Cerita ni cerita ekslusif, hanya keluarga terdekat sahaja yang tahu. Namun saya mahu berkongsi dengan pembaca blog jankaulu, saya mahu telus. Manalah tau kot-kot boleh dijadikan pelajaran dan pembelajaran atau teaching porfolio. Tapi awas... saya beri amaran, ini bukan cerita kasut! Juga bukan cerita masuk universiti atau cerita saya, atau cerita keluarga saya... Bak kata Nabil lu pikirlan sendiri. Apabila kakak saya dapat masuk UUM. Seluruh keluarga saya gembira. Saya gembira tetapi saya bertambahlah tension sebab bila kakak saya masuk u pasti saya kena masuk u juga macam kakak saya (dan pastilah adik-adik saya yang lain kena masuk juga). Beginilah pemikiran keluarga kami. Rasanya keluarga lain pun ada juga yang begitu pemikirannya. Kami bukanlah daripada keluarga yang berada. Jauh sekali nak digelar rich and famous family walaupun ada kawan di sekolah kata saya daripada keluarga kaya (sebab rumah besar.., padahal rumah dia la terlalu kecil). Maka sistem hulur-menghulur berlaku. Adik beradik ayah saya dan rakan-rakan ayah saya ada menghulur sikit sebanyak. Maka terkumpulah duit dan dapat membantu ringankan kewangan ayah saya. Ayah saya tentulah bangga tahap mega sebab anak sulungnya berjaya, dan redalah sedih di hatinya sebab pada masa tersebut saya pulak aktif ponteng sekolah, bercinta dan lari dari rumah. Kalaulah anak-anak saudara saya tahu hal ni pastilah saham saya jatuh... Saya pendekan cerita takut nanti ada pulak dah pembaca ingatkan cerita ini cerita saya atau cerita keluarga saya masuk u. Tiba di Kedah, ayah saya sewa hotel murah untuk bermalam sebelum hari pendaftaran. Mengikut ceritanya ayah saya dan kakak saya dua beranak pergi jalan-jalan. Tiba di sebuah kedai kakak saya berkenan sangat kepada sepasang kasut. Ayah saya pergi ke bilik air kedai tersebut. Eh bukan ayah saya nak kencing... Ayah saya bukak dompetnya dan bilang duit ada tinggal lagi berapa keping... Ini bukan cerita pasal kasut, atau pasal kakak saya masuk universiti. Juga bukan cerita pasal sewa hotel murah... jan: ini cerita apa?
Salam...
"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."
Total Pageviews
Followers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kadang-kadang
Home
Labels
- 1000 MAWAR (47)
- Alahai... (25)
- Alam buku (31)
- Berangan... (11)
- Buku untuk dijual (12)
- Catatan peribadi... (43)
- dari skrin... (28)
- FILEM (35)
- Kawan... (35)
- Kebahagian (2)
- Kesihatan (49)
- kewangan (68)
- Kuantan (4)
- Lirik pilihan... (29)
- Mankisue... (15)
- Menyolo... (19)
- NUKILAN RASA (6)
- PENDIDIKAN (19)
- PML (11)
- POLITIK (3)
- Politikus (18)
- PUISI (13)
- Rumahtangga (53)
- SHARIFAH AINI (64)
- Sikap dan sifat (16)
- Untuk dijual (6)
3 comments:
salam. Cerita ayah tu memang simple tapi ada mesej yg nak disampaikan kpd anaknya....
Klu En. Jan dah jadi org senang2 nanti, tentu skali tak akan lupa pd pengorbanan mrk..(peringatan utk diriku jugak)..
tahniah sal!, sya gbira sgt sbb ada yg fham. Terharu ni.
sya x pndai mnulis, mcam lawak je pnulisan sya...tpi memang sya mahu anak-anak hargai bapa dan ibu mrk.
kita x tahu pgorbanan mrk di blakang...
entah bila la sya jdi senang, he he he. Tapi dlm x brp snang ini sya akan ttap bantu mrk walaupun sya tahu x tbalas...
x tbalas...
cerita tentang apa ni? cerita tentang kita dan mereka bukan cerita engkau dan aku sahaja...cerita lah lagi ya...
en jan kalau nak citer pasal mak dan ayah...banyak kan...tak tercerita...tapi kita tetap menganggap itu semua cerita kita...
banyak mesej la dalam ni kan...tak leh nak fokus sangat dan tak nak selami sangat...sebab bukan tak suka, tapi tak sanggup...mesti dengan air mata, sedih dan terharu...so biarlah ala kadar je..tisu nak kena jimat gak...
Post a Comment