Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, September 24, 2008

Suasana Hari Raya - Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar

Hai selamat hari raya
Kami semua ucapkan
Menikmati hidangan
Yang kami sediakan

Sila jamu selera
Dengan bermacam hidangan
Pilih yang mana suka
Sila janganlah segan

( korus 1 )
Rasalah ketupat ini
Dengan rendangnya sekali
Sudilah rasa kuihku
Pilihlah yang mana satu

( korus 2 )
Hai... di hari begini
Kita menjamu selera
Kita bermaaf-maafan
Di suasana hari raya

( ulang dari mula )


Jan: ini lagu wajib saya setiap hari raya...

SELAMAT HARI RAYA...


Jankaulu:


Selamat menyambut hari raya diucapkan kepada pengunjung blog ini. Blog ini mungkin kurang aktif untuk beberapa waktu sempena aktiviti menyambut raya di kampung.





Akan bercuti mulai hari jumaat 26hb dan balik kampung pada 27hb, dah lima tahun tak balik beraya di kampung...harap-harap raya ni paling seronok.






Untuk makluman 26hb tu saya akan berada di East Cost mulai jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Kepada peminat2 saya yang ingin berjumpa saya dan mengenali saya dengan lebih dekat (amboi buka kaunter ke?) boleh hadir pada waktu tersebut (2 jam sahaja).





Akhir kata semoga kalian semua dapat menyambut raya dalam suasana riang gembira, kalau lapar mintaklah pada mak kueh sepotong.


Saturday, September 20, 2008

Kamal yang lawak...

Kamal tersenyum riang...

Ni kira penulisan kali kedua mengenai sahabat saya iaitu Kamal. Dulu saya ada menulis mengenainya dalam tajuk `Mencintainya sedalam dalamnya...(tentang kamal), (Tuesday, July 8, 2008). Kali ini kira sambungannyalah, kan ada saya letak bersambung... pada hujung penulisan tu.

Kamal antara sahabat baik saya masa kat Shahputra. Sehingga sekarang saya tetap ingatinya. Kami berkawan sejak kami sama-sama bujang hinggalah saya tetap bujang... Kerap kali juga saya mengingatinya, namun saya faham beliau sekarang menumpukan kehidupan kepada keluarga. Kadang-kadang rindu sangat nak keluar dengannya, nak minum-minum dan makan-makan. Sebenarnya kehidupan saya juga banyak berubah, namun saya tak mahu kehilangan sahabat bernama Kamal, dia istimewa.

Antara keistimewaannya ialah dia sangat lawak orangnya. Pasti tak percaya kan... tapi memang dia lawak. Penulisan kali ini tertumpu kepada beberapa peristiwa lawak yang saya tidak dapat dilupakan semasa bersahabat baik dengannya.

Sebelum subuh...
Pertama mengenai bagaimana keadaan saya ketika menumpang kereta beliau kali pertama ke Kuantan. Mak datuk masa tu dia bawak kereta bukan main slow motion je. Just imagine rasanya dah lama saya dalam kereta mengikuti perjalanan tapi baru sampai ke perumahan 500!. Kami bertolak dari KSP Pekan nak ke Kuantan, masa tu dia baru belajar bawak kereta...

" La Kamal slownya kau bawak, baru sampai rumah 500, kalau macam ni baik kita bertolak sebelum subuh." saya melahirkan rasa cuak hati sebab perlahan sangat dia bawak kereta. Masa tu saya bimbang kau lambat sampai ke Kuantan sebab nak beli tiket balik kampung, takut kauter tutup atau tiket habis.

" Kiman kau nak naik bas?" sepatah dia jawab sambil tersenyum. Sebenarnya begitulah sifat beliau, beliau tak cakap banyak bila orang mengomen, kadang-kadang dia tak jawab langsung, he he he... dan seperti yang saya jangka perjalanan ke Kuantan tu makan masa hampir 2 jam!.

Sekarang tersenyum girang, sudah cekap membawa kereta...


Lawak Look Zuri...
Cuba bayangkan bagaimana Kamal buat lawak dalam kelas? Lawak dalam bahasa inggeris lagi, payah nak buat kan, tapi Kamal mampu, pasti mengharukan ya? he he he. Tapi Kamal tak sedar yang dia telah buat lawak. Ini ceritanya.

Saya nak pecah perut bila beliau tersalah sebutan dalam bahasa inggeris. Masa tu di Pekan juga, kami baru saja jadi lecturer untuk program UiTM dan kenalah mengajar menggunakan bahasa Inggeris. Dalam chapter Elasticity tu (Income elasticity of demand) adalah bahagian-bahagian yang mana kita kena klafikasikan jenis barang selepas kita mengiranya (sama ada barang itu normal good ke, luxury good ke, necessities good ke, atau inferior good ke.)

Masa tu dia tanya saya mengenai bagaimana sebutan saya bagi perkataan luxry, saya jawab laxzeri, tapi dia kata dia sebut Loock zeri..., apa lagi saya pun ketawa berdekah-dekah. "La kamal kampungnya sebutan kau, ada tak student terketawa bila kau sebut, he h e he? Terus saya suruh dia pulangkan balik izajah yang dia terima dari UPM tu, buat malu je, tak layak kata saya, he he he.
Lawak Ceiling Price
Satu lagi dia pernah buat lawak bila mengajar Chapter Market Equilibrium, topik ceiling price dan floor price. Topik ni memang selalu mengelirukan bila nak menanda kedudukan harganya. Garis yang di atas kita tak panggil penanda ceiling price tapi penanda di bawah kita panggil ceiling price, begitulah sebaliknya bagi floor price. Namun bagi student penanda ini selalu disalahfaham yang atas ceiling price yang bawah floor price.

Dan nak dijadikan cerita semasa keluar kuliah dia tanya saya masa kat library, "Kau dah ajar topik ceiling price dan floor price Kiman?

Saya kata dah ajar, saya menambah "Kena ajar molek nanti student tertukar, yang atas tu floor price yang bawah tu ceiling price. Student banyak kali bertukar ingat yang bawah floor price yang atas ceiling price." saya mengingatkannya (macam bagus, he he he).

