Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, May 30, 2018

Tidak ada salah atau peliknya lapar pada bulan Ramadhan

Dua hari lepas saya tidak dapat bawa kereta sebab saya letih sangat. Haus dan lapar. Saya duduk-duduk sahaja tanpa berbuat apa-apa. Tidak pernah pula saya merasa begini letih, lapar dan dahaga.

Saya tidak ikuti petua-petua daripada kawan-kawan saya. Saya hanya dengar sahaja tetapi tidak ada niat untuk melakukan seperti mereka. Saya tidak minum susu dengan kurma. saya ada pandangan saya sendiri.

Saya mengalu-alukan rasa lapar, dahaga dan letih.

Saya hadapi sahaja lapar, dahaga dan letih itu. Malah saya ada berdoa supaya saya lapar dan dahaga...

Jika diteliti puasa bukan sahaja menahan lapar dan haus, ia lebih jauh dari itu. Ianya bukan keupayaan menahan lapar dan dahaga semata-mata tetapi keupayaan mengawal diri dan bersyukur. 

Saya mahu insaf atas kehidupan ini.


Hasil carian imej untuk lapar di bulan ramadhan
Gambar hanya hiasan...

Sharifah Aini: Koleksi Klasik (1993)



Creator: Aini,
Publisher: Kuala Lumpur :  EMI,  p1993.
Format: Music
Physical Discription: 1 sound disc (49 min., 4 sec.) :digital, stereo. ;4 3/4 in. +
Notes: Cakera padat.
Identifier: (OCoLC)419972042
Language:Malay
Subjects:Popular music -- Malaysia.
Songs, Malay.
Ini album terbaru Kak Pah yang baru saya miliki. Album ini dikeluarkan pada tahun 1993 ketika saya berumur 23 tahun. Semasa ini dunia saya adalah pengajian di Universiti Malaya. Saya tidak sedar album ini diterbitkan.

Album ini istimewa kerana ia adalah album koleksi klasik Kak Pah yang pertama diterbitkan dan laris jualannya.

Ada lagu istimewa iaiu lagu `Halimun Malam'. Lagu ini sebenarnya sudah dimodenkan temponya berbanding nyanyian Hasnah tahar dan S Effendi. Lagu ini juga pernah dinyayinkan oleh Datuk Andre Goh, dan Datuk Ahmad Jais, 

Lagu yang ada dalam album ini:

1 Bunga Tanjung
2 Kasihnya Ibu
3 Bunga Melor
4 Dondang Sayang
5 Kenang Dahku Dalam doamu
6 Seroja
7 Keresahan
8 Hiburkanlah Hatiku
9 Fatwa Pujangga
10 Seri Kedah/sri siantan
11 Jauh di Mata
12 Halimun Malam




46Pembahagi jalan dan bulatan.


46Pembahagi jalan dan bulatan.



26 November 2011

“Selalu akan ada perkara-perkara baru dalam hidup kita. Termasuk perkara buruk yang tidak pernah kita jangkakkan. Dan perkara-perkara buruk itu boleh diminimakan jika kita berpengetahuan atau berhati-hati”


Saya dapati gabungan sikap berhati-hati dan bersifat penakut banyak menyelamatkan kehidupan saya. Saya tidak selalu memberanikan diri dalam keadaan yang tidak pasti. Saya takut risiko. Ya memang hidup saya tidak bijak pandai atau kaya raya tetapi setakat ini saya tidaklah terlalu bodoh dan miskin.

Sifat penakut mesti ada, dan mesti kena pada tempatnya. Tidaklah boleh takut untuk membuat kebaikan, tidaklah boleh berani membuat kejahatan.

Namun saya memang takut memandu, sedangkan memandu adalah perkara atau perbuatan asas pada kurun ini.

Jalanraya bukan suatu garis lurus yang memanjang sampai ke destinasinya. Ia tidak selalunya lurus, sma seperti kehidupan kita juga, sentiasa ada sesuatu di pertengahannya. contohnya ada gembira dan sedih, ketawa dan tangis. Ada riak dan syukur dan lain-lain sewaktu dengannya. 

Dan di sepanjang jalanraya tersebut ada juga jalanraya yang mempunya pembahagi jalan dan bulatan. Seperti juga kehidupan kita yang ada juga kita tempuhi alam persekolahan dan perkahwinan. Yang tidak kawin, ada juga cabaran dan ketentuannya. 

