Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Sunday, May 2, 2010

Paip oh paip...

Secara semulajadinya saya memang tidak pandai bertukang. Contohnya saya tiada kemahiran hidup untuk menukul paku dan gergaji papan. Kalau saya menukul 10 batang paku, kemungkinan besar kesepuluh-sepuluhnya bengkok. Jika saya mengergaji, subuh lusa baru siap sebatang papan. Namun saya akui banyak perkara boleh dijimat jika pandai kemahiran hidup. Contohnya jiran sebelah rumah saya (yang sibuk saya tak kawin-kawin), dia buat wayaring sendiri pasang kipas dan lampu di rumahnya, berbanding saya yang membayar RM950 untuk wayaring pemasangan kipas dan lampu.
Pun begitu saya pandai buat kek buah (kek buah ala kampung saya). Pernah dulu bila kek tersebut dibawa ke tempat kerja untuk dimakan beramai-ramai. Ada seorang pensyarah tu kata saya berbohong. Dia kata kek tu saya beli di kedai, sebabnya? Katanya sedap! Namun posting ini bukanlah mengenai jiran saya buat wayaring sendiri atau perihal kesedapan kek buah saya, ianya mengenai bagaimana saya berniat nak pasang paip sendiri. Entah bagaimana datang idea tersebut saya tak tahu. Tetapi mungkin kerana nak berjimat sangat... sampai lupa keupayaan sendiri.

Gambar 1: Kat sini la saya nak pasang satu kepala paip.

Pertamanya saya mulalah mencangkul kawasan paip dalam tanah tu, dekat punca air tersebut (rujuk gambar 1 di atas). Saya nak pasang satu kepala paip air. Senang nak basuh kereta ke (kononlah). Saya mulalah mencangkul dan tidak berapa lama kemudian tercangkulah paip yang tertanam dalam tanah tersebut. Terus terpancut-pancut air keluar. Saya panik juga tetapi terus saya cepat-cepat tutup air di punca masuk air tersebut.

Kemudiannya, saya terus menalipon sepupu saya yang bekerja di Balai Bomba Indera Mahkota. Saya beritahu ada `kecemasan'. Bukan rumah terbakar, bukan ular masuk ke dalam rumah tetapi paip air bocor!. Sekoyang-koyang dia datanglah...



Gambar 2: Ni parit sepupu sayalah yang gali...
Sepupu saya tanya saya nak buat apa... setelah saya nyatakan hasrat saya nak buat penambahan paip dan terus dia take over. Dia gali lubang mengikut apa yang saya nak. Saya nak satu paip lagi di tengah laman rumah. Senang nak siram pokok manggis saya. Sila rujuk gambar 3 di bawah.
Gambar 3: Satu paip di tengah, kalau saya yang mengalinya, terberak cair rasanya..


Kini pemasangan paip sudah siap 100%. saya dengan gembiranya menyirang pokok sambil menyanyi lagu seiring sejalang. Dulu seksa sangat nak menyiram, bayangkan saya kena sambung wayar air pada kepala paip di singki dapur. Kepala paip singki besar, terpaksa saya bakar mucung wayar paip biar lembek pas tu saya sumat kepala paip singki dapur tu, keluarkan wayar paip dari tingkap dapur. Gara-gara nak menyiram.
Selepas ada paip ni, akan bertambah giatlah proses penanaman rumput di sekeliling rumah... Tetapi tidak apalah yang penting dapat menyiram dengan senangnya, agar tanah yang gersang itu menjadi sejuk untuk pertumbuhan pokok-pokok.
Jan: Tersiramkah relung rinduku yang berbahang ini? (pulak dah... huh!)

2 comments:

uj said...

DIY en jan...hati rase puas kekadang itu yang lebih mahal...cuba buat puzzle 3D melatih diri...:-)

Eja said...

mcm penah terjadi di taman im14 dedulu kn. asyik mengcangkul nk menanam pokok, tup2 terbocor paip. bkn ke sepupu yg ahli bomba tu gak dtg menyelamat...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home