak sampai setahun kot, dia lebih senang buat kerja seorang diri. Ya lah kalau kita suruh orang buat mana nak puas hati.
Dapat saya bayangkan bagaimana nak urus sebuah rumah yang besar tanpa orang gaji bersama anak-anak yang hanya menyumbangkan tabur-menabur barang-barang. Namun nasib baik abang ipar saya jugak rajin menguruskan rumah dan berpengetahuan dalam senirekan luar dalaman ni.
Ada pokok berjuntai masuk dekat sliding door di bahagian kanan. Dapur ni kongsep terbuka, kiri kanan depan belakang ada sliding door. Seram jugak waktu malam bila nak bangun muinum air. Tetapi biasanya saya akan gerak anak saudara saya supaya temankan sebab saya bukannya penakut tetapi seram mengingatkan cerita seram daripada Hollywood. Ada satu adegan seorang pakcik diserang hantu ketika bangun malam untuk ke dapur. Dia dahaga. tetapi saya masih muda.
Di bahagian kiri juga ada sliding door yang memanjang panjangnya. Daripada dapur kakak saya boleh nampak bilik-bilik anaknya. Dan maknanya kalau anak-anaknya duduk di dalam bilik mereka boleh nampak emak mereka sedang memasak. Taklah takut sangat kecuali kita nampak seorang berpakaian putih, rambut panjang dan hitam (tak kan blone dan pendek, ikut standard hantu Melayu...) sedang memasak kepala gajah, he he he... Sengaja di tengah-tengah tersebut di tanam pokok Brazilian ironwood dan pokok irish.
Namun konsep terbuka ini lapang dan rasa bebas. Keadaan dapur ini cerah dan tak terkongkong. maknanya bila makan kita tak sedar yang kita telah makan 3 pinggang nasib menambah non stop.
Namun konsep terbuka ini lapang dan rasa bebas. Keadaan dapur ini cerah dan tak terkongkong. maknanya bila makan kita tak sedar yang kita telah makan 3 pinggang nasib menambah non stop.
Dapurnya nampak praktikal sebab peti ais dan dapur gas berdekatan antara satu sama lain. Kelihatan dalam gambar di atas alatan elektrik seperti peti sejuk (tetapi peti sejuk tersebut saya punya dah, dah ada di rumah saya. Kakak beli yang baru). Juga kelihatan microware, pemasak nasik, kuali leper dan vision.
Nampaknya kita tak dapat lari daripada menggunakan barang eklektrik....
Nampaknya kita tak dapat lari daripada menggunakan barang eklektrik....
Kat tengah ni ada pulau marbel/batu putih. Di bawahnya ada kabinet dan plaq. Di sinilah kakak buat masakan. Sekarang kakak saya sudah pandai buat coklat yang macam vanhounten tu, sedap jugak. Kakak juga pandai buat cupcake. Tapi bukan untuk dijual hanya untuk dimakan oleh suami dan anak-anaknya, juga saya dan anak-anak saudara lain.
Gambar ni tak terang. Entah kenapa.... Kakak saya guna hud Elektrolak, nampak cantik dan kemas rekaannya. Stanis stell. Kalau saya ada duit saya beli jenama tu jugak. Bawah tu dibina kabinet putih yang simple.
Ni gambar terbaru, masa renobek rumah tu, sudah diukur supaya muat peti sejuk dua pintu. Peti sejuk ni jenis Samsung reganya dalam RM3800 saya tengok kat kedai. Berbeza benar dengan peti sejuk saya RM720 Sharp. Tapi sekarang peti sejuk lama kakak, saya punya dah, he he he (2 pintu juga tapi pintu kat atas dan bawah bukan yang macam buka pinti kiri kanan.)
Depan meja makan ada kabinet putih dan gambar besar warna biru. Ada hiasan yang jenis moden. Rumah kakak saya ni tak ada bunga. Tak ada jambangan bunga diletakan di mana-mana. Ada hiasan jenis arca sahaja.
Sekian sahaja, kesimpulannya dapur ini berkongsepkan morden. Lagi istimewa pengcahayaannya dijaga dan kabinetnya putih...
Jan:saya harap kakak saya tak marah sebab letak gambar dapur dia kat blog ini. Kakak saya tidak seperti saya (dia tak suka menunjuk). Saya ni baru angan-angan nak renobek dapur tapi dah canang satu dunia, he he he.
Sekian sahaja, kesimpulannya dapur ini berkongsepkan morden. Lagi istimewa pengcahayaannya dijaga dan kabinetnya putih...
Jan:saya harap kakak saya tak marah sebab letak gambar dapur dia kat blog ini. Kakak saya tidak seperti saya (dia tak suka menunjuk). Saya ni baru angan-angan nak renobek dapur tapi dah canang satu dunia, he he he.
5 comments:
bestttnyer dapur kakak awak...
waaa seronoknye klu dpt dpur macam ni
nanti sukiman dah renovek dapor..sukiman masak tak lagi kan singgang dalam vision n buat kek ke?...alaaa buat kek yang kita baling dekat cermin, mungkin cermin tu pecah tapi..kek tak bersepah pun...kan?????
wa..tgk menggodek2 mencari idea konon nak pasang kabinet dapur..tersesat sampai ke sini..sekali tgk tuan empunya blog ni..En. Sukiman laaa..lecturer ekonomi sy dulu..mgkn en. sukiman dah xigt saya..tp sy xlupa lecturer saya..heheeee..
Memang cantikk sangat dapur macam tu. Semoga dapatlah merasa suatu hari nanti(^_^)
bila2 free jemputlah melawat blog saya ni ye. www.vitamin4mama.blogspot.com
Tq
Post a Comment