Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, October 7, 2010

Saya ni cerdik orangnya..!

Cerita ini daripada sahabat baik saya. Ceritanya biasa saja, ianya mengenai peri hal perangai penjawat awan yang tak reti basa.
Pembaca blog ini pun mungkin ada pengalaman sebegini. Rasa meluat tahap megamoll. Saya sendiri ada juga pengalaman buruk apabila berurusan di kaunter kerajaan tetapi saya taklah kisah sangat sebab saya fikir kalau mereka nak jadikan duit gaji mereka haram sebab mereka tak amanah, saya tak boleh buat apa-apa. Makanlah duit tu, buat makan anak bini/laki.
Tapi ingatlah sikit, kita berkhidmat kepada masyarakat dan diberi tanggungjawab oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Maka kenalah bekerja untuk rakyat Malaysia (amboi macam kempen pula, maklumlah pilihanraya dah nak dekat).
Kalau mengikut agama islam bekerja adalah kerana allah. Lagilah terpesong kalau kita kerja kerana gaji tetapi gaji tu gaji buta... sebab kita tak kerja sesebenarnya.
Saya tahu sangat, kalau muka handsum macam Farid Kamil barulah mereka layan sampai tertongek-tongek bahasa tubuhnya, muka kurang handsum macam saya (tetapi tetap menarik, berbudi perketi, bersih, cekap, amanah dan jujur) acuh tak acuh je dia layan. Macamlah saya ni nak minta beras dengan penjawat awan tersebut.
Kita pergi ke cerita kawan saya... Bimbang pulak nanti posting ini asyik cerita hal saya, mungkin ada orang benci...meluat (saya peduli apa? he he he).
Saya tak tahu apa salah kawan saya. Salah saya saya tahu, saya kelihatan naif dan berbaju seluar tak kemas dan tali kasut tak ikat. Bila masuk pejabat tentu orang ingat saya ni orang sungai mana, mereka tak layan (walaupun sebenarnya mereka kena layan dengan baik walaupun saya cacat!). Tetapi kawan saya ni memang gila jenama...dia berbadan tegak dan segak. Kalau sekali tengok tentu jatuh cinta terutama kepada kereta yang dipandunya, he he he.
Dia datang awal sebelum pukul dua dan dia mahu jadi pelangan pertama supaya cepatlah urusan selesai. Dia menyandar di sofa sambil menghadap kaunter dan ada dua tiga meja urusan di hadapannya...
Bila sampai pukul dua dia diberitahu oleh gadis di kaunter yang pegawai yang terlibat tak datang lagi. Kawan saya pun tunggulah di sofa tersebut semula, sambil berfikir tentu ada masalah sebab tu lewat.... Dan sangat lama selepas itu datanglah seorang perempuan bersama pemuda. Mereka sangat jelas sedang hangat bercinta tahap 1. Ya lah kan kalau bercinta pun janganlah pamirkan sangat, tetapi memang bila kita bercinta kita tak sedar dah orang lain dui sekeliling. Orang bercinta ni nak tutup pintu pun ambil masa 15 minit. Muka pemuda tadi taklah handsum sangat, memang sesuai benar dengan muka perempuan tadi...(beritahu kawan saya yang jadi mangsa tu)
Si perempauan tadi rupanya penolong pegawai yang seharusnya ada di mejanya tepat pukul 2. Kawan saya tak lah terus menerjah meja tu sebab biarlah dia ambik masa dulu rehat jap. Selepas itu kawan saya yang telah memandu lebih 100km kerana nak berurusan tu pun bawalah sampul surat ke meja tersebut sebab nak berurusan...tetapi
Perempuan tersebut beritahu letak saja di situ sambil buat tak layan dan muka masam macam mak tiri Snow White...
Nampaknya hari tersebut adalah hari paling malang perempuan tersebut. Kawan saya ni semasa di universiti pensyarah pun dia lawan! Inikan pula penolong pegawai!
"Saya ni cerdik orangnya....awak jangan..bla-bla-bala." Begitulah mukadimah syarahan perdana daripada kawan saya (yang saya tahu akan sepejabat akan mendengarnya...he he he).
Kawan saya kata dia amat marah dan kecewa sebab dia ambil cuti semata nak uruskan hal tersebut tetapi tidak dilayan dengan baik. Dia beritahu dia nak berurusan bukan tukang hantar sampul surat tersebut...
Jan: Hidup kalau tak boleh menyenangkan orang, janganlah menyusahkan orang...Dan bila orang menolong kita, sayangi kita, janganlah kita khianatinya...simple kan?


No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home