Buku dalam gambar di atas (His Needs her Needs - Willard F. Harley, Jr., PH.D.) saya beli pada minggu lepas. Iaitu minggu yang pada malamnya saya berlap top dan berkopitiam dengan Adnan hingga pukul 12.30 tengah malam. Bila balik rumah nasib baik isteri tidak berleter... sebab perangai kami macam tak ada rumahtanga - lepak macam orang muda. Bila balik ke rumah tiada adegan isteri berleter atau tanya `Awak dari mana ni pagi-pagi buta?" Sambil cekek pinggang dan bermuka seperti nak teran anak kembar.
Tetapi posting ini bukan pasal lepak kat kopitiam, pasal lap top atau pasal senangnya hidup tak ada anak, atau cara nak teran anak kembar. Ini adalah pasal saya tak cukup duit untuk membeli buku. Sedih tetapi itulah kenyataan.
2 minggu lepas ayah saya datang bertandang, semasa dia memunggah begnya ke dalam rumah, saya ternampak buku " A Dr in the House: The memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" dalam keretanya. Rupanya ayah saya sudah dapatkan buku tersebut.... Emm dalam hati saya terdetik, Emmm... Saya cemburu kot!.
Esoknya ketika kami berkereta, ayah saya asyik bercerita tentang kandungan buku tersebut. tentang banyak peristiwa yang terjadi di dalam dunia politik Malaysia. Ya la... malam tadi semasa pukul 2 pagi ketika saya lalu di ruang tamu nak ke dapur minum air, saya lihat ayah masih lagi tekun membaca dan sudah separuh daripada buku tebal tersebut dibacanya!.
Buku terbaru dr mahathir laris, banyak orang beli...
Maka minggu selepas kunjungan ayah, saya ke POPULAR BUKSTORE kat Megaall, Kuantan dengan anak saudara saya. Saya nak beli buku dr Mahathir. Pada hari tersebut say belikan juga sebuah buku untuk anak saudara saya, buku pasal buat origami, buku Origami tersebut dalam RM44.60. Bolehlah kalau nak belajar buat burung kertas ke, beruang kertas ke. Dulu pun saya ada beli buku pasal dinasor untuknya. Biar dia minat membaca. Saya nak pupuk daripada kecil supaya anak saya rajin membaca (opps anak saudara saya...bukan anak saya).
Lew Kuan Yew juga banyak tulis buku...
Saya sudah pegang buku Dr mahathir tersebut tetapi di sebelahnya ada buku " Lee Kuan Yew: Hard truths to keep singapore going". Buku ini juga saya minat nak beli daripada dulu lagi tapi mahal sangat. Tiba-tiba saya rasa lebih baik saya beli buku Lee Kuan Yew dan nanti saya tukar baca dengan ayah. Bila saya ada duit lebih baru saya beli sendiri buku dr Mahathir tersebut. Itu idea yang baik. Saya pun sambar buku Lee Kuan Yew.
Sambil berlenggang bangga (sebab beli buku tebal?) ke kaunter pembayarn saya melintasi pulak rak buku motibasi dah ternampak la buku `His needs and her needs". Saya fikir saya banyak menulis mengenai kisah rumahtangga orang Melayu, bagus jika saya baca buku ini sebab ia ditulis oleh pakar iaitu doktor dalam bidang perkahwinan. Biarlah ceritanya bukan pasal rumahtangga orang Melayu tetapi saya berpendapat rumahtanga ni dalam mana-mana bangsa pun, ada persamaan yang hebat, iaitu kena pandai bertanggungjawab dan kekalkan kasih sayang. Maka saya letak balik buku Lee kuang Yew dan sambar buku Dr Willard tersebut. (pulak dah).
Itulah ceritanya, jika saya ada duit banyak, tentu masalah ni tak timbul. Tapi itulah hakikatnya... Tidak semua benda kita dapat... Saya rasa saya dah banyak korbankan benda lain sebab nak beli buku. Tahu sajalah buku terutama yang dimport, harganya mahal (kepada sayalah)... Sekarang saya sudah tidak pakai facial foam Clinique regime (lebih RM300), saya pakai jenama eversoft jea RM12.90. Lagipun kalau dah handsum tu, tetap hensem jugak kan, he he he.
Jan: ...kalau ada masa terluang saya suka buat dua perkara iaitu berangan, atau baca buku cepat-cepat. Hidup ini singkat sangat. Kita harus cepat-cepat baca buku dan cepat-cepat berangan...

4 comments:
pastikan buku yang dibeli tu habis dibaca OK... terutama buku yang ditulis dalam bahasa inggeris sebagai bahasa kedua (esl) tu... hehehehe
buku `his needs dan her needs' tu baru sampai muka sampai surat 37... semalam baru sempat baca lepas sibuk QE. Semua muka surat 217.... Biasanya buku inggeris habis dibaca, cuma buku bahasa Melayu, kadang-kadang tak habis, he he he.
buku.. kl isi kandungan best.. baca berpuluh kali pn x bosan.. terutamanya bila bait2 kata mengusik perasaan sehingga menitiskan air mata...
Mang, kalau2 mu boleh baca buku versi pdf, kat Internet banyak sangat buku2 digital, yang cuma download dan baca saja. Nak beli mahal, sebab semuanya buku luar negara.
Tapi jangan jadi macam aku, download sekian banyak buku, 1 pun belum habis baca lagi. Hu hu hu.
Post a Comment