Saya takut `bulatan' tetapi ketakutan yang saya hadapi ini saya harus hadapi juga kerana untuk ke tempat kerja dan balik dari kerja saya harus lalui bulatan. Ada jalan lain tetapi ia terlalu jjauh dan membazir waktu. 

Pada mulanya ia memanglah menakutkan. saya takut kerana tiba-tiba saya harus masuk ke bulatan tersebut dan tiba-tiba harus memberi lampu isyarat ke arah mana saya mahu membelok.

Pagi tadi saya pergi ke komplek jabatan kerajaan. Bangunan besar itu mempunyai hampir semua pejabat yang penting. Di kawasan bangunan tersebut iaitu di hadapannya ada satu bulatan yang di tengah-tengahnya ada pokok-pokok hiasan. Ia tidak seperti bulatan yang biasa saya lalui setiap hari. Bulatan ini kecil dan menyusahkan dan di sekeliling bulatan ini ada pula kereta yang parking di tepi. Hasilnya sebahagian badan kereta saya termasuk dalam bulatan tersebut!

Saya berdebar dan malu. Berdebar kerana kereta saya senget kerana sebahagian kereta sudah naik ke atas bulatan tersebut. Saya rasa malu sebab ramai orang tengok. Tetapi buat seketika, mereka tengok sahaja...

Saya tidak pernah ceritakan kejadian ini kepada sesiapa. Biarlah menjadi rahsia. Nasib baik saya pandu perlahan, jika lagu, nescaya kereta saya akan berada di tengah-tengah. Keseluruhan kereta. He he he.

Memang saya harus selalu berhati-hati apabila menggunakan bulatan. Masalahnya saya tidak tahu kereta mana yang harus masuk dahulu ke bulatan tersebut, dan saya takut apabila mahu masuk bulatan. Saya bimbang kereta lain yang tiba-tiba masuk dahulu. 

Yang saya belajar dan ingati adalah, semasa menggunakan bulatan kita tidak boleh berhenti, kita harus kelilingi bulatan tersebut sehingga kita jumpa jalan yang kita mahu ikuti. Kereta yang mahu masuk bulatanlah kena berhenti dan tunggu masa yang sesuai untuk masuk bulatan. Dan saya gagal memilih masa yang sesuai. nasib baik semasa mengelak itu kereta saya tidak tergolek terus atau dilanggar.

Setahu saya dahulu, saya tidak pula diajar menggunakan bulatan. atau saya diajar tetapi saya lupa. Mungkin lupa koot. banyak perkara yang saya belajar saya lupa kerana saya berada dalam ketakutan 24 jam semasa belajar. Jadi kesimpulannya tidak banyak yang saya belajar pada masa belajar memandu. 

Pelik.

Berbalik kepada kemalangan tersebut, saya terus keluar kereta dan bercekik pinggang. Saya buat aksi muka terkejut, resah dan panik. Saya rasa saya tidak perlu buat sebab itulah riaksi saya apabila keluar dari kereta. saya tidak tahu apa yang harus saya buat. saya benar-benar tidak tahu.

dalam keadaan panik itu ada seorang pak cik yang tidak kenali meminta kunci kereta saya. Saya terus memberikan kunci kereta tersebut dan saya lihat beberapa orang lagi cuba angkat kereta saya supaya semua badan kereta saya berada di atas bulatan tersebut. dan kemudiannya barulah kereta itu diturunkan semula. Saya tidak tahu ia merupakan tindakan terbaik atau sebaliknya. Tetapi saya lega kereta saya sudah tidajk berada di atas bulatan.

Mereka dengan perlahan menurunkan balik kereta saya dari bulan tersebut. Saya ucap terima kasih.

Sebelum kejadian itu saya juga uga pernah menaiki pembahagi jalan di kawasan kampus. Kejadian di tempat parking itu hampir membuatkan kereta saya terbalik. Namun saya berjaya mengawalnya. Saya mahu cepat balik rumah kerana mahu lihat drama bersiri yang ditayangkan pada lewat petang.

Biasanya saya tidak suka melihat cerita ini namun ada pelakon yang saya suka. Terus saya tengok. walaupun ceritanya tidak sedap saya tetap tengok. 

Pelik.

Saya berpendapat semua orang harus mengambil pengajaran di mana mereka harus berhati-hati di tempat-tempat atau  kawasan-kawasan yang ada `gangguan', contonya di bulatan, di tempat banyak pembahagi jalan ataupun di jambatan. Kita memerlukan lebih sifat berhati-hati di sini. 

