Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, May 31, 2011

Menyohol karpet baru...he he he.

Gambar `kesan khas', kita buat macam x-ray, tetapi warna-warni.

Karpet ni warna merah, kelabu dan hitam...
Gambar tanpa kesan khas...

Anak saudara saya `merasmikannya'...


Jumaat minggu lepas, saya bercuti. Saya ikut kawan-kawan ke IKEA. Lama juga tidak berIKEA. Saja hendak lihat barang-barang baru. Saya bukannya nak beli apa-apa pun... Namun bila dah pergi beli juga pereng kecil, lilin wangi dan pisau. Saya beli barang yang murah dan kecil sahaja. Dan ada juga kawan saya yang kirim barang.

Dan selepas itu kami ke Nilai. Saya juga tak bercadang nak beli apa-apa. Sampai di sana saya berkenan kepada beberapa keping karpet. Kata penjual tersebut buatannya berkualiti. Kata penjual itu lagi karpet tersebut datang dari Pakistan, bukannya China.




Jan: Bulu dia lebat, tebal dan halus...

Allah Muhamad `pecah'...



Buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya `beli' Allah Muhamad. Saya nak gantung kat dinding rumah saya di Kuantan.
Sebenarnya satu pun design yang ada tidak dapat menambat hati saya. Kebanyakannya berserabut penuh dengan kerawang dan warna-warni. Saya nak yang simple sahaja, kalau boleh saya nak yang tertulis Allah Muhamad sahaja. Akhirnya saya beli juga walaupun coraknya bukan kesukaan hati saya.
Apabila saya balik ke rumah, apabila saya buka bungkusannya. Salah satu perengnya (frame) pecah. Saya terus sms kawan baik saya. Dia terkejut.
Jan: Dia terkejut sebab saya beli Allah Muhamad. Bukan framenya pecah, he he he.

Monday, May 30, 2011

Kotak pilu saya...

Saya cepat-cepat kesat air mata yang menitis. Nanti apa pula kata orang yang lalu-lalang. Bimbang mereka sangka saya berdrama swasta pulak. Lagipun mana boleh saya menangis, saya dah berumur lebih 40 tahun...!
Daripada jauh saya nampak anak saudara saya mengalas begnya dan memegang sebuah kotak. Saya tahu dalam kotak tersebut ada keropok keping untuk saya. Kiriman ayah di kampung.
Daripada jauh juga nilam hati saya bertambah pilu gulana. Kegulanaan itu semakin membuak kerana dia hitam dan kurus... Namun segala kesayuan itu cepat-cepat saya humbangkan di tepi longkang, longkang Terminal Makmur. Saya tersenyum melihatnya. Jangan sesekali dia melihat saya bersedih. Jangan sesekali.
Sabtu nan lalu, saya memang menunggu anak saudara saya di terminal ini. Inilah kali pertama dia datang ke Kuantan menaiki bas. Saya sangat bimbang jika bas berhenti rehat, dia keluar untuk makan dan dia tertinggal bas. Kejadian ini pernah terjadi kepada saya, sehingga ke hari ini tiada siapa yang tahu...
Semasa saya menunggunya tadi saya bersedih kerana dia tidak seperti anak-anak saudara saya yang lain. Yang apabila musim cuti sekolah akan dibawa oleh ibubapa masing-masing ke sana sini untuk berkelah, bercuti atau pergi melawat.
Apabila sampai di hadapan saya, dia terus ciung tangan saya. Hati saya bertambah pilu kerana dia datang untuk berjumpa saya, seolah mencari kasih dan sayang seorang pak saudara...
Saya harap pada suatu hari nanti apabila dia dewasa,walaupun sekaya mana dia, sehebat mana dia. Dia akan selalu setia pada isterinya, pada keluarganya dan tidak perlulah berpoligami walaupun dia mampu... walaupun dia mampu.
Jan: walaupun dia mampu... walaupun dia mampu...walaupun dia mampu.

Thursday, May 26, 2011

3 jawapan yang ikhlas

Sekadar hiasan...




Pada tahun 1994 dahulu, seorang sahabat baik saya berpesan. Katanya kepada saya apabila mencari bini mestilah cari yang sayangi kita dengan ikhlas. Pada masa tersebut kami di tahun akhir pengajian di UM. Dia baru bertunang walaupun pelajaran masih tidak habis. Saya pula pada masa tu tak ada kekasih pun, tak tahu ke tengah ke tepi dok sorang diri, study....konon. He he he.

Kawan saya kata kita kena tanya bakal bini kita 3 perkara dan bakal bini kita tersebut kenalah jawab dengan ikhlas. Pertama tanya dia ikhlas ke tidak untuk berada dengan kita masa senang dan susah? Kedua tanya dia kalau kita ditakdirkan berkahwin lagi satu, ikhlas tak dia berpoligami? Dan ketiga, ikhlas tak dia menerima kita dari hujung rambut ke hujung kaki? Ada tak bahagian anggota badan kita yang jijik baginya...

Pada masa tersebut saya dengar jelah. Orang nasihat kita pasang telinga jelah. Tak semestinya kita ikut, he he he. Tidak terlintas pun pada masa tersebut saya nak bertunang, apatah lagi berkahwin, belajar tak tahu ke mana lagi. Tetapi memang ada beberapa orang pelajar dari beberapa buah fakulti minatkan saya, tetapi pada masa tersebut saya lebih minatkan buku dan KFC.

Bila saya bertambah dewasa, 3 soalan tersebut rupanya sangat penting dan membawa seribu makna...

Jan: Kau tidak ikhlas sayangiku...oh kau puaka tebing biru.

Wednesday, May 25, 2011

Surah Al-Ikhlas

Sejarah perhubungan saya dengan tuhan ada turun naiknya. Ini terjadi sebab saya ni jenis manusia yang banyak soal, tak selalu boleh berpatuh dan lembap. Kadang-kadang saya rasa tuhan ignore je saya. Saya pernah beritahu mak tentang hal ini, mak marah. Katanya saya tak nampak apa yang tuhan telah berikan pada saya...
Walaupun begitu, dalam suasana susah payah hidup ini, saya tetap mengaku tuhan maha esa dan tak ada tolok bandingnya dengan perkara dan benda lain. Cuma dalam banyak perkara saya banyak berdiam, dan kadang-kadang letih dan jemu jika saya tak nampak petunjuk...(walau bayang petunjuk?).
Dalam hidup kita ini, sebab kita beragama kita kenalah mengesakan tuhan. Itulah yang saya tiup dalam celahan sanubari saya. Saya tak boleh syirik (sama ada syirik kecil atau besar). Saya tahu saya insan hina dina, selalu jugak saya selamba melanggar-gegar perintah-perintah/suruhan tuhan. Ah...kerdilnya diri...(baca dengan nada orang nak berdialog dalam teater unsur agama, jangan lupa pakai kopiah putih dan baju labuh lepas lutut).
Saya tahu, peperangan dalam diri akan selalu terjadi, berterusan hingga saya mati...


