Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, May 30, 2013

Liz Taylor :The last legend


(February 27, 1932 – March 23, 2011)



'There's never been a time of my life when I wasn't famous,' 


- Dame Elizabeth




Read more: http://www.dailymail.co.uk/femail/article-1370104/Elizabeth-Taylor-My-wickedly-funny-friend.html#ixzz2UkIPrAEd
Follow us: @MailOnline on Twitter | DailyMail on Facebook

Bukan dalam semua keadaan kita `jangan berputus asa'

Kadang-kadang manusia terlalu degil, tidak mahu mengenal erti putus asa. Tidak kadar diri menjengkal lautan yang luas. Sepatutnya keasaan itu dihentikan. Sepatutnya kekecewaan silam itu mengajar kita supaya berputus asa.

Kita tidak mendengar nasihat pemimpin, guru, emak, ayah dan rakan-rakan...

Walhal berputus asa itu penting supaya kita menerima takdir dan berubah memberi tumpuan kepada perkara lain yang boleh memberi manfaat kepada diri kita, keluarga dan masyarakat.

Kalau sudah terbukti kita tidak beruntung dan tidak ada kemahiran yang istimewa dalam bidang itu, kita sepatutnya berhenti, menerima takdir dan tidak membuang masa. Ini tidak, oleh kerana kita terlalu gigih, kita ketepikan keluarga dan masa untuk diri sendiri.

Dan akhirnya kita menjual diri.

Jan: Manusia-manusia...huh!



Wednesday, May 29, 2013

Perlawanan Pahang - Johor Darul Takzim Dibatalkan !!!


`Jangan nangis, malu la sikit kat peminat...'
(sekadar hiasan jea...)


Macam mana pemain bola nak main bola kalau penyokong terlalu ramai sehingga ke atas padang? Haaa...

Apa perasaan kita bila bayar tiket tapi tak dapat tempat duduk? Haa...

Apa perasaan kita bila kita nak tengok bola tetapi orang sebelah kita siap bawa bakul makanan. Ada nasik lemak, roti canai dan puding raja. Siap dengan bocong air!

---XXXX---

Selamat datang ke Malaysia. Banyak perkara pelik yang terjadi dalam arenanya. yang akkhirnya saya percaya akan menjadi kebiasaan. Tahniah kepada sesiapa yang terlibat. (He he he).

Saya simpati, mengapa kalau ada tempat duduk katakan lim, tiket terjual sepuluh! Atau tempat duduk 100 tiket dijual 150!. Mengapa beli dua tiket (untuk suami isteri) tapi bawa anak 4!

Saya bukan kaki bola. Bukan semua objek bulat saya suka, he he he. Tetapi peristiwa pembatalan ini tidaklah mengejutkan saya. Saja saya buat-buat terkejut lebih. Saya tahu sikap peminat dan organisasi bolasepak kita. Banyak yang tempang...`sepak bola tak sampai hala...'

Namun kata kawan saya (yang kecewa sebab tunggu depan teleyisyen tapi tak dapat tengok) ini terjadi kerana ramai juga antaranya iaitu peminat bola sepak tidak ada kesedaran sivik. Yang sepatutnya molek duduk tengok di rumah sahaja. Kalau ada anak kecil misalnya berkorbanlah rasa gatal nak tengok tu, ini tak...mereka hereeeet anak mereka yang masih bayi lagi...pergi tengok bola.

Suami peminat bola, isteri peminat suami (suami yang minat bola), pergi juga meneman bimbang manalah tahu suami akan ngorat di tepi padang. (Zaman sekarang ni perempuan bukan sahaja ada di perhentian bas, ia sudah ada di mana-mana. Kita tidak boleh larang. Perempuan sama naik dah galoknya minat bola). Akhirnya suami isteri pergi tengok dan anak-anak jadi mangsa dibawa sama.... Kata kawan saya lebih kurang.

Saya terus sokong 1000%...kata-kata kawan saya...

Jan: Ah, lagipun pergi tengok pertunjukan bola bukannya berprestij!


Tuesday, May 28, 2013

Pukul 5 pagi


Tepat pukul lima pagi jam loceng telefon bimbit saya berbunyi. Saya tersedar dan terus buat senaman kucing sebelum saya ke bilik air. Dan selepas itu saya ke dapur minum air. Saya minum berdiri di hadapan peti sejuk yang terbuka. Tidak sabar sebab dahaga. Tidak sopan walaupun handsum.

Saya bangun seawal pukul lima pagi kerana minggu ini saya menumpang kawan berulang ke tempat kerja. Dari Kuantan ke Muadzam. 

Saya harus ada di hadapan rumah kawan saya sebelum pukul 6.30 pagi untuk ke Muadzam yang terletak lebih kurang 130km dari rumah saya. Saya mesti ketuk masuk sebelum pukul 8 pagi.

Jika tiada kuliah saya akan ketuk keluar seawal pukul 5.15 petang dan bergegas ke Kuantan. Biasanya pukul 7.30 petang baru saya sampai rumah. apabila tiba di rumah saya tidak ada banyak masa untuk dibazirkan kerana pukul 11 malam saya harus tidor untuk bangun pada pukul 5 pagi.

Bangun pagi adalah suatu perkara yang ramai orang tidak gemar. Kalau tidak kerana mesti membayar rumah, kereta dan pinjaman peribadi, ramai yang akan tidak bangun pagi. He he he.

Saya juga malas bangun pagi tetapi saya paksakan juga diri saya. Saya harus berada di rumah saya buat seketika. Apa gunanya bayar tapi tak duduk langsung...

Jan: Mgantuk...






Salah faham mengenai `poligami itu sunnah'


Segelintir orang gemar menggunakan ayat 'Poligami itu sunnah,' hingga membekaskan kefahaman kepada sebahagian masyarakat bahawa, poligami itu digalakkan dalam Islam, mulia dan menjadi keperluan untuk dilakukan oleh semua lelaki Muslim yang berkemampuan meskipun tiada apa-apa darurat yang mendesaknya.

Namun anehnya, golongan yang menyebut-nyebut 'poligami itu sunnah' tidak pula menyebut 'perceraian' dan 'perhambaan' itu sunnah sedangkan 'perceraian' dan 'perhambaan' juga turut dilakukan oleh Nabi. Apa pula alasan mereka ketika meninggalkan ayat 'perceraian itu sunnah' dan 'perhambaan itu sunnah?'

Mari kita kaji tentang maksud 'sunnah' agar kita bukan sahaja 'tahu' secara tepat tetapi perlu 'faham' secara jelas.

Sunnah di sisi Fiqh adalah sesuatu perbuatan yang sekiranya dibuat mendapat pahala, sekiranya ditinggalkan tidak berdosa, atau pendek kata ia digalakkan.

Sunnah di sisi ahli hadis lebih luas maksudnya meliputi kata-kata Nabi, perbuatan Nabi, persetujuan Nabi (Taqrir) dan sifat Nabi daripada sudut fizikal dan akhlak.

Sunnah di sisi para ahli usul pula dihadkan kepada kata-kata Nabi, perbuatan Nabi dan persetujuan Nabi (Taqrir)  kerana ia mempunyai kesan hukum.