Pandu perlahan jiwa tenteram, kelajuan membunuh!





Sunday, May 27, 2018

Dunia politik Malaysia tidak mengenal Ramadhan

Walaupun di bulan Ramadhan, masyarakat Melayu islam tidak banyak berubah terutama warga internatnya. Masih segar dan beria mencaci dan membenci. Lihat sahaja contohnya di FB.

Tidak ada bezanya Ramadhan atau tidak kerana jiwa dan rohnya sudah rosak. Akibat fahaman politik yang berbeza, mereka menghalalkan cara. Sebelum dan selepas Ramadhan tiada bezanya.

Sehingga saya berfikir adakah masyarakat keseluruhan kita begini rupa bentuknya. Tetapi saya rasa masih ada yang bagus tetapi tidak menonjol.

Rasanya boleh membenci tetapi jangan sampai menghina. Sedangkan kepada orang bukan islam pun kita harus saling menghormati. Ini tidak, sesama islam disuburkan kebencian pada tahap maksima.

Ternyata di Malaysia, politik menjadi alat berpecah belah dan menghakis harmoni. Semuanya dihalalkan oleh politik. Adakah politik adalah agama baru dalam masyarakat Malaysia? Tahniah!

Jangan terperanjat jika kita tidak bertambah maju atau maju tetapi tertekan.

Tutur kata, budi bahasa kita ada pada penulisan kita.

Sekian sahaja, selamat bersahur, dan jangan jadi pembenci...


Wednesday, May 23, 2018

Berbuka dengan Maggie (22/5/2018)

1. Semalam saya berbuka dengan maggie.

2. Saya tidak sempat masak atau membeli makanan.

3. Saya asyik membaca dan menaip sehingga jam 6.50 petang.

4. Barulah saya sedar saya masih tidak ada makanan untuk berbuka.

5. Maka sampai di rumah saya hanya masak maggie. Tidak menjadi masalah kerana saya bukannya terlalu lapar.

6. Saya boleh panaskan murtabak yang beku tetapi ia akan mengambil masa yang lama. Maggielah jawapannya.

7. Namun maggie kenyangnya hanya sekejap, dalam pukul 10 saya lapar. saya terus beli makanan melalui COD sahaja.

8. Hari ini saya sudah oder makanan di pejabat. Ada kawan saya tolong ambilkan oder.

9. Wah senangnya...

10. He he he...


Selamat berbuka yea...

12 tahun sahaja


100. 10 tahun sahaja?

11 Januari 2018

Orang beli kereta baru mungkin kerana mengalami kenaikan tangga gaji, juga mungkin dia tidak tahu untuk membaiki kereta lama…


Saya akui kereta saya ada mengeluarkan bunyi `bunyi'. 

Sisijay sudah berusia sembilan tahun. Saya merasa sedikit bimbang kerana kawan-kawan menyatakan kereta buatan Malaysia apabila melebihi  10 tahun, ia akan rosak. kalau mengikut teori ini. saya hanya ada masa setahun lagi sebelum kereta saya rosak. Emm...

Sekarang kuasa beli saya bertambah RM525, dapatlah saya rasa lebih selesa dan nyaman. ini suatu perkara yang besar, siapalah yang tiba-tiba mahu memberi saya RM525 sebulan? RM100 pun jangan harap. Wahima RM10.

Kata kawan saya lagi, kereta buatan luar negeri jauh lebih tahan lama. Katanya usia 18 tahun masih elok lagi. Katanya, contoihnya BMW tahun 1995 yang berumur 18 tahun masih elok lagi... Dan dia ada juga berikan contoih-contoh kereta lain tetapi saya lupa. H ehe he.

Namun tentulah perbandingan itu tidak adil dari segi teknologi, pasaran dan harga.  bak membendingkan kehebatan Datuk Sharifah aini dengan penyanyi-penyanyi Akademi Fantasia. atau persembahan anita sarawak dengan persembahan Norita anak Pak awang dengan band kampung kita.

Kononnya dibuat dan direka bentuk untuk 10 tahun sahaja. Dengan kata lain teknologi untuk 10 tahun.

