Salam...
"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."
Total Pageviews
Followers
Thursday, December 26, 2019
kisah viper
Dua kali saya lalu di hadapan kedai tersebut. Saya tidak pasti adakah kedai tersebut menjual jual wiper atau tidak.
Setahu saya tidak ada kedai
khas yang jual wiper. Wifer akan jadi barang sampingan sahaja yang dijual bersama dengan latan-alatan lain di
kedai menjual alatan kereta. Contohnya kedai tayar, atau kedai tintek kereta mungkin ada juga menjual
wiper.
“Tukar dah ke viper
kereta tu Man? Tanya Suhardi.
Saya berpaling ke arm
semasa kami sedang minum-minum.
“Tidak lagi nantilah
dulu”
“Tidak boleh
nanti-nanti, nanti lagi teruk”
“Tidak apalah masih nampak
lagi, sudah biasa”.
“Kena tukar sudah tu, sudah
hampir berapa tahun ye?
“Entah tapi sejak beli
kereta, tidak tukar tukar lagi ni”
“Sudah dekat tujuh tahun
sudah tu!”
Memandu dalam hujan
patut kita elakkan. Maksud saya kalau kita boleh elak, kita elaklah. Namun jika
pagi hujan, tidak kanlah kita tak mahu ke
tempat kerja. Dan bagaimana kalau waktu kita mahu pulang, ada hujan.
Saya teringat semasa
beli kereta dahulu pada mulanya saya tidak pandai guna viper kereta. Hendak
punya belajar, saya belajar guna dalam hujan…
Kelajuan viper kereta CCJ
8824 ini ada tiga tahap. Perlahan, sederhana dan laju. Bila hujan lebat
pastilah kita guna yang laju. Bijak sungguh pereka viper ini.
saya masih dapat lihat
kenderaan dengan jelas walaupun saya tidak tukar viper. Mungkin kekaburan di
cermin itu yang sedikit demi sedikit bertambah dapat disesuaikan dengan mata
saya sedikit demi sedikit. saya yakin saya boleh nampak. Cuma apabila ada orang
menumpang, ada yang beruitahu sata patut tukar sudah viper tersebut.
Bagaimana nak tahu
kita kena tukar wipoer atau tidak?
Katanya wiper ini ada
dua jenis. jenis getah dan jenis silicon.
Yang jenis getah mudah
jkoyak, report dan melekat kat cermin. manakala jenis silicon lebih mesra alam
dan lebih tahan lama. saya rasa mungkin wiper saya jensi siliko kot sebab tahan
lama. he he eh.
Ada kawan saya kata
wiper harus ditukar bila wiper tersebut mengeluarkan bunyi. Bila berbunyi
maknanya sudah rosak atau longgar. namun sehingga ke hari ini wiper saya tidak
berbunyi langsung.
Namun dari sehari,
tahun ke setahun saya masih tidak lagi tukar viper…
Saya semakin tua, dan juara lagu...
Juara Lagu dah hilang prestij. Kalau miss pun tak rugi, dulu best sanggup tunggu semua show....
Dulu yang hebat-hebat sahaja...
Dulu yang hebat-hebat sahaja...
The best! AJL |
Tuesday, December 24, 2019
Nyawa dari badan...
"Kasih sayang saya pada awak hanya allah yang tahu...tapi saya tidak mahu ada apa-apa hubungan lagi dengan awak di dunia ini. Kalau kita berjumpa lebih banyak buruk dari baiknya, terutama di pihak saya yang hancur ini...
....Hari-hari pahit yang saya lalui ini biarlah...kerana suatu hari terputus juga nyawa dari badan ini..., tidak selamanya saya akan terseksa..."
...saya anggap seksa ini sebagai hukuman saya kerana menyintai orang yang salah..."
...saya anggap seksa ini sebagai hukuman saya kerana menyintai orang yang salah..."
Add caption |
Kisah sebuah lukisan di Eng Lai Furnishings Sdn. Bhd, Kuantan.
Saya dan lukisan yang saya minati. |
Saya suka lukisan.