Mungkin orang yang mengungkapkan ayat 'Poligami itu sunnah' bermaksud mengatakan ia sunnah secara umum, iaitu sunnah yang meliputi semua perbuatan Nabi. Namun, ayat ini selalu difahami oleh masyarakat daripada sudut pengertian hukum fiqh (iaitu digalakkan).

Kekeliruan 'sudut pandang' menyebabkan pencinta-pencinta sunnah yang baik dan beriman berasakan perlunya mereka melaksanakan poligami walhal jumhur ulama berpandangan Islam tidak menggalakkannya malah mengawalnya dengan ketat dan payah apabila mensyaratkan 'adil'.

Ada sesetengah golongan yang berhujah mahu menyebut  begini, "Poligami itu sunnah tetapi hukumnya bukan sunat dan bukan digalakkan." Hmm, ok tapi panjangnya ayat ni! Faktanya, Rasulullah bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun sahaja pada akhir usia baginda, maka sunnah bermonogami lebih mendominasi daripada berpoligami. Sudut pandang ini perlu dijelaskan kepada masyarakat bersama kejelasan hukum asal poligami bukannya sunnah.

Sudut pandang sebenar yang perlu difahami ialah poligami cumalah sebagai 'rukhsah' dalam masalah-masalah tertentu, bukannya digalakkan. Inilah pendapat jumhur ulama'. Asal perkahwinan Muslim ialah berkahwin satu seperti kata Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Dikuatkan lagi dengan hujah-hujah ulama' di dalam buku yang terkenal seluruh dunia, Al-Fiqh waadillatuhu bahawa sesungguhnya peraturan berkahwin satu adalah lebih baik dan ia mendominasi dan ia adalah asal di sisi syarak. Manakala poligami adalah perkara yang jarang, pengecualian (dalam masalah-masalah tertentu) dan bercanggah dengan asal syarak.

Hukum asal yang lebih tepat bagi poligami menurut jumhur ulama adalah harus, bukannya sunnah. Ia mempunyai dalil-dalil yang kuat oleh jumhur ulama bagi meletakkan hukum asal ini. Manakala hukum asal bagi perkahwinan 'monogami' ialah sunnah. Hukum asal bagi perkahwinan 'monogami' ini memang disepakati, maka memang wajar mengatakan 'monogami itu sunnah'.

Jadi, wajarkah terus menggunakan perkataan 'poligami itu sunnah' dengan hujah menggunakan takrif ahli hadis dan ahli usul, sekiranya nanti masyarakat memahaminya sebagaimana takrif Fiqh?

Maka pada hemat penulis, ayat 'Poligami itu sunnah,' wajar ditinggalkan sebagaimana wajarnya kita meninggalkan ayat 'Perhambaan itu sunnah', 'Pemerdagangan orang itu sunnah,' 'Perceraian itu sunnah.'Supaya masyarakat tidak keliru dan memahaminya sebagai suatu galakan, lantaran Nabi memang melakukan hal-hal ini atas sebab-sebab yang tertentu sebagai rukhsah apabila darurat mengikut konteks zaman itu.

Bagi lebih memendekkan perkataan, tinggalkan sahaja ayat "Poligami itu sunnah" dan bertukar kepada ayat, "Poligami cuma harus." "Poligami cuma rukhsah." Sudut pandang ini lebih menjernihkan Islam daripada fitnah golongan orientalis dan missionary sebagaimana dijelaskan oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi bahawa mereka mendakyah Islam ini agama poligami sedangkan poligami dalam Islam bukan perintah, bukan pula digalakkan. Dakyah mereka ini menyebabkan berlakunya islamphobia di Barat terutamanya di kalangan wanita-wanita seluruh dunia. Mari membela Islam dari fitnah!

- Artikel iluvislam.com
Ustazah Fatimah Syarha Merupakan seorang penulis buku novel tauhid terkemuka di Malaysia. Beliau banyak menghasilkan novel tauhid yang laris di pasaran. Beliau berkongsi karya di http://sebarkanbahagia.blogspot.com .

Monday, May 27, 2013

Mesti anak dara kan? Haaa...


Sekoyang-koyang datanglah rakan saya memberitahu seorang ustad bertaraf seleberiti telah berkahwin lagi. Saya buat-buat hairan dan terkejut (walhal saya tak hairan langsung). Saya tahu benar orang lelaki kalau kaya mesti kahwin lebih dari seorang, tidak terkecuali kaya ilmu agama...emmm.

"Anak gadis lagi Man oiiii" Kata kawan saya yang datang semata-mata memberitahu saya yang sedang buat slide untuk pengajaran.

" Yaaa ke?" Saya beri respon terkejut walhal tak terkejut pun. Kalau dia kahwin janda anak lapan atau anak dara tua reta mungkin saya terkejut. Terkejut beruk. Ada ke orang lelaki kahwin janda anak lapan? Adalah tu kan? he he he...(baca dengan sinis).

Minta maaflah saya tidak terkejut atau merasa bangga. Saya merasa terkejut dan rasa bangga jika ada suami yang mahu berkahwin janda anak lapan demi membela nasib perempuan dan anak-anaknya. Atau kahwin dengan anak dara yang lanjut usia. Saya rasa bangga.

Kita tolek ketepi hal itu. Kita doakan jea mereka bahagia ke hujung nyawa. Sapa-apa kahwin kita doakan jealah. Kita pergi ke isu lain pulak. Isu poligami. 

Isu poligami? 

Jan: Kawan saya kata sunnah, He he he...

Thursday, May 23, 2013

Lima tahun hidup terseksa...



Saya terus sokong 1000% apabila kawan saya menyatakan hasratnya untuk pindah rumah. Saya sangat sokong. Sokong sesokongnya. Saya sokong sebab dia mampu bin boleh. Sampai bila nak duduk di rumah ibu dan bapa mertuanya? Sampai bila? Anak dah tiga.

Saya tidak tahu kenapa dia duduk dengan keluarga isterinya apabila sudah berkahwin. Adakah itu perjanjian perkahwinan atau mahu save budget, demi allah saya tidak tahu. Dan saya tidak pernah komen pun. Dia suami isteri mahu duduk dengan rombongan sarkas pun saya tak peduli. 

Namun pertemuan sebelum mengundi tempohari menceritakan segalanya. Dia mengadu kepada saya tentang banyak hal. Saya buat-buat (pura-pura) terkejut sambil sumbat spageti ke mulut yang juga pura-pura dibuat terlopong.

"Laaaa...tak kanlah macam tu sekali, tak sangka la... tapi dia nampak baik jea..." Saya terus buat-buat terkejut dan buat muka macam hilang deposit pilihanraya (setelah keluar parti, bertanding atas tiket bebas dan habis beratus ribu...). Sebenarnya saya sudah sangka itulah akan terjadi jika kita lama-lama duduk di rumah mertua. Kalau tak salah mertua, akan salah kita. Tang tu, tang ti, pi mai situ. Huh!

"Balik kerja nak tanggalkan baju dan berlegar di rumah pun segan..." Kata kawan saya. Saya lantas teringat aksi saya apabila saya balik rumah, lepas tutup pintu dan langsir, letak kunci kereta dalam mangkuk, terus saya tanggalkan baju sambil berjalan menuju bilik persalinan (bilik tengah). Saya juga mempunyai kemahiran melurutkan seluar sambil berjalan. Bila tiba di bakul `baju kotor', saya sudah hampir berbogel dengan sempurna. Masa itu emas.

