61Padan muka!
25 november 2010
“Jangan sesekali kita
berhenti belajar kerana kehidupan ini tidak sesekali berhenti mengajar kita…”
Hari ini sepanjang hari saya google mencari ‘Apa itu tangki air
kereta? Saya perlu tahu kerana satu kejadian hampir ngeri telah berlaku. Satu
kejadian yang mengajar saya supaya tahu fungsi tangka air yang ada dalam kereta.
Saya juga dapat simpulkan daripada kejadian itu bahawa tuhan masih sayangkan
saya dan `pembayarannya’ harus saya
lakukan adalah terus belajar mengenai kereta.
Tangki air ini juga
dipanggil radiator. Sebenarnya saya
pernah terdengar percakapan `radiator’ ini dari perbualan kawan-kawan tetapi
saya tidak tahu dan faham “Apa itu radiator? Sekarang saya sudah tahu radiaotor adalah
tangka air yang mengandungi air untuk menyejukkan operasi enjin. Maklumlah sebelum
ini saya tidak pernah menggunakan tangka air ini. Saya tidak pernah isi air
dalam tangki. Biasanya jiran atau ayah saya yang isi air tersebut. He he he.
Pelik tapi benar.
Perjalanan balik kampung
tersebut memang mengajar saya mengenai banyak perkara. Pucat saya apabila ianya
terjadi.
Entah macam mana
tiba-tiba saya tertengok bacaan suhu kereta saya. Jarumnya tertanda di `H’. Ini
menunjukan kereta saya panas dan kering air. Lantas saya teringat kawan saya
beritahu kepanasan itu akan membuatkan tangki kita berasap dan enjin kereta
akan punah.
Saya hairan macam mana
tiba-tiba saya boleh mahu tengok bacaan tersebut sedangkan selama ini saya
tidak pernah jeling pun. Jadi saya rasa ini adalah satu kejadian yang mistik.
kalau saya bertanya emak saya, pasti emak beritahu tuhan sayangkan saya. kalau
saya beritahu eayah tentu ayah akan kata saya cuai!.
Saya terus panik
apabila melihat jarum tersebut. Namun jarum tersebut tidaklah sampai sehingga
ke tahap kecemasan. Alhamdulillah. Saya terus memandu dengan hati yang kacau
bilau seolah seorang suami di mana telefon bimbitnya dibaca oleh isterinya, he
he he. Bayangkan…
Banyak perkara yang berligar di fikiran saya
pada masa tersebut. Yang paling penting ialah saya harus sampai ke distinasi
dengan selamat. Saya bimbang sangat tangki air saya akan berasap dan rosak. Ini
memerlukan belanja yang lebih besar. Sebagai hukuman ke atas ketidak acuhan
saya.
“Lain kali aku akan
pastikan air sentiasa penuh!” Beberapa kali saya bercakap seorang diri.
Saya tidak pandai mahu
gambarkan perasaan saya pada masa tersebut. Saya mengaku saya salah dan berjanji
akan pastikan perkara sebegini tidak berlaku dalam hidup saya. Namun memang saya
tidak faham mengapa kereta memerlukan air sedangkan dia adalah jentera.
Perlukan minyak, saya masih boleh terima.
Dalam pada itu saya
juga menyalahkan pencipta kereta kerana sehingga kini sebuah kereta masih
memerlukan air. Maksud saya teknologi kereta masih rendah. Saya juga tidak puas
hati kerana kereta hanya bertukar design sahaja tanpa bertukar kepada teknologi
yang lebih tinggi. Contohnya kereta tidak perlu guna air atau minyak. Atau guna
minyak yang sedikit tanpa menggunakan air langsung.
Saya juga bertindak
memperlahankan kereta dengan anggapan tidaklah enjin berkerja kuat dan menambah
panas di enjin tersebut. Saya buat
analisis saya sendiri antara hubungan kelajuan dan kepanasan enjin. Makin laju
kita pandu maka makin panas enjin kereta dan vice versa. (padahal dah terlambat!)
Saya mencari-cari
papan tanda untuk melihat berapa kilometer lagi saya akan sampai ke tol
Gambang. Saya sangat cemas dan terbayangkan Sisijay terdampar di tepi lebuh
raya, dan saya sedang duduk mencangkung menunggu peronda lebuh raya. Jelas
gambaran tersebut!
