Di Muadzam Shah terdapat sebuag tasik yang dinamakan Tasik Biru. Tasik ini diberinama sedemikian rupa kerana airnya yang jernih membiru.
Memang cantik pemandangan di sini. Ia unik kerana mukabumi semulajadi bergabung dengan mukabumi buatan manusia (perlombongan), menghasilkan pemandangan yang mendamaikan. Hening.
Sahabat saya posing kat `Instagram'. |
Aktiviti perlombongan menghasilkan Tasik Biru ini. Mungkin kerana letupan dan aktiviti melombong. Lama kelamaan tindakbalas kimia di kawasan kuari ini menghasilkan air yang jernih dengan warna kebiruan. Saya memandai buat kesimpulan sebab apa airnya kelihatan biru.
Saya mengetahui akan kewujudan tasik ini daripada pelajar-pelajar saya. Mereka telah pergi melawat tempat ini, berkelah di sini.
Jaraknya 20 kilometer dari kampus kami, COBA.
Tasik ini khabarnya tiada ikan, mungkin airnya berasid akibat tindakbalas kimia...(saya berteori lagi). Kawasan ini dibuka sebagai kawasan perlombongan pada sekitar tahun 50an... Dan jika kita teruskan perjalanan tanpa membelok masuk ke Tasik biru kita akan jumpa sebuah pekan, bandar lama Ibam. Ada kedai makan juga di sini. Ada penempatan.
Saya suka makan roti canai di sini. Saya rasa ia adalah roti canai tersedap di Muadzam Shah. Pernah saya pergi ke Bukit Iban ini semata-mata mahu makan roti canainya.
Memang cantik, airnya kelihatan biru dan sangat jernih. Kita melihatnya dari tempat yang tinggi. Jadi ia kelihatan lebih menarik. Kita boleh ambil gambar di sini.
Semasa kemuncaknya, dikatan ada penempatan untuk pekerja Inggeris.
Kalau ada orang tanya di mana Tasik ini, jawapannya di Bukit Ibam, Muadzam Shah, Daerah Romping Pahang. Bukit Ibam terkenal dengan perlombongan biji besi pada masa dahulu, aktiviti perlombongan telah bermula sejak tahun 1957, oleh syarikat Rompin Mining Company (RompinCo).
Di sini ada di sediakan tempat duduk, kita boleh bawa bekal dan makan di sini. Ada disediakan tong sampah juga.
Bertambah cantik kerana ia berlatarbelakangkan Bukit Sembilan.
Sejak saya pergi buat pertama kali dulu, saya pergi berkali-kali lagi. Gambar di atas adalah gambar yang saya ambil dan juga beberapa keping gambar dari pelajar saya.
Sekian...
No comments:
Post a Comment