Kata kawan saya, `Man kita ni dah tua, tak perlulah bazir masa cari banyak kawan. Terutama kalau kita tahu dah sah dia tak kan menolong kita bila kita susah...Kita tak cari dia bila kita susah..."Sepintas lalu saya rasa apa yang dikatakan oleh kawan saya tersebut terlalu material dan individualistik. Apa salahnya banyak kawan-banyak dan kenalan. Walaupun saya akui kerap-kali atau kadang-kadang iannya tak ke mana pun...
Kata kawan saya lagi, yang lebih penting jaga kawan-kawan yang kita dah ada. Yang ternyata kita senang dengannya dan pernah tolong kita semasa kita susah dulu...
Dan katanya lagi tak bermakna pula kita tak berkawan dengan orang baru, cuma janganlah berkawan dengan ramai sangat kerana tak semua orang yang kita berkawan boleh dibuat kawan...
Jan: Oooo sebab itu dia selalu minum sorang!
1 comment:
Teringat pada kata-kata seorang kawan, "Kita kalau nak berkawan ni, carilah yg kawan yg memberi faedah pada kita. Kalau setakat nak mengabiskan borehhh, baik tak payah."
Dan aku masih tak setuju dengan kenyataan dia tu sampai ke hari ni.
Post a Comment