Semalam Najib kirim gambar konvoinya. Sebenarnya majlis itu sudah beberapa kali tergendala sebelum ini berikutan kita dilanda Covid 19. Saya pula tidak dapat menemaninya kerana kaki saya sakit, dan juga atas beberapa sebab lain.
Melihat gambar yang dikirimnya melalui wasap keluarga, saya jadi emosional.
Saya merasa bangga dengan tiba-tiba. Saya rasa bangga sebab dia berjaya menghabiskan kuliah, dan saya merasa bangga kerana dia berjaya jejaki pentas yang pernah saya naik 30 tahun dahulu.
Sempat pula saya teringat betapa teruknya saya belajar selama 6 tahun di UM. Mungkin saya tidak pandai maka saya memang bertungkus lumus dan sentiasa bimbang. Saya tahu apa yang akan terjadi jika saya sedikit lalai.
Zaman telah berubah dan saya percaya UM juga berubah tetapi saya yakin `kepayahan' yang pelajar akan lalui tidak akan berubah. He he he.
Saya tidak boleh menulis panjang, nanti saya akan cerita pasal kehidupan saya di UM pula, contohnya saya dihalau oleh tutor dari kelas kerana tak buat tutorial. sebenarnya saya bukannya malas, saya memang tidak pandai langsung...he he he.
Kepada Najib, Iman bangga dengan Najib. Dulu-dulu Iman ingatkan Iman yang menemani kehidupan najib, tapi sekarang Iman rasa sebaliknya. terima kasih.
Terima kasih kerana memberi peluang `rasa' untuk Iman mahu lihat apa yang terjadi nanti di hari muka.
Insyallah Iman akan hadiri konvoi yang kedua nanti.
Saya tidak tahu sama ada saya menemani hidup najib ke atau Najib yang menemani hidup saya...
No comments:
Post a Comment