Saya berpendapat oleh kerana suasana kerja kita semakin komplek dan saling berkaitan maka kita akan bertembung dengan situasi yang kita berkawan dengan orang yang sebenarnya bukan kawan kita pun...walaupun hampir setiap hari kita bertembung dengannya.
Kita bekerjasama dengannya atas nama kerja sahaja. Berkomunikasi atas nama organisasi. Dan sesekali bertembung makan bersama. Kadang-kadang saya bertanya apa akhirannya komunikasi sebegini? Jawapan saya ialah iannya tak ke mana-mana. Kenapa? Jawapannya lagi ialah jika kita nak ke bandar Kuantan contohnya, naluri kita kan terpanggil kepada kawan yang kita rasa selesa menemani kita yang iannya bukan dia!
Dan sebab itulah namanya tercicir dalam senarai jemputan rumah terbuka kita, he he he. Dan kita kata kepada kita `eh aku terlupa ajak dia..'. Namun hakikatnya jauh di sudut hati kita, kita tak boleh tipu. Tak terlintas pun nak ajak dia, he he he.
Jan: ...hehehe
1 comment:
Kawan ditempat kerja je tu mang, bukan kawan dihati. Memang lumrah macam itu pun.
Post a Comment