" Kenapa kau tersenyum ni Man?" Tiba-tiba kawan saya bersuara. Mungkin dia perasan saya tersenyum simpul.

" Tak ada apa-apa, aku rasa lucu pulak cerita kau ni..." Saya sekali lagi, untuk kali yang ke berapa menipu. Menipu sebab sebenarnya saya tersenyum bila membayangkan gelagat saya yang menanggalkan pakaian satu-persatu seolah dalam babak sebuah filem porno...

" Baguslah kau pindah, biarlah rumah kecil atau besar reban ayam tapi rumah kita sendiri. Kau tu pung mestilah belajar jadi ketua keluarga. Anak semakin membesar dah" Saya beria beri pendapat setelah dia ada juga bercerita bapa mertuanya yang bekas polis tersebut suka mengarahkannya buat kerja itu ini, putuskan segala urusan dan juga jadi pengiringnya. Apa ke jadah balik kerja letih-letih kena kerja di ladang lagi atau iring mertua ke bandar beli gambir...(sebenarnya saja bapa mertuanya nak jalan-jalan...kata kawan saya tersebut).

Setelah berpakat nak pangkah parti mana, kami pun berpisah. Dalam perjalanan pulang semasa memandu kereta saya rasa kagum sangat kepada kawan saya tersebut. Dia `tahan' bertahun-tahun duduk terseksa di rumah mertuanya itu. Kalau saya....kalau sayalah.


Jan: sebulan pun saya tak akan izinkan orang seksa saya! Huh!

Wednesday, May 22, 2013

Bahagia, ceria dan indah belaka? Jangan hipokrit!


Apabila kawan saya beritahu dia menangis bila dimarahi oleh suaminya, saya tidak merasa apa-apa. Apa yang peliknya. Biasalah. Tak kanlah bila dimarahi suami hendak melompat, berbogel atau buat kek pisang!. Haaa... Menangis bagi saya biasa ( i'm a major weeper jugak, he he he, bila rindu melampau saya juga menangis, saya tidak buat senaman atau menari gelek bila saya rindu. He he he).

Tiada yang sempurna di dunia ini termasuklah suami kita. Dan kalau suami kita itu sempurna, mungkin bukan kita yang hidung pesek ni jadi isterinya. Bukan kita yang pemalas masak ni dipilihnya. Haaa... Sikit-sikit orang lelakilah salah sebab kasar dan tak sensitif, tak peka dan pekak. Huh!

Yang luarbiasanya mungkin bila suami menangis bila dimarahi isteri... Haaa, he he he he. Pernah tak sebagai isteri, kita buat suami kita menangis? (berdosa tau...he he)  Atau sebagai suami kita nangis depan isteri! He he he...(malu tau...)

Senang kata dalam perkahwinan ada hubungan, dan percayalah tiada hubungan yang senang! Tak akan ada selalu bahagia, ceria dan indah belaka! 

Jan: Pernah juga seorang suami menangis depan saya! 

Apakah nilai kemanusiaan?

Saya berpendapat jika beginilah berterusan keadaan hidup bermasyarakat sesetengah masyarakat kita, pada suatu masa nanti nilai-nilai kemanusiaan akan hilang lenyap. Dan sesetengah masyarakat yang hilang kemanusiaan inilah mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat yang mempunyai nilai kemanusiaan. Apakah nilai kemanusiaan? 

Nilai kemanusiaan secara ringkas dapat difahamkan sebagai nilai ukuran bagi mutu/kualiti seorang insan yang bergelar manusia. Manusia di sini merujuk kepada kepandaian dan kebolehan fizikal dan mental mengikut fitrah kejadian yang secara keseluruhan boleh berfikir dan bertindak mengikut kawalan pemikiran, berbeza dengan beruk, cipan, landak, mentibang dan udang galah (sekadar menyebut beberapa nama).

"Salam, Kekadang saya berasakan nilai kemanusian makin kurang. Kalau dulu mendengar saja kes orang mati dibunuh terus rasa nak demam apatah lagi kalau melihat mayatnya. Tapi kini saya hampir tidak ada perasaan untuk itu apabila mendengarnya" 
- Adie Achim

saya bersambung...

Satu pengakuan yang berterus terang. Saya juga berasa begitu. Nilai kemanusiaan yang sepatutnya menebal menjadi semakin menipis. Mungkin kerana perubahan zaman yang moden, membantutkan penebalan nilai kemanusiaan.

Saya juga semakin sinis kadang-kadang terdetik dalam hati `padam muka, tu la balasannya derhaka!". Bila saya dengar cerita pasal anak tak kenang ibu. Atau "Padam muka, ada anak tak jaga molek", apabila saya dengar berita ibu ditinggalkan anak. Dan begitulah beberapa contoh biasa...Haaa...

Sikap nilai kemanusiaan untuk `pergi jauh' untuk berfikir dan bertanya `kenapa jadi begitu?, bagaimana nak sekat daripada jadi begitu' semakin menipis... apatah lagi zaman sekarang ramai anak derhaka dan ibu yang tidak sayangi anak...(sila anggap ayah memang dah tak ada...atau ada pun tak guna...he)


Gambar tak ada kena mengena dengan posting, percayalah.

Tuesday, May 21, 2013

Rumah dalam filem `The Holiday".




Jika kita banyak duit tidak semestinya kita dapat miliki rumah yang cantik. Cuba kita beri kepada tiga orang manusia sebanyak RM500K setiap orang dan suruh mereka bina sebuah rumah. Kita akan dapati tiga buah rumah tersebut sangat berbeza.

Daripada pemerhatian saya, tidak semestinya bila banyak duit rumah kelihatan cantik. Saya pernah berkunjung di dua buah rumah yang kosnya menelam belanja hampir sejuta RM tetapi tidak kelihatan gah. Maka kalau kita dengar kawan kita kata "Kalau banyak duit tentu rumah kita cantik", tidak seratus peratus betul. Itu adalah kata-kata falasi daripada kawan kita.

Gambar di atas adalah gambar rumah dalam filem `The Holiday' arahan Nancy Meyers. Saya suka filem Meyers kerana beberapa sebab. Antaranya terdapat rumah yang cantik di dalam filem-filemnya ( Something's Gotta Give (2003), The Holiday (2006), dan It's Complicated (2009)).

Jan: Bila rumah cantik, jiwa rasa tenang...biarpun hutang banyak. He he he.

Perihal kurap...

Sebenarnya saya malu nak bercerita. Macamlah tak ada cerita lain untuk ditulis…orang lain ada blog jugak. Tetapi saya tak suka rahsiakannya, saya mahu telus. Sebenarnya untuk menambah malukan lagi ini bukanlah kali pertama saya dinaiki kurap, saya pernah dinaiki kurap beberapa kali sepanjang hidup saya menginap di asrama Universiti Malaya dulu. 

Saya malu nak beritahu emak saya, sebab kurap tu pun lokasinya berdekatan dengan `burung' saya. Jadi saya fikir tak payahlah saya beritahu kepada mak saya, perihal kurap adalah hal peribadi bukan hal keluarga. Lagipun saya tak mahulah semuanya kena beritahu emak mentang-mentanglah anak mak. Ada kawan saya macam tu, semua kena beritahu mak. Huh!