Jan: Hanya satu...

Tuesday, May 24, 2011

Macam mana nak tahu orang tu ikhlas ke tak?



Ni cerita daripada rakan sepensyarahan saya. Dia ajar psikologi. Dia beritahu pada suatu hari ada seorang pemuda jumpa nabi. Jumpa untuk tanya soalan. Ya lah pada zaman dahulu mana ada halaman soaljawab di majalah. Semua nabi la yang kena jawab.
Pemuda itu bertanya macam mana kita nak tahu orang itu ikhlas atau tidak? Nabi pun tak dapat jawab dengan tepat sebab dia tak tahu nak meneka dalam hati orang. Lalu nabi janji dia akan KIV, nanti bila malaikat datang dia akan tanya. Maka bila bertemu malaikat, nabi tanya malaikat. Ternyata malaikat juga tak dapat jawab dan dia berjanji dia akan refer kepada tuhan. Bila malaikat jumpa tuhan dan dengan santun malaikat bertanya...
Kata rakan sepensyarahan saya, Tuhan pun jawab "Itu adalah rahsiaku, hanya aku yang tahu'.
Jan: Suspen je bila dia cerita, seram pun ada, lucu pun ada.

Tersilap kelas pulak dah!!!

Tak ada pelajar, rupanya tersilap dewan! (gambar sekadar hiasan)





"Ini kelas Malaysian Economy kan?" Saya bertanya apabila saya lihat para pelajar saling berpandangan dan tercengang. Ada yang buat muka hairan. Ketika itu saya sudah masuk bilik kuliah, sudah berada di hadapan kelas. Sudah letak alat pengajaran di atas meja.


Saya lihat muka pelajar seolah hairan melihat saya. Saya cek jadual saya. Manalah tau tersilap kelas pada awal semester ni. Saya pernah tersilap, bukan sekali dua, malah semenjak mengajar di Kolej Shahputra lagi. Nasib baik saya bawa jadual waktu.


"Eh, bukan kelas aku!...Saya tersentak dalam hati. Saya tersilap masuk kelas rupanya. Macam mana ni ya? Ya saya mesti kaver! Saya mesti bertenang, tarik nafas.


"Cuba awak cek semula jadual awak?" Saya terpaksa buat-buat tanya. Padahal memang sah bukan kelas saya. Pelajar tak perlu cek-cek.


" Ya la sir ni bukan kelas Economy Malaysia, kami pelajar sem 3" Seorang pelajar tertipu dan memberi info. Pelajar tersebut tak tahu saya `berlakon' jea...


"Ini bilik 1-4 kan? Minggu lepas sir ada kelas kat sini lah" Saya mahu menutup malu, he he he. Memang la ni kelas bilik 1-4, saya sepatutnya masuk 1 -14.


" Tak apalah, sir pergi tengok semula jadual kat portal, kot-kot sudah berubah, lepas pelajar add and drop beginilah, mungkin kelas sir sudah bertukar tempat" Saya beri penerangan palsu untuk caver kesilapan saya. Tiba-tiba je sebut pasal add and drop subjects.


"Tapi minggu lepas pun kelas kami kat sini" Tiba-tiba ada pulak dah seorang budak menyampuk. Geram betul!.


"Tak apalah sebab semalam sir tengok memang kelas di sir 1-4 dalam jadual" Saya terus menipu dan cepat-cepat saya keluar daripada bilik kuliah tersebut.


Jan: Masa berlakon eksperessi muka penting, kerut dahi dan sorotan mata. Jangan lupa gerakan badan ikut perasaan.

Monday, May 23, 2011

Mengapa menulis?

Ramai orang suka menulis. Apabila mereka selesai menulis mereka akan rasa bahagia dan semacam. Ada yang beria-ria ajak kita ke blog mereka. kalau boleh mereka nak orang seluruh dunia ziarah blog mereka. Biasanya kalau lapang saya berziarah juga, he he he.
Bila saya membaca blog orang saya tersenyum, atau kadang-kadang saya berkerut dahi. Yang paling penting adalah saya tahu ada `dunia' lain selain daripada `dunia' saya. Saya tak nak kata dunia saya lebih baik sebvab setiap orang berlainan cubaangnya. Tuhan maha kaya...
Saya jarang rasa malas untuk menulis, saya mahu bercerita. Bila saya tidak menulis, itu tandanya ada sesuatu keserabutan dalam minda saya, atau saya tak ada idea. Pun begitu sekarang saya sudah ada laptop, saya menulis ketika mahu tidor. Penulisan menjelang malam sangat peribadi. Saya tidak mempostingkannya. He he he.
Apa tujuan untuk kita menulis ya? Antara yang mungkin ialah:
1. Orang lain ada blog, kita pun ada blog (nak jugak).2. Kerana wang?3. Mahu terkenal?

juga mungkin kerana:

4. nak kongsi cerita/ilmu 5. nak cari teman/kenalan dunia maya 6. nak berdakwah? 7.terapi diri? lepas perasaan?
Dan banyak lagi kemungkinannya. Yang hanya masing-masing tahu.
Jan: Ada satu blog tu dia jarang sangat menulis, tetapi saya tetap menanti...hu hu hu

Perihal gula

Sekoyang-koyang kelmarin saya pergi kedai, ini pertama kali saya bayar harga gula RM2.10 untuk sekilo. Ya gula telah naik harga lagi dan lagi. Selamat datang ke bumi Malaysia.

Saya hanya mahu beli sekilo gula tetapi saya kena beratur panjang sebab ramai orang di kaunter. Tak pernah lagi saya pergi supermarket hanya nak beli sekilo gula. Mungkin hidup saya dah tak terurus, tiada perancangan seperti dulu.

