Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, February 28, 2011

Shelter 2010

Saya memang tidak puas hati apabila seorang pembunuh tidak dijatuhkan hukum bunuh. Saya berpendapat seorang pembunuh sepatutnya dihukum bunuh. Nyawa dibayar nyawa… Saya berpendapat lagi si pembunuh tadi sepatutnya dihukum sebijik seperti cara dia membunuh mangsanya. Maksud saya jika si mangsa mati diketuk dengan kuali sampai mati maka si pembunuh tadi sepatutnya dihukum bunuh dengan diketuk dengan kuali juga, kalau boleh guna kuali yang sama, yang jadi bahan bukti kes tersebut.
Saya terasa terkilan apabila hukuman yang tidak setimpal diberikan, dipenjara sahaja atau di hantar ke hospital sakit jiwa raga. Kononnya semasa dia melakukan pembunuhan tersebut `dia bukanlah dia’ atau kononnya `terdengar suara halus untuk membunuh’… Maka mahkahmah ringankan hukuman. Mahkamah mengambil keputusan setelah menerima laporan perubatan daripada doktor yang menjalankan pemeriksaan dan memberi testimoninya ke atas tertuduh tadi.
Shelter
Dalam filem Shelter ia berkisar mengenai kerjaya doktor yang saya maksudkan di atas. Doktor yang pakar dalam multipie personality disorders. Dialah yang menentukan sama ada tertuduh atau pesalah ada niat mahu membunuh atau sebenarnya berpenyakit minda. Penyakit minda tersebut ialah mengenai perubahan tingkah laku. Perubahan ketara ini bukan merujuk kepada sebab datang bulan, isteri mintak LCD atau ditinggalkan kekasih tetapi dirujuk kepada seorang manusia mempunyai dua personaliti yang ketara, dua atau lebih. Kawan kita yang selalu bertukar mood dan buat kita makan hati tu mungkin juga boleh kita katogerikan kepada pesakit personality disorder (tapi mungkin pada tahap minima jea kot…he he he).
Watak doktor tersebut dipegang oleh Julianne Moore, yang saya rasa lakonannya bertambah hebat berbanding Julia Roberts dalam filem Eat Pray and Love. Seperti dalam filem The Forgotten, lakonan Julianne sangat cemerlang. Dia sangat menghayati wataknya, dan sekali lagi saya sarankan Era Fazira, dan Nasha Aziz menontong filemi ni. Dan tolonglah belajar sesuatu…

Sinopsis

Cerita supernatural horror ini berkisar pada watak utama si Dr. Clara (Julianne Moorne) yang menjalankan pemeriksaan terhadap seorang pesakitnya. Pesakit ini sebenarnya pesakit yang telah `dihadiahkan’ oleh ayahnya yang juga merupakan seorang doktor pakar dalam bidang multipie disorder ni (kuah tumpah ke nasi la katakan...). Dr Clara ni jenis baik dan lemah lembut orangnya… tak seperti segelintir doktor yang saya jumpa yang malas nak senyum dan nampak serius seperti kerja kat sarkas (jinakan beruang).

Kau kajilah pesakit ini, ayah nak gi buat umrah...

Maka untuk beberapa ketika dia harus berada di samping pesakit tersebut untuk memeriksa minda dan psikologi pesakitnya. Watak pesakait dipegang oleh Jonathan Rhys Meyer. Lakonan Meyer ini jauh berganda hebat daripada lakonan Tom Cruse atau Brat Pit. Pesakit baru tersebut bernama Adam.

Handsum + disoder (mereng oder?)

Dr Clara mendalami pesakit ini sehinggalah pada suatu tahap pesakit ini semakin membahayakan dirinya dan juga keluarganya. Pada mulanya saya duga Dr Clara International ini akan jatuh cinta dengan pesakitnya…saya silap, itu skrif cerita Melayu!!!.

Dr Clara ni sebenarnya seorang janda, suaminya mati dibunuh. Dia redha je… dia sibukan diri dan bekerja, dihormati dan ada nama. Dia selalu diminta oleh polis dan bekerjasama dengan mahkamah. Kira dia seorang yang berjaya dalam kerjanya… Cuma pada dingin malam ketika dia memeluk bantal, tiada sesiapa yang memeluk dirinya, kesian kan? (yang ni saya tambah jea…he he he).

Oh yea dia ada seorang anak perempuan (orang putih ni memang begitu demografinya, householdnya. Kaya raya tapi anak seorang, kita lebih teroor walaupun papa kedana anak non stop every year…) selalu menyoal (anak kecilnya kata kenapa tuhan tak tolong kita dan kenapa tuhan begitu?, kita baik pun tuhang tak tolong…). He he he.

Tiada bogel

Saya tak ada ilmu dalam penyakit multiplie personality disorder ni jadi sedikit sebanyak menjadi masalah juga bagi saya untuk memisahkan antara fakta perubatan dan rencah pemanis cerita. Maklumlah namanya pun cerita, ada unsur-unsur direkacipta supaya menyedapkan cerita dan fakta tak sahih tentang penyakit ini. Kalau seorang itu ada ilmu tentu dia boleh memahami cerita ini dengan lebih baik. Susahkan filem orang putih kan. Nak tengok pun kena ada ilmu…


Kau ni sekejap Simone, sekejap Mankisu, sekejap penyanyi terkenal! Huh!