Semasa saya bekerja di Pekan dulu, saya pernah beritahu Kak Hamizah dan Kak Anum yang saya guna pelbagai jenis sabun apabila mandi. Sabun muka lain, sabun badan lain, sabun perut lain dan sebagainya lain. Kat perut kononnya saya guna jenis yang mengerutu sikit, kasar strukturnya kononnya dapat menipiskan lemak kat perut (tapi 'maintain' je boroi saya (mungkin faktor genatik), tapi tak apalah yang penting usaha). Sebenarnya bukan apa… saya nak beritahu yang saya seorang yang menjaga kebersihan dan kuasa allah kalau nak terjadi, terjadi jugak kan.

Tetapi saya bukan nak cerita pasal sabun atau kurap tu tetapi cerita pasal kemaluan besar saya, yang saya dapat kerana dinaiki kurap. Memang saya malu hendak ke klinik panel sebab takut doktor nak tengok di mana lokasinya. Saya malu. Bayangkan buka seluar depan doktor lelaki yang dah kawin, tentu dia `compare' nanti… Saya juga takut terjumpa dengan rakan-rakan sekerja kat klinik apatah lagi kalau terjumpa jemaah pengurusan universiti semasa mengambil ubat kurap di kaunter tersebut. Semua boleh terjadi. Muadzam ni kecik sahaja.

Jadi saya tiada pilihan, saya menuju ke farmasi bukan klinik panel. Dengan malu saya mintak ubat kurap. Saya nak yang pil dan cream. Dia pun beri, saya bayar…

Sampai di kereta saya letak la krim dan ubat tu di atas tempat duduk kereta sebelah saya. Entah bagaimana semasa saya nak naik ke pejabat saya terambil juga tiub krem ubat kurap yang ada di kerusi tersebut bersama buku-buku dan kertas kerja pelajar. Bila sampai bilik, saya letak buku dan kertas di atas meja bersama-sama ubat krem kurap tersebut.

Nak dijadikan cerita tengaharinya masuklah 3 orang pelajar perempuan ke dalam bilik. Barulah saya teringat ini masa `consultation hours' saya . Mereka datang menanyakan hal pembikinan kertas kerja. Mereka duduk di kerusi mengadap saya. Entah bagaimana dalam rancak berbual tiba-tiba:

“ Eh! Sir ada kurap ke?’’ tanya pelajar yang berada di tengah saya, betul-betul di hadapan mengadap saya.




Ubat kurap ( EZONAZINE) yang saya `terletak' atas meja...

Saya terkedu cipan selama beberapa saat sambil memandang ubat kurap tersebut. Saya kumpul seluruh kekuatan minda nak jawab bagaimana. Kalau mengaku tentu satu asrama dan seluruh section akan tahu Sir Sukiman berkurap. Saya mengajar section 1Am, 2Am dan 7Am, beratus orang pelajar. Namun tiba-tiba juga saya jawab:

“ Laaa tu yang puan Kamariah (bukan nama sebenar) punya, tadi dia datang. La haulawalakuwataillabillah… dia lupa la... tu...” saya buat-buat selamba. Tak pasal-pasal saya kena kaitkan dengan nama Puan Kamariah. Memang dia singgah bilik saya tadi. Nasib baik saya selalu `berlakon' masa mengajar budak matrikulasi kat Pekan dulu. Masa kat Pekan dulu saya kena ajar budak matrik. Dan saya pula jenis rendah diri. Pelajar matrik bijak. So tiap kali saya masuk kelas saya buat-buat saya pegang watak seorang pensyarah yang hebat….

“ Puan Kamariah ada kurap ke” Ya aallah pelajar tu sibuk bertanya. Kalau kitalah  kan masuk dalam bilik lecturer nampak apa-apa senyap je kan. Tapi pelajar sekarang lain...aktif kaki mulut.

“ Itu yang anak dia…, anak dia ada kurap...” Saya cuba berbohong dan buat-buat mengemas meja. Saya alihkan surat-surat hutang saya termasuk surat kad krediti. Takut pelajar perasan… Nanti ditanya pula.

“ Kenal ya awak ubat kurap, awak ada kurap ke? Kini giliran saya pulak tanya. Biar dia gelabah. Mulut tak boleh duduk diam.Huh!

“ Saya tak ada, tapi kawan-kawan saya kat asrama semua ada” kata pelajar saya tersebut. Entah dia pun nak `kaver' dia ada kurap.

“ Kurap ni kalu kita pengotor ada la, kita kena bersih. Duduk ramai-ramai di asrama memang ada yang pengotor. Kain tuala tu tukar sekali sehari. Jaga kebersihan. Sir tak pernah ada kurap tapi orang kata kurap ni biasa je, jenis kulat. Bla-bla…" Panjang lebar saya beri penjelasan pasal kurap padahal pelajar tu datang nak bincang pasal penentuan harga dan kuantiti output dalam pasaran monopoli.

Jan: He he he...sapa kata jadi pensyarah senang?

Monday, May 20, 2013

My Medical Choice - ANGELINA JOLIE


By ANGELINA JOLIE
MY MOTHER fought cancer for almost a decade and died at 56. She held out long enough to meet the first of her grandchildren and to hold them in her arms. But my other children will never have the chance to know her and experience how loving and gracious she was.
We often speak of “Mommy’s mommy,” and I find myself trying to explain the illness that took her away from us. They have asked if the same could happen to me. I have always told them not to worry, but the truth is I carry a “faulty” gene, BRCA1, which sharply increases my risk of developing breast cancer andovarian cancer.
My doctors estimated that I had an 87 percent risk of breast cancer and a 50 percent risk of ovarian cancer, although the risk is different in the case of each woman.
Only a fraction of breast cancers result from an inherited gene mutation. Those with a defect in BRCA1 have a 65 percent risk of getting it, on average.
Once I knew that this was my reality, I decided to be proactive and to minimize the risk as much I could. I made a decision to have a preventive double mastectomy. I started with the breasts, as my risk of breast cancer is higher than my risk of ovarian cancer, and the surgery is more complex.
On April 27, I finished the three months of medical procedures that the mastectomies involved. During that time I have been able to keep this private and to carry on with my work.
But I am writing about it now because I hope that other women can benefit from my experience. Cancer is still a word that strikes fear into people’s hearts, producing a deep sense of powerlessness. But today it is possible to find out through a blood test whether you are highly susceptible to breast and ovarian cancer, and then take action.
My own process began on Feb. 2 with a procedure known as a “nipple delay,” which rules out disease in the breast ducts behind the nipple and draws extra blood flow to the area. This causes some pain and a lot of bruising, but it increases the chance of saving the nipple.
Two weeks later I had the major surgery, where the breast tissue is removed and temporary fillers are put in place. The operation can take eight hours. You wake up with drain tubes and expanders in your breasts. It does feel like a scene out of a science-fiction film. But days after surgery you can be back to a normal life.
Nine weeks later, the final surgery is completed with the reconstruction of the breasts with an implant. There have been many advances in this procedure in the last few years, and the results can be beautiful.
I wanted to write this to tell other women that the decision to have a mastectomy was not easy. But it is one I am very happy that I made. My chances of developing breast cancer have dropped from 87 percent to under 5 percent. I can tell my children that they don’t need to fear they will lose me to breast cancer.
It is reassuring that they see nothing that makes them uncomfortable. They can see my small scars and that’s it. Everything else is just Mommy, the same as she always was. And they know that I love them and will do anything to be with them as long as I can. On a personal note, I do not feel any less of a woman. I feel empowered that I made a strong choice that in no way diminishes my femininity.
I am fortunate to have a partner, Brad Pitt, who is so loving and supportive. So to anyone who has a wife or girlfriend going through this, know that you are a very important part of the transition. Brad was at the Pink Lotus Breast Center, where I was treated, for every minute of the surgeries. We managed to find moments to laugh together. We knew this was the right thing to do for our family and that it would bring us closer. And it has.
For any woman reading this, I hope it helps you to know you have options. I want to encourage every woman, especially if you have a family history of breast or ovarian cancer, to seek out the information and medical experts who can help you through this aspect of your life, and to make your own informed choices.
I acknowledge that there are many wonderful holistic doctors working on alternatives to surgery. My own regimen will be posted in due course on the Web site of the Pink Lotus Breast Center. I hope that this will be helpful to other women.
Breast cancer alone kills some 458,000 people each year, according to the World Health Organization, mainly in low- and middle-income countries. It has got to be a priority to ensure that more women can access gene testing and lifesaving preventive treatment, whatever their means and background, wherever they live. The cost of testing for BRCA1 and BRCA2, at more than $3,000 in the United States, remains an obstacle for many women.
I choose not to keep my story private because there are many women who do not know that they might be living under the shadow of cancer. It is my hope that they, too, will be able to get gene tested, and that if they have a high risk they, too, will know that they have strong options.
Life comes with many challenges. The ones that should not scare us are the ones we can take on and take control of.