"Alamak Kiman, aku tertukar lak kimang, syok sendiri je aku ngarjar tadi, konfiden pulak tu.". Dan selepas itu dia terpaksa mengajar balik kepada budak-budak tu pada kelas yang keesokannya. Masa tu saya juga ada kata kat dia " Aku ingatkan student je yang tertukar bila jawab exam rupanya lecterur dia pun 2 X 5 je", (dan sekali lagi saya suruh dia pulangkan balik izajah itu pada UPM).

Saya tak reti la nak cerita kedua lawak ni biar jadi lawak, tapi bagi kami ni antara cerita-cerita lawak kami. Saya akan ingat sampai mati... he he he.

DVD Cerita hantu.
Kegemaran Kamal menonton cerita action, beliau suka sangat tengok cerita aksi, sadis dan ganas (tak padan dengan orang, nampak baik je, he he he). "Entah apa indahnya keganasan-keganasan tu? pernah saya tanya beliau. "Kau ni jiwang kiman mana kau faham". jawabnya sepatah.

Koleksi DVDnya dipenuhi dengan banyak cerita action. Kalau dia beli DVD payah saya nak pinjam sebab tak secitarasa dengannya. Saya suka cerita yang cakap banyak dan jenis drama kehidupan, hindustan atau hantu-hantu tapi kamal suka sangat cerita yang ada bahan letupan, pembunuhan, perbalahan dan peperangan ngeri.

"Aku tak suka la cerita hantu, bukannya takut sangat...' pernah dia membuat pernyataan bila saya tanya dia kenapa tak suka tengok cerita hantu?.

Nak dijadikan cerita masa Azie sedang menghitung hari nak bersalin, dia selalu lepak rumah saya. Saya hidangkan cerita hantu Thailand mengenai keadaan di dalam hutan yang kononnya ada semangat bumi kat hutan tu. Kira hantu marahkan kat pembalak yang tak berlesen (yang berlesen tak apa pulak, he he he).

Sampai satu adengan cerita saya terkejut melihat dia terkejut dan terlompat ke belakang. Masa tu memang adengan seram sebab tiba-tiba muncul lembaga besar penuh skrin tv tu, he he he. dia kata dia tak takut...


Ni Hadif Akmal, adakah beliau mempunyai ciri lawak yang lebih ketara suatu hari nanti?



Azie : Manusia yang setia dan benar-benar memahami lawak Kamal...he he he.

Sekian sahaja buat kali ini, semoga Kamal selalu berbahagia, sihat sejahtera di samping keluarga. Di kesempatan ini saya nak pohong kemaafan atas cakap-cakap saya yang pakai hembus, atau action saya yang melampau sejak kita sama-sama interview hinggalah sekarang. Maaf zahir batin ya. Kirim salam kat Azie dan si comel.


Jankaulu: Pernah buat lawak bagai nak mati tapi kamal tanya `Kiman kau buat lawak ke ni?

Thursday, September 18, 2008

Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik?...



Penulisan ini lahir adalah tindakbalas kepada penulisan `berjayakah program PPSI???', (azamanazizi.blogspot.com, Saturday, Setember 13, 2008.) Penulisan beliau memberi inspirasi kepada penulisan saya kali ini. Sebelum ini saya pernah mengutarakan isu kedudukan `istimewa' bahasa Inggeris dalam negara Malaysia, rujuk `English is important BUT...he he he' (jankaulu.blogsport.com, Monday, July 7, 2008).




Sebenarnya secara purata para cendikiawan Melayu terutama di pusat-pusat pengajian tinggi menentang keputusan kerajaan berhubung dengan perkara ini, mereka menentang seawal tahun 2002 lagi apabila ura-ura ia akan dilaksanakan. Selain para cendikiawan Melayu, mak bapak yang terlibat (termasuk juga guru-guru? he he he) juga tidak setuju dengan polisi ni.




Apatah lagi pakar bahasa dan pakar pengkajian ketamadunan manusia, mereka berpendapat ia bukanlah satu kaedah yang betul untuk muncul sebagai sebuah negara maju. Mereka mengemukakan hujah bahawa negera-negara yang menggunakan bahasa inggeris terbukti gagal menjadi negara maju (juga disentuh sedikit dalam` English is important BUT... he he he.').



Menguna bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar mata pelajaran sains dan matematik sebagai satu kaedah menuju negara maju adalah sesuatu yang tidak kena, bagi saya seolah-olah memberi ubat kepada penyakit yang salah, he he he. Ataupun salahnya terkejar-kejar mengejar terawih berbanding solat berjemaah di masjid, atau menyuruh Mickey membaiki labu...



Teringat kata-kata Adnan ketika aktiviti `menongkat Ali' di kedai depan rumah sewa masa duduk kat Indera Mahkota... ` Terjemahkan ilmu dalam bahasa asing tu ke dalam bahasa Melayu, biar ramai orang Melayu dapat ilmu, biar mak cik pak mak cik kat kg tahu, dan jangan lupa peranan Dewan Bahasa dan Pustaka tu.' Bersungguh-sungguh beliau bersemangat mengupas isu ni.



Seingat saya pada masa tersebut pihak kerajaan mematahkan hujah para bijak bistari ini dengan mengatakan `mereka' orang yang menentang dasar ini menentang kemajuan orang Melayu. Sebabnya mereka (para cendikiawan) juga bersekolah Inggeris dan fasih berbahasa Inggeris. Hujah ini tidak betul! Ingat tak apa terjadi kepada Aznizon, Adibon, Adenon dan Sukimon? Pendapat mereka tidak ditentang tapi peribadi mereka pulak ditimbulkan, (rujuk `Geram gitu', Monday, Setember 8, 2008). Dalam kes ini peribadi para cendikiawan pulak dah ditimbulkan...




Senang-senang guna orang putih terus untuk mengajar, baru maju... he he he.



Sebenarnya banyak masalah dalam melaksanakan polisi ni, bilangan cikgu inggeris tu pun sendiri tidak mencukupi. Dan jika cikgu biasa disuruh mengajar (tentu diberi elaun, he he he) dalam bahasa inggeris, apa terjadi pada labu tu?. Eh, saya ni pesimis ke? negatif ke?



Jan: Teringat kat anak-anak saudara di kampung yang menjadi `mangsa' dasar ini...



Monday, September 15, 2008

Sambutan raya dan duit yang kita ada: Satu perkaitan, satu pertalian utuh membantu mencapai keceriaan raya.

