Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, December 1, 2020

Pakailah pelitup muka dengan betul...

Saya masih lagi tertinggal atau terlupa pakai mask apabila turun dari kereta. Dan kadang-kadang saya terpaksa berpatah balik ke kereta untuk memakainya.

Sukar rupanya untuk menjadikannya norma baru kehidupan.

Pun begitu saya terus memakainya, saya pastikan mask sentiasa ada dalam kereta.

Saya pernah melihat di sebuah pasaraya di mana seorang budak (umur lebih kurang 7 tahun) tidak memakai mask dengan betul (budak itu turunkan pelitup muka ke bahagian dagu).

Saya lihat emak dan ayahnya tidak peduli. Saya rasa sangat tidak patut, saya buat isyarat tangan supaya budak itu pakai mask.



Ingat jangan turunkan pelitup muka ke bahagian dagu.

Ayah dan ibu harus pastikan anak-anak memakai pelitup muka dengan betul. Mereka harus serius kerana ia adalah langkah membendung dari merebak dan terkena Covid 19.

Jangan ayah dan ibu 2 x 5 pulak.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home