Namun terfikir juga saya, sebab kalau ikut `teori kereta' saya jkena beli kereta baru tahun 2020. Betulkah pendapat rata-rata kawan-kawan saya ini? Atau mereka hanya mendengar dari orang lain dan terus percaya. Adalkah mereka sendiri mengalaminya? Adakah meraka sendiri pernah pakai kereta sehingga 10 tahun? Jawapan pertanyaan terakhir adalah tidak!

Setahu saya, semua kawan-kawan saya hanya pakai kerata lebih kurang lima tahun, selepasnya mereka akan tukar kereta tersebut. atau tidak tukar tetapi tiba-tiba muncul kereta baru.

Oleh kerana saya tidak tahu, sebentar tadi saya buka internate. Saya dapati bukan 10 tahun tetapi 12 tahun. Maknanya saya ada lagi tiga tahun. He he he.

Sekali lagi saya rasa sangat bersyukur kerana saya tidaklah seperti kawan-kawan saya. Memang buat masa ini tiada niat untuk membeli kereta baru. Sejak keluar universiti sampai sekarang tidak ada unsur yang terdesak atau bergelodak dalam jiwa saya untuk mendapatkan kenderaan yang hebat. Bukan cita-cita hidup.

Tambahan lagikewangan saya sekarang makin mengucup. Bonus akhir tahun yang tidak tentu dan duit raya yang sedikit berbanding dulu. Maka semuanya harus disesuaikan dengan keadaan semasa saya.

12 tahun itu satu jangka masa yang panjang juga untuk Sisijay saya. Saya harap Sisijay saya boleh bertahan sehingga 15 tahun. Tetapi tengoklah keadaan dahulu. Banyak faktor yang harus dipertimbangkan.

Memanglah best memiliki kereta baru tetapi tidak best pula menghadapi hutang baru. He he he.

Tetapi seperti biasa, kita merancang tuhan menentukan. Hati manusia seperti daun. Ia berbolak balik.

Semoga saya bertukar kereta pada dalam satu keadaan yang sesuai dan memerlukan...

Selamat berbuka.





Jaga hati, jangan biar ia mati...


Tuesday, May 22, 2018

Ramadhan terakhir saya...


3 Ramadhan 2018

" Kematian bukanlah kerugian terbesar dalam sebuah kehidupan. Kerugian yang paling teruk adalah apabila kita sudah mati  semasa kita hidup". 


"Bilakah jalan ni nak siap?"

                 Setiap hujung minggu saya akan bermyvi Kuantan untuk berehat di rumah saya. suasan arumah sendiri menenangkan fikiran. Saya boleh bercakap seorang diri sambil menyiran pokok, baca buku-buku dan masak.  Kalau rajij. Dan kadang-kadang saya meremajakan diri di bandar Kuantan. Ini antara rutin hujung minggu saya.

            Namun minggu ini saya bermyvi  ke rumah kakak Kuantan. Kakak saya beritahu Amar (anak sedara saya) sudah bertanya kenapa saya tidak datang? Kenapa lama tidak datang? 

             Biasanya sekali sekala saya akan ke rumah kakak bawa Amar jalan-jalan ke bandar Kuantan. Dulu saya bawa abangnya Amar, Azlan. Kini Azlan sudah remaja dan belajar di university. Dia sudah ada dunia tersendiri. Saya sudah menjadi sampingan. He he he.

          hari ini saya ambil cuti setengahari. Saya tiada kuliah. Jadi selepas tengahari saya bersama Sisijay terus menuju Kuantan. 

         Sekarang lebuh raya Tun Abdul Razak sedang giat dibaiki. Rasanya sudah masuk tahun ke tiga. Sudah lama rupanya. Saya dapati beberapa jalan di sepanjang perjalanan yang hampir 100 kilometer itu ditutup untuk dijadikan satu laluan sahaja. 

           Dan ada beberapa jalan memang kereta harus diperlahankan. Dan ada juga pada beberapa jalan kereta harus berhenti terus untuk memberi laluan kepada kereta di sebelahnya. 

             Saya tidak menyangka hari ini merupakan hari yang mencemaskan semenjak saya bermyvi. selama 9 tahun bermyvi, hari inilah hari yang paling menakutkan.

Saya berkereta seperti biasa, sehinggalah sampai di suatu jalan, saya harus perlahankan kereta kerana pemandu kereta di hadapan saya, juga sedang memperlahankan keretanya. Saya dapati, pemandu kereta di belakang saya juga memperlahankan keretanya. Dan sampai satu masa, kereta kami semua berhenti di jalan tersebut untuk memberi laluan kepada kereta dari arah hadapan.