Angelina Jolie is an actress and director.

Friday, May 17, 2013

Sekolah rendah saya...


Saya bersekolah di Sekolah Rendah Tengku Mahmud hanya sehingga darjah dua sahaja. Pada masa tersebut saya tidak tahu kenapa ayah saya tukarkan saya ke Sekolah Kebangsaan Kampung Raja (SKKR). Tapi bila dewasa...baru ayah saya beritahu secara tidak langsung. Terima kasih ayah.

Ayah saya beritahu asal keturunan kami memang bersekolah di SKKR (tetapi itu bukan alasan pertukaran). Barangkali kalau saya ada anak dan tinggal di daerah Besut, maka anak-anak saya kenalah bersekolah di situ juga untuk mengikuti tradisi keluarga. Emmm...?

Maka anak-anak saudara saya yang tinggal di Besut, bersekolah di sinilah jadinya...

SKKR adalah sekolah yang tertua di daerah Besut (1916). Kata orang mulanya terletak di tepi sungai, bila sungai terhakis ia dipindahkan ke tempat baru. Dan sekali lagi berpindah ke balai Raja Kampung Raja (bekas kediaman Raja Besut, Tengku Long)). Lepas tu ada perpindahan lagi dan kalau tak silap tahun 50 an dan barulah ia berada dilokasi sekarang.

Antara cikgu yang saya ingat ialah Cikgu Abbas, Cikgu Shafie, Cikgu Sharifah, Cikgu Aziz (sudah arwah). 

Arwah Cikgu Aziz merupakan cikgu pengakap saya. Dialah yang ajar saya prinsip menjadi pengakap. Saya hafal semuanya. Katanya pengakap kena sayangi haiwan. Tu satu prinsip yang saya agak gementar. Seperti manusia, saya juga tidak suka semua haiwan. Haaa...

Tetapi posting ini bukan pasal haiwan, ianya pasal sekolah rendah saya. Di sekolah saya tidaklah terkenal secara semulajadi. Pada masa tersebut ramai kawan-kawan saya beribubapakan guru. Anak guru biasanya lebih terkenal dan meriah di sekolah. Namun saya juga terkenal kerana tempias ayah saya yang aktif PIBG dan berkawan dengan Cikgu Aziz. Ayah saya juga menjadi pengakap bersama Cikgu Aziz. Masa berkhemah sangat menarik.

Bila saya imbau-imbau masa lalu, saya terharu..., saya amat berterima kasih dengan tuhan. Walaupun apa yang paling saya hendak tidak diberikan tuhan, saya tetap berterusan diberikan dengan apa yang saya perlu.

Jan: saya terus berjalan...masa terus memberi input. selamat hari guru...



Bunga raya besar...

Aishah dan bunga raya besar

Semalam adik perempuan saya hantar gambar anak perempuannya bersama bunga raya besar. Saya tertarik kerana ia spesis besar. Saya suka menanam, namun kini saya tidak menanam bunga selain berwarna putih. Putih lambang hati dan keinginan saya, suci. (suci laaa sangat, he he he).

Saya ada dua anak saudara perempuan di Ulu Yam Selangor. Kalaulah saya berani bawak kereta tentu saya ke sana setiap minggu tetapi saya tidak berani kerana jalanya melibatkan tempat yang tinggi. Saya gayat.

Che Embum dengan bunga raya besar
Saya jarang berjumpa dengan adik perempuan saya kecuali hari raya atau cuti sekolah. Itupun bukan semua cuti sekolah kami boleh berkumpul. Dalam adik beradik saya rapat dengan adik perempuan saya. Sejak dahulu sampai sekarang. Dia pandai menghiburkan hati saya.

Kadang-kadang rasa sangat rindu kepada anak saudara saya ini...

Jan: Dulu saya selalu naik bas pergi ke sana. Sekarang hanya tuhan sahajalah yang tahu...

Wednesday, May 15, 2013

Penyebab katarak


Sekarang barulah saya faham kenapa ramai orang sangat takut jadi tua. Antaranya ialah bila kita tua banyak penyakit meminati kita. Pada usia kita muda ramai orang minat, bila tua penyakit minat. Bagaimana pula orang yang semasa dia muda pun tidak ada orang minatinya? Jangan meraung, saya kesian kepada mereka tetapi saya tidak berhasrat mengupas soal tersebut kerana tujuan penulisan ini adalah mengenai penyakit katarak.

Akibat kebimbangan bertempat (ada juga kebimbangan tak bertempat), saya carilah sikit info mengenai katarak buat jadi ilmu pada saya dan juga sebagai pengkongsian antara kita. Saya menulis atas dasar pemahaman saya bukannya atas dasar kefahaman seorang kedoktoran bertauliah. Kalau berhasrat hendak mengetaui lebih lanjut kenalah berjumpa doktor bertauliah. kalau nak tahu lebih lagi kawinlah dengan doktor tu, he he he. (itu pun kalau doktor tu tak rabun, he he he)

Kita kembali kepada nawaitu saya menulis posting ini...Antara penyebabnya ialah:

1) Proses penuaan

Sebahaian besar pengidap penyakit ini adalah berumur 50 tahun ke atas. Maka faktor umur lanjut boleh diambil kira dari segi perubatan. Iaitu penyebab kepada penyakit. Tetapi tidaklah pula terbukti bila kita tua kita akan automatik dapat katarak secara percuma. Ala macam bukan semua perokok tegar dapat hadiah penyakit kanser paru-paru. Haaa...