SEMALAM selak kain cadar, korek tabung, dapat la RM270, duit merah-merah lagi. Memang daripada awal bulan satu sumat RM30 sebulan dalam tabung tu (setiap kali lepas sumat buat-buat lupa, kalau ingat korek pulak kan).



Campur duit siling tukar kat bank tempohari campur RM270, jadi banyak jugalah. Bolehlah jadi pertolongan buat perbelanjaan keperluan raya. Macam tahun lepas habis juga RM200 beli baju raya kat anak saudara kat Sogo (masa jualan murah, murah ke? he he he. Best beli baju budak ni, rasa puas).


"Perbelanjaan raya memang kena rancang" kata Adnan masa sama-sama minum air dengannya depan kedai kat Indera Mahkota (masa dok Kuantan dulu). Gaji bukan banyak berlambak, bekerja di tempat lama berjaya menanamkan sifat suka beringat (walaupun banyak kali juga terbabas bila sampai ke Sogo).


"Kalu tak mengumpul daripada awal memang tak ada duit untuk beraya dengan ceria, mulalah pinjam sana sini". Kata Adnan lagi sambil menghembuskan asap Winston. Berkepul-kepul asap tu berterbangan malas..., pelan-pelan dan semakin jauh, sebelum hilang lenyap.


"Dan kita bukannya nak ceria sorang, kalau raya untuk kita sorang lain lah. Lepas mayang raya boleh tidur, he he he". Saya menambah sambil menyalakan rokok yang dipau daripada Adnan (seperti biasa, he he he).


Bila dah dewasa ni keceriaan keluarga paling penting. Jangan lupa ayah dan ibu, hulurlah sikit (kalu boleh dan mampu hulur banyak sikit berbanding yang selalu diberi sebelum ni). Dan sebut pasal keceriaan dan kebahgiaan kita tak dapat lari daripada...ada duit (tolong jangan kata kebahagiaan tak ada kena-mengena/hubung kait dengan adanya duit!, tolonglah, saya merayu... sempena ramadhan).



Duit-duit, di mana kau duit? ( ikut gaya lagu M. Nasir...)



Ada duit bolehlah kita beli baju raya yang elok sikit untuk anak/anak sedara ke, dapat sumbangkan duit perbelanjaan raya untuk persiapan di kampung ke, dapat beli biskut untuk buat balik kampung (jangan yang kampung pulak kita buat balik, he he he), kita sendiri pun mungkin nak baju baru, jeans baru dan sepatu baru. Dan jangan lupa budak-budak yang bertandang kat rumah kita, mereka tu bukan nak makan sangat... he he he.



Dengan duit RM270 tu, bila tambah lagi RM30 gaji akhir bulan ni jadi RM300. Yahoo, bolehlah buat belanja tampung sana sini. Tapi memanglah RM300 dan RM124 tu jauh daripada mencukupi, memang tak cukup, sebab itulah dah plan awal-awal sebahagian dari gaji bulan 9 ni akan diperuntukan untuk perbelanjaan sambut raya.



Rasa lega ada RM424 dalam tangan, setidak-tidaknya. Petang tadi ada dengar juga gosip-gosip jinak majikan akan beri duit raya. Gembira jugak rasa tapi takut pulak mengharap sangat, kalau tak dapat takut tertiarap...he hehe.



Jankaulu: Teringat lagi kata-kata Adnan, duit raya daripada majikan bukan tiket untuk beraya sakan ya....


Mencari `orang rumah' dan `tuan rumah'

Memang sukar ya mencari orang rumah, apatah lagi jika pencarinya serba kekurangan, cerewet dan ego. Namun begitu jangan lupa mencari tuan rumah pun tidak kurang payahnya jika pencarinya tiada kelayakan tambahan (value added) untuk menjadi orang rumah, he he he.

Dulu (masa kat Pekan) saya tidak terfikir sangat betapa payahnya mencari tuan rumah. Saya merasakan mencari orang rumah lebih sukar, perempuan pakai tadah je. Namun...jeng jeng jeng...bila ustad Ahmad menerangkan jangan tak sangka ada di antara kawan-kawan kita yang tak kawin-kawin ni, bila balik rumah, masuk bilik, nangis sorang-sorang. "La...Mad tak kan begitu terdesak nak berlaki?", saya pakai hembus je tanya.

Di atas katil queen (yang saya beli buatan dari Amerika, berkaki 6 (kat tengah ada 2 kaki, kan biasa 4 kaki kan) ustad Ahmad menerangkan dengan detail perasaan halus dan jiwa perempuan yang tidak `berjumpa' dengan tuan rumahnya... Setelah selesai dibuat penerangan, analisa dan pemerhatian, barulah saya terfikir memang betul jugak ada logiknya apa yang dikatakan oleh ustad tu. So kali ini saya ingin menulis mengenai mencari tuan rumah (bukan orang rumah ya, he he he). Kita pusing sikit daripada kebiasaan.
"Susahlah Sukimon, kita ni orang perempuan kalu nok dengan orang lelaki nak buat macam mana? tak kan nak cakap? Kata kawan baik saya Aznizon ketika kami sama-sama melahap nasi lemak (nasi lemak tu dioder sebaik saja bubur nasik dah habis kami makan) kat Simple, tepi Benteng. Best jugak makan kat Simple tu, kadang-kadang boleh tengok `drama minggu ini '... Entah kenapa hari tu sayalah yang gatal timbulkan topik tu bila saya tengok drama minggu ini bila sepasang merpati, bergaduh, pastu berbaik kembali bila si mamat tu memujuknya. Masa si mamat memujuk tu saya lihat muka dia sangat susah hati, macam muka bulan gerhana, macam kena naik court dek kad kredit. Si minah pulak selamba buat lembek-lembek tekak (macam Ella...). Huh!

" Ala.. buat-buat la `take care' ke, selalu ambil berat tanya khabar, antar kueh ke, beri hadiah. Macam Lokman selalu terima masa kat Pekan dulu..." saya buat-buat naif tapi sempat beri cadangan pulak dah. Teringat pulak pada Lokman yang masa tu digoda bertalu-talu, rapat-rapat, sesak nafas... Selalu kami dapat makan free Lokman bagi hasil daripada episod `memancing' tu. Masa tu saya dan Din galakkan je ambik apa yang diberi, rezeki katakan... Pernah kami dijamu pelbagai buahan oleh Lokman daripada kampung si dia. Saya ingat masa tu saya buat lawak "buah kelapa sawit tak ada ke? he he he".