Saya memandang ke hadapan menunggu kereta yang akan menggunakan laluan sehala tersebut. Sekoyang-koyang saya nampak sebuah kereta Myvi hijau gelap dari arah hadapan dengan lalu berpusing-pusing, seolah tidak dapat dikawal. Kereta itu laju dan menuju ke arah kereta saya. 

Saya tidak dapat buat apa kerana di hadapan saya ada kereta dan di belakang saya ada kereta. saya tidak dapat lari. 

“Matilah aku kali ni” Itulah yang ada di minda saya dan dalam keadaan berdebar-debar itu saya teringatkan Amar. Tidak berjumpalah saya dengannya kerena saya mati pada hari ini.

Dan saya lihat kereta itu kini terus meluru laju ke arah saya. Dalam jarak beberapa meter tiba-tiba dalam saya tergaman pasrah ia membelok ke kiri lalu terkeluar dari jalan dan terbalik merempuh pokok-pokok. Kereta itu mengelak dari melanggar saya.

Saya pada masa itu hanya dapat berserah dan teringatkan kematian saya. Saya pasti mati dan meninggalkan dunia ini. Kejadian itu sangat pantas tetapi saya sempat fikir banyak perkara. dan dengan muka yang pucat dan mengigil. saya menangis...

Saya tergaman, panik dan terketar-ketar. Saya dapat rasakan apa yang terjadi jika kereta itu terus menghentam kereta dengan kuat. Nasib baik masih ada ruang waktu saya bernafas di bumi ini. Kereta itu mengelak dan terbabas ke sebelah jalan tersebut.

Dan buat seketika saya masih lagi panik. saya kesat air mata. Saya cuba tidak menangis tetapi saya menangis juga. Tetapi bukanlah menangis seperti budak mahu mainan atau ais krim.

Saya melihat dari cermin hadapan dan sisi kereta, saya dapati sudah ramai pemandu kereta di belakang saya keluar dan menuju kepada kereta yang terbalik itu. Saya harap pemandu tersebut tidak parah dan jika parah ada orang ramai menolongnya kerana saya mahu berdiri pun tak mampu. Lutut saya lembik. bak mati hidup semula.

Saya lihat semakin ramai orang mengerumuni kerata itu. Jadi saya berfikiran tidak mengapalah saya tidak pergi kerana sudah ada orang yang menolong kereta tersebut. Lagipun ia akan menimbulkan kesesakan lalu lintas. Namun sebenarnya saya juga takut.

Jadi saya duduk sahaja dalam kereta sama seperi pemandu di hadapan saya. Selepas beberapa minit barulah saya berani memandu. Saya lihat beberapa kereta di hadapan saya masih tidak bergerak, mereka parking di tepi jalanraya. 

Mungkin juga mereka panik dan perlukan masa untuk memandu semula.

Saya terus memandu dengan keadaan perlahan dan resah gelisah. 

Saya sedar kehidupan ini, keselamatan diri kita tidaklah 100% berada di dalam tangan kita. Pada bila-bila masa, pada mana-mana tempat  kita boleh mat begitu sahaja. Mati akibat bukan dari kecuaian kita, kecuaian orang lain. Tetapi itulah nama kehidupan.

Bukan sahaja di jalan raya tetapi di mana-mana juga kita boleh tiba-tiba mati.  Cuma di jalanraya kemungkinanya lebih tinggi.

Sepanjang perjalanan saya insaf. Saya fikir banyak perkara. Apa yang akan terjadi jika saya tiba-tiba mati di usia muda. Sebab sebelum ini saya selalu membayangkan saya akan hidup lama dan mati pada umur yang lanjut...dalam keadaan mewah (he he he).

Peristiwa ini membuatkan saya malas nak oder kek Tupperware dan sebagainya. Peristiwa ini mengajar saya untuk berserderhana apabila menjelang raya nanti. Peristiwa ini juga mengingatkan saya tidak perlu miliki banyak benda dan perkara kerana itu semua akan saya tinggalkan. Apabila saya mati.

Namun peristiwa hampir mati ini  tidak pula meninggalkan trauma. sebabnya saya pandukan pemikiran saya bahawa `saya tidak boleh trauma kerana saya hidup seorang diri, jauh dari keluarga' 

Trauma dalam kehidupan bukanlah satu pilihan yang positif... Kita kena kuat! Emmm saya berfikir seolah trauma adalah benda atau perkara yang boleh kita pilih atau tidak mahu pilih. 

