" Sir, itu bukan kereta sir, kereta sir ada sebelah sana..." Seorang pelajar mengangkat tangannya menunjukan kepada saya ke arah sebuah Myvi putih tidak berapa jauh dari kereta yang saya cuba buka...
Ceritanya begini. Saya menumpang kawan saya ke bazzar ramadhan. Saya beli nasi kerabu, lauk sotong, dan air.
Bila balik ke kampus saya meminta kawan saya menurunkan saya di tempat parkir belakang bangunan opis saya. Saya beritahu mahu masukan makanan terus ke dalam kereta.
Bila kawan saya turunkan saya, terus saya membibit makanan dan menuju ke kereta Myvi putih. Saya menekan kunci kereta tetapi kereta itu tidak terbuka (tidak berbunyi). Saya menekan beberapa kali lagi kunci kereta itu sebab takut bateri yang lemah.
Sehinggalah muncul seorang pelajar memberitahu itu bukan kereta saya... Yang saya tidak boleh lupa pelajar itu berkata dengan nada bergurau...
" Banyak maklumat ekonomi sir boleh ingat tapi sir SELALU tidak ingat di mana sir parking kereta..."
Selalu?
3 comments:
Hehe..my idea..kena tampal sticker nama kat kereta ..hihi.. selamat berpuasa en jan
Selamat berpuasa Engku Artini
sir nmpk kurus!
hehe
selamat berpuasa sir :)
Post a Comment