" Tapi bukan semua perempuan macam tu, lelaki kalau dia tak berkenan, memang dia tak ndak, dia tak layan" sambung kawan baik saya sambil mengasingkan butiran kacang daripada nasi lemak (diet konon)... Dah lapan belas kali kami sama-sama diet (dan sama-sama gagal, he he he).

" Betul jugak, tapi orang lelaki ni pun sama jugak, macam saya kalau saya nak pun payah jugak saya nak beritahu...bergantung kepada individu tu la rasanya" saya cuba mencari jalan tengah (apa ingat orang perempuan je tau malu...?).

" Saya rasa bukan sebab faktor jantina la, Ada juga perempuan yang tak malu muka bila nak cakap terus sebab baginya ok berterus terang. Ada juga lelaki muka tebal terus ngorat walaupun orang yang dingorat tu dah sesak nafas, meluat. He he he." saya menambah.

Jan: Boleh cari yang macam brat pitt...?


Wednesday, September 10, 2008

Antara kekenyangan dan kebuluran...

Pembaziran di bulan puasa, itulah tajuk kawan saya kirimkan melalui sms malam tadi bila saya beritahu saya dah tak ada idea nak menulis di dalam blog. Masa tu saya dah tergolek atas tilam depan tv (saya heret tilam letak depan ruang tamu, selesa sikit nak tengok tv).




Sebenarnya memang ada niat hendak menulis pasal pembaziran yang kita sering lakukan di bulan ramadhan. Saya sendiri pernah membazir makanan di bulan puasa. Pembohonglah kalau saya kata saya tidak pernah membazir.



Dulu saya beli banyak juga membeli makanan untuk berbuka puasa. Saya beli makanan di pasar ramadhan dan bawa balik berbuka di rumah. Kalau saya membeli pukul rata lebih RM10. Saya beli nasi, lauk dan kueh. Nasi saya bubuh banyak jenis lauk, kadang-kadang bubuh asing dalam plastik. Kueh pula kadang-kadang sampai 2 jenis dan siap air bergas lagi. huh! Dan macam biasa kita boleh bayangkan apa yang terjadi pada makanan yang kita beli tu... tersadai di atas meja. Dan tambahlah membazir sebab kawan-kawan kita pun tak larat nak makan, mereka pun beli banyak juga makanan.




Kini malu nak beritahu..., saya bawa cuma RM5 sahaja jika ke bazar ramadhan kat Muadzam ni. Bukan kedekut tapi bimbang membazir, tibalah masanya berubah dan hayati ramadhan seboleh mungkin. Dengan RM5 tu saya beli nasi kerabu atau nasi ayam, balik rumah buat tea o panas. Kalau beli nasi dan beli lauk mahal sangat reganya.



Memang la masa tu tengok lauk pauk dan kueh muaeh sedap-sedap dan menyelerakan belaka. Namun bulan ramadhan bukan bermakna kita boleh bermaharajelelakan selera. Bulan ramadhan bukanlah bulan untuk kita mencari nikmat pelbagai makanan. Bimbang kita juga menyumbangkan kepada pesta pembaziran, hilang nakkan pahala buka puasa kita jadi kawan syaitan pulak.




Memang di Malaysia kita boleh katakan tidak ada kebuluran yang serius. Bila kita dengar cerita keluarga lapar tak makan kita merasa suatu yang sangat sedih. kebuluran bukan menjadi biasa kepada kita (kecuali kekeyangan, he he he). Kita terlupa di bahagian dunia lain kehidupan manusia bersulamkan kebuluran, kurus kering badan tinggal rangka dan kulit. Yang paling kesian adalah anak-anak kecil. Kebuluran ini kalaulah dia ada suara, pastilah suaranya merintih ke seluruh dunia...


Tengok mata budak-budak ni..., rasa sesuatu tak? rasa tak? ....rasa sesuatu tak dalam hati?



Kita ni jauh daripada nak kebulur (kita rasa lapar je pas tu boleh berbuka, makanan bertimbung nak diisi dalam perut). Tapi orang yang kebuluran putus harapan hidupnya.... Kalau cakap pasal kebuluran ni ingat lagu`We Are the World' pertengahan tahun 80an dulu. Kira nak bantu Afrikalah, kat Afrika tu ramai kawan seagama dengan kita (dan kalau tak seagama pun kita kena juga kesiankan mereka kerana mereka manusia...) yang kebulur gila.




Dan kita manusia yang kononnya penuh dengan nilai kemanusiaan ni bila telan makanan waktu berbuka ingatlah pada yang tiada kan (tiada makanan ), supaya kita berada di antara kebuluran dan kekenyangan...




Jankaulu: Pernah bimbang tak nak membazir terus makan semua makanan, pas tu sakit perut. Tu bangang namanya kan... he he he.


Tuesday, September 9, 2008

Geram gitu...

Pernah tak terfikir nak rakamkan perbualan-perbualan yang kita buat? Perbualan dengan kawan-kawan, dengan suami/isteri, dengan keluarga atau dengan kekasih lama (yang dah beranak pinak)?. Lepas kita rakamkannya kita bawak balik ke rumah dan kita dengar sorang diri (sambil tunggu waktu buka puasa).



Sebenarnya kalau kita halusi rakaman perbualan yang kita buat di rumah, di pejabat atau di kedai (masa kita lepak-lepak minum atau `mengulor'), kemungkinan besar kita akan sedar apa yang kita/mereka tuturkan itu adalah tidak tepat atau salah sama sekali. Namun oleh sebab kita/mereka tidak merakamkannya, maka kita/mereka tak tahu salah kita/mereka, kita/mereka tak sedar-sedar, he he he.



Situasi 1: Beberapa orang pekerja sedang berbincang untuk mengadakan satu mesyurat. Namun perbincangan menemui jalan buntu bila ramai pekerja tidak setuju waktu mesyuarat itu di buat sebelah petang, tiba-tiba:



Aznizon: "kalau susah-susah sangat kita datanglah ari sabtu ni ramai-ramai, projek ni besar, penting untuk pembangunan kolej kita, berkorbanlah sikit...".



Kita: "tak setuju la hari sabtu, susoh. Dia takpe la orang bujang senang nak datang. Kita orang ada anak bini ni susah nak datang".