Akibat penuaan tidak dihalusi kita bukan saja jadi gemuk, kendur berkedut, bulat dan tidak disayangi lagi oleh pasangan kita tetapi proses ketuan juga menyebabkan lensa mata kita juga akan jadi keras dan hilang kelenturannya. Haa... Cahaya tidak boleh dipancar balik. Kaburlah kita...

2) Kencing manis dan darah tinggi

Pengidap kencing manis dan darah tinggi akan berkencenderungan besar mendapat katarak (dan juga penyakit lain secara berpakage). Sebab itu la sesiapa yang ada penyakit kencing manis kena amat berhati-hati kerana ianya memuncakan kita dapat penyakit lain.

Khabarnya pesakit kencing manis ada diet mereka sendiri. mereka tidak boleh tibai makan macam orang yang normal. Maka sesiapa yang ada kencing manis atau darah tinggi (sayalah tu) kenalah berganda kepekaan mereka terhadap kesihatan terutama pemakanan dan senaman.

tetapi jangan hairan nanti yang sihat tiba-tiba jea mati sedangkan yang berpenyakit terus hidup sihat (sebab mereka jaga kesihatan). Ironik kan?

3) Penggunaan ubat dalam tempoh yang lama.

Saya yang menelan pil darah tinggi setiap hari ini perlu risau akan perubahan dalam badan. Minggu lepas doktor saya yang kecil molek tu beritahu supaya saya jalani pemeriksaan seluruh badan dalam luar. Dia nak tahu kesan akibat saya makan ubat setiap hari. Bimbang kalau buah pinggang terjejas, hati dahlah pecah berkecai derainya. he he he.

Ubat yang ada steriod yang diambil secara berpanjangan akan membawa kepada katarak. Ubat steriod ini bukan hanya ada pada yang nak bina badan macam Malik Noor jea. Ia ada juga dalam ubatan-ubatan lain. Haa...

4) Terdedah kepada sinaran mentari secara berlebihan.

Sebab itulah gamaknya kita kena beli spek ribeng. Bukannya nak bergaya macam Tom Kurus tetapi untuk lindungi mata. Kalau untuk kesihatan kita kena beli yang asli yang boleh halang cahaya ultraviolet atau radiasi. Bukannya yang dijual di pasar malam.

Bergaya sikit kan? He he he
Khabarnya taklah 100% cahaya terhalang, tetapi yang penting, usaha!

5) Terluka di mata

Mungkin akibat kemalangan akan berlaku ganguan fizikal pada mata lensa kita dan akhirnya secara perlahan-lahan mata mendapat katarak.


6) Kesan virus rubella

Dalam satu penulisan, saya dapati antara penyebab katarak adalah kesan dari virus rubella. Ia memberi kesan pada tiga bulan pertama semasa sel lensa mata di janin terbentuk. Saya petik dari.
http://drzubaidi.wordpress.com/2010/05/25/rubella-dan-kehamilan/

" Saya cuma mahu ingatkan jika kita ada tanda-tanda diserang virus Rubella, tolong jauhi diri dari wanita hamil dan bayi kecil.    
        
Usia kehamilan tiga bulan pertama adalah jangka masa yang amat berbahaya. Rubella boleh menyebabkan beberapa kecacatan pada bayi yang dihamilkannya:       
      
1. Kehilangan pendengaran atau pekak (deafness)             
2. Kebutaan atau masalah penglihatan             
3. Masalah jantung, otak dan saraf.
             
Jika puan mengandung  dan dijangkiti virus rubella, haruslah memberitahu doktor yang menjaga puan. Pastikan anak puan diperiksa secara berkala oleh pediatrician. Kadang kala masalah-masalah ini tidak dapat dikesan sehingalah kanak-kanak ini membesar. "

Oleh itu dapatkanlah suntikan rubella. Haa...

7) Faktor keturunan

Faktor keturunan atau genetik ini boleh menyebabkan kita ada katarak di usia muda. Tak payah tunggu tua. Haaa...

Jan: Apa lagi faktornya? Bagaimana nak jaga mata kita?

Kisah kopek Jolie


Saya termenung sekejap bila mengetahui Angelina Jolie telah membuang kedua-dua belah kopeknya pada awal tahun ini. Pengakuan terbarunya banyak mendapat reaksi dari orang ramai. Bukan pasal kopek palsunya tetapi pasal berkaitan dengan isu barah kopek dan keberaniannya. Barah kopek memang bahaya.

Kata Jolie tindakan dia menjalani pembedahan membuang kedua-dua belah kopeknya bagi mengurangkan risiko mengidap kanser payudara. Maknanya dia bukannya sudah mengidapi kanser atau pesakit barah kopek. Ia sebagai pencegahan. Haaa...

Doktor beliaulah yang memberitahu yang Jolie mempunyai 87% kebarangkalian mengidap barah kopek (kebarangkalian ini berbeza untuk setiap individu, ada yang 60%). Sel kopek Jolie didapati membawa gen BRCA1 yang mengakibatkan barah kopek berlaku di kalangan wanita. (BRACA1 juga boleh membawa barah ovari)

Jolie berkata beliau mula menjalani pembedahan membuang koprk beliau Febuari lalu dan rawatan selesai pada bulan April. Bagi menjalani kehidupan yang normal, kopek beliau kini digantikan dengan implan. Ya la kan, tak kan nak tengok kopek keriput pulak, kesian pulak Pit.

Gambar sekadar hiasan. Ianya bukan kopek Jolie...harap maklum

Apa yang menarik perhatian saya ialah langkah nekad berani beliau. Sebenarnya ibunya mati pada tahun 2007 pada umur 57 tahun akibat barah kopek. Saya ada menulis dulu pasal barah kopek dan kebarangkalian sebanyak 30% kemungkinan akan dapat dari faktor keturunan. Jolie tak mahulah anak-anak beliau kehilangan ibu mereka akibat penyakit yang sama.

Jolie juga berharap kaum wanita di luar sana supaya melakukan ujian bagi melihat sama ada mereka membawa gen maut  BRCA1 dan berharap mereka mempunyai keberanian untuk melakukan pembedahan drastik ini seperti beliau. Jangan bila kanser sudah merebak baru nak buang kopek tersebut.

Jan: Jagalah kesihatan kopek masing-masing...

Tuesday, May 14, 2013

Masalah blog saya...


slm encik sukiman,
saya suka baca blog encik.
tetapi sejak minggu ini saya rasa blog encik ada masalah sbb bila saya taip jankaulu.blogspot, dia akan buka sekejap je tak sempat baca 2 baris, terus keluar iklan perempuan pakai bikini. sedihla tak dapat baca lagi entry encik...


......XXXX....

Saya ada menerima beberapa email mengenai masalah untuk membuka blog saya. Saya pun hairan. Namun saya tidak ada lakukan sesuatu yang luarbisa pada blog saya. Blog saya macam biasa. Saya harap masalah ini tidak berterusan...

Di komputer saya, saya masih boleh buka blog saya macam biasa, cuma saya tidak boleh baca komen dari pembaca... pelik.