Sengah dok beratur tersebut, saya melihat ke harga kremer manis, ya harganya ada yang RM2.10. Harga gula dan susu manis ni dah sama. Emmm...sama mahal? (sama murah untuk orang kaya, he he he).

Kalau AP diberikan kepada lebih banyak pengilang, mungkinkah harga gula boleh diturunkan? Atau dipertahankan? Kalau banyak pengeluar, tentu harga akan turun... Mereka tentu bersaing untuk berada dalam pasaran. saya cuba kaitkan dengan teori asas ekonomi.

Namun kenapakah harga gula meningkat? Mungkin kerajaan mahu kurangkan subsidi. Mereka mungkin mahu kurangkan beban kewangan. Atau memang kita tak nak negara kita jadi negara `ihsan' subsidi? Rakyat lena diulit subsidi... Subsidi bukan tanggungjawab, ia bentuk pertolongan...

Bila harga gula naik, oleh kerana ia makanan asas, maka dapat diramalkan akan berlaku kenaikan harga bagi barang makanan dan minuman...

Kenalah kurangkan gula dalam minuman dan makanan, dan maniskan muka walaupun kos sara hidup semakin tinggi.

Jan: mati semut kerana gula?

Saturday, May 21, 2011

Pelakon filem Hikayat Merong Mahawangsa...




Saya baru berpeluang tengok filem Hikayat Merong Mahawangsa, baru minggu ini, pinjam dengan kawan. Saya tak sempat ke panggung sebab sibuk dengan kerja-kerja pengurusan. Memang ada hasrat nak nonton sebab kagum kepada kerja tiga beradik ini.
Saya terhibur melihat filem ini, rasanya inilah filem kita yang paling lawo dari segi kesan khasnya. Saya tak reti sangat pasal kesan khas, tetapi saya rasa ia memuaskan di mata saya. Namun janganlah nak banding filem orang putih, kesan khas mereka lebih meletop.
Saya hanya nak kongsi pendapat dari segi lakonan. Saya beri 5 bintang kepada Datuk Rahim Razali sebab dia menghidupkan wataknya dengan berjaya dan cemerlang, begitu juga Wan Hanafi Su memberikan persembahan terbaik. Tidak sangka pula Khir Rahman mampu memberikan lakonan yang mantap. Saya tabik.
Saya tak nak tabik pada lakonan puteri raja Cina, saya rasa dia kena ambil kelas lakonan. Penghayataan saya beri F, he he he. Entah mengapa yea, tak ada orang lain ke? Cacat filem ini kerana dia...
Ummi Nazeera boleh berlakon, suara dia seksi... Dalam hantu Kak Limah Balik Rumah dia pegang watak roh yang tidak tenteram... Walaupun dia baru, dia dapat berlakon dengan baik. Lama kelamaan cukuplah pesona bintangnya...
Stephen Rahman Hudges? Lakonan dia? Bolehlah... Bolehlah? Ya bolehlah sebab kita tak ada pelakon lelaki lain yang sesuai. Di Malaysia, payah nak cari pelakon lelaki yang pandai berlakon yang boleh menjadi hero...He he he. Cuma dia kenalah ambil kelas bahasa Melayu. Payah kelas tu, kelas bahasa inggeris berlambak.
Filem ini hebat, kata kawan baik saya boleh buat 3 filem macam LOTR.
Jan: Susahnya nak berlakon...

Thursday, May 19, 2011

Hati seorang janda...

Kata manusia yang paling tua hidup di muka bumi ini ialah " Saya suka buat hal saya sendiri, saya tak suka campur urusan orang lain". Itu saya transelit ikut bahasa Melayu. Umur dia 114 tahun, orang Brazil.


Saya sedikit terpukul di atas pernyataan tersebut sebab saya suka cara hal orang, he he he. Pun begitu tujuan saya bukannya untuk papar hal negetif orang, saja bercerita untuk diambil ingatan. Yang buruk dijadikan sempadan...sendiri punya fikirlah.

Saya pernah banyak kali kena aniaya, skripnya boleh buat filem... Mungkin sebab itulah saya selalu ada kecenderungan memihak kepada yang nampak tertindas. Setakat ini saya tidaklah menggunakan blog ini sebagai tempat saya menyerang balas. Saya percaya ada hari ahad, adalah isninnya. Ada hari rabu, adalah khamisnya...maksud saya adalah pembalasannya. Tuhan maha adil (saya libatkan tuhan).

Memang dia menangis-nangis di meja saya. Saya rasa bersalah pulak. Saya cuma tanya " Sejak kena cerai dek laki awak, awak ingat tak ke laki awak lagi? Masa mana awak paling ingat?.

Dia beritahu dia ingat laki dia tiap-tiap hari, paling ingat bila waktu senja...dia rasa pilu. Masa dia terangkan pada saya, dia tak semener mener menangis.

Setahu saya dia diceraikan lapan tahun dulu bila laki dia kawin lagi dengan budak UKM, masa tu laki dia sambung study...

Jan: Mengapa dia menangis? Kan lapan tahun peristiwa itu berlalu? 8 tahun...

PRTO: Kisah benar

Ini PRTO (Perihal RumahTangga Orang), Kadang-kadang saya rasa saya ni macam kaunselor tak bertauliah. Tempat orang curah perasaan. Ceritannya begini...

Minggu lepas saya terima sms daripada isteri kawan saya. Saya dah delete sms tersebut tetapi saya masih ingat apa yang ditulisnya. Dia beritahu dia sudah ajak suaminya (kawan baik saya) ke pejabat agama. Katanya suaminya tersebut mengabaikan tanggungjawab berrumahtangga. Saya tidak tanya pulak abai zahir ke batin...

Saya tidak pernah jumpa isterinya, tetapi isterinya selalu juga sms saya, katanya suaminya selalu sebut pasal saya. Saya yakin tentu penyebutannya mengenai hal baik-baik. Dia mungkin rasa selamat sebab suaminya berkawan dengan saya... (silap besar tu, he he he. saya taklah baik memanjang).

Kawan saya baik, baik dari segi bersahabat. Maksud saya dia memang tak menyusahkan atau menipu orang, jauh sekali dengki. Malah suka menolong kawan, contohnya dia pernah menolong saya semasa saya diganggu oleh senior semasa di zaman persekolahan (dia sepak senior tersebut). Dia selalu menolong kawan lain juga, itulah yang saya beritahu kepada isteri kawan baik saya. Dan isteri kawan baik saya beritahu dia tidak nafi katanya" kalau hal kawan-kawan rela mati, tapi hal keluarga tak ambil tahu...".(pulak dah).