Kalau kita halusi perbualan di atas, hentaman yang dibuat adalah kepada peribadi Aznizon, bukannya mengkritik idea yang dia cadangkan. Sepatutnya kita ceritakan hari sabtu ramai rakan-rakan kita mungkin mahu berehat dengan keluarga, nak gi East Kost ke, ceritalah pasal apa-apa pun tapi janganlah sebut status tu...



Situasi 2: Sekelompok sekawan sedang cerita mengenai banjir yang berlaku di Sungai Isap...



Adibon: "Saya cadangkan kita kutip derma sikit-sikit sorang, dapat kita ringankan beban mangsa banjir kat sungai Isap tu" .



Si Polan: "Saya tak setuju dengan cadangan Adibon tu, dia tak apalah orang senang, laki dia kerja besar".



Ni kira lagi parah, kita tidak membincangkan cadangan Adibon, kita tidak letakkan kemurahan hatinya di tempat sewajarnya, malah kita turut `menghereeeet' suaminya dalam soal banjir ni. Sepatutnya, setidaknya kita hargai kesanggupan Adibon untuk menghulurkan derma dan mengajak kawan-kawan turut menderma, (ala kalu tak ada banyak seposen je tak pa, asal ikhlas, ingat kan dulu ustad kata gitu).



Kita cenderung untuk tolak cadangan orang, tolak bukan kerana cadangan mereka tidak bagus tapi kita tolak sebab faktor peribadi, he he he (mungkin sebenarnya siapa yang tolak itu jauh dari sudut hatinya tahu idea itu betul tetapi dia tetap tak mahu menerimanya). Dan tujuan hentaman itu supaya dapat mengurangkan wibawa diri orang itu dengan beranggapan dapatlah dikurangkan wibawa idea yang dibawaknya jugak, he he he. Teruk!



Dalam kes yang lebih berat dan berdaya dengki, perbualan yang tajam dan berbisa akan terkeluar, contoh:



Sukimon: "Saya cadangkan kita tubuhkan satu pasukan, kelab bola ke? mungkin ada yang boleh main bola kat sini?"



Si Polan: "Ala jangan buat lawak Sukimon, apa yang awok tahu tentang bola? awak pun kaki bangku, pernah sumat gol? kalau kelab goreng jemput pisang boleh la, he he he."



Sekarang kita lihat Si Polan bukan membincangkan cadangan En Sukimon tetapi sebaliknya mempersoalkan peribadinya (dan turut mengajak kawan-kawan lain menjadikan Sukimon seolah badut).



Contoh lagi...



Adenon: "Macam mana kalu kita tubuhkan kelab kecil, kita-kita je?. Boleh buat aktiviti. Gi keloh ke, lawatan ke, boleh erat silaturahim".



Si Polan: "Saya tak setuju dengan pendapat Adenon, dia selalu pentingkan aktiviti nak berhibur je, melawat sana sini, berkelah. Dia tak mementingkan aktiviti yang ala-ala islamik semepena ramadhan ni".



Kesilapan dalam dialog di atas adalah pada perkataan `dia'. Cadangan tu sebenarnya bagus dan boleh dipertimbangkan, kan.





Jankaulu: Bila mereka tidak setuju dengan idea kita, mereka kritik dan hentam diri kita, bukan idea kita tu. Huh geram gitu!...

Sunday, September 7, 2008

Jatuh...


RASANYA memang malam semalam merupakan malam yang malang bagi pak cik tu. Malang memang tak berbau, sudah kena baru tau. Kesian dia, walaupun saya rasa macam nak tergelak tetapi saya tahan. Peristiwa tu memang berlaku depan mata saya. Mungkin saya juga malang pada malam tu...




Malam tu memang malang baginya. Pasti selepas peristiwa tu dia akan lebih berhati-hati apabila sembahyang di masjid.




Malam tu seperti mana-mana malam sebelumnya, saya parking motor bawah pokok, dekat dengan tempat ambil air sembahyang lelaki. Setelah kunci tengkok motor saya berlari anak menuju ke tempat ambik air sembahyang. Ya masih gerimis hujannya.




Selepas itu saya naik tangga yang berdekatan dengan tempat ambil air sembahyang dan berlegar dekat serambi, kaki saya basah terpijak air. Emm...ada air, saya tak nampak sebab mozek jernih, memang tak nampak langsung ada air. Kalu jatuh parah ni..., bentak hati saya.




Dan selesai sembahyang tarawih tu satu`persembahan akrobatik' percuma betul-betul terjadi di hadapan saya ketika saya melangkah keluar daripada masjid. Di serambi tu terjelepuk jatuh seorang lelaki dalam usia 50 an, berbadan besar. Kesian dia jatuh terlentang ke belakang, berdebab di hadapan saya. Demi allah saya nampak gigi palsunya tercabut keluar kehadapan apabila badan dia tercampak ke belakang, ini mungkin mementung kalau ikut ilmu fizik gamaknya.




Sebaik sahaja pak cik tu tersadai di depan saya, ramai yang datang menolong mengangkat pak cik tu. Saya tak boleh buat apa-apa sebab panic giler. Lepas tu pak cik tu berkata sesuatu tapi tak berbutir tutur katanya, saya rasa mungkin dia cari gigi palsunya.
Gigi palsunya memang tercampak jauh daripada lokasi di jatuh. Saya menunjuk-nunjuk dengan tangan lokasi gigi tu berada kepada orang yang mengankat pak cik tu tapi suara saya tak keluar akibat panic dan kaget...



Saya kira dengan cara pak cik tu jatuh tentu ia memerlukan tukang urut pada kesesokan harinya...Kesian ya, bila kita jatuh tentu ia bawak kesan yang mendalam. lagi kuat jatuh lagi dalamlah kesannya...





Jan: Pernah jatuh, ambik masa bertahun untuk bangkit semula dan pandang dunia yang luas ni...

Saturday, September 6, 2008

Kad raya pertama 2008...

Minggu lalu ke East Cost, Kuantan. Memang hajat nak beli hadiah untuk hari raya. Bila lalu di hadapan salah sebuah kedai majalah nampak kad raya telah ada dijual. Kad-kad raya tu diletak di bawah, di sudut kecil kedai tersebut, di atas lantai... di dalam bakul kecil.




