Amboi buka je pintu meluru masuk...
Dok situ dulu, jangan masuk!
Tunggu dulu! Tak dok makanang ni...
Dok situ dulu, jangan masuk!
Tunggu dulu! Tak dok makanang ni...
Tiap kali saya buka pintu belakang, meluru datang kucing-kucing jiran. Saya bukannya jenis suka binatang berbulu, tetapi saya kesian mereka lapar. Kadang-kadang saya sendiri rela lapar daripada keluar makan di kedai atau bila malas nak masak. He he he. Tetapi saya tak sampai hati bila tengok kucing lapar. Saya lapar tak apa... " Tak dok makanang ni, aku pun lapar jugok. Roti biskut habis doh" beritahu saya pada kucing-kucing yang sedang menunggu depan pintu. Nak masuk dapur mereka takut saya marah. Saya panaskan minyak sambil berleter kepada kucing-kucing tu kononnya saya tak ada makanan dan saya sendiri pun lapar juga. " Makanglah kherpok ni je ada, bersyukur sikit yea... pandai main je pagi petang" Tambah saya seolah jelous, sambil menambah unsur agama supaya bersyukur. Kucing-kucing tu tengok je saya goreng keropok sambil berleter. " keropok je lah yang ada" saya beritahu kucing beberapa kali... Saya juga ceritakan kepada kucing yang hari ini Dr Shekh Muzafar yang pergi ke bulan tu dah kawin. Saya juga ceritakan saya letih sangat sebab banyak marking paper. Saya juga beritahu kucing kot-kot berbanding dengan nasib saya, nasib mereka lebih baik dan bahagia...he he he (pulak dah). Kucing-kucing tu senyap je sambil merenung saya...mereka senyap je... " Atau mereka mengerti apa yang saya alami?" Jan: tapi saya tahu tuhan melihat dan mendengar...
2 comments:
suki.... lerrrr dah mengenang nasib je selalu ni... hmmm
entahlah joe, lately ni rasa macam pelbagai rasa...that the end kot...(baca dengan nada sedih berbaur putus harap dan pasrah. Sedikit cuak)
Post a Comment