Di pihak kawan baik saya, kawan saya tidak pernah beritahu hal buruk isterinya kecuali isterinya suka berleter. Mungkin lelaki begitu kot, tidak mencerita hal isteri kepada orang lain sama ada buruk atau baik. saya pun taklah beritahu isterinya ada sms dan cerita hal dia. Saya tak nak dia malu pulak, biarlah saya yang malu, he he he.

Cuma dalam sms-sms terakhir ni dia kian galak bergurau kalau bini dia selalu meragam dia nak kahwin lagi satu!

Jan: Ke kawan baik saya tu dah ada calon? Tengah mabuk?

Wednesday, May 18, 2011

Hati yang terbuka...

Saya terima berita tersebut dengan hati yang terbuka. Saya tidak terkejut, malah saya pernah meramalkannya, he he he.
Dia merupakan sahabat baik saya di tempat kerja lama dulu. Orangnya lucu sedikit, sedikit gatal tetapi beriman (pandai-pandai pulak saya ni, he he he). Namun dia tegas. Saya sedikit kecewa kerana tidak dapat hadir di majlis perkahwinan dia. Saya tidak pernah hadiri majlis perkahwinan kali kedua...
" Dia layak..." Tiba-tiba hati saya berkata. Macamlah saya ni pengkayu ukur bagi orang layak atau tidak dalam berpoligami. Saya kenal baik dengannya dulu. Pada masa tersebut saya masih muda dan cuba mencari populariti, sedangkan dia pada masa tersebut sudah popular.
Saya tidak mencanangkan berita perkahwinan tersebut, biarlah orang tahu dengan cara semula jadi. Kalau saya canangkan...mungkin ada hati yang terluka. Maksud saya pihak ketiga dan ke empat.
Saya pun tak tahu banyak cerita, cuma doakan kebaikan.
Jan: Selamat pengantin baru (semula...)

Sebuah janji... perihal tak nak kongsi suami.

"Dia bersumpah, dia janji dengan isterinya kalau dia kahwin lagi jatuh talak..." Kata emak saya semasa saya bertanya mengapa walaupun kaya raya handsum tetapi si Datuk Saripan Sodukus (bukan nama sebenar, takut pulak letak nama sebenar...sebab anak dia pernah belanja saya, he he he). Pada masa tu saya dan emak dalam kereta, nak beli daging kisar, nak buat roti berlauk. Saya cadang esok nak bawa roti tersebut kat tempat kerja...

" Laaa pulak... tapi dia boleh simpan perempuan simpanan tetap, he he he" Saya membalas kata mak saya. Saya cuba berlawak. Tapi saya tahu isu ni tak patut dilawakkan.

" Perempuan ni sekaya mana laki dia, baik mana laki dia, dia tak nak berkongsi. Dalam hati memang tak nak. Mana ada isteri rela berkongsi suami?". Kata mak saya yang sudah 5 hari ziarah saya (dan telah menyumbangkan kenaikan berat saya sebanyak 2 kilo).

Jan: Ada.... ada!!!

Madu itu manis...?

Saya banyak terima sms daripada kawan saya berbau `Salleh Yakob'. Mereka kata tak kan satu pun saya tak dapat, Salleh dah nak masuk 4... Saya balas dengan selamba, kalau dia balas balik dan ada nada merendahkan saya. Saya carut!. Maksud saya carut dalam nada bergurau...


Saya tahu pasal Salleh nak kahwin kali ke 4, saya ada baca akhbar. Cuma saya tak mahu komen apa-apa buat masa ni. Cuma saya kagum. Kagum sangat-sangat kepada ke tiga-tiga isterinya. Mengenai lelaki yang nak kahwin ramai saya tak kagum mana, berlambak.


Jan: Mengapa saya terheret dalam isu ini?

Kasut berjasa...


3 minggu lepas saya memakai kasut untuk bermarketing ke Pekan. Saya bermarketing dengan sahabat saya Adnan (sudah beristeri), seorang pensyarah di jabatan keusahawanan dan pemasaran). Kami pergi dengan kereta Vioss dia.


Kelihatan Adnan mengeluarkan bahan2 marketing kami.



Ada serba maknika di dalam bonek kereta.

Kasut yang saya pakai (camel active)

Tempat pertama kami `jual diri'... Jumpa Kak Mizah di sini.

Tidak sempat menahan nafas kerana gambar ini dipukul curi. Dia memang perlukan `sek up'.



IKM Pekan



UMP, Adnan jadi model tak berbayar, Adnan juga memakai kasut, he he he. Adnan payah sikit nak pose, dia kaku sikit. Berbeza dengan Mekzu (berbeza jauh).



MRSM Pekan



GIATMARA Pekan



Semasa di GIATMARA Pekan, saya terpaksa letak kat rak bila nak masuk ke bilik pegawai GIATMARA. Berdebar gitu, takut hilang.




JKR Pekan amal 5S juga.



TNB Pekan dan Adnan



Mara Pekan






Bermakerting ini meletihkan kaki dan mulut. Nasib baik saya ada kasut yang selesa dan kemas. Cuba bayangkan kerja-kerja tersebut dilakukan tanpa menggunakan kasut dan mulut?





Jan: Macam tak sesuai tajuk dengan penulisan kan? he he he.

Sunday, May 15, 2011

`Tok pok'


Daging boleh direbus dengan sesuka hati, bubuh garam sikit, kicap sikit ...





Biasanya perkataan `tok pok' ni dirujukan kepada daging. Contoh ayat, " Suzila, cuba tengok daging mak rebus pok ke tak lagi? Laung Mak Som daripada luar rumah ketika menjempur kain atas di atas pagar (atas pagar jiran sebelah!).



" Tok pok lagi la mak, keras lagi" Jawab Suzila yang biasanya malas sangat nak ke dapur, berlaki nak!.



Daging yang kita masak yang kita rebus sebelum kita makan kenalah `pok'. Daging tersebut mestilah betul-betul masak. Baru senang kita gigit untuk kita makan. Kalau `tak pok' maka masih keras dagingnya, kita tak boleh makan dengan selesa.



