Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, May 12, 2010

Pengikat langsir...

Rumah keluarga saya di kampung amat ringkas. Langsir tidak diikat. Iannya dipulasimpul dan diletakan begitu sahaja di atas daun tingkap atau pintu. Kelihatan simple dan bersahaja, yang penting bagi keluarga kami di kampung adalah angin dapat masuk dan keluar daripada rumah dengan selesa. Kecantikan mata memandang dah jadi nombor dua, tiga atau tak bernombor.... He he he.
Dan begitulah keadaannya (pada mulanya) yang terjadi di rumah baru saya di Indera Sempurna. Saya hanya guna tali ropia dan juga lebihan dawai wayaring lampu rumah untuk dijadikan pengikat langsir. Ah, biarlah tak cantik pun...kata hati saya.
Namun jauh pada suatu waktu dulu (ketika roda masih tidak berputar)... saya tak sabar mahu rumah siap, buat langsir taraf hotel dan pakai pengikat yang ala vouge dan mewah. Namun setelah malapetaka hebat yang terjadi (sebelum puasa tahun lalu), keghairahan untuk berumah baru seolah dibawa pergi...(nasib baik keghairahan seksual tetap masih utuh).
''Apalah gunanya hidup ala mewah jika hati tak bahagia...'' Begitulah berlegar difikiran saya ketika duduk sendiriang lepak hisap marboro di gazebo depan tasik (dekat kawasan perumahan tersebut, depan rumah saya).
Namun suatu hari adik ipar saya beritahu "Mak suka sangat pergi rumah abang di Kuantan. Dia ada cerita...rumah abang berangin...". Memang saya dapat rasakan mak dan ayah saya suka bertandang ke rumah saya. Ayah saya suka menanam pokok buahan, dah persis dusun jadinya laman saya. Terbaru ayah tanam dua pokok mata kucing. Katanya walaupun pokok mata kucing ditanam terkemudian daripada pokok manggis, pokok mata kucing itu akan menaungi pokok mangis nanti...
Kita kembali kepada tajuk, he he he. Kalau dikut rasa hati tentu teruk tetapi saya rasa bahagia bila lihat mak dan ayah saya bahagia tengok rumah baru saya yang tak seberapa itu (tak seberapa pun RM1400 sebulan! bayarannya...). Maka pada fikiran saya baiklah saya cantikkan sedikit rumah ini, biar mereka selesa sikit. Biar adik perempuan saya tak membebel, he he he. Dulu dia bising katanya senduk nasi pun tak ada. Memanglah tak ada sebab rumah itu rumah singgah saya, saya makan di kedai di hadapan jalan raya dekat kawasan perumahan tersebut...
Dekat mana ya saya nak beli pengikat langsir? Tentulah di bandar Kuantan kan. Maka dengan rasa berdebar-debar saya mencipta satu sejarah lagi iaitu `Hari ini aku masuk bandar Kuantan'. Saya bawak kereta slow-slow sebab anak saudara saya nak ikut, dan mak saya juga nak ikut, he he he. Saya tak boleh kelihatan gelabah atau takut depan anak saudara saya. Turun saham...
Sepanjang jalan saya dengar orang hon kereta, bila mak saya tanya kenapa orang hon, saya beritahu saya bawak kereta slow sangat... Saya pergilah Kamdar, saya tengok ada yang sampai RM45 satu pengikat langsir, cuba bayangkan kalau saya beli. Dan saya tak kanlah beli tiga empat ikat. Ruang tamu sahaja ada 6 langsir yang perlu ada pengikat. Maka seperti biasa saya capai yang kedua termurah iaitu RM12.90 satu.
Dan bila balik rumah cepat-cepat saya ikat dan tengok hasilnya, wah cantik juga. Kena dengan langsir baldu warna merah merung.




Ni hah pengikat langsir tersebut...
Saya berfikir juga, semua perlukan duit untuk cantik. Hingga pengikat langsir pun ada dijual berbagai jenis. Daripada yang over sampailah yang simple. Tapi saya akui selepas bubuh langsir yang saya beli ruang tamu tersebut berseri sedikit. Saya rasa emak saya tentu suka, atau dia tak peduli pun, he he he.
Jan: Hairan ya, zaman sekarang langsir pun ada pengikatnya yang cantik, dibuat khas...

2 comments:

sal said...

salam. emmmmm cantiknya umah org bujang..nak datang masa raya, boleh tak..

Jankaulu said...

salam sal...thanks biasa je sbenarnya. raya biasanya saya balik kg...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home