Jadi hujung minggu lepas saya berbesar hati menemani seorang kawan ke Eng Lai. Beliau bekerja di KL, namun mahu membeli lukisan untuk rumahnya di Kedah.
Beliau telah berkenan dengan sebuah lukisan namun tidak membelinya kerana lukisan itu tidak muat untuk di bawa ke Kedah menggunakan keretanya.
Dia kelihatan hampa.
Saya pula berkenan dengan sebuah lukisan yang digantung. Cantik bagi pandangan mata saya. Cantik dan ringkas. Ada warna merah dan sedikit biru. Ralit saya menatapnya...
Kalau gantung di dinding, disuluh cahaya lampu tentu menarik. Saya tidak mampu kerana harganya beribu ringgit.
Saya rasa lukisan ini paling cantik di bangunan Eng lai tersebut. Bila saya melihatnya terus saya rasa jantung saya berdebar-debar. Jantung saya suka akan lukisan tersebut.
Tiga hari lalu saya ke klinik, saya jalani pemeriksaan ECG, kata doktor degup jantung saya perlahan...
Kalau perasan, ada warna biru sedikt di lukisan ini |
Walau bagaimanapun saya berbesar hati kerana dapat ambil gambar lukisan yang cantik ini.
Sedih rasanya berpisah dengan sesuatu yang cantik, tetapi tentulah harga lukisan ini di luar kemampuan saya.
Saya hanya mampu menatap lukisan ini dan tersenyum. Semoga lukisan ini berjumpa dengan tuannya yang menghargainya, bukan hanya kerana mampu membelinya untuk diperlihatkan...
Monday, December 23, 2019
Tercalar: KWSP dan isu `usung katil'
Kenapa ada organisasi yang sanggup berberbelanja ratusan ribu ringgit untuk pembangunan diri kakitangannya? Kenapa sejumlah besar wang akan diperuntukan secara tetap pada setiap tahun untuk bengkel/seminar dan kursus untuk kakitangannya?
Saya terpanggil untuk menulis sesuatu mengenai isu KWSP yang tular di media massa atas beberapa sebab.
Kalau difikirkan bagus juga perkara sebegini tular agar pihak atasan KWSP lebih peka dan lebih sedar apa yang berlaku pada perkhidmatan yang diberikan mereka. Lebih tahu apa yang berlaku pada barisan kakitangan bawahannya, terutama di kaunter. Kakitangan yang menghadap pelanggan secara langsung pada setiap hari.
Dan dalam masa yang sama orang atasan KWSP juga perlu jengok prosedur2 lama, belek-belek fail 'syarat dan ketetapan' untuk mencari ruang-ruang pada prosedur yang boleh diperbaiki untuk mencekapkan lagi pengurusan pelanggannya.
Sebelum ini saya ada terdengar bagaimana rumitnya mahu keluarkan duit dari KWSP. Namun saya tidak percaya kerana segala urusan saya dengan KWSP mendapat kerjasama yang sangat baik. Sama ada di kaunter atau melalui perbualan talipon, pihak KWSP sangat profesional.
Saya juga tahu KWSP diiktiraf antara badan pengurusan kewangan terbaik dan tercekap di dunia. Maka tidak bolehlah atas hanya satu dua isu kita mengecop KWSP secara keseluruhannya negatif. Atas kesalahan seorang kakitangan, kita mengecop semua kakitangan KWSP teruk. Mungkin sebelum ini banyak kes penipuan membabitkan pengeluaran duit KWSP. KWSP mahu objektif pengeluaran wang mesti bertepatan dengan objektif pencarum bagi menjaga kebajikan mereka.
Namun begitu insiden usung katil yang berlaku tersebut tidak boleh dianggap remeh dan berlalu begitu sahaja. Ia agak lucu tapi sadis...
Pihak KWSP sudah memohon maaf dan saya percaya KWSP sudah permudahkan segalanya, sesuai dengan tagline mereka.