Namun cerita ni bukan pasal daging tetapi cerita mengenai pasangan kawan saya. Saya ada kawan yang suka bercerita buruk tentang pasangannya. Saya dengarlah sahaja dan buat kesimpulan. Begitulah saya biasanya, he he he. Senang je buat kesimpulan. Mentang-mentang ada blog.



Hendak dijadikan cerita suatu hari kawan saya ada bertandang ke rumah saya. Saya sangat sibuk maka mak saya yang buat-buat mesra di ruang tamu. Dan bercakap dengan mereka sementara saya bersiap (kalah anak dara). Pada masa tersebut sebenarnya saya baru nak mandi. Saya malu untuk keluar. Saya ada baca dalam buku motivasi, kita tidak boleh keluar jumpa peminat kalau kita sakit atau tak terurus. Cukuplah peminat tahu kita masud wad. Mungkin mereka antar bunga.



Saya tak nak cerita mengapa kawan saya datang bertandang tetapi saya nak cerita pasal kata-kata mak saya selepas kawan saya dan pasangannya balik, mak saya kata:



" Mak tengok suaminya macam `tok pok'... Kata mak saya sambil mengambil cawan dan teko untuk di bawa ke dapur. dan dapur pula tak jauh mana, belakang dinding ruang tamu sahaja. He he he.



Saya tersenyum, saya memang setuju sebab begitulah saya dengar cerita-ceritanya...



Jan: Kadang-kadang saya` tok pok' juga.





Thursday, May 12, 2011

Tak cukup duit nak beli buku-buku...



Buku dalam gambar di atas (His Needs her Needs - Willard F. Harley, Jr., PH.D.) saya beli pada minggu lepas. Iaitu minggu yang pada malamnya saya berlap top dan berkopitiam dengan Adnan hingga pukul 12.30 tengah malam. Bila balik rumah nasib baik isteri tidak berleter... sebab perangai kami macam tak ada rumahtanga - lepak macam orang muda. Bila balik ke rumah tiada adegan isteri berleter atau tanya `Awak dari mana ni pagi-pagi buta?" Sambil cekek pinggang dan bermuka seperti nak teran anak kembar.

Tetapi posting ini bukan pasal lepak kat kopitiam, pasal lap top atau pasal senangnya hidup tak ada anak, atau cara nak teran anak kembar. Ini adalah pasal saya tak cukup duit untuk membeli buku. Sedih tetapi itulah kenyataan.

2 minggu lepas ayah saya datang bertandang, semasa dia memunggah begnya ke dalam rumah, saya ternampak buku " A Dr in the House: The memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" dalam keretanya. Rupanya ayah saya sudah dapatkan buku tersebut.... Emm dalam hati saya terdetik, Emmm... Saya cemburu kot!.

Esoknya ketika kami berkereta, ayah saya asyik bercerita tentang kandungan buku tersebut. tentang banyak peristiwa yang terjadi di dalam dunia politik Malaysia. Ya la... malam tadi semasa pukul 2 pagi ketika saya lalu di ruang tamu nak ke dapur minum air, saya lihat ayah masih lagi tekun membaca dan sudah separuh daripada buku tebal tersebut dibacanya!.




Buku terbaru dr mahathir laris, banyak orang beli...


Maka minggu selepas kunjungan ayah, saya ke POPULAR BUKSTORE kat Megaall, Kuantan dengan anak saudara saya. Saya nak beli buku dr Mahathir. Pada hari tersebut say belikan juga sebuah buku untuk anak saudara saya, buku pasal buat origami, buku Origami tersebut dalam RM44.60. Bolehlah kalau nak belajar buat burung kertas ke, beruang kertas ke. Dulu pun saya ada beli buku pasal dinasor untuknya. Biar dia minat membaca. Saya nak pupuk daripada kecil supaya anak saya rajin membaca (opps anak saudara saya...bukan anak saya).




Lew Kuan Yew juga banyak tulis buku...



Saya sudah pegang buku Dr mahathir tersebut tetapi di sebelahnya ada buku " Lee Kuan Yew: Hard truths to keep singapore going". Buku ini juga saya minat nak beli daripada dulu lagi tapi mahal sangat. Tiba-tiba saya rasa lebih baik saya beli buku Lee Kuan Yew dan nanti saya tukar baca dengan ayah. Bila saya ada duit lebih baru saya beli sendiri buku dr Mahathir tersebut. Itu idea yang baik. Saya pun sambar buku Lee Kuan Yew.

Sambil berlenggang bangga (sebab beli buku tebal?) ke kaunter pembayarn saya melintasi pulak rak buku motibasi dah ternampak la buku `His needs and her needs". Saya fikir saya banyak menulis mengenai kisah rumahtangga orang Melayu, bagus jika saya baca buku ini sebab ia ditulis oleh pakar iaitu doktor dalam bidang perkahwinan. Biarlah ceritanya bukan pasal rumahtangga orang Melayu tetapi saya berpendapat rumahtanga ni dalam mana-mana bangsa pun, ada persamaan yang hebat, iaitu kena pandai bertanggungjawab dan kekalkan kasih sayang. Maka saya letak balik buku Lee kuang Yew dan sambar buku Dr Willard tersebut. (pulak dah).

Itulah ceritanya, jika saya ada duit banyak, tentu masalah ni tak timbul. Tapi itulah hakikatnya... Tidak semua benda kita dapat... Saya rasa saya dah banyak korbankan benda lain sebab nak beli buku. Tahu sajalah buku terutama yang dimport, harganya mahal (kepada sayalah)... Sekarang saya sudah tidak pakai facial foam Clinique regime (lebih RM300), saya pakai jenama eversoft jea RM12.90. Lagipun kalau dah handsum tu, tetap hensem jugak kan, he he he.

Jan: ...kalau ada masa terluang saya suka buat dua perkara iaitu berangan, atau baca buku cepat-cepat. Hidup ini singkat sangat. Kita harus cepat-cepat baca buku dan cepat-cepat berangan...

Wednesday, May 11, 2011

`Perasmian' kedai kasut oleh Mafuzah dan Mek Zue

Cerita ini pendek sahaja. Kisah saya membeli handphoe dan kisah kawan saya beli kasut. Saya gabungkan sekaligus sebab peristiwa berlaku serentak, hari yang sama, lokasi yang berdekatan. Kami pergi sebuah kereta, saya yang bawak kereta tersebut. Lokasinya kedai kasut kat Muadzam... Kedai baru dibuka.