Pada masa dahulu kad raya tinggi kedudukannya dalam masyarakat kita. Ia memainkan peranan penting dalam memeriahkan suasana ramadhan dan raya. Masih ingat lagi pada zaman kanak-kanak dulu siap gantung kad raya tersebut di celah-celah langsir, dan kadang-kadang gantung kat ranting pokok. Suasana ramadhan dan raya dulu amat berlainan, kehadiran kad-kad raya amat menyeronokkan, (walaupun pengirimnya rakan sekelas je, he he he tetap seronok). Ya, ketika itu seakan masa pada masa tersebut bergerak lambat...



Contoh kad raya...



Kini tak ramai lagi yang menggunakan khidmat kad raya untuk menyatakan perasaan ramadhan dan raya, fungsi kad raya sudah diambil alih, diganti dengan penggunaan khidmat SMS, cepat dan jimat. Namun adakah berkesan di hati dan berkekalan...?








Gambar bawah: Contoh kad raya mintak maaf...



"Ala Skiman tu pun nak fikir, orang tak guna kad-kad dah leni, kad-kad ni dah tak main, he he he". Kata-kata Kamarul (bukan nama sebenar) bila saya menyuarakan hal penggunaan kad raya pada masa sekarang.



"Tak apalah, nak beli jugok 20 keping, manalah tau ada orang hantar, kena balas". Saya membalas kata sambil tangan membelek-belek kad raya di dalam bakul tersebut. Huh, banyak yang bertemakan kekasih, huh!. Mana tema sahabat atau keluarga? Hajat di hati nak hantar jugak kepada tuan guru besar semasa menjadi cikgu dulu, juga kepada bekas majikan lama dan beberapa orang tertentu, dan juga untuk membalas kalau-kalau ada terima kad raya, manalah tahu kan.



Dan seminggu selepas itu saya menerima sekeping kad raya dari sahabat di Kolej Shahputra. Tangkap syahdu bila nak buka kad raya tu... rasa bangga dan riak ada jugak sikit, maklumlah ramai yang tengok masa tu....





`Ooo, En Sukiman dapat kad raya..' Puan Mariatul berkata masa saya ambil kad tersebut dari kotak surat saya.






`Ada la sekeping...saya ni dah tak ada peminat, zaman gemilang dah berlalu', saya membalas kata panjang lebar sikit walaupun Puan Mariatul tak bertanya pun pasal zaman dan soal peminat.






Walaupun tak banyak kata-kata di dalam kad tu, kad tu sendiri sudah mewakili banyak kata-kata... Nasib baiklah saya sudah sedia beli kad raya tempohari, bolehlah balas nanti. Kita kena hargainya kerana tak ramai kini mahu luangkan masa dan buangkan duit untuk sekeping kad raya kan...



Sebenarnya penggunaan kad raya di Malaysia dirintiskan oleh perdana menteri pertama kita, iaitu Tuanku Abdul Rahman Putra al Haj. Beliaulah mula-mula mengirim kad raya kepada ahli kabinetnya pada masa tersebut. Dan gamaknya amalan itu pun diikuti oleh orang biasa macam kita ni yang tak berkabinet (kalau adapun kabinet dapur je, he he he...).






Jankaulu: Sedang menunggu kad raya daripada seseorang yang istimewa, tapi tak sampai-sampai...huh!


Thursday, September 4, 2008

Pantun ramadhan dan menjelang raya...





Saya ada cipta beberapa pantun sempena bulan ramadhan dan menjelang suasana hari raya. Jenuh juga saya mencari perkataan yang dapat mencapai maksud, dan lebih jenuh lagi supaya mempunyai rima yang sama, dan suku kata pun tak boleh banyak sangat, nanti nampak macam cerita.


Harap maafkanlah ya jika tak macam pantun pun, saya tau ada orang sastera yang selalu buka blog saya ni, so terlebih dahulu minta maaf...he he he.


Tengok kueh semua terpesona,
Lapar perut tahan terpaksa;
Apa khabar orang di sana?
Apa macam bulan puasa?


Pantun di atas bernada ceria dan galak, sesuai sangat untuk ditujukan kat kawan-kawan kita yang dok jauh daripada kita. Contohnya kalau kawan kita bertukar tempat kerja, sesuai sangat kita tujukan pantun jenis ni. Tapi kalau tempat kerjanya di depan meja kita je, kalau kita beri juga...? (janganlah marah bila kena marah nanti, he he he).


Berbaju Melayu berselipar jepun,
Pergi tarawih membuat pahala;
Menyusun jari meminta ampun,
Kalau ada terover kata.



Pembayang (baris pertama dan baris kedua) menceritakan suasana pergi tarawih. Biasanya saya berbaju Melayu (beli bajunya sahaja kat segamat, seluar tak beli) dan pakai selipar jepun je ke masjid, bukan apa takut nanti hilang kalau pakai kasut. Saya pernah hilang kasut kat masjid, sampai akhirat saya ingat. Sebab tulah baris ke dua pantun saya selitkan fungsi selipar jepun untuk ke tarawih. Dan mesejnya jelas, nak minta maaf sebab mulut pakai hembus je.


Anak beruang duduk di rimba,
Anak haruan di dalam paya;
Raya sudah kian tiba?
Dah buat ke persiapan raya?



Ni pantun bila dah dekat sangat nak raya, molek kita tuju seminggu sebelum raya (jangan seminggu selepas raya). Boleh guna SMS untuk menghantarnya kalau tak ada masa dan tak ada kad raya, namun apa yang ditulis dalam kad raya lebih diingati...(kalau tak percaya tanya orang sedang bercinta...ewah, he he he).


Buat kueh biskut kelapa,
Sedap berbuka air nira;
Saya di sini tak beli apa-apa,
Cuma shopping utk anak2 saudara…



Pantun di atas pula bernada sedih, boleh berikan kepada kawan kita (atau kat majikan kita, he he he) kalau majikan kita tak beri duit raya. Yalah kan, kalau beri dapatlah kita beli ayam ke buat lauk nasi minyak, sikit pun tak apa... (ni kalau dalam kes tak sempat nak menabung untuk raya...)


Bulan puasa bulan yang mulia
Malam hari pasang pelita
Semoga awak selalu berbahagia
Bersama suami, anak tercinta.


Pantun ni untuk orang lelaki sahaja, lahir dari jiwa bernada `senyum dalam tangis'. Kalau anda dalam situasi kekasih berkawin dengan orang lain dan dah dapat anak pulak menjelang raya, sesuai sangatlah pantun ni... Dan tambah sesuai lagi dia sedang berbahagia sedangkan awak tak ada orang inginkan, tak kawin-kawin... (he he he).


