1. Saya balik kampong sempena hujung tahun, sempena hujung bulan dan sempena tahun baharu baru-baru ini.
2. Setiap kali balik kampong, sedaya mungkin saya akan jengok Bukit Keluang. Saya bukan penjaga Bukit Keluang tapi Bukit Keluanglah penjaga `kenangan' saya.
3. Balik hari tu saya lihat gerai-gerai jualan yang dibina oleh Majlis Daerah Besut sudah hampir siap. Gerai lama menunggu masa untuk dialih ke kawasan baru. Gerai-gerai lama di tepi pantai itu menghalang pemandangan. Nanti bertambah cantiklah bukit keluang.
4. Dapat saya rasakan 100 tahun lagi akan lebih banyak perubahan di sekitarnya. Mungkin sudah ada hotel 14 tingkat, dan resort-resort yang hebat. Dan pemandangan gadis-gadis obes yang berbikini di tepi pantai Bukit Keluang adalah biasa sahaja pada masa itu. 100 tahuhn akan datang.....
5. Sebut pasal bikini, saya pernah bawa dua pelancong dari Perancis ke Bukit Keluang dan mereka mandi laut berbikini. Bila sampai di tepi pantai terus mereka pecat baju tanpa segan silu depan saya yang pada masa tu masih teruna (umur 21 tahun). Inilah kali pertama (dan terakhir) dalam hidup saya berpeluang melihat perempuan mandi berbikini secara live di depan mata. Mungkin rezeki hari tersebut. He he he.
Tapi saya tidaklah turut sama mandi dengan mereka. Saya menjaga tata susila saya sebagai orang timur. saya galok jugok tapi tak sampailah bertempuk tampar.
6. Saya jumpa dua orang putih itu dalam bas semasa saya balik cuti penggal semasa jadi mahasiswa. Entah mengapa saya tak malu berborak mesra dalam bas, dan ajak dia datang rumah dua-tiga hari. Mungkin saya terikut dengan ayah saya yang suka buat balik orang putih ke rumah.
7. Kalau nak cerita pasal Bukit Keluang ni 3 hari 3 malam tak cukup. Ada juga cerita malang di Bukit Keluang.... Tetapi tak apalah benda sudah terjadi.. lagipun saya sangat percaya bila kita menghancurkan hati orang allah juga akan menghancurkan hati kita dia suatu hari. (Semoga dia tak bahagia).
8. Semasa saya menjadi guru di Pusat Pendidikan Yayasan Islam Terengganu ada juga waktu-waktu petang saya bersama pelajar pergi mandi laut. Saya hanya mandi sopan di birai pantai jea. Hari ini baru saya sedar patutkan sebagai seorang guru saya mendedahkan pelajar kepada keadaan yang bahaya?
7. Seingat saya, sebelum sekolah lagi ayah dan mak telah bawa saya dan adik-adik berkelah di Bukit Keluang. Hampar tikar, makan keropok dan kena marah bila main tepi air. Tu baru main tepi pantai, kalau mandi rasanya kena sembelih kot, he he he.
8. Upacara bawa keluarga berkelah ini adalah perkara biasa zaman 60an dan 70an dulu. kalau ayah kata hujung minggu akan pergi berkelah, kita dah rasa syok beritahu kawan-kawan kat sekolah akan rancangannya. Dan kawan kita akan kata `sedap la ayoh dia bowok gi keloh' sambil buat muka kuyu macamlah dia tak ada ayah. Pergi berkelah sekeluarga adalah saat yang menyeronokkan, makan mee dengan keropok, tengok laut... Kegiatan ini mula pupus dengan dasyatnya menjelang pertengahan tahun 80an. Kini baru ada kembali yang datang bawa tikar, malah bantal. He he he.
8. Bila lihat lelaki yang berseorangan di tepi pantai, saya akan sangka yang bukan-bukan. Bila orang muda saya berfikiran tentu dia putus cinta dan melayan perasaan, he he he. Tak sangka pula sayalah pemuda itu pada masa akan datang... (baca dengan nada sedih...atau terkilan).
kalau yang tua saya akan buat cerita tentu kena marah dek bini. Bila kena marah dek bini, tentulah dia terus sedih dan bawa diri lihat air laut tempat mereka dating dulu. Namun saya percaya tentu bila dia balik ke rumah bini dia pulak akan mintak bawa dia keluar jalan-jalan ke Bukit Keluang. (seolah terlupa tadi sudah berperang besar, he he he).
9. Batu-batu di Bukit Keluang ini khabarnya berusia anatara 250 hingga 300 juta tahun. Zaman kucing kirong ni... Cuba bayangkan...mesti tak ada manusia pada masa itu. Batu ada yang besar ada yang kecil. Ada batu-batu kecil terlekat dengan karang-karang ibarat kenangan saya yang terlekat di Bukit Keluang.
10. Saban tahun saya mula membesar (ada masanya sehingga 92 kilo) dan saban tahun saya lihat makin ramai-orang-orang ke pantai Bukit Keluang. Dulu taklah ramai orang di Kampung Raja dan Kuala Besut. 40 tahun dulu boleh dikatakan setiap orang kenal setiap orang. Macam semua orang kenal Mek Comel Jerteh masa tu. Malah anak-anak mereka pun kita kenal. Bila jumpa kita lihat pattern muka, kita dapat agak anak sapa. He he he.
11. Bila ramai orang di Bukit Keluang, maka banyaklah orang boleh cari makan. Ada penjual makanan dan juga wau plastik. Ada juga kuda kalau nak naik. Dan untuk kanak-kanak ada la permainan-permainan lain. Pergilah jengok sendiri bila balik kampong...
12. Banyak nak cerita tapi biarlah setakat ini dulu...
13. Gambar di atas adalah gambar saya pada tahun baru, dipukul semasa angin kuat menyebabkan rambut terurai bagai layar di laut biru (ayat ini dilebih-lebihkan...)
Sekian saya akhiri dengan serangkap pantung...
Hujan lebat di Bukit Keluang
Cari remis di Pantai Air Tawar,
Bila adik tinggalkan abang,
Bagai otak tercabut wayar.
He he he...
1 comment:
Selamat tahun baru 2022
Post a Comment