Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, November 22, 2016

Nasib anak yang tak pandai...kumpul `A'. (Kisah UPSR kita)

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Ramai kawan-kawan saya bercerita mengenai kejayaan anak mereka yang dapat banyak `A' dalam peperiksaan. Saya tumpang gembira sebab itu adalah berita yang baik dan patut diraikan. Walaupun ramai yang bersetuju `A' bukanlah segala-galanya tetapi hakikatnya mereka mahu anak mereka TETAP mendapat semua `A'! Saya ulangi `TETAP'!.

Sebenarnya ramai juga di kalangan kawan saya yang berjaya dalam hidup (berjaya dalam hidup yang saya maksudkan ialah dapat kerja yang bagus dan banyak duit. Rumahtangga tunggang-langgang, hutang banyak, tak perihatain terhadap pasangan, anak-anak terbiar dan unsur-unsur lain tak diambil kira di sini) terdiri daripada mereka yang dapat result yang `biasa-biasa' sahaja pada zaman persekolahannya. Namun mereka tetap mahu anak-anak mereka mendapat `A' kerana mereka sedar persaingan sangat sengit untuk mendapatkan kehidupan yang selesa, apatah lagi mewah pada zaman ini.

Dan mereka juga semakin sedar keperluan untuk tidak sekadar untuk mendapat semua `A'. Mereka sedar terdapat nilai etika lain yang harus ditanam ke dalam diri anak-anak mereka. Mereka mula sudah sangat sedar. Mereka sudah sanggup menghantar anak mereka ke kem-kem motivasi (pada musim cuti) dengan berharapan anak mereka jadi orang.

[Ibubapa yang masih tak sedar-sedar kita tak boleh buat apa-apalah sebab kesedaran wujud dalam diri masing-masing. Kalau ibubapa sendiri pemalas, susahlah masa depan anak-anak mereka...].

Mungkin dulu lain, mungkin dulu yang resultnya `biasa-biasa' dapat kecapi hidup yang mewah kerana persaingan pada masa dahulu tidak sesengit pada masa sekarang. Orang kata lain dulu-lain sekarang, lain ulu lain parangnya, atau lain suami, lain isterinya (tapi mungkin lain isteri tapi suami sama, he he he).

Saya tidak pernah menjadi seorang bapa, tetapi saya mudah faham kenapa ibubapa mahu anaknya cemerlang dalam pelajaran. Sebab kecemerlangan dalam pelajaran masih ada kolerasi yang sangat kuat dengan kejayaan dalam hidup. Orang yang kata pelajaran tidak penting untuk menjadi kaya bukan sahaja bodoh tetapi buta. Sebabnya matlamat kita bukan saja mahu jadi kaya tetapi banyak matlamat lain lagi. Contohnya kita mahu juga ketenangan dalam hidup. Dan juga kita selalu kena ingat banyak perkara yang penting dalam hidup masih tidak lagi terjual di pasaran/kedai.

Tetapi bagaimana nasib anak yang tidak banyak mengumpul `A'?. Di sinilah tugas ibubapa membentuk kembali. Berikan semangat dan tanamkan harapan. Jangan anak tersebut terus diabaikan dengan hanya menumpukan kepada anak yang ada potensi besar. Jangan rasa kecewa. Sebab kot-kot nanti anak inilah (yang tak cemerlang dalam pelajaran) yang dok jaga kita pada kitamasa tua. [Sebab anak kita yang pandai (belajar cemerlang) kawin dengan orang putih dan hidup mewah moden di USA...haaa)

Saya nasihati sayanglah anak anda yang paling bodoh (kalau kebodohan itu anda ukur dengan berapa `A' mereka dapat).

Tepuk dada tanya pendita...







No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home