Cerita ini cerita berat dan kebanyakan lokasinya di hospital dan di dalam bilik pemerhatian atau pemiksaan di hospital tersebut. Jangan harap nak ada adengan bogel atau ringan-ringan. Tema cerita berat katakan...
Nota kuliah tak berguna?

Kita kembali kepada Dr Clara International tersebut. Nak dijadikan cerita sampai satu tahap Dr Clara sendiri rasa kompius mengenai ilmu sains yang dia belajar di university dulu. Dia rasa nota kuliah, buku teks dan soalan tutorial, kuiz dan final tak dapat member jawapan kepada pengkajiannya.

... hai nota kuliah tak berguna jugak akhirnya...

Tiada pun lecturer ajar pasal roh-roh ni. Tiada diajar kuasa tuhan? Ya lah kan doktor biasanya percaya tentang sains dan sesuatu yang boleh dibuktikan manakala agama ni kalau kira logik tentulah lebih karut daripada buku teks kesusasteraan Melayu Hikayat Hang Tuah (tingkatan 6).

Saya tengok cerita ni 2 kali, kali pertama dengan anak saudara (jadi peneman, saya bukan penakut tapi tak berani tengok sorang). Kedua saya tengok seorang diri sahaja, tetap takut juga walaupun bukan cerita hantu. Rasa tertekan ada juga sebab watak-watak serius giler je… doktorlah katakan… Apa doktor kena serius ke? Cerita ini banyak dialog, slow dan not steady. Ada juga suspen...


Diam-diam nak oiii, nanti dia jumpa kita...

Saya tak sarankan kepada pembaca untuk tengok filem ni, bimbang tertidor. Tetapi kalau nak tengok, saya tak pula melarangnya sebab ada pengajaran berharga, antaranya:

1-Sebaik-baiknya anak hendaklah kita ibubapa yang menjaganya. Bukan serah ke orang gaji, kawan kita, adik beradik kita, ayah mak kita, ayam itik.

2. Jangan hina orang yang nampak tak betul,kot-kot kitalah yang sebenarnya tak betul, he he he.

3. Mencarut depan budak adalah suatu yang tidak harus dilakukan terutamanya oleh orang dewasa.

4. Janganlah dok kerja 24 jam, berehatlah seketika.

5. Hendaklah kita pukul gambar semasa kita di sekolah menengah. Bila cikgu kelas kita ajak bergambar ramai-ramai, atur kerusi, cikgu kelas duduk di tengah ketua tingkatan dan penolong kelas duduk kiri kanan cikgu, kita mestilah beri kerjasama.

5. Ada sesuatu perkara memang benar walaupun tak masuk akal.

6. Orang tak pakai tudung tak semestinya tak bermoral/beragama.

Jan: Kadang-kadang saya rasakan diri ini bukan diri saya yang sebenarnya…(pulak dah, tak habis-habis nak cari glamour dalam blog sendiri)

Antara hujan dan airmata...


Selebat hujan yang turun
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan
Di dalam jiwaku

Sehebat halilintar
Membelah langit yang kelabu
Tidak sepanas petir
Yang membakar hidupku

Ohhh… hujan..
Di antara airmata ku
Menitis laju
Bersama pilu pilu

Ku cuba menghapuskan
Kenangan waktu silam
Namun bertambah membara
Rindu yang ku sekamkan

Semakin aku mencuba
Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan
Untuk diriku ooh..
Kasih

Semakin ku cuba
Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan
Untuk diriku ooh..
Kasih



Setiap insan pernah merasai rindu. Insan normal akan merasainya. Saya sudah cuba untuk menggambarkan rasa rindu itu dengan himpunan kata-kata puitis tetapi gagal. Saya mahu mendefinasikan rasa rindu di blog ini agar ia dapat menggambarkan secara keseluruhan apa yang kita rasa, pernah rasa... gagal lagi.
Rasa rindu membuatkan kita sedih, rindu kepada seseorang membuatkan kalau ada sayap sudah pasti saya terbang mencarinya (walaupun saya jenis gayat orangnya). Saya akan terbang tinggi kerana saya rindu... tetapi saya tidak ada sayap, tidak ada kereta hanya ada motor sahaja pada masa itu...
Lirik pilihan saya yang kedua adalah lirik lagu Antara Hujan dan Airmata. Lirik ini membuatkan saya menitis air mata semasa pulang dari kerja pada suatu petang yang mendung kemudiannya disulami hujan lebat dan ribut petir......(harap jangan menyampah, teruskan pembacaan anda kerana skirip hidup kita berbeza). Air mata saya jatuh kerana saya sangat rindu, saya sedih, saya teringatkan dia sangat-sangat...
Saya menyapu muka saya kerana bibir saya terasa masin. Apabila hujan lebat mula turun, saya berhentikan motor di tepi jalan saya mengelap muka saya dengan tangan. Saya mengelap air mata saya yang ada... di antara air-