Handphon saya rosak teruk, Saya bawa handphone lama ke kedai untuk dibaiki .Bila sampai ke kedai cina, dia beritahu saya kena baiki tetapi tak ada gerenti...Sudah beberapa hari saya pinjam handphone Mek Zue. Maka saya rasa saya kena belilah. Tak kan nak meminjam memanjang...

Saya membeli handpon di kedai tepi Pantai Selamat supermarket. Maka setelah memilih model yang paling murah. Saya hulur kad kredit tetapi tak boleh guna kad! Saya buka beg duit tetapi tak cukup duit pulak. Saya perlu RM350. Dalam beg duit ada duit untuk minum petang sahaja. Dalam gelabah tersebut Zul (kawan baru saya) pinjamkan saya RM150. RM200 lagi saya kena minta pada Mafuzah dan Zuraini. Tetapi di mana mereka?

Untuk mencari perempuan, senang sahaja. Bandar New York ke, Paris ke, Muadzam ke. Kita kena cari di...? Yup betul. Kedai kasut. he he he.

Mereka pergi ke kedai kasut sementara menunggu saya membeli handphon.


Mafuzah minta pandangan Zul mengenai kasut...

Kelihatan Mek Zul berdekatan dengan handbag.


Mafuzah terai sepasang kasut sambil dikomen oleh Zuraini dan Zul. Saya tak ada dalam gambar tersebut (sebab saya yang pukul).

Kasut perempuan kompleks, tidak seperti kasut lelaki...


Upacara menyerahkan duit berlaku


Kelihatan Mek Zue, menjelaskan kepada Zul kenapa perempuan kena ada banyak kasut dan handbag... (dalam pada itu Zul menahan nafas agar nampak segak)



Jan: Kawan-kawan sebenarnya datang meneman saya untuk membeli handpon...tima kasih.

Kenapa perempuan perlu banyak kasut?

" Mung beli la rak, kasut banyok tu..." Saya buat-buat berkuasa, he he he. Mentang-mentang jadi ketua Zon QE terus saya guna kuasa saya. Harap-harap tak over atau tersalah guna kuasa macam sesetengah ahli politik kita.


" Nanti laaa, aku beli, mung la tolong beli...?" Kata Mekzu membalas balik kata-kata saya dalam isu kasut. Namun kasut-kasut dia cantik. Malah...saya pernah ter`teman' dia pergi kedai beli kasut. He he.


Kenapa perempuan perlu ada banyak kasut? Minggu ini saya masuk hampir ke semua bilik pensyarah untuk memeriksa keadaan QE mereka. Bilik perempuan memang cantik dan kemas berbanding bilik lelaki. Namun apa yang paling membezakannya ialah bilik perempuan ada banyak kasut!


Saya menyarankan hanya tinggalkan satu kasut sahaja di dalam bilik. Buat apalah ada banyak kasut. Saya tidak faham. Saya cadangkan juga beli rak kasut, he he he.


Kemudiannya saya ada juga bertanya kepada kawan saya mengapa mereka perlu banyak kasut?. Banyak jawapan yang saya terima tetapi paling nampak macam logik ialah mereka mendakwa kasut tersebut perlu `match' dengan pakaian. Iaitu kain, baju, handbag dan tudung. Saya angguk kepada walaupun saya tidak faham.


Jan: Saya tidak ada banyak kasut. Saya hanya ada satu kasut sahaja yang selalu dipakai. Itulah kasut yang saya buat pergi kerja, buat berjalan-jalan di Kuantan, buat balik kampung dan juga buat gi masjid (sembahyang hari jumaat, kalau tak uzur) .

Tuesday, May 10, 2011

Kasut saya

Saya hanya ada 3 pasang kasut. Sepasang kasut saya pakai untuk pergi mencari rezeki (kerja), sepasang kasut untuk berjogging (walaupun sebenarnya saya tidaklah berjogging, saya joglan iaitu jogging sekejap berjalan sekejap, joging sekejap berjalan sekejap). Sepasang lagi kasut saya pakai untuk `bergaya'.

Kasut kerja tersebut adalah kasut cap (jenama) Camel Active. Saya tidak pakai kasut kerja selain daripada Camel Active. Saya taklah active mana, jenis slow jea, tapi saya minat sangat kasut ini sebab iannya selesa bin kemas. Sejak saya bekerja di Pahang, iaitu daripada Pekan ke Kuantan dan Ke Muadzam, saya selalu pakai kasut Camel active. Harganya dalam RM270 sepasang.

Semasa saya bekerja di Pekan Pahang, saya hilang 2 pasang kasut Camel Active secara berturut turut. Bila hilang terus saya beli yang baru. Namun yang baru tersebut juga hilang seminggu kemudiannya. Mungkin budak dadah ambik. Selepas itu barulah saya belajar simpan kasut dalam rumah, he he he. Jadinya saya kerugian dalam RM540. Saya ingat sampai mati.

Kasut jogging saya murah sahaja iaitu dalam RM78, saya beli daripada seorang pensyarah sukan. Katanya dia jual murah sahaja untuk habiskan stok. Saya tak ingat kasut tersebut cap apa. Sebab jenama tak terkenal. Atau saya tak kenal? He he he. Saya beli kasut tersebut sebab terpaksa ikuti suatu aktiviti 3 hari 4 malam dalam hutan (kira macam pupuk semangat). Kalau tak kerana aktiviti tersebut, haram saya tak beli kasut jogging. he he he.

Kasut ketiga adalah kasut bergaya. Saya cadang mahu memakainya untuk ke tunas manja, tengok wayang atau melawat pasaraya Giant. Namun saya tidak pakai sebab tidak selesa dan lembek. Kasut tersebut murah sahaja dalam RM120 kalau saya tidak silap. Cap Larrie. Dah koyak dah (macam anjing gigit ). Saya mungkin bakulsampahkannya minggu depan.

Itulah perihal kasut yang saya ada... Saya simple sahaja orangnya.

Jan: Kaki saya memakai 3 kasut sahaja. Badan saya memakai banyak pakaian...

Monday, May 9, 2011

Mesyuarat 5S










Gambar-gambar di atas saya pukul curi semasa mesyuarat bertindak 5S. Pernah dengar tak 5S?

