Semalam hari lahir saya.
Saya merasainya sebagai hari- hari biasa sahaja.
Saya kerja dan buat banyak kerja.
Saya tidak raikannya, cuma kawan saya belanja makan di Mc Donal.
Dan ada hadiah kasut yang mahal. He he he.
(Saya tak beli kasut yang mahal, saya pakai sahaja)
Orang kata nak tengok lelaki tengok kasutnya. Saya tak percaya, saya lebih percaya bila tengok akaun di banknya.
Hari jadi kali ini juga disambut oleh hati saya yang keseorangan.
Saya rasa keseorangan ini akan berpanjangan kerana sudah tiada niat untuk saya bawa teman kepada hati saya. He he he.
Niat itu sudah lama sangat dah saya tekadkan.
Dan semakin berumur, kita akan mengutamakan perkara lain, kita biarkan hati kita duduk diam-diam.
Dan semakin berumur keutamaan kita juga berubah.
Tiada sangat dah mahu dicapai dengan ghairah kecuali ketenangan.
Dan apabila berumur barulah tahu ketenangan mahal harganya.
Selamat hari lahir saya ucapkan kepada diri saya, bertabahlah dalam hidup...
Saya harap ada lagi kegembiraan yang datang dalam hidup saya...walaupun saya tahu ia hampir mustahil...
No comments:
Post a Comment