Kesimpulannya usaha untuk memperbaiki/memudahkan prosedur mesti dijalankan dari masa ke semasa, dan pembangunan diri kakitangan atasan dan bawahan mesti diteruskan juga secara berterusan. Maklumlah manusia mudah lupa. Bengkel berbentuk motivasi diri, berbentuk agama dan moral boleh diperhebatkan... fikirlah sendiri.
Saya juga mengambil kesempatan berdoa agar keluarga terlibat cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.
Friday, December 13, 2019
Semuannya pinjaman tuhan...
Saya tersenyum, dan kembali melihat emak saya. Emak saya kelihatan selesa duduk sebelah saya di dalam Myvi buruk saya. Emak merenung jauh ke hadapan.
Beberapa hari lalu emak sakit berat. Emak dimasukan ke hospital. Hati saya tidak tenteram untuk berkerja. Saya nampak awam mendung. Saya tidak boleh lihat TV dan dengar lagu. Cuma bila masuk kuliah saya tetap ceria untuk pelajar saya...
Mata saya kembali menumpukan perhatian pada jalanraya. Musim hujan begini saya harus lebih berhati-hati dalam memandu. Dan kembali pula saya berpaling sekejap melihat emak.
Emak masih lagi merenung ke hadapan. Mak tidak menyedari saya memerhatikannya... saya tidak tahu apa yang berligar di fikiran emak. Mungkin pasal ayah.
Dari pandangan sisi, saya lihat kedut di garis mata emak, kedut itu bertambah kasar, namun emak masih cantik seperti dulu...
Saya mahu menangis, saya mahu mengalirkan air mata. Tetapi saya tahan...
Saya teringat pada suatu masa dahulu apabila saya hilang keyakinan terhadap kehidupan, emak sayalah yang datang menemani saya. Menjadi kekuatan. Emak saya beritahu:
"Dalam dunia ini lebih banyak orang baik berbanding orang jahat..." Kata emak.
Sambil memandu saya berdoa tuhan ampunkan semua dosa-dosa emak saya. Saya seolah mahu tuhan faham emak saya manusia biasa tentulah ada dosa, dan saya mahu dosa-dosa tersebut diampukan tuhan.
Sebenarnya hati saya sudah menangis, saya takut apabila menghadapi saat kehilangan emak. Namun emak selalu beritahu "Semuanya pinjaman tuhan..."
Ya allah ampunilah emak...
Ya allah berikanlah ketabahan...ya allah sembuhkanlah emak.
Saya diserang rasa sayu...
Saya diserang rasa sayu...
Monday, December 9, 2019
Pusat membeli belah SOGO dan pencuci muka Eversoft
1. Pada tahun-tahun 90an, SOGO merupakan pusat belibelah yang terkenal. Terkenal di seluruh Malaysia.
2. Gambar saya bersama rakan tersebut kalau tidak silap dipukul pada tahun 1994, pada usia saya 24 tahun.
3. SOGO adalah syarikat Jepun yang pada masa itu berantaian di beberapa buah negara. Bayangkan bangunannya besar dan ada air terjun di dalamnya!. Luas giler.
4. "Minggu ni kita jalan-jalan ke SOGO nak?" itulah mungkin kata-kata yang terkerap diucapkan oleh kami para pelajar pada masa tersebut.
5. Dalam gambar tersebut saya memasukan baju saya dalam seluar. Zaman tersebut saya tidak miliki perut, jadi saya selalu masukan baju dalam seluar apabila ke bandar. Ramai juga begitu dulu... Sekarang perut saya buncit. Kalau letak baju di dalam seluar, kepala talipinggang pun tak nampak. He he. Ini lawak.
6. Saya tidak beli banyak barang pada masa itu kerana sebagai pelajar budget saya hanya RM10 sehari. Cuma saya ada la beli album Sharifah Aini di SOGO apabila dapat duit pinjaman. He he he. Terima kasih kepada kerajaan BN dan rakyat.
7. Dahulu duit pinjaman termasuk yuran pengajian, bayaran asrama, dan duit saku lagi. Sekarang dah sangat lain, pinjaman yuran pengajian pun tak dapat 100%.