5'S ialah amalan pengurusan yang teratur dan melibatkan 5 komponen yang utama iaitu:



1. Sisih,


2. Susun,


3. Sapu,


4, Seragam dan,


5. Setiasa Amal




Kerja-kerja ni sebenarnya ada kita buat kat umah kita. Kalau kita buat selalu ia akan menghasilkan satu persekitran tempat kerja yang bersih dan harmoni.


Di samping meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja dan perkhidmatan selaras dengan standard yang telah ditetapkan. Ada la yang piawai kita kena capai bersesuaian dengan jenis organisasi di tempat kerja kita.


Saya dilantik sebagai ketua Zon Akademik AB. Rasanya dah masuk tahun ke tiga saya melekat kat 5S ini. Banyak jugak tugas yang perlu dilakukan. Kadang-kadang naik pening juga tetapi semuanya demi kebaikan. Saya kerjakan sedaya mampu sebagai sumbangan saya di tempat kerja saya.




Jan: tambah satu` S' lagi iatu `Sembunyi'kan sampah-sampah tersebut, he he he.

Malu menulis...

Kadang-kadang saya malu untuk menulis sebab pengetahuan saya sangat cetek. Semakin banyak saya membaca, saya semakin sedar saya amat bodoh... Saya pula tidak boleh menulis kalau saya tidak banyak membaca. Banyak membaca secara langsung mengajar dan memberi ilmu, menolong saya melihat banyak perkara dengan cara saya sendiri.

Mungkin itu juga yang dirasai oleh kawan-kawan blog saya yang sudah tidak menulis... Tetapi entahlah, lain orang lain alasannya. Saya tak perlu heret mereka.

Suatu waktu dulu saya menulis untuk suka-suka, sekarang ada kalanya saya menulis untuk sampaikan sesuatu...

Jan: Tersampaikah?

Memang duit awak!


" Tolonglah awak berjimat sikit, mentang-mentang la awak bekerja, memang la duit awak. Salah ke saya nasihat ni?




Jan: Jangan kau lupa, he he he.

Perihal duit gaji isteri.

Dalam agama islam tugas mencari rezeki terletak pada sang suami. Sang suami yang keluar rumah untuk mencari rezeki dibawa ke rumah. Sang isteri tidak boleh keluar rumah untuk bekerja jika suaminya tidak izinkan. Kawan saya yang bersekolah agama kata haram kalau sang isteri tidak minta izin dan bawa balik duit ke rumah walaupun satu sen, berdasarkan beberapa hadis yang dia belajar. Hadis yang saya tidak pernah dengar pun, he he he.

Saya setuju, sang isteri mesti patuh pada suami. Jika suami hanya berpendapatan rendah, tidak bolehlah sang isteri demand perkara-perkara yang di luar kemampuan suami. Tidak boleh merengek atau mendesak apatah lagi meng-ugut sang suami. sang suami tentu rasa sedih dan terkadang menyampah bila sang isteri demand perkara yang lebih-lebih. Maknanya sang isteri kena pandai-pandailah menahan hati dan hidup dengan suaminya yang dia kasihi. Tanda patuh. Tanda Kasih...?

Jangan pula sang isteri bandingkan kehidupan berumahtangganya dengan jiran atau saudara yang berada (yang bersahabat baik dengan koat Mamoh, mereka mampu berhutang, tak apalah). Sang isteri harus dan wajib hidup dengan kemampuan suaminya (kalau nak hidup senang lenang kenapa pilih suami sekarang? He he he. Pilihlah Datuk atau usahawan berjaya. Ini saya yang kata, bukan kawan saya tersebut, he he he).

Kalau sang isteri minta izin untuk bekerja bagi membantu suaminya, dan kalau sang suami tidak beri izin tersebut. Iannya tetap tidak boleh. Tiada duit boleh masuk ke dalam rumahtangga tanpa izin suami. Dan jika suami izinkan maknanya duit gaji tersebut digunakan untuk membantu ekonomi dan rumahtangga. Kira duit gaji tersebut adalah bukan mutlak miliknya sebab suaminya izinkan. Kalau tidak izin, kenalah hidup seperti gaji sang suami. Kena redha dan patuh. Sebagai isteri yang bijak kita hendaklah bijaksana hidup dengan gaji suami kita, kita kena faham limitasionnya. Kita kena faham juga konsep keizinannya. (bersyarah pulak dah).

Sang Suami

Duit gaji bini kita tersebut memang kira duit kita juga kerana keizinan daripada kita. Tetapi tidak bolehlah kita guna untuk beli sport rem kereta atau guna untuk up grade handphon kita. Duit gaji isteri tersebut adalah untuk membantu rumahtangga kerana kita tidak mampu untuk berlebihan atau bercukupan atas rumahtangga kita.

Janganlah sang suami pula rasa lega atau lepas tangan bila sang isteri bekerja. Ini kerana jika difikirkan mereka sudah membuat pengorbanan kerana kita tidak mempu menyediakan segala kehendaknya iaitu untuk hidup senang. Duit yang lebih dia belanja untuk rumahtangga itu ini, dia beli la sepasang dua kain pasang yang mahal dan kasut yang murah kerana kita bukannya mampu kan?

Sang Isteri

Sang isteri pula tidak bolehlah bangga berego mendakwa duit gaji dia, duit gaji dia secara mutlak. Kita kena pergi ke dasar dan permulaannya iaitu kita diberi izin untuk bekerja. Keizinan ini jangan dipandang remeh dalam agama. Dan janganlah mengungkit kerana kita yang meminta keizinan...ingin membantu...(baca dengan nada ikhlas dan tidak memberontak, redha supaya hidup berumahtangga dapat keberkatan...)

Saya pernah diberitahu oleh adik perempuan saya yang dia terdengar satu dialog. Dialognya berbunyi begini " Kalau harapkan gaji suami, tak makan la kami anak beranak, tak boleh hidup senang". Saya rasa tidak perlulah sang isteri berlagak ego beritahu sebab memalukan suaminya. Kami kenal suaminya bekerja di sebuah bank. Suaminya baik. Bukan kaki perempuan, botol atau kaki nangkung.

Saya tahu ramai gaji kawan-kawan perempuan saya gajinya jauh lebih tinggi/mahal/banyak daripada suami mereka. Posting ini saya tujukan kepada mereka, supaya mereka tidak tersasar dalam kehidupan untuk mencari keberkatan berumahtangga. Itu saja yang boleh saya sumbangkan kepada kawan-kawan perempuan saya.