Akhirnya saya terpandang
papan tanda Gambang 50 Km. Saya makin laju berdoa agar kereta saya tidak
berasap. Hari ini hari yang saya paling banyak minta tolong pada tuhan. mahu
berbaik dengan tuhan…he he he.
Selepas membayar tol saya
terus ke sebelah hentian yang berdekatan dengan bangunan tol tersebut. Saya
buka bonet depan kereta kononnya supaya angina hembus dan jadi sejuk. Dan saya duduk
lesu di tepi tangga yang berdekatan dengan sisijay. Pada fikiran saya, saya
perlu sejukan dahulu kereta tersebut sebab saya teringat kata-kata Abdullah
Sani pada suatu petang:
“Kita tidak boleh terus
buka tudung tangki air, jika tidak ia
meletup, biar sejuk baharu isikan air”. Pada masa itu saya lihat dia sedang
tengok-tengok enjine keretanya.
Wah bahaya betulkan
kerana tangki air kereta kita boleh meletup cetus hati saya.
Saya tidak tahu
apa-apa. Apa yang saya mahu buat, saya hanya perlu tunggu injin kereta sejuk. Semasa
termenung rungsing saya di tegur oleh dua orang petugas:
“Kereta ni ada masalah
apa?”
“Tangki air kering,
saya tunggu kereta ini sejuk, baharu saya mahu isi air.”
“Kering sangat ke?”
“Saya tidak tahu tapi
bukan tahap maksima.”
“Kalau awak tunggu
mungkin makan dua tiga jam” kata salah seorang pekerja tersebut. Seorang lagi
diam sahaja.
Setelah mereka berlalu
saya terus termenung. alahai kenapa dia tak tolong atau buat apa-apa? tapi dia
pun tak dapat tolong sebab masih panas injinnya.
Saya teruskan
kerugsinan saya di tengga tersebut. saya lihat kot-kot ada kereta lain yang
senasib dengan saya tetapi taka da.
Dalam hati saya tidak
apalah sebab saya tidak ada cara lain selain menunggu. Lagipun itu adalah
hukuman bagi saya…
Tidak berapa lama
kemudian saya ternampak dua orang pemuda tersebut datang kembali. Kali ini saya
lihat mereka membimbit bekas plastik putih mengandungi air. Saya terus bangun.
“Kalau nak tunggu kena
tunggu lama sampai berjam-jam, kita kena siram dahulu tangki air ini biar
cepat sejuk”. Kata seorang darinya.
Saya lihat salah
seorang pemuda itu siram air ke atas tangki tersebut dan sekejap sahaja air itu
diresapi tangka air. Mungkin akibat terlalu panas sangat. Saya lihat lelaki
tersebut kembali siram tetapi kali ini agak perlahan. Setelah beberapa lama saya
lihat mereka cuba pegang tudung tangki tersebut.
“Masih panas.” Kata
beliau.
Mereka terus siram
tangki air tersebut. Saya lihat beberapa orang sedang memandang saya dan
Sisijay. Saya pasti dituduh mereka sebagai manusia yang malas dan tidak
berdisiplin. Seorang yang hanya pandai bawa kereta tetapi cuai kerana biarkan
tangki ini kosong!. seorang yang tidak bersyukur. orang lain naik bas sahaja!
Saya tidak salahkan
mereka. Saya juga begitu. Maksud saya jika saya lihat ada kereta yang kekeringan
air pasti saya juga menuduh pemilik kereta itu tidak berdisiplin dalam menjaga
kereta mereka.
Sehingga ke hari ini
saya rahsiakan peristiwa tangka air kering tersebut kepada ayah dan keluarga
saya. Juga kawan-kawan. Biarlah ia terus menjadi rahsia. lagipun perkara buruk
mengapa nak dihebohkan?
Sejak hari itulah saya
belajar isi air ke dalam tangki kereta. Kita tidak boleh biarkan kereta kita
dahaga.
Saya tidak perlukan
sesiapa lagui untuk bubuh air dalam tangka air kereta saya!
Jangan sesekali kita
berhenti belajar kerana kehidupan ini tidak sesekali berhenti mengajar kita…he
he he
No comments:
Post a Comment