Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, May 24, 2010

Silap tu sayang...

" Awak belajar ekonomi tentu awak banyak duit? Tak kahwin pulak tu...''. Saya tersengeh mendengarnya dan teringat baki duit di Maybank hanya ada RM39.80. Saya teringat pula lagi seminggu baru gaji masuk. Dan saya tersenyum lagi bila fikir saya dah habiskan banyak duit simpanan kerana naik rumah baru.
" Eh tak ada la..., macam biasa je. Ada la sikit-sikit je macam orang lain". Saya berbohong sebab maksud sikit-sikit tu bukannya RM39.80. Saya tersenyum tunduk dan pandang ke arah lain. Begitulah gelagat saya bila tidak selesa...kenapa pulak nak kait dengan saya tak kawin?
Secara teorinya begitulah, kononnya bila kita tahu hal ehwal ekonomi terutama mengenai sumber pengeluaran kita akan berhati-hati berbelanja. Dan menabung kepada sektor yang menguntungkan. Dan secara teori begitulah bila tahu hal-hal hukum hakam ni, tak kan lah ada ustad yang `main' dengan isteri orang atau ustazah yang lampiaskan gersangnya dengan tukang kebun sekolah sendiri... he he he. Tetapi teori dan praktikal lain... Kita tak boleh terus buat kesimpulan tu, silap tu sayang.
Biasanya kita selalu buat silap jika kita pandang dengan hanya mata. Habis tu nak pandang dengan lutut ke? Bukan maksud saya begitu... Susah nak cakap... Masing-masing pengalamanlah. Lu fikirlah sendiri kata Nabil... maknanya guna otak kan?.
Cuti hari hol lalu semasa saya balik kampung, saya ke rumah mak saudara saya. Dia pencen sebagai guru. Dia belum kahwin. Dia tak pernah kawin pun. Saya lihat dia masih muda, taklah setua mana berbanding dengan angka umurnya. Kalau dimake-up dan dibotoxkan, saya rasa still ada market kalau dia nak kawin. Kalau dia nak kawin...
Rumahnya besar ratusan ribu ringgit terletak di Pantai Bukit Keluang. Saya suka kawasan halaman rumahnya yang ala kampung, ada pokok gelang merah, pokok senduduk dan kemunting. Semasa saya datang dia bakar satey di beranda rumah. Dia buat jamuan kecil jemput anak-anak saudara, adik beradik dan ipar duai. Saya jengok ke dalam ruang tamu, ada LCD yang besar...
Saya tersenyum sendirian sebab dulu saya pernah salah anggap. Dulu saya anggap dia kaya dan banyak duit kerana tak ada suami dan anak-anak. Dia selalu beri duit setiap kali saya balik bercuti masa saya belajar di U. Maka setiap kali cuti saya pergilah jalan-jalan ke rumah dia, untung-untung dapat duit, he he he. Huh tak malu saya...
Tetapi kini bila dewasa kumula sedar (seperti biasa rujuk stail Ella...) saya tahu benar apa yang dia harung dan dia alami. Dia tak kaya mana, kalau ada duit pun kerana selalu kena berjimat. Semua benda dia yang bayar. Daripada hutang rumah, tanah, kereta, segala insurans, cukai-cuki hingga ke bil-bil semua atas kepala dia. Dia tak kombain loang. Semuanya dia kena lunaskan sendirian...
Betullah orang-orang bijaksana cakap. Bila nak bercakap tu fikir dulu, bukan terus buat kesimpulan...

Jan: ... same story different cast...

10 comments:

Eja said...

sbb tu kalu nk ckp jgn main hembus sesedap rasa jer....he3..

Jankaulu said...

...he4..

eja, saya gunting rambut pendek sangat. nak tengok tak?

tapi tak handsum mana...

uj said...

gunting ala ala brad pitt ats tuh ke?

hmmm sebelum kaya kita miskin... selepas kaya kita miskin
bila kita kaya sebenarnya?

Jankaulu said...

ada la ala-ala sikit joe... tang telinga. sapalah saya jika nak banding dengan brad, dia ada angelina joli. saya ada poster angelina joli je...

he he he

semoga kaya nilai kemanusiaan...he he he. amboi joe, cantik cover blog baru tu...bunga tulip kang?

Eja said...

atas permintaan seseorang...
org tu nk tgk gmbr awk berambut pendek sgt ala2 brad pitt tuh.. sy tlg sampaikan je ni...dia nk tgk setakhensem mana bila berambut pendek sgt tu...

Jankaulu said...

he he he, malu pulak saya ni. ramai org tanya saya nazar ke, ada yang tanya baru balik umrah ke?...

sal said...

salam.eeeemmmmmmm..be cooool.moga2 en Jan memang akan banyak wang, bole pinang puteri rupawan....AMIN.

Abah Mui'zz said...

Betul tu Mang. Aku pernah terkejut godzilla bila ada sedara buat statement, "Wah, kayanya ko Jak ya, mesti tidur atas duit ni tiap2 malam." Sib baik takde asma, kalau tak memang dah masuk ICU aku bila dgr ayat dia. Dia tak tahu kita ni, tidur malam lena tak lena je, sebab duk mengira2 bilakah 24 haribulan.

Jankaulu said...

he he he... betul tu...

wawadave said...

Right suki.. suka2 ati je wat ASS..UMPTION org2 nih... mcm snyum sinis je tuh..

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home