Katakanlah kereta Myvi hijau itu terus dengan lajunya menghentam kereta saya. Ramadhan 2018 ini mungkin Ramadhan terakhir bagi saya.


Thursday, May 17, 2018

Terima kasih Z, selamat berpuasa...




Hari ini 17hb 5, 2018 adalah hari puasa pertama.

Sahur semalam saya bangun pukul 5 pagi dan terus makan dua keping roti, dua biji telor dan air milo segelas. Dan belum pun pukul 10 pagi saya sudah berasa lapar, he he he.

Untuk mengurangkan rasa lapar saya pergi ke opis besar untuk usik-usik kawan-kawan, dan tiba-tiba saya lihat ada surat untuk saya! Ada kad selamat hari lahir!

Terima kasih kerana masih ingat. 

Saya juga masih ingat Z kerana lama juga Z menyepi tanpa berita. Namun saya doakan Z berada dalam keadaan sihat sejahtera menghadapi hidup ini. Saya fikir tentu Z sibuk kerana baru berpindah ke Malaysia. 

Saya di sini macam biasa. Tidak banyak yang berubah. Semuanya saya telan dan tekan di hati ini. Nak kata sudah tidak sedih, menipulah saya. Saya terus pandang ke depan cuma senyuman saya kadang-kala tidak sepenuhnya.

Saya harap Z sihat sentiasa dan selalu dilindungi allah dalam kehidupan ini. Semoga Ramadhan ini membawa seribu rahmat untuk Z.

Terima kasih kerana membuat saya gembira...

Orang lelaki seperti saya tidak memerlukan porsche, sekeping kad sudah amat bernilai. 

Thanks again...




Wednesday, May 16, 2018

Hebatnya isteri zaman sekarang!




Terbaru seorang kawan saya sudah bercerai. Kenapa? Kenapa asyik kawan saya sahaja yang bercerai? Kawan-kawan orang lain di Malaysia tidak bercerai ke? 

Penceraian itu tidak diketahui ramai walaupun sudah ramai mengetahuinya (pelik ayat ini). Saya adalah orang-orang terakhir yang mengetahui penceraian ini. Maka jangan tuduh saya membawang! He he he. 

Sudah lama saya tidak mencara hal rumahtangga orang.

Sudah lama juga saya tahu isu rumahtangganya diperkatakan orang secara diam. Oleh kerana kawan saya ini baik, semua orang bersimpati dengannya. Termasuk saya. kita tahu dia seorang yang baik.

Dalam hati, saya terus mengutuk bekas suaminya secara langsung. Walaupun tidak pernah berbual mesra, saya tetap mengutuk lelaki itu kerana tidak bertimbang rasa dan tidak mengenang budi...dan pengorbanan. Tapi segala kutukan itu dalam hati sajalah.

Isteri-isteri zaman sekarang hebat-hebat. Yup, perempuan zaman sekarang hebat-hebat. Ramai sudah mengalahkan lelaki. Mereka boleh jadi ketua dan pikul tanggungjawab keluarga. Kita boleh lihat spesis ini. Dan kita boleh lihat songsangnya rumahtangga mereka.

Saya kupas yang positif sahaja, malas nak bernegatif. Maksud saya suami mestilah berterima kasih atau rasa beruntung kerana punyai isteri yang handal ini. Yang boleh hidup tanpa banyak pertolongan dari seorang yang bergelar suami. Malah `seluar dalam you, I beli!"

Tetapi yang negatifnya, kesenangan akan membuatkan sebelah pihak mungkin alpa... Suami akhirnya lupa sebab isteri berupaya dan handal.

Dalam rumahtangga suamilah yang kena handal, kena bertanggungjawab atas keluarga dan isteri. Semua orang tahu ahal ini.

Saya isteri yang macam mana? Saya suami yang macam mana?

Abang Jan: Tepuk dada tanya selera...

Hasil carian imej untuk indipendent women
Add caption

Cara guna Avamys Nasal spray




Saya berpilihanraya dalam deman selsemer yang teruk. Sebelum itu sebelum saya balik kampung untuk mengundi, sudah dua, tiga hari deman saya selsemer. Saya hanya pergi ambil ubat di kaunter tanpa jumpa doktor. Saya minta ubat antibiotik juga tetapi tidak diberi antibiotik. Sebabnya saya kena jumpa doktor untuk ubat tersebut. Leceh!

