Kawan saya nampak lebih cantik selepas pakai pengdakap gigi. Giginya jadi teratur dan mukanya yang tak berapa lawa tu nampaklah lawa sikit. Dulu dengan giginya yang bercerambah tu, bila dia pakai gincu, ngeri sangat nampak!
Dulu bila saya lalu depannya saya akan kata `Ngeri-ngeri-ngeri". Dan dia dengan lembut bertanya "Mengapa Man?"
"Tak ada apa-apa...he he he" Jawap saya. Teruk saya kan? Kejam.
Tak ada lelaki nak kat dia, selama tujuh tahun persahabatan kami tak pernah dia beritahu saya atau orang lain beritahu saya bahawasanya ada orang nak kat dia. Jadi saya harap lepas dia baiki gigi, berdiet dan pakai SK II, insyalah ada la lelaki pandang nanti...
Bukan salah dia kalau dia memang jenis lelaki tak pandang...
Bukan salah dia kalau dia memang jenis lelaki tak pandang...
Saya pernah naik Vioss dia, dalam kereta ada CD lagu Celion Dion dan Irena Cara. Pada masa tu dia beritahu saya dia nak ke IKEA nak beli perabut (terus saya pesan hanger kayu dua dozen. cepat-cepat saya beri duit ke dia sebab kalau tak tentu dia akan kata tak payah bayar. tapi dia kata tak payah bayar sebab dia memang nak hadiahkan hanger tu kat saya, dia dah niat katanya. Pelik). Saya lihat dia jaga kereta dia dengan rapi.
Saya pernah masuk rumahnya semasa satu majlis. Rumahnya lengkap! Kemas dan teratur...(tak macam rumah orang berumahtangga, he he he).
Sampailah suatu petang semasa saya jumpa dia di Kuantan, dia menangis kerana nak kawin. Dia tak la kata `saya nak kawin" sambil menangis... Tetapi saya tahu dia menangis kerana dia nak kawin. Saya yang tak reti pujuk perempuan ni terus kata, "tak apa nanti kita kawinlah tapi jangan menangis". tapi maksud `kita' tu bukannya kami, ia bermaksud orang terlajak umur (macam kami) yang tak berjodoh ni insyallah kawinlah nanti.
Saya terus ceritakan kisah percintaan saya yang tragis dengan harapan dia tahu ada orang lain lagi di atas mukabomi ni yang jauh beribu kilometer lebih menderita berbanding dia. Sekoyan-koyannya dia pulak dah menangis makin laju sebab kesihankan saya...
Namun dalam bertangisan tu, sempat juga kami habiskan ayam keni roges tu, he he he
Namun dalam bertangisan tu, sempat juga kami habiskan ayam keni roges tu, he he he
Kalau ada orang nampak kami tentu orang kata kami tengah bercinta dan berdrama. Selepas habis ayam Keni Roges tu saya ke kedai buku cari buku `My name is HASMAH' tulisan isteri mantan perdana menteri kita Tun Dr Mahathir Mohamad.
Itulah kali terakhir saya jumpa kawan saya Noorkumalasari (nama samaran sempena saya beli CD Siri bintang Pujaan Noorkumalasari). Lepas tu saya tak jumpa lagi sehinggalah saya terima kad jemputan kawin (yang saya tak sudi hadir) dan selepas itu dia wasap mahu bercerai...(baru 8 bulan kawin).
Melalui wasap dia beritahu dia tidak menyesal kawin dan kalau takdir dia akan bercerai. Dia beritahu apa yang dia mahu dalam perkahwinan itu dia tak dapat. Suaminya tak mampu beri...
Saya terus dapat agak apa yang suaminya tak mampu beri...
Dan `benda tu' bukannya ada dalam semua perkahwinan...kan?
No comments:
Post a Comment