
Sekadar hiasan...(pulak dah)
Sekadar hiasan...(pulak dah)
Sedangkan haiwan berkerjasama...
Tetapi sikap pentingkan diri atau sifat buruk ahli organisasi akan memberikan kesusahan ke atas organisasi, akan menjadi kudis kepada organisasi dalam tempoh masa yang lama. Saya beri contoh (tentulah contoh pasal disiplin):
Katakanlah ada sekumpulan nazir mahu melawat sebuah sekolah yang kononnya ternama terbilang. Tentulah guru besar dan guru-guru menjadi lipas (kudung) menyediakan persiapan yang rapi dan awal supaya proses penaziran itu berlaku dengan lancar. Semuanya course fail, main file, teaching portfolio yang berkenaan tersedia, semua bilik darjah ceria bagai nak sambut hari jadi. Tiba-tiba atas meja guru ada vase dan ada bunga!. Hatta tukang kebun pun tiba-tiba je rajin siram pokok dan cantas dahan yang sangat tak perlu.
Semua harus bekerjasama dalam menjayakan lawatan nazir tersebut, agar laporan nazir nanti akan membuatkan guru besar akan kembang semacam.
Namun apa yang terjadi jika tiba-tiba ada kejadian apabila nazir melawat kelas, cikgu tiada di dalam kelas! Budak-budak dah siap bising, main dan berborak selamba. Kes nazir datang awal ke kelas sebelum cikgu masuk kelas inilah yang menjadi ingatan sepanjang hayat bagi organisasi sekolah tersebut.
Atas apa alasan sekalipun iannya tidak dapat diterima, lagi-lagi jika alasan itu tidak sampai ke telinga guru besar sebelum nazir sampai ke kelas, he he he.
Kesian sepatutnya sekolah tu mengekalkan kecemerlangan yang ada. Nila setitik habis selai baju putih Renoma...
Jan: sama-sama kita renungkan kot-kot kita selalu juga lewat masuk kelas, nazir memang tak ada, tapi `di atas' sana ada nampak, `nazir' yang jauh lebih hebat.
Alamak, cantiknya awek tu...? (Kata si suami dalam minda)
Hujung minggu lalu saya pergi tengok wayang, suatu perkara yang semakin jarang saya buat. Sampai kat panggung East Kost pada pukul 10 malam lebih. Saya dapati hanya ada remaja sahaja. Remaja kita yang ala amerika, saya tak rasa malu sebab saya bukannya nampak tua sangat. Tetapi saya terus masuk toilet untuk betulkan rambut (maksud saya saya kacau rambut biar nampak tak bersikat). Saya basahkan dengan air paip dan saya juga baiki seluar baju saya biar nampak muda dan rugged sikit ala remaja kota.
Saya keluar toilet dan kembali ke papan cerita. Ah! banyaknya cerita akseng (action), Ombak 3 pun ada. Nak tengok cerita apa ya? Akhirnya cerita Chole dipilih. Bila masuk panggung saya dapati hanya ada beberapa kerat sahaja yang tengok cerita ni, mereka bukan budak remaja sangat... Ya, cerita ini heavy duty sikit tema dan persoalannya tetapi saya tabik spoon (spring pun boleh) sebab digarap dengan bijak.
Cerita ini bergerak perlahan dan penuh dialog (ciri tema berat). Pelakonnya pun pelakon ala berat iaitu `Julienne Moore'. Sebenarnya saya pilih cerita ni sebab ada dialah. Dia tak cantik sangat banding dengan Demi Moore. Tapi lakunannya dah teruji berkesan. Saya ada lihat dia dalam Hannibal, The Shipping News, dan The Forgotten'. Lakonannya saya beri 4.5 bintang di belakang Jodie Foster (4.89) dan Merly Streep (4.95). Erra Fazira saya tak beri bintang, dia hutang 1 bintang dengan saya berdasarkan lakonannya yang tak berkesan dalam filem `Hingga Hujung Nyawa'.
Jan: I want to cry but I have no tears, I want to smile but there is no company. If my fate has been determined to be like this, what can i do? wat can i say...?
Doktor menggoda, beri hadiah rantai lagi...
Kacak bergaya: Allahyarham Datuk Ahmad Mahmud
Watak tergilakan Sabariah dan kemaruk cinta dibawa dengan berkesan. Di dalam biliknya ada gambar Sabariah bersaiz sebesar manusia real. Dan dia ada beritahu keluarganya yang dia tak akan kawin-kawin jika tidak dapat kawin dengan Sabariah...(no komen...).
Dr Ismadi tergamak berbohong (puaka) kepada Kasim Selamat apabila memperkenalkan isterinya bernama Maimunah Ismail. Terkejut beruklah Kasim Selamat sebab apabila tengok Maimunah Ismail sebijik macam bini dia yang meninggal dunia tu (Sabariah lakonan Datuk Sarimah Ahmad).
Dr Ismadi jugalah yang memujuk Kasim Selamat (demi Sabariah suruh) supaya bedah mata kerana kononnya tak kanlah Kasim Selamat tidak mahu melihat anaknya. Ekoran daripada itulah setelah celik Kasim Selamat terus jumpa Nyonya Mansur untuk melihat anaknya.
Bila tembelang dah pecah, tentulah Kassim Selamat beritahu Dr Ismadi hasratnya untuk pulang ke Pulau Pinang tetapi di tahan oleh Dr. Ismadi. Konon rawatan matanya tak selesai lagi. Tiket ke Pulau Pinang dah sold out la...dan macam-macam.
Tentulah Kassim Selamat tak sanggup nak tinggal sebumbung dengan Dr Ismadi lagi. Sapa-sapa yang mancho tentu lumpuh jua adanya, lebih-lebih lagi dia tidak sanggup melihat Sabariah dok main sandiwara semasa. Baik masuk bilik kemas pakaian, blah.
