Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, May 23, 2013

Lima tahun hidup terseksa...



Saya terus sokong 1000% apabila kawan saya menyatakan hasratnya untuk pindah rumah. Saya sangat sokong. Sokong sesokongnya. Saya sokong sebab dia mampu bin boleh. Sampai bila nak duduk di rumah ibu dan bapa mertuanya? Sampai bila? Anak dah tiga.

Saya tidak tahu kenapa dia duduk dengan keluarga isterinya apabila sudah berkahwin. Adakah itu perjanjian perkahwinan atau mahu save budget, demi allah saya tidak tahu. Dan saya tidak pernah komen pun. Dia suami isteri mahu duduk dengan rombongan sarkas pun saya tak peduli. 

Namun pertemuan sebelum mengundi tempohari menceritakan segalanya. Dia mengadu kepada saya tentang banyak hal. Saya buat-buat (pura-pura) terkejut sambil sumbat spageti ke mulut yang juga pura-pura dibuat terlopong.

"Laaaa...tak kanlah macam tu sekali, tak sangka la... tapi dia nampak baik jea..." Saya terus buat-buat terkejut dan buat muka macam hilang deposit pilihanraya (setelah keluar parti, bertanding atas tiket bebas dan habis beratus ribu...). Sebenarnya saya sudah sangka itulah akan terjadi jika kita lama-lama duduk di rumah mertua. Kalau tak salah mertua, akan salah kita. Tang tu, tang ti, pi mai situ. Huh!

"Balik kerja nak tanggalkan baju dan berlegar di rumah pun segan..." Kata kawan saya. Saya lantas teringat aksi saya apabila saya balik rumah, lepas tutup pintu dan langsir, letak kunci kereta dalam mangkuk, terus saya tanggalkan baju sambil berjalan menuju bilik persalinan (bilik tengah). Saya juga mempunyai kemahiran melurutkan seluar sambil berjalan. Bila tiba di bakul `baju kotor', saya sudah hampir berbogel dengan sempurna. Masa itu emas.

" Kenapa kau tersenyum ni Man?" Tiba-tiba kawan saya bersuara. Mungkin dia perasan saya tersenyum simpul.

" Tak ada apa-apa, aku rasa lucu pulak cerita kau ni..." Saya sekali lagi, untuk kali yang ke berapa menipu. Menipu sebab sebenarnya saya tersenyum bila membayangkan gelagat saya yang menanggalkan pakaian satu-persatu seolah dalam babak sebuah filem porno...

" Baguslah kau pindah, biarlah rumah kecil atau besar reban ayam tapi rumah kita sendiri. Kau tu pung mestilah belajar jadi ketua keluarga. Anak semakin membesar dah" Saya beria beri pendapat setelah dia ada juga bercerita bapa mertuanya yang bekas polis tersebut suka mengarahkannya buat kerja itu ini, putuskan segala urusan dan juga jadi pengiringnya. Apa ke jadah balik kerja letih-letih kena kerja di ladang lagi atau iring mertua ke bandar beli gambir...(sebenarnya saja bapa mertuanya nak jalan-jalan...kata kawan saya tersebut).

Setelah berpakat nak pangkah parti mana, kami pun berpisah. Dalam perjalanan pulang semasa memandu kereta saya rasa kagum sangat kepada kawan saya tersebut. Dia `tahan' bertahun-tahun duduk terseksa di rumah mertuanya itu. Kalau saya....kalau sayalah.


Jan: sebulan pun saya tak akan izinkan orang seksa saya! Huh!

2 comments:

Nong Andy said...

hahaha... saya salute kemahiran encik pensyarah melurutkan seluar sambil berjalan hahaha...

memang rasa 'bahang' bila tinggal dgn mertua walaupun hanya untuk balik hari raya kah..kah..kah..

anehnya kalau balik rumah mak bapa saya.. rasa biasa jer.. kut-kut bahang tu berpindah kat husben saya agaknya lah kan.. kekekekek

Adie Achim said...

Saya tidak pernah mencuba kemahiran melurut seluar sambil berjalan. Dan tidak pernah tahu itu dikategorikan sebagai satu kemahiran :)

Saya sangatlah bermasalah untuk hidup dengan orang lain. Belah keluarga sendiripun 'geleng kepala'. Saya mahu segalanya teratur dan mengikut jadual dan rancangan yang telah ditetapkan.

Belah mentua pula, rasanya terseksa dengan kehadiran saya. Dan saya berusaha untuk menghidup secara normal namun tidak bertahan lama.

Kesimpulannya saya tidak boleh tinggal bersama orang lain :)

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home