DUNIA INI ANEH, saya berpendapat tidak ada faedahnya bagi insan yang telah berkawin mahu berjumpa dengan bekas kekasih mereka. Cuba beritahu apa faedahnya?, selain berisiko.
Saya berpendapat (dari pemerhatian dan pertanyaan) sebenarnya ramai yang berkawin dengan pasangan masing-masing setelah gagal dengan cinta nan lalu. Maksud saya mereka bukanlah berkawin dengan cinta pertama mereka. Malah ada yang gagal berkali-kali baru jumpa dengan pasangan mereka ini (dan ada juga terus gagal sampai kini, he he he).
Perlukah kita berjumpa dengan mereka? Untuk apa? Untuk membandingkan siapakah hidup lebih bahagia? Ini kerana masing-masing sudah ada pasangan dan tiada ikatan dengan kita lagi selain dari ikatan memori yang mesra (yang bahaya, he he he). Namun kita tidak hidup bersandarkan kenangan manis tersebut, kita hidup di depan kita dengan menatap batang hidung pasangan kita dan anak kita... kita sudah berada di tempat lain...
Kita sudah diberi peluang untuk hidup bersama...kita/dia saja lepaskan peluang tersebut... Dan ianya sudah menjadi sejarah. takdir.
Bimbang nanti asmaradana bersemarak kembali dan menggugat keharmonian rumahtangga yang kita miliki. Janganlah kita membuka ruang kepada ruang yang bukan berhak.
Cuba tanya balik kepada diri sendiri `Apakah dan bagaimanakah bentuk perasaan kita bila kita tahu pasangan kita mahu/telah berjumpa dengan bekas kekasih lamanyanya itu?
Cuba tanya balik kepada diri sendiri `Apakah dan bagaimanakah bentuk perasaan kita bila kita tahu pasangan kita mahu/telah berjumpa dengan bekas kekasih lamanyanya itu?
Semoden mana manusia, ada dalam beberapa perkara dia tidak akan bersifat rasional atau modern...
Abang Jan: Teringat lagu Ariswatan...
No comments:
Post a Comment