Kata kawan saya, bila buka blog saya ada gambar orang berbikini, ada kawan saya tanya saya itu girlfriend saya ke? Heee... Itu bukan girlfriend saya...

Seri Dewi Malam: A love story... (2002)



Album: Seri Dewi Malam: A Love Story
Label: EMI Music Distribution
Released: January 01, 2003

Kalau saya cakap mungkin ada yang kata saya `over', tetapi hakikatnya bila mendengar lagu Kak Pah, jiwa rasa terusik sangat (sangat terusik). Kompilasi ini sangat saya hargai, tiada nilainya.

Album berjudul Seri Dewi (A Love Story) ini memuatkan lagu-lagu terawal nyanyian Datuk Sharifah Aini. Lagu lagu tersebut dirakam sekitar tahun 1970 hingga 1974. Saya sambar (membelinya) di Kuantan, Pahang. Saya sangat sayangi CD ini. Ia istimewa kerana pemilihan lagu yang lembut, asli dan klasik. Seolah sebuah perjalanan cinta. Haaa...

Kita boleh dengar sambil duduk-duduk menghirup nescafe panas dan sambil melihat taman mini kita. Atau melihat anak-anak jiran kita meloncat tak tentu hala di depan rumah kita tanpa pengawalan kekeluargaan yang jitu (parenting). Atau setelah kita penat berleter kerana anak-anak kita sendiri yang tidak mendengar kata, he he he.



Album ini dihasilkan oleh  syarikat rakaman EMI (sudah gulung tikar) sebagai langkah memuatkan lagu-lagu Kak Pah ke dalam bentuk CD. Sebagai peminat, saya terus menyambarnya di kedai. Ia boleh dijadikan simpanan saya. Dan saya mendengarnya untuk mengenali  lagu-lagu lama Kak Pah. Maklumlah lagu-lagu itu berkumandang semasa saya baru berumur 4 tahun (1970-1974). Masih tidak bersunat.

CD ini sudah 11 tahun dalam simpanan saya. Perhubungan saya dengan CD ini kekal selama 11 tahun, tidak sebagaimana hubungan saya dengan kekasih (kalau ada) yang tidak pernah mahu berpanjangan.

Semasa saya membelinya pada tahun 2002 lalu, ada di antara lagu Kak Pah yang saya tidak pernah dengar. Contohnya lagu `Pandanganku tentang hidup', dan `Inikah manusia'. Saya semakin kagum dengan perjalanan seni Kak Pah apabila melihat hasil seninya yang lampau. Memang tepatlah beliau tiada tandingannya.




Sebanyak 20 buah lagu dimuatkan di dalam album kompilasi tersebut.

1. Yang Mula Dan Akhir
2. Hasrat Bertanya Hati Memuja
3. Kekasih Pujaan
4. Seri Dewi Malam
5. Di Malam Persandingan
6. Kisah Yang Terjadi
7. Kini Hatiku Telah Tertawan
8. Dia Terlupa
9. Aku Dan Dia
10. Halimun Malam
11. Dekatlah Padaku
12. Tarikan Nafasku Yang Terakhir
13. Dalam Keluhan Dara
14. Kenang Daku Dalam Doamu
15. Dari Masa Hingga Masa
16. Patah Hati
17. Inikah Manusia
18. Jangan Putarkan Lagu
19. Selamat Malam
20. Pandangan Ku Tentang Hidup

Antara lagu kegemaran saya ialah lagu `Halimun malam' dan ` Yang mula dan akhir'. Juga lagu kegemaran sepanjang zaman `Patah Hati'. He he he sebenarnya semua lagu saya minat. Saya tidak dapat gambarkan dengan perkataan... Ia klasik sangat (sangat klasik)

Jan: Pernah menitis airmata mendengar lagu `Tarikan nafasku yang terakhir'.


Tarikan nafasku yang terakhir

Kini saat yang terakhir
Ku pinta maaf kepadamu
Jauh dari lubuk hatiku
Tak pernah kudendam padamu

Bila engkau tak percaya
Ku rela korban jiwa raga
Kini saat yang penghabisan
Ku harap kau datang kepadaku

Chorus
Berulang kali ku nyatakan
Aku sayang padamu
Berulang kali ku meminta
Peluklah belailah daku
Ooooh..itu tak pernah terjadi
Semua harapan belaka
Nafas...mu yang terakhir ini
Hanyalah ku tujukan padamu

(ulang)
Berulang kali ku nyatakan
Aku sayang padamu
Berulang kali ku meminta
Peluklah belailah daku
Ooooh..itu tak pernah terjadi
Semua harapan belaka
Nafas...ku yang terakhir ini
Hanyalah ku tujukan padamu



Monday, May 13, 2013

Katarak

Sekarang ini di kawasan saya tinggal bermusim kemarau. Suhunya panas hingga ke malam. Maka semalam  dalam pukul 12.30 tengah malam saya ambil keputusan untuk mandi manda. (Saya ambil keputusan untuk mandi sebab walaupun saya sudah separuh bogel, masih panas lagi).

Bila mandi saya tatap muka saya yang ala-ala handsum. Dalam pada itu saya fokuskan kepada mata saya. Saya amati betul-betul. Mata saya kecil sahaja, tidak cantik mana...dan tidak berseri. Memang mata saya sudah hilang seri sinarnya. Kebahagian yang selama ini berteduh di redup kelopak mata saya sudah menghilang... semua pergi hanya allah yang tahu ngapa. Tiada sinarnya lagi... (cinta adalah jiwa, cinta bukannya harta).

Tetapi posting ini bukanlah posting tentang kelaraan jiwa saya yang berzaman berpanjangannya di tujuh petrala bumi ini. Tetapi ianya mengenai rasa hati yang bimbangkan, khuatir mata saya akan diselaputi katarak. Nenek dan opah saya dulu juga ada katarak. Setahu saya antara punca katarak ialah keturunan. Haaa...

Katarak ini bukanlah adik-beradik katak atau kodok, tetapi sejenis penyakit mata. Haaa... Katarak tu adalah selaput mata.


Mentang mentanglah mata kita sekarang ok, tidak boleh pula kita yakin akan ok selamanya. Penyakit ni dia boleh datang bagai ribut (dan pulang bagai siput. he he he. Lawak kan?).




Katarak akan menyebabkan mata kita berselaput dan kita akhirnya menjadi rabun. Bila rabun tidak dapatlah kita mengesan lori yang pakir depan rumah jiran kita. Kita tidak tahu adakah lori yang datang kerana jiran kita beli perabut baru sempena nak sambut ramadhan atau lori datang hendak angkut barang jiran kita (yang tidak dibayar ansurannya). Bila barang jiran kita diangkut, kita tumpang bahagia. Bukan apa kalau suka menunjuk itulah balasan tuhan (kita tiba-tiba kaitkan dengan unsur agama padahal kita 2 x 5, he he he)

Katarak kalau tidak dirawat boleh membawa kepada buta, haaa inilah ngerinya. Biarlah mata tak bersinar cantik, asal tidak buta kan?

Jan: Ada yang buta hati walaupun celek mata... Macam mana tu?

Masalah blog saya, dan masalah kawan saya...