Kepada yang tak kahwin dan yang tak kahwin-kahwin tu, boleh ambik iktibar atas tulisan ini, terimalah apa yang patut...moga jadi panduan.

Jan: Jangan kau lupa...

Drama sebabak : Di sebuah bank.



" Kenapa tak ada proses yang memudahkan? Mintak ini, mintak itu. Kenapa tidak beritahu awal-awal, sekaligus?". Kata Adnan (nama sebenar) sahabat baik saya. Kata-kata tersebut dilontarkan dengan agak kuat. Saya yang berada di tempat menunggu yang agak jauh boleh mendengarnya. Saya rasa seluruh bilik besar tersebut, seluruh (semua) orang boleh mendengarnya sama ada pekerja atau pelanggan.
Saya gelabah tidak semena mena, sesak nafas tidak selesa. Saya tahu Adnan pongoh sikit tetapi tidak menduga pula iannya berlaku di sebuah bank. Saya tidak tahu nak buat apa dalam berdebar-debar tersebut, saya berpura-pura bersms sambil pasang telinga dan sesekali saya memandang ke arah kaunter urusan tersebut. Tempat kejadian.
Saya lihat muka Adnan serius giler. Saya lihat pekerja bahagian pinjaman pucat tidak terkata apa. Saya juga lihat pekerja lain di sebelahnya sibuk menyusun fail dan menulis sesuatu. Mereka juga mungkin berpura-pura. Tak kan mereka duduk di sebelah tempat kejadian, tidak terkejut dengan suara Adnan!
Kejadian ini berlaku di sebuah bank. Sebagai rakyat memanglah kami memerlukan bank. Kami bukannya rakyat bertaraf kaya raya. Dan bank pun mestilah memberi perkhidmatan yang cekap kepada rakyat. Saya tidak mahulah sebut bank mana, tetapi setiap rakyat memerlukan bank. Dan bank memerlukan rakyat. Bank bekerja untuk rakyat.
" Saya banyak kerja lain lagi nak dibuat. Saya sibuk. Bukannya nak berulang alik ke bank!" Kedengaran lagi suara Adnan, tetapi kini ada dua orang sudah tercongok di meja tersebut. Mungkin pekerja tadi sudah tidak dapat menjawab pertanyaan dan kemuskilan Adnan. Lalu pegawai lain datang untuk menerangkan/menyejukan Adnan. Saya tidak pasti.
Saya masih lagi panik. Bukan apa, cara marah Adnan tersebut macam real jea. Ke memang real?. Saya sms Mek Zue (nama panggilan sebenar, nama sebenar Zuraini. Minggu lepas saya ke rumahnya lihat kabinet dapurnya, berbaloi bayar beribu-ribu. Cantik. Dia ada beli rumah dekat Indera Mahkota. Dia suka makan kerepek.).
" Hah saya kena tulis surat pulak!!?" Kata Adnan apabila dia beritahu dia nak batalkan sahaja urusan berbelit tersebut. Saya lihat Adnan bangun dan menalipon seseorang. Dia ke tepi dinding bercakap sesuatu. Tiga orang pekerja di meja tersebut (tambah satu orang lagi pulak dah...) kelihatan serius dan sangat sopan.
Sebenarnya dah 2, 3 hari Adnan mengadu pada saya (dan saya mengadu pada Adnan) yang urusan bank tersebut boleh dipercepatkan. Adnan memberitahu pekerja bank tersebut asyik minta itu ini. Minta itu ini sekali gus tak apalah tetapi sekejap nak ini, sekejap nak itu. Memang Adnan terpaksa datang banyak kali ke bank tersebut.
Sebenarnya saya pun alami masalah tersebut tetapi saya diam sahaja. Saya ni kalau orang buat macam mana pun saya diam sahaja, paling tidak saya menulis dalam blog luah perasaan. Lagipun untuk mendapatkan pinjaman tersebut saya rela menari atas meja (separuh bogel?)pegawai bank tersebut. Saya mahu pinjaman saya lulus.
Jan: Tiba-tiba keesokan harinya pinjaman Adnan terus lulus!

Tuesday, May 3, 2011

Perihal kertas kerja pelajar

Minggu hadapan saya akan kembali mengajar. Saya merasa lega kerana semester ini saya hanya mengajar satu subjek sahaja, iaitu Malaysian Economy. Bolehlah saya tumpukan jiwa raga saya kepada subjek ini. Secara peribadi mengajar subjek ini agak senang berbanding microeconomi dan macroekonomi. Pun begitu subjek ini ada tuntutannya.
Saya harus memeriksa banyak kertas kerja pelajar di samping menilai pembentangan yang mereka lakukan. Sepanjang pembelajaran subjek ini mereka dimestikan menyiap 2 kertas kerja. satu daripadanya saya yang berikan tajuk, satu kertas kerja lagi saya berikan skop kajian tetapi mereka bebas memilih tajuk yang mereka suka.
Setakat ini saya sedaya upaya membantu mereka terutama dalam menyiapkan kertas kerja. Kadang-kadang saya beri juga idea untuk mereka pertimbangkan. Tetapi apa yang lebih saya tekankan adalah cara tersendiri mereka dalam membuat kertas kerja.




Membuat penulisan kertas kerja bukan sesenang menulis surat cinta atau menulis blog. Ia ada format dan kaedahnya. Kena belajar cara membuatnya, kena mahir membuat kertas kerja. Remeh juga membuatnya.
Yang paling saya harapkan semua pelajar akan menyiapkan kertas kerja mereka tetap pada masanya. Pada masa lalu ada juga yang lewat menghantarnya.
Kadang-kadang saya gelegak hati apabila melihat kertas kerja yang teruk atau terlalu cincai. Namun saya meminta pelajar remake nya semula. Semasa saya belajar dulu kertas kerja yang teruk akan dapat bangkul sampah. He he.
Saya percaya kemahiran membuat kertas kerja perlu ada pada seorang mahasiswa, oleh sebab itulah sedaya mungkin saya akan mengajar mereka, memberikan panduan walaupun itu bukanlah tugas saya...
Jan: kertas kerja yang paling baik biasanya saya akan simpan, yang biasa-biasa saya beri kat mak cik cleaner untuk dia jual timbang... he he he.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home