Sekianlah sahaja 5 kerat pantun untuk kali ini, saya tak pakar dalam pantun memantun ni. Dan pantun ni untuk suka-suka je, tak berniat nak tujukan pada sapa-sapa...(sapa yang terkena tu kira nasiblah...he he he)


Jan: Kukirim pantun rindu di angin lalu... Bertanya bila dapat bertemu... Dia jawab, `entah'....

Bersama Ja...

Beliau adalah seorang lecturer yang sangat popular dan bergaya, saya mengambil kesempatan bergambar dengannya, saya rasa sungguh berbesar hati...

Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri II: Ibadat dan akhlak

INI penulisan kedua saya mengenai buku yang ditulis oleh Pendita Zaaba. Kandungan cerita kali ini ada hubung-kaitnya dengan buku tersebut. Saya memang tertarik pada buku tersebut, sudah membacanya berulang kali, banyak bahagian yang saya tak faham, mungkin ia agak `tinggi' dan di luar daya penakulan saya. Pun begitu saya tetap akan membacanya selalu kerana manalah tau suatu hari nanti saya akan memahaminya.



Sebenarnya buku ni bukanlah sebuah buku agama secara total tetapi buku pemikiran dan falsafah. Saya beli ketika menuntut di UM dulu, pas tu buku ni hilang...bila saya jumpa buku tu kat kedai saya beli semula...dan beberapa lama kemudian kawan saya memulangkannya sambil bersungguh-sungguh minta maaf kerana pinjam lama2, saya terus hadiahkan buku tu kepada dia...he he he.




Saya teringatkan antara kandungan buku ini apabila suatu peristiwa berlaku di tangga masjid malam semalam...





Semalam seorang kawan memberitahu saya sepatutnya sembahayang terawih 21 rakaat, kononya saya tak ada anak bini, kerja pun tak berat mana bukannya letih, bukannya buat rumah batu... dan pelbagai alasan lagi diberikan. Saya hairan bila bertemu dengan `pandangan' manusia begini. Saya cuba menjadi positif tetapi gagal. Mungkin niat dia betul tetapi cara penyampaiannya sedikit tidak bijak...




Malas saya nak layan bila dia mula menceritakan pahala-pahala yang kita dapat pada malam pertama, malam kedua, malam ketiga dan seterusnya. Saya memberitahunya kadang-kadang saya ada kelas yang hendak dibuat, tanggungjawab saya pada majikan. Tapi saya jawab dengan ringkas je kerana bagi saya, kita tak perlu beritahu siapa diri kita dan betapa kita sibuk sebenarnya.





Seperti biasa saya tidak mempertahankan diri saya dengan hebat, saya senyap je, sebab saya percaya manusia begini memang memegang satu pendapat dan pandangannya sendiri dengan kuat. Dan...saya tau manusia pelbagai ragam dan manusia akan semakin rancak dan membuat penghakiman ke atas orang lain, bukan kepada diri sendiri. Saya kata saya akan cuba usahakan, he he he.

Pun begitu dalam masa yang sama saya terharu apabila mendapat SMS daripada sahabat dari Shahputra, beliau berpesan walaupun berapa sibuk buatlah sembahyang terawih, kalau sibuk sangat buat 8 pun tak apa katanya. SMs sebegini menyejukkan (ke `mensejukan?') hati saya dan memberikan semangat untuk saya mengerjakannya.


Banyak fahaman yang sempit di dalam pemikiran masyarakat kita. Fahaman ini bukan sahaja di fikiran masing-masing tetapi sudah `dibuahkan' dalam bentuk tindakan dan `diluahkan' juga dengan kata-kata yang saya sekali-sekala saya jumpa dalam menjalani kehidupan. Saya anggap ia satu pandangan yang sempit dan tidak selesakan saya.

Bagi saya ahli agama (yang sebenarnya bukan ahli kot...) yang berfikiran sempit ini berfahaman sempit jika mengatakan kerja kebajikan, amal ibadat dan menyuruh sempurnakan suruhan tuhan untuk menghadap mati atau akhirat semata-mata. Sepatutnya ia ada kena mengena dengan membaiki perangai, budi perketi, dan kelakuan kita dalam menjalani kehidupan ini.

Perbuatan yang baik dan amal ibadah jangan disempitkan sangat. Kita sebolehnya berusaha membaiki diri dengan mempunyai akhlak yang baik seperti benar, amanah, menepati janji, ada kadar belas kasihan yang tinggi (tengok orang miskin rasa nak tolong dan terus tolong...), jaga perangai depan kawan dan lain-lain mestilah dititik beratkan. Sepatutnya sembahyang kita puasa kita tulah kita jadikannya/perhalusi agar ia memberi impak ke atas akhlak kita kan...tapi yang biasa manusia fokuskannya adalah kepada bagaimana rupabentuk, berapa kali kena buat (lagi banyak-lagi dapat pahala supaya mati senang, he hehe), dan cara kaedah amalan-amalan yang mesti kita kerjakan yang dianggap betul dan sah oleh tuhan, supaya dapat balasan syurga di akhirat.

Kalu boleh sama-sama kita perluaskan erti ibadat dan amalan baik kita kan. Kita selalu melihat kesalahan manusia lain yang tidak mengerjakan suruhan tuhan seperti sembahyang, berpuasa, berzakat dan lain-lain (kita nampak je kan, he he he). Sekali-sekali highlightkanlah juga betapa nikmatnya jika suruhan-suruhan itu dilakukan dengan baik dan betul akan membuahkan sifat akhlak yang baik sesama manusia. So nampaklah kolerasi antara sembahyang, puasa, zakat dan yg lain-lain tu dengan akhlak, kan.

Jankaulu: Sebab tulah rasanya umat islam gagal jadi contoh yang baik kot...pas tu agama yang dihina....

Monday, September 1, 2008

Ramadhan di Muadzam dan intipati puasa

Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog yang dihargai. Pertama-tamanya dipanjatkan syukur kerana kita masih berpeluang bersama-sama berada sekali lagi di bulan yang mulia ini. Semoga ramadhan kali ini kita laluinya dengan lebih keberkatan dan ketenangan.

