Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, July 22, 2008

Kebahagiaan





RASANYA seseorang tu tak dapat hidup dengan sempurna bila diri mereka tidak disayangi. Mungkin tidak ketara pada pandangan mata, namun jika dilihat dengan teliti menggunakan mata hati, ia nampak. Apa yang ada difikiran dilafazkan, dan apa yang dilafazkan akan diikuti dengan perbuatan, biasanya. Maka ia nampak.

DAN orang yang berada di dalam lingkungan kasih sayang juga terpancar akan aura kebahgian itu (walaupun dalam sesetengah kes, kebahagiaan itu dilakonkan, ia tetap juga menunjukkan kepalsuan. Berjaya manakah sangat untuk berlakon bahagia. Hidup ini bukan drama swasta, apatah lagi kisah-kisah, episod dalam novel). Bila diri disayangi, terasa langkah kaki pada kehidupan ini lebih bererti, dan kita akan lebih berani hadapi hidup ini.

NAMUN tidak semua kebahgiaan itu kekal, tiada yang kekal melainkan pencipta kita. Malah ada beberapa kes di mana berada di dalam lingkungan wilayah selamat itu sebenarnya adalah sementara dan palsu. Dan kepalsuan itu sangat mengigit perasaan. Maka memanglah benar ikatan rasmi atau tempoh lama dalam sesuatu perhubungan itu bukan indikator kepada kebahgiaan, kejujuran hidup...yang berkekalan.

3 comments:

Eja said...

Pergh!!! x terkomen... menusuk kalbu..

Mc Zue said...

hebat...hebat...namun empunya diri sahaja yang memahami...

Mohd Amli bin Abdullah @ Baharum said...

apa ler citer??? bahagia... hidup kan dahv ditentukan ada suka ada duka...ada gembira dan ada kesedihan...itu ler kehidupan... dok bahagia je......senang senang do hospital bahagia ler...he heh heh ...Orang yang selalu berfikir tak semestinya berjaya tetapi orang yang melakukan apa yang difikirkan adalah orang yang berjaya...jangan takut untuk gagal.....LU PIKIRLAH SENDIRI (tag line nabil)

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home