Semalam entah dari mana datangnya motivasi, saya bersenam!. Saya pasang 1 mile happy walk tapi saya bersenam 5 miles! Punyalah motivasi.
Saya rasa 1 Miles happy walk ni lebih kepada berlari setempat. Cuma gerakan dipelbagaikan. Bila sampai miles ke dua, saya sudah berpeluh. Tapi saya teruskan jua.
Sebenarnya tak ada alasan untuk kita tak bersenam kecuali alasan malas. Dan saya selaluny amalas. he he .
Saya alih meja depan sopa di ruang tamu supaya lapang sedikit dan mula bersenam. Sambil dengar lagu-lagu dari CD fauziah latih, saya terloncat-lancat dengan pelbagai gaya ikut gerakan di kaca LCD. Kalau ketua jabatan tengok gelagat saya tentu saya pengsan. Malu.
Suara Fauziah latih halus. Ada bahagian-bahagian terutama pada lagu `dari kaki tangga ke menara' tak berapa solid sebutannya. Tapi boleh dengar sebab ada lagu yang sedap dan mendayu. Saya suka lagu rancak beliau.
Saya terus bersenam sampai pukul 1 pagi...
No comments:
Post a Comment