Izinkan saya membuat sedikit coretan mengenai suasana ramadhan dalam kehidupan saya. Seperti juga manusia lain, saya menanti bulan mulia ini dengan penuh kegembiraan dan kesyahduan. Teringat saya, seminggu sebelum ramadhan saya sudah teruja ke Bank Islam menukarkan duit siling untuk dijadikan duit raya...tahun ini saya sebolehnya mahu buat persiapan seawal mungkin. Hadiah untuk mak dan ayah pun sudah saya sediakan, saya beli di East Cost, dan sedikit duit sedekah kepada masjid dan anak yatim juga sudah saya sisihkan (saya rasa jika semua orang bagi sumbangan walaupun sikit, jumlah terkumpul akan jadi banyak).


Kali ni kira kali ke 2 saya berpuasa di Muadzam. Walaupun serba kekurangan saya akan laluinya dengan usaha-usaha memeriahkannya dengan cara saya sendiri. Sebenarnya jika hendak dibandingkan suasana bulan puasa di Kuantan dengan suasana bulan puasa di Muadzam, ibarat membandingkan pencapaian dan sumbangan Datuk Sharifah Ani dan Mila AF dalam industri muzik negara. Banyak bezanya...


Kenangan Ramadhan di Kuantan


Di Kuantan suasana ramadhannya meriah giler (giler pun tak semeriah Kuantan), bazar ramadhan merata berlambak, pilih saja nak ke bazar mana?, di mana?, tepuk dada tanya selera (dan tanya kawan-kawan sebab nak menumpang, he he he).


Semasa di Kuantan saya ada ramai kawan, kerap juga saya menumpang mereka ke bazar ramadhan sekitar Kuantan. Bergilir-gilir mengunjung bazar di serata tempat, ada yang dekat dan ada jauh letaknya. Namun bazar ramadhan dekat Taman Kerang paling best, paling menambat hati. Best sebab banyak pilihan dan ceria. Walaupun sedikit mahal namun ia sedap dan berpatutan (sedap tak penting sangat, semangat ramadhan tu penting kan...).




Adakalanya saya tidak membeli di bazar ramadhan. Bila dah nak habis time kerja, berpakat nak buka puasa kat mana. Bersama kawan-kawan, saya keluar berbuka kat luar. Tidak kiralah kedai mana asal dapat berbuka dengan kawan-kawan, kat mana-mana pun seronok giler (giler pun tak seronok mana kot).


Setiap ramadhan sebolehnya saya dan kawan-kawan buat majlis berbuka, bukan kat hotel berbintang tapi kedai kecil yang tak berbintang, he he he. Namun seronok berbuka ramai-ramai ni, kalau dikenang hati bertambah sayu pun ada. Pendek kata di Kuantan boleh berbuka dengan macam-macam gaya dan tempat. Terasa sangat keramadhanannya, kini suasana berlainan...

Ramadhan di Muadzam


Tahun ni saya tak atur lagi program berbuka puasa, mungkin berbuka di masjid dan diselangselikan berbuka di rumah (beli lauk kat bazar ramadhan). Bazar ramadhan setahu saya ada satu sahaja berhampiran masjid besar tengah-tengah pekan Muadzam (maaf saya tak guna nama `bandar' kepada Muadzam).


Bazar ramadhan di Muadzam tak sebesar mana, kira dua deret panjang sahaja. Mungkin orang Muadzam lebih selesa dan suka memasak di rumah kot. Menu makanan yang dijual pun tak banyak pilihan (pernah tahun lepas saya pergi saja je tak beli apa-apa, balik rumah masak sardin). Namun oleh kerana itu sahaja bazar yang ada, ramai juga yang datang terutama student UNITEN (mungkin tak ada pilihan kot, he he he). Namun kesyahduan ramadhan tetap ada, yang penting spirit of ramadhan tetap ada.


Memandangkan ada banyak kelas malam semester ni, maka saya mungkin berbuka kat umah sahaja (dengan kucing jiran), dan bergegas ke kampus.


Kat Muadzam ni pekannya tak besar mana, hanya pekan kecil. Bila malam jadi sunyi... Cuma bila menjelang ramadhan, masjid jadi meriah bila ramai yang datang untuk menunaikan solat terawih. Semalam ramai jugak orang datang berterawih, saya lihat ramai kanak-kanak lari-lari di sekeliling masjid bergurau senda, budak-budak muda pun ramai datang, student kot.



Intipati puasa...


Sempena bulan ramadhan ini saya mahu ingatkan kawan-kawan dan diri saya juga, kita saling mengingati kerana manusia itu kejadiannya sangat alpa.


Saya ingin ucapkan selamat menyambut ramadhan kepada pengunjung blog saya terutamanya, dan juga memohon maaf jika dalam penulisan saya sebelum ini ada yang terkena batang hidung kawan-kawan sekalian, sesungguhnya ia tidak disengajakan sama sekali. Semoga kita sama-sama dapat membaiki diri kita ke arah yang lebih positif.



Sekadar hiasan: Wah sedapnya, teliur gitu...


Saya juga ingin ucapkan selamat menahan diri. Semoga ramadhan kali ini kita sama-sama berubah iaitu mata, telinga dan fikiran turut berpuasa, he he he. Sama-sama tak jadi seperti tahun lepas, tak ada lagi episod boros belanja dan melahap makanan. Bukan apa, kita kena ingat semasa kita berbuka puasa melahap makanan bersama keluarga tersayang, ada pihak tak berbuka-buka kerana dek tak ada makanan. Semasa kita tak larat nak bangun kerana kenyang ada pihak yang tak larat nak bangun kerana lapar...


Sekadar hiasan: Bestnya kalu boleh nak makan semua kan, he he he.


Jangan nanti kita makan sedap-sedap hingga terlupa kepada orang yang berlapar di bahagian-bahagian lain di dunia ini. Ini kira kes tak mustahil sebab manusia ni bila tengok lauk pauk, nasi-naksi (bersama pulak kueh mueh pelbagai warna), kita gelap minda. Kita berjaya menahan nafsu lapar sepanjang hari tapi bila sampai time buka, kita fail... Kita terlupa tujuan semulajadi/intipati berpuasa.



Sekadar hiasan: Emm..., air pun boleh buat kita gelap minda...



Pendek kata bila terasa lapar tu jangan lupa kepada orang yang lapar, gitulah rasa lapar...



Jankaulu: Selamat berlapar...



Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home