1. Setiap hari saya membeli makanan berbuka di Bazar Ramadhan.
2. Saya percaya ramai rakyat Malaysia sama ada bujang atau bekerluarga berkelakuan begitu.
3. Apatah lagi bagi suami isteri bekerja tidak dapat lari dari membeli makanan di Bazar Ramadhan.
4. Tidak berpatutlah memaksa isteri memasak sebaik saja pulang dari kerja kerana mereka juga letih berpuasa. Lembek lotek.
5. Sekali sekala menyuruh isteri bekerja memasak tidak apa, tetapi kalau selalu tu, bodoh betul lah si suami. Kita harus bertimbang rasa.
6. Percayalah kalau boleh memang sang isteri mahu masak. Sang suami dan sang anak-anak juga sebenarnya gemar masakan isteri/emak mereka.
7. Saya gemar masakan mak saya pada bulan puasa. Namun begitu ada juga lauk yang dibeli emak. Emak saya bukan suririmah sepenuh masa. Emak bekerja.
8. Maka kesimpulannya kita tidak dapat lari dari membeli makanan di bulan puasa.
9. Maka satu peruntukan besar wang perlu disediakan pada bulan puasa, khjas untuk membeli makanan (berbuka).
10. Saya memperuntukan RM300 untuk makanan dengan anggaran purata RM10 sehari. Namun semalan terlebih RM1. Saya berbelanja RM11. Jadi saya rasa tentu akan melebihi RM300. Itu tidak kira lagi berbuka puasa di majlis vogue berbayar, yang harganya tak masuk akal. Contohnya RM45 sekepala.
11. Kadang-kadang kawan-kawan ajak berbuka puasa di hotel atau restoren. Mahal harga berbuka puasa di tempat sebegini. Kawan-kawan saya tu bukannya ada duit sangat, ada di antaranya mengada jea lebih. Opss saya mengumpat di bulan puasa...
12. Saya insan biasa.
13. Namun tentulah pukul rata saya lebih banyak membeli makanan di Bazar Ramadhan. Saya tahu risikonya besar. Iaitu keracunan. Sebab itulah sedaya upaya kita cuba berusaha membeli yang terbaik.
14. Walaupun kita tidak tahu bagaimana penyediaan makan di rumah sang penjual tersebut samada bersih atau tidak. Kita harus juga melihat kebersihan penjual, gerainya dan juga adakah makanan itu tertutup atau tidak.
Sekian sahaja
Selamat berbuka untuk Dahlia dan pembaca blog ini...
No comments:
Post a Comment