P ada datang Muadzam minggu lepas, muka berseri-seri bak bulan purnama mengambang penuh, seperti gadis sunti pertama kali direnung lelaki (lelaki yang dia suka) atau umpama masa dapat duit kutu, atau laksana semasa memasang angan-angan mendapat imbuhan pelaburan dari internate (sebelum semuanya hangus terbakar...).
P punya senyuman kali ini berlainan sekali, senyuman kerana impian menjadi reliti. Ramai yang kalu boleh mahu berkerja di tempat kelahiran, dekat dengan keluarga, emak dan ayah di kampung halaman. Malangnya bukan semua rumah kawan2 kita di belakangnya ada universiti....kita kena keluar mencari rezeki meninggalkan kampung halaman dan belakang rumah kita tersebut. he he he. Tapi P memang beruntung.
P antara kawan terawal mengkoloni KSP, rasanya saya awal sedikit je daripada dia, oleh kerana kami senegeri, semangat kenegerian itu merapatkan apa yang tak rapat. P selamba sahaja, kalau tengok tak gaya isteri kepada seorang ahli perniagaan yang berjaya. P tak berlebihan, tak berkurangan, pakai make up senipis kulit bawang, mungkin nak serlahkan kecantikan semula jadi (atau memang malas nak makeup-make up ni. he he he).
P datang bersama Adnan dan Mek zue. Gembira juga dapat jumpa kawan lama, Mek Zue dan Adnan. Bila Fuzah dan Ja masuk geng, riuh rendah, hingar bingar sekali, mujurlah ada bilik maka tak lah terpaksa kontrol (cuma Adnan je diam kosenterate menambah nambah apa yang patut kat blog jankalu, sekarang dah ada laman borak jugak dah...nak jugak!).
P disoal siasat perasaannya, tapi dia selamba je tak tunjuk emosi (segeng dengan Ja, jenis sembunyi emosi). Tapi tahu...dalam senyum2 tu terasa jua nak meninggalkan kawan2 dan tempat kerja lama. Mek Zue pula macam biasa, sibuk pukul gambar, posing sana sini. Pasu bunga dan dinding menjadi mangsa (selepas mendiang Lady Diana mungkin Mek Zue adalah orang paling banyak bergambar di dunia. he he he). Posing-posing tersebut dingerikan lagi oleh Ja dan fuzah. Dan P juga turut diheret bergambar kenangan...sebelum kepermegian.
P dibawa melawat sekitar Bandaraya Muadzam selepas itu, bersama kereta baru Nisang Sentra Ja, sempat singgah setulang rumah Fuzah dan g makan kat kedai kat pekan.
Tak puas melihat senyuman P, entah bila berjumpa lagi... Hidup macam tu lah, tiada yang kekal statik, selalu ada perubahan... Ada pertemuan maka adalah perpisahan, moga perpisaan itu berlaku dengan pembangunan positif.
Tak puas melihat senyuman P, entah bila berjumpa lagi... Hidup macam tu lah, tiada yang kekal statik, selalu ada perubahan... Ada pertemuan maka adalah perpisahan, moga perpisaan itu berlaku dengan pembangunan positif.
Semoga di tempat baru P mendapat kehidupan yang lebih baik dan kawan yang lebih sempurna, dan baik daripada kami ini...
Kawan yang baik lekat di hati bersama memori2...
3 comments:
Sedih P dah nk gi. tggl 2 ari je lg ni. slalu dia la teman bila blk ptg2, keta slalu dpt parking jauh.. pasni susah la nk tgk senyuman menawan p lg... waaaaa...
kata2 mcP pada Mczue PENYU MENANGIS TAK SIAPA TAHU...
Seronok je baca artikel tentang diri sendiri. Ni rasanya dah masuk kali ketiga yang lipi baca sendiri, tak termasuk lagi dengan kak ja yang tolong dengan penuh intonasi...Siap bleh tergelak lagi. Tambahan pulak tadi lipi buat "pot luck" dan sambutannya agak happening jugak..Tu buat jadi makin seronok. Kak ja la yang jadi host.
Post a Comment