Saya perlukan antibiotik sebab kahak saya hijau. Itu analisis saya sebagai seorang bukan doktor.

Saya malas menunggu untuk jumpa doktor sebab ia akan ambil banyak masa saya. Jadi saya melenggang keluar tanpa antibiotik. Alah nanti baiklah tu, cuma deman selsemer biasa. Saya jadi doktor sendiri. He he he.

Saya bodoh.

Dan bila balik mapung saya teruskan selsemer saya sehingga lepas pilihanraya baru saya pergi jumpa doktor di kampung saya. saya Beritahu telinga kanan saya tersumbat, dan saya ceritakan sejarah selsemer saya.

Doktor tanya itu dan ini. Saya jawab. Dan doktor periksa telinga saya.


Hasil carian imej untuk sinus


Kata doktor ada radang. Jadi dia beri ubat antibiotik. Dia tak beri ubat selsemar, ubat deman dan ubat batuk kerana itu saya dah beli di kaunter.

Doktor muda tak seksi tersebut memberitahu saya selsemer kena rawat dengan segera, jangan biar ia pulih sendiri kerana bimbang berjangkit ke bahagian lain seperti mata dan telinga. Dalam kes saya ia sudah pergi ke gegendang telinga, nasib baik tidak bocor. Apabila doktor itu sebut `bocor' saya terbayang periuk bocor. He he he.

Hasil carian imej untuk sinus and ear connection
Add caption

Apabila balik semula ke daerah kerja saya, saya jumpa doktor untuk melihat radang saya. doktor Ridan ini memberikan dia spray untuk hidung dan tekak saya. mulanya saya hairan kenapa tidak spray di telinga sahaja. 

Doktor itu beritahu ada saluran dari hidung, mulut dan telinga dan mata juga. saya tidak berapa faham penerangan itu. tetapi saya terus percaya sebab dia doktor. bukan semua orang boleh jadi doktor.

Doktor itu beri saya avamys Nasal spray.

Saya dapat banyak pelajaran semasa deman selsemer ini. Antaranya:

1. Jika ada tanda-tanda deman selsemer atau tidak sihat badan, hendaklah segera kamu ke klinik. Jangan selamba beli ubat di kaunter sahaja.

2. Jangan menunggu teruk baru nak ke klinik.

3. Menunggu doktor lama lebih baik dari mendapat penyakit lama... (mengambil masa yang panjang menunggu giliran berjumpa doktor adalah lebih baik daripada mengambil masa yang lama untuk sembuh)

4. Kena ada duit sebab kos perubatan mahal.

5. Tiada kerajaan yang kekal di dunia ini. BN kalah teruk.


Sekian, jaga kesihatan anda dan anak-anak anda.

Monday, May 14, 2018

Perasaan nak kawin ada tak?

Saya tiba-tiba teringat satu pertanyaan kawan saya setelah saya keluar dari bengkel tadi. Saya makan tiga ketul ayam tadi! bengkel tidak best tapi makanan best!

Saya tiba-tiba teringat saya tidak menjawabnya, saya tersenyum sahaja. Dan buat tidak tahu...

Saya rasa saya tidak bersikap biadap, mungkin dia yang biadap.

Tetapi saya tidak apa-apa, saya tidak rasa apa-apa.

Saya sudah rasa belaka...

Perkara yang paling pahit setakat ini adalah harapan cinta yang punah...tidak lebih dari itu...


Hasil carian imej untuk qoutes about broken hearted


Pasti ada lagi yang lebih sedih dan pahit....

Doa saya...Ramadhan 2018, 1000 mawar

Saya tidak akan sesekali berputus asa. Walaupun ia akan memakan masa sepanjang hayat saya, saya akan terus berdoa...

Saya akan gunakan sekali lagi Ramadhan ini untuk berdoa.

Hidup ini aneh...

Dulu saya berdoa bersungguh-sungguhan agar tuhan jangan pisahkan kami, sekarang saya bersungguh-sungguh pula berdoa agar tuhan tidak ketemukan kami lagi.

Hidup ini memang aneh.

Cukuplah saya menanggung beban perasaan hingga ke hari ini...





Hasil carian imej untuk qoutes about broken hearted

Tak sabar nak berada dalam kelaparan...he he he

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home