Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, December 22, 2020

Album komersial paling patriotik di Malaysia? Dato' Sudirman: Warisan Kemerdekaan (2018)


Kaver depan: Sudirman tersenyum


Penerbit Eksekutif: SP Yin
Pengurusan Produksi: Syamir, Steven dan Rachel
Tahun: 2018
Hak Pengeluaran: Universal Music Sdn Bhd


Lagu-lagu yang dimuatkan

 
Hati gembira bila dapat pegang CD ini.

lama dah hajat nak beli tapi tangguh dulu sebab ia bukan keperluan.

Semangat cintakan negara dizahirkan dengan jelas dalam album ini. Memang sudah menjadi kebiasaan Sudir akan masukan lagu yang berunsurkan cintakan tanah air ke dalam album-albumnya. 

Sudirman adalah artis yang serba boleh, maka serba bolehlah juga karya yang dihasilkan oleh Sudir.


Disc 2

Sekarang sukar untuk dapatkan album dalam bentuk CD, kedai CD pun banyak dah yang tutup. Jadi tentulah saya gembira apabila dapat membelinya melalui online.


Disc 1

Selain Kak Pah (Datuk Sharifah Aini), penyanyi yang saya minat adalah Sudirman. Dia adalah penyanyi lelaki yang paling saya minat. 


Bekas dalam


CD ini boleh dipasang terutamanya pada bulan Ogos dan September, bulan kemerdekaan dan bulan kelahiran negara tercinta.

Atau boleh dipasang selepas beranak. Dalam pantang boleh dengar lagu ini dengan bayi. Agar bayi membesar cintakan tanah air, dan semangat yang tinggi terhadap keamanan.

Kita mesti mencintai negara kita, tempat tumpah darah kita..!

Dan sesungguhnya saya mencintai muzik.

Terima kasih.


No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home