7. Dahulu duit pinjaman termasuk yuran pengajian, bayaran asrama, dan duit saku lagi. Sekarang dah sangat lain, pinjaman yuran pengajian pun tak dapat 100%.
8. Kawan saya yang tinggal di KL beritahu SOGO masih lagi beroperasi. Maka beberapa bulan lepas saya telah pergi SOGO untuk membeli minyak wangi Dunhill dan lain-lain.
9. Teringat pula kenangan zaman pelajar, nak beli pencuci muka eversof yang berharga RM9.90 pun fikir 10 kali.
10. Saya berterima kasih kepada tuhan, keluarga dan saya sendiri. Memang tepat kata-kata bidalang, berakit-rakitlah dahulu, bersusah-susahlah dahulu...
Thursday, December 5, 2019
Manggis luruh 3 biji! (posting lama)
Apabila balik rumah, saya tengok ada manggis luruh. saya terus kutip. Semuanya 3 biji sahaja.
Pada mulanya saya bimbang manggis tersebut sudah busuk
Tapi tidak!
Nanti saya tua, bolehlah saya jual manggis ini untuk sara hidup saya...
Wednesday, December 4, 2019
Jins Shamsuddin kita nak panggil apa?
Jins |
Bukit Kepong (1981)
This patriotic film is based on the true
events revolving around an attack by the communists in the year 1950, which
reached a climax with a battle at the police station in Bukit Kepong, Johor.
Eighteen police officers stood against 180 communists that day. Bukit Kepong
was an expensive production that featured an extensive combat sequence.
"Kalau komunis kita panggil pejuang, tentera dan polis kita nak panggil apa?"
Sudah seminggu sahabat Adnan tanya saya soalan itu. Saya tidak jawab, saya hanya tanya balik `Jins Shamsudin kita nak panggil apa? Saya rujuk kepada filem Bukit Kepong.
Dalam filem Bukit Kepong kita dapat lihat kegigihan anggota polis mempertahankan balai mereka, dan negara mereka.
Saya menangis setiap kali lihat cerita itu, wah besarnya pengorbanan orang dudu-dulu...dan senangnya kita menjual bangsa dan negara kerana politik...
Sekarang isu abu Cheng ping pula timbul. Kenapa harus dikenang orang yang dicop sebagai pengkhianat negara? Lagipun dikhabarkan beliau tidak pernah mahu meninggalkan ideologi komunisnya.
Dan lebih mengharukan pula, kerajaan seolah-olah tidak lakukan apa-apa terhadap isu yang besar ini. Maksud saya isu besar dari segi simbolik membawa atau menghidupkan semula ideologi komunis.
Semua pihak berkuasa dan ada kuasa berdiam diri.
Sekarang isu abu Cheng ping pula timbul. Kenapa harus dikenang orang yang dicop sebagai pengkhianat negara? Lagipun dikhabarkan beliau tidak pernah mahu meninggalkan ideologi komunisnya.
Dan lebih mengharukan pula, kerajaan seolah-olah tidak lakukan apa-apa terhadap isu yang besar ini. Maksud saya isu besar dari segi simbolik membawa atau menghidupkan semula ideologi komunis.
Semua pihak berkuasa dan ada kuasa berdiam diri.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kadang-kadang
Home
Labels
- 1000 MAWAR (47)
- Alahai... (25)
- Alam buku (31)
- Berangan... (11)
- Buku untuk dijual (12)
- Catatan peribadi... (43)
- dari skrin... (28)
- FILEM (35)
- Kawan... (35)
- Kebahagian (2)
- Kesihatan (49)
- kewangan (68)
- Kuantan (4)
- Lirik pilihan... (29)
- Mankisue... (15)
- Menyolo... (19)
- NUKILAN RASA (6)
- PENDIDIKAN (19)
- PML (11)
- POLITIK (3)
- Politikus (18)
- PUISI (13)
- Rumahtangga (53)
- SHARIFAH AINI (64)
- Sikap dan sifat (16)
- Untuk dijual (6)