Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, December 31, 2021

Terima kasih 2021, selamat tinggal...


Tahun 2021 kesihatan saya sedikit merosot. Setiap bulan saya ke KMC (Kuantan Medical Centre). Kadang-kadang saya rasa malas dengan rawatan dan ujian-ujian tersebut. Tetapi saya hadiri juga kerana saya setuju bahawa manusia adalah mahkluk berusaha. Saya harus berusaha. Saya tidak akan mengalah. Kalau saya mengalah, saya akan malu pada diri sendiri. Dan keadaan kesihatan akan bertambah teruk.

Ada orang kata apa yang berlaku pada diri kita ini adalah balasan yang kita terima. Ianya tidak jadi secara begitu sahaja. Contohnya apabila kita sakit, sebenarnya sebelum ini kita tidak mengambil berat akan kesihatan kita, cara hidup kita, Saya terima...

Kita tidak boleh salahkan orang lain, dan kadang-kala kita tidak pula boleh salahkan diri kita 100%. He he he. 

Tahun 2021 sangat berwarna. Mungkin kerana saya sudah berumur atau memang laluan hidup saya sedemikian rupa. 

Covid masih berleluasa. Masih menjadi ancaman nyawa dan belenggu kebebasan manusia. Saya mengaku sedikit sebanyak saya ada juga rasa tertekan dengan kehadiran covid 19. Ia merubah banyak gaya kehidupan. Merubah cara bekerja menjadi lebih mencabar. Menjadi saya lebih tertekan.

Hidup ini memang untuk orang yang kuat. Kata-kata dari filem hindustan tersebut semakin benar untuk saya. Saya kena kuat. Kita kena kuat. Kena kuat kerana saban tahun itu juga mendatangkan kita rasa lebih letih, lebih rasa terbeban dan seperti yang saya beritahu tadi. Rasa tertekan.

Sebenarnya dari setahun ke setahun banyak perkara yang berlaku. Yang memerlukan kita membuat keputusan dan mengambil tindakan. Keputusan yang kita banggakan dan adakalanya kita kecewa dengan keputusan kita tersebut.

Tetapi saya sangat beruntung kerana kehadiran sahabat-sahabat saya. Kepada sahabat-sahabat saya yang tidak putus-putus sudi berkawan dengan saya, hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Saya hargai kehadiran itu kerana ia besar ertinya pada diri saya. Saya sedar saya bukan sahabat yang sempurna kerana kadang-kadang saya over. Maaf saya over kerana dalam pada masa over itu juga adalah cara saya mahu hiburkan hati ini.

Atas apa yang telah berlaku dan dilalui suka-duka sepanjang tahun 2021 saya tetap mahu mengucapkan terima kasih.

Memang kehidupan sebegitu. Ada yang kita mahu lupa, ada yang kita tidak dapat dilupa...

Hidup ini ada suka dan dukanya... ada rindu dan sakitnya...

SELAMAT TINGGAL 2021

P/S: Kadang-kadang saya hanya mahu secawan kopi pahit sahaja, dan rakan berbual yang mengerti,,, itu sudah memadai.



No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home