Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, May 30, 2011

Kotak pilu saya...

Saya cepat-cepat kesat air mata yang menitis. Nanti apa pula kata orang yang lalu-lalang. Bimbang mereka sangka saya berdrama swasta pulak. Lagipun mana boleh saya menangis, saya dah berumur lebih 40 tahun...!
Daripada jauh saya nampak anak saudara saya mengalas begnya dan memegang sebuah kotak. Saya tahu dalam kotak tersebut ada keropok keping untuk saya. Kiriman ayah di kampung.
Daripada jauh juga nilam hati saya bertambah pilu gulana. Kegulanaan itu semakin membuak kerana dia hitam dan kurus... Namun segala kesayuan itu cepat-cepat saya humbangkan di tepi longkang, longkang Terminal Makmur. Saya tersenyum melihatnya. Jangan sesekali dia melihat saya bersedih. Jangan sesekali.
Sabtu nan lalu, saya memang menunggu anak saudara saya di terminal ini. Inilah kali pertama dia datang ke Kuantan menaiki bas. Saya sangat bimbang jika bas berhenti rehat, dia keluar untuk makan dan dia tertinggal bas. Kejadian ini pernah terjadi kepada saya, sehingga ke hari ini tiada siapa yang tahu...
Semasa saya menunggunya tadi saya bersedih kerana dia tidak seperti anak-anak saudara saya yang lain. Yang apabila musim cuti sekolah akan dibawa oleh ibubapa masing-masing ke sana sini untuk berkelah, bercuti atau pergi melawat.
Apabila sampai di hadapan saya, dia terus ciung tangan saya. Hati saya bertambah pilu kerana dia datang untuk berjumpa saya, seolah mencari kasih dan sayang seorang pak saudara...
Saya harap pada suatu hari nanti apabila dia dewasa,walaupun sekaya mana dia, sehebat mana dia. Dia akan selalu setia pada isterinya, pada keluarganya dan tidak perlulah berpoligami walaupun dia mampu... walaupun dia mampu.
Jan: walaupun dia mampu... walaupun dia mampu...walaupun dia mampu.

7 comments:

uj said...

nanti eiman bawak jalan jalan gi gambang water park deh...

pas tu gi giant... nak beli alatulis untuk bukak sekolah nanti...

Mohd Amli bin Abdullah @ Baharum said...

ermmm...nie sedih tgk anak sedara ke...ke sedih salleh yaakob kawin 4??? sory..5 kali yek...

Semalam pun aku bersedih. Kerana anak sulongku nak tinggal bersama nenek dan maksunya.."Kan cuti sekolah, aisy nak duduk dengan tok la"...kecik2 pun mcm2...sedih-sedih..

Jankaulu said...

dah bawak dia gi tengok wayang citer pairex of karabiaen...

sedih tengok dia, sejak ayah dia kahwin lain...sejak mak dan ayahnya berpisah...

Vivacious O'light said...

pakcik sukiman cepat-cepat la carikan makcik untuk anak sedara ni...

Jankaulu said...

no komen, he he he.

Adie Achim said...

entah kenapa... tiba2 mata saya seperti termasuk habuk. Kebetulan tgh duty kaunter, cepat2 sy buat2 mengosok mata kononnya termasuk habuk. Saya faham entri ini..

Jankaulu said...

just because they see no tears, doesn't mean our heart doesn't cry...

heh eh

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home