Tup-tup Dr Ismadi mengekor masuk bilik, mungkin sebab dah mula rasa bersalah kot. Dalam memujuk tu terkeluarlah kata-kata yang tak sepatutnya dikatakan oleh seorang doktor atau orang mana-mana pun...
Dr. Ismadi sangat kejam dan bodoh. Ada ke patut dia kata "Pengambilan Sabariah sebagai isteri telah dibalas dengan memberikan penglihatannya semula, itu sesuatu yang adil". Belajar je tinggi bertingkat tapi pemikiran rendah. Sebab itulah gamaknya Kassim mengambil keputusan membutakan semula matanya dengan mencungkilkan dengan sudu dan garpu. Patutnya bungkus dengan elok dua bijik mata tu beli kad dan tulis `for your eyes only' jadikan sebagai hadiah kepada Dr Ismadi yang `cerdik' itu...
Last-last sekali barulah Dr Ismadi kecewa melihat isteri mengekori bekas suaminya sambil minta maaf. Maafkan Sabariah Abang Kasim...Maafkan Sabariah... Sambil ada pasu yang jatuh dan angin tiba-tiba bertiup kencang... Barulah Dr Ismadi kecewa, dia mulai rasa kasih sayang tak boleh dijual beli tiada benda tara bandingannya...
Sekadar hiasan crosstis bunga mawar...he he he.
Memang crosstis bunga mawar tu tak cantik mana pun. Bui (beri) ke saya pun saya tak ndak. Jahitannya tak berapa halus. tetapi posting ni bukan pasal posting crosstis yang kasar buatannya tetapi pasal komunikasi dalam rumahtangga.
Kita kembali kepada tajuk. Kata seorang kawan perempuan (yang juga tak kawin-kawin) kononnya dia ada membaca yang komunikasi akan menjadi semakin penting apabila pasangan semakin tua. Oleh itu katanya janganlah pilih sangat yang cantik atau kacak. Lama-kelamaan bila dah hilang cantik dan kacak sakit bukan hanya di mata tapi di hati juga...katanya panjang lebar.
Setelah saya tahu keadaan rumahtanganya begitu... eloklah saya rasa saya undur diri. tak elok saya rosakan percutian saya, saya harus berada di tempat yang nyaman dan real, bukan di alam sandiwara atau bangsawan. Saya pura-pura esok kena balik. Kononnya saya kena masuk kerja awal sebab tiba-tiba sebab boss panggil nak gi buat marketing ke Port Dikson.
Saya tahu kawan saya pun tahu yang saya menipunya sebab masa nak balik dia minta maaf banyak-banyak pada saya dan katanya " Bila keadaang `reda' mung marilah pulok".
" Reda bila gambar crostis tu tak dok doh? he he he" Saya jawab sambil berlawak. Lawak sinis sebenarnya...
Jan: ...teringat kata-kata kawan saya tersebut semasa dia hantar saya ke stesyen bas "skimang kalu mung nok kawin nanti jumpa aku, aku nok wi sarahang dua jang (dua jam)..."
Mawar biru...
Katakanlah setelah lapan kali selama lapan minggu berturut-turut kita buat lawak bodoh di meja kerjanya (sambil menungkat dagu ala mancho tetapi manja di partisen) untuk mengambil hatinya. Kita pakai tai yang kena dengan kemeja, dan kita juga tak lupa wangian setiap hari namun masih tidak di pandang pun apatah lagi dilayan ala mesra.
Pada masa ini bolehlah kita give up sahaja cara gentleman. Kita persembahkan mawar unggu sebagai tanda perasaan kita. Maklumlah kita tak berharta, tak ada pelajaran tinggi, rupa pun seperti tin biskut Giant. Pendek cerita seperti melukut di tepi gantang, ada tak menambah, tak ada tak mengurang kepadanya.... Sedangkan si gadis miliki segalanya hingga nampak sangat antara kita dengan dia bak telur dengan gagak... (Gagak tu lah kita...he he he).
Sesuatu yang kita ingini tetapi tak dapat dicapai diwakili oleh warna unggu mawar tersebut. Warna unggu ini bukanlah warna original mawar tetapi hasil daripada kacukan pelbagai spesis mawar.
Mawar putih tanda kesucian, ketulusan, hormat dan sanjungan. Ada lagu Kak Pah yang bertajuk mawar putih untuk mama. Pada hari ibu atau hari lahirnya, boleh kita berikan kepada ibu kita sebagai wakil perasaan kita terhadapnya, kalau nak lebih okey berikan bersama seuntas gelang tangan berharga RM3K lebih ke atas...he he he.
Kalau terima mawar hitam macam mana ya? Senang sahaja ada dua cara... Pertama sediakanlah sekotak tisu dan sekeping DVD tajuk `Titanic'... Kita letakan mawar hitam itu di sebelahan sofa L tempat kita duduk. Kita pasang lilin wangi dengan cahaya yangs amar-samar. Sambil layan cerita tu hayatilah kata-kata Jack, You jump, i pun jump... Tapi dalam kes cinta kita, hairan ya dua-dua dah jump kita je sorang yang lemas, he he he.
Kaedah kedua? Cari sejadah...
Mawar hitam sebenarnya mewakili kematian perasaan hati di dalam suatu perhubungan... Aduhai...
Mawar hitam
Jan: Tetap dengan seribu mawar...
teringat saya dulu semasa belajar di UM, walaupun sudah belajar ekonomi di peringkat STPM dan dapat prinsipal tetapi masih terkial-kial bila masuk kuliah...