Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, July 15, 2008

Impian untuk memiliki sebuah rumah...*

Memiliki sebuah rumah yang cantik dan selesa adalah impian ramai orang. Sebuah rumah yang cantik dan selesa dapat mententeramkan jiwa, dan membanggakan hati. Namun bukan semua orang mampu miliki rumah impian, rumah merupakan satu harta yang sangat mahal.
Tidak semua orang dapat memenuhi impian untuk memiliki rumah yang besar dan selesa. Seseorang individu terpaksa berkompromi dengan banyak perkara dalam mencapai hasrat memilikinya.

Rumah Idaman? Beberapa minggu ini saya asyik mengikuti kawan-kawan pergi melawat rumah contoh di tapak pembinaan sekitar Indera Mahkota. Ada di antara kawan saya yang memang mahu membeli rumah dan ada juga yang seperti saya iaitu hanya `menumpang sekaki’ menemani kawan yang mahu membeli rumah. Saja-saja pergi.

HARGA
Di Kuantan, terdapat banyak projek perumahan. Ada yang dalam pembinaan, ada yang sudah hampir siap, dan ada yang sudah siap dan dalam proses penjualan, dan ada yang tak siap-siap (he he he). Kita hanya perlu pilih sahaja lokasi yang sesuai dengan harga yang kita mampu.

Namun untuk miliki sebuah rumah di Kuantan bukan suatu perkara yang mudah. Rumah sangat mahal di sini (jauh lebih mahal berbanding di kampong halaman saya). Rumah teres di Indera Mahkota kuantan mencecah lebih RM100,000 dan sebuah rumah semi-D yang keluasannya cukup-cukup makan harganya antara RM160,000–RM200,000. Bagi individu berpendapatan kecil harga rumah yang melebihi RM100,000 sangat mahal dan di luar kemampuan.

Namun ramai juga berpendapat harga rumah di Indera Mahkota adalah bersesuaai dan berpatutan kerana lokasinya di bandar malah ia jauh lebih murah berbanding dengan bandar-bandar lain di Malaysia.

RUMAH KAMAL DAN AZIE
Kawan saya, Kamal dan Azie sudah membeli sebuah rumah semi-d di Taman Damansara. Saya sendiri sudah ke rumah tersebut beberapa kali. Rumah yang ada 4 bilik tu mempunyai balkoni yang luas boleh memuatkan dua buah kereta.

Yang paling menarik ialah ada ruang yang terpisah antara ruang tamu dan ruang makan (dibina di bahagian paling belakang bersebelahan dengan dapur). Bila ada orang datang bertandang tak perlulah kita kena `control’ gaya makan kerana ruang tamu tersebut benar-benar terpisah dengan ruang makan.
Terdapat juga halaman yang berpadanan. Boleh lagi jika mahu lakukan`renovation’ atau bercucuk tanam. Harganya melebihi RM180,000 namun ia berpatutan kerana kelihatan amat eksekulif, dan sesuai untuk yang sukakan `privacy’. Semasa artikel ini ditulis mereka amat sibuk dengan persediaan menaiki rumah baru. Saya juga tumpang gembira dan seronok melihat perkembangan rumahnya itu.

Berpindah ke rumah yang baru dibeli setiap individu harus mempunyai wang tunai. Kamal ada menyatakan banyak wang yang diperlukan bila hendak `naik rumah’ nanti. Perbelanjaan untuk gerigi, lampu, kipas, barangan di bilik air, kabinet dapur, langsir dan deposit air api mesti diambilkira. Itu tidak lagi mengambil kira benda-benda kecil seperti kunci, mangga dan sebagainya, Adnan menambah.

Seronok mendengar ceritanya kerana boleh dijadikan panduan kerana manalah tahu suatu hari nanti mampu membeli rumah sendiri. Betullah orang kata kadang-kadang kena ada duit melebihi RM10,000 baru puas hati bila berpindah ke rumah baru dibeli.

UKUR BAJU BADAN ORANG LAIN
Sebagaimana orang lain, saya juga ingin memiliki sebuah rumah. Namun buat masa ini tidak mampu walaupun untuk menyewa sorang, apatah lagi untuk membeli sebuah rumah. Jika kita membeli rumah di luar kemampuan kita, tentulah nanti kita akan hidup di dalam kesempitan dalam tempoh yang lama. Beli rumah bukan macam beli sardin kat Giant.

Ketidakmampuan tersebut adalah kerana faktor pendapatan. Mungkin saya hanya mampu membeli rumah berharga RM100,000 ke bawah. Saya terpaksa melupakan rumah impian kerana saya mengukur baju di bandan sendiri, mustahil saya dapat memiliki rumah yang besar dan selesa di Kuantan, yang penting ada rumah tempat berteduh dulu.

Setiap manusia harus hidup dengan kemampuan diri sendiri. Masyarakat harus mengukur baju di badan sendiri. Menyesuaikan diri dan belajar berbahagia dengan apa yang ada. Jika kita membeli rumah di luar kemampuan tentulah nanti kita akan hidup di dalam kesempitan dalam tempoh yang lama.

Beberapa ketika mulanya kita memang mampu membayar rumah tersebut namun pada suatu tahap, akibat perbelanjaan lain yang meningkat atau perkara lain yang bertambah, kita mungkin akan berada di dalam kesempitan. Contohnya, pertambahan bilangan anak atau pertambahan kadar inflasi. Keperluan besar yang lain ialah ansuran kereta dan belanja makanan.

Kualiti hidup juga harus dimbil kira, apalah gunanya mempunyai rumah yang besar tetapi kita terpaksa menurunkan kualiti hidup kita dari segi makanan dan masa senggang (kerja siang malam?). Mungkin kita perlu pergi bercuti setahun sekali atau mungkin kita ingin membeli belah, melawat saudara jauh. Perkara-perkara sebegini memerlukan duit.
Pun begitu suatu hari nanti saya mahu juga memiliki rumah walaupun kecil...


Jan: * Ditulis masa bekerja kat KSP dalam pertengahan tahun 2005.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home