Minggu ini saya sibuk sikit. Selepas pilihanraya, jadual saya sangat padat. Otak saya berputar ligat 360 darjah. Kali ini saya benar-benar sibuk, bukannya buat-buat sibuk macam biasa. He he he.

Saya juga jaga mak saya. Mak ada datang ke Muadzam. tapi semasa saya menulis posting ini, mak saya sudah saya hantar ke Besut.

Saya juga tidak berpeluang menulis, tidak sempat capai pen dan menulis. Blog saya juga ada masalah. Kadang-kadang tidak boleh buka untuk melihat komen Nong dan Adie. Mereka berdua adalah sahabat maya yang selalu berhubung melalui blog.

Dah bertahun rupanya persahabatan kami. Saya terpaksa menggunakan kaedah lain untuk membaca komen.

Masalah blog

Saya juga tidak boleh menjawab komen kawan-kawan. Ada juga komen yang saya tidak faham entah apa yang ditulis. Seolah masuk dan sekadar menulis entah apa. Macam dekat dengan inbox tulah, mereka masuk jea. Sayang sungguh saya tidak tahu banyak pasal internate.

Untuk pembaca yang mengucapkan selamat hari lahir, saya ucapkan terima kasih dan semoga kita sihat sejahtera. Adie ada tanya link pasal ladylonly.com. Saya tidak link. Entah macam mana pula terjadi. Nanti saya tanya kawan saya yang lain bagaimana boleh terjadi.

Nong, pasal colek betik tu ia adalah antara makanan kegemaran saya. Kita ambil betik putik (betik muda). Kita hiris-hiris kasar. Dan kita buah kuahnya dengan cuka dicampur lada dan belacan. Letak gula juga. Lepas itu kita ambil hirisan betik tadi terus colek dengan kuahnya. Haaa. best sangat.

Hasilnya dua hari hidung saya merah dan tekak saya perit. Saya tak boleh makan belacan sebenarnya, he he he.

Masalah kawan saya

Saya juga tidak menyambungtulis pasal isu perut ikan. Sampai sekarang dia tidak membalas sms saya. Mungkin dia tengah merana kot, tapi harap dia ok jea. Namun isterinya ada talipon saya beritahu suaminya itu mahu rujuk. Emmm. Dan dia kata dia tak nak sebab tak percaya perangai suaminya akan berubah.

Saya no komen.

Buat pertama kalinya saya tidak masuk campur sokong mana-mana pihak. Saya cuma bagi statemeng biasa iaitu `apa-apa pun saya berdoa awak berdua dapat selesaikan dengan baik'. Saya kata gitu jea walaupun sebenarnya saya boleh ulas panjang lebar pasal perkahwinan mereka. Namun tentulah saya bersedih sebab suaminya kawan baik saya.

Nanti saya menulis semula...

Thursday, May 9, 2013

Kisah perut ikan...

Sebenarnya bukan semua penceraian berpunca daripada suami miang main kayu tiga, kayu empat, atau kayu lima... atau masalah kewangan tetapi penceraian juga boleh berpunca daripada sesuatu yang kita tidak terduga. Haaa.

Kawan saya memang tidak boleh hidu bau busuk. saya tahu benar, semasa di rumah sewa dia sangat kemas orangnya, pandai bergaya. Dia tidak suka bau ikan. apatah lagi perut ikan. Ya, kisahnya bermula apabila isterinya terlupa membuang perut ikan. Haa... (Namun kemuncaknya sahaja adalah `kes' perut ikan tetapi ketidaksefahaman tersebut sudah terbina pada tahap-tahap awal perkahwinan mereka). Saya ada nampak dan fikir.

Saya ni malaslah nak ulas pasal perkahwinan orang, tidak adil kepada mereka yang terlibat. (konon malas lepas tu siap hurai dengan detail, he he he. Teruk saya kan? tapi demi Allah bukan nak burukan sesiapa. Yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan).

Sehingga saya menulis posting ini saya masih rasa sedikit rasa sedih sebab perkahwinan sahabat baik saya hancur berderai begitu sahaja. Dan sehingga ke hari ini saya salahkan kedua-duannya. Walaupun si lelaki kawan baik saya tetapi saya rasa dia juga bersalah...

bersambung...  nak gi ke kedai beli cuka dan belacan, nak buat colek betik. Best...

Wednesday, May 8, 2013

Najib dan ayam baik


Najib adalah anak saudara saya yang ketara kesukaannya terhadap binatang. Dia suka pelihara ikan gupy, ikan laga dan ikan molly. Dia juga pelihara berbagai jenis ayam. Dia juga pelihara kucing. Terbaru saya balik mengundi saya teman dia pergi ambil ayam baik.

Sekarang dia suka ayam baik. Memang keturunan saya suka haiwan gamaknya. Saya juga suka haiwan iaitu ikan, kucing jiran dan anjing. Juga monyet.

Najib juga ada bela burung merpati yang pelik.



Ketika saya pergi ke rumah tuan ayam baik. Tuan ayam tidak ada kerana pergi sediakan bas untuk pengundi luar yang akan balik mengundi di Besut. Saya juga pengundi luar tetapi saya tidak naik bas. saya pandu kereta selow-selow.

Ayam baik ini ayah saya dan Najib `pau' di rumah kawannya.
Ayah saya beritahu tuan ayam tersebut telah diberitahu akan kedatanganya. semasa ke rumah tuan ayam, anaknya yang dewasa ada.


Ayah saya peminat tegar ayam baik
Seingat saya waktu saya kecil ayah saya ada juga main ayam baik, main burung merbuk dan ikan kelisa (Arowana).


Cara ikat ayam baik dalam guni.

Ayam ini diletakan di belakang pajero.


Bila saya lihat Najib, saya lihat dia sudah semakin dewasa. saya berharap dia tidak akan hadapi kemurungan hidup sepertri saya.

Jan: Apakah yang dimaksudkan dengan ayam baik?

Susu untuk ayah (2013)


Filem ini masih dalam pembikinan. Entah bila siapnya masih tidak dapat dipastikan kerana beberapa babak mesti dibuat semula kerana dikatakan terdapat sentimen perkauman terutama kaum ibu. Pun begitu pengarah filem ini masih berbincang dengan FINAS dan Zoo Negara.

Filem airmata ini mengisahkan kasih seorang pensyarah yang membeli susu tepung untuk ayahnya. Penonton dinasihatkan membeli tisu apabila menontonya, kalau taka da tisu, tisu toilet pun boleh. kalau nak jaga ekonomi bawak sapu tangan. kalau nak lagi jimat, tiru Mankisue, lap dengan lengan baju...

Setiap kali watak utama balik kampung dia dapati ayahnya semakin tua dan letih... Oleh itu beliau ke Jerteh membeli susu tepung ini. Perasa Vanilla, RM75. (harga sengaja diletakan bukan untuk menunjjuk-nunjuk tetapi buat rujukan pada masa hadapan, haaa).

Bila kita kecil ayah dan ibu belikan kita susu, bila kita besar wajarlah sebaliknya, kan?

Semoga filem ini dapat disiapkan untuk masuk panggung sebelum raya kalau tak asyik hantu, gengster, lawak, hantu, gengster, lawak. haa...hatu, gengster, lawak...

Jan: Maaf saya merapu...tapi memang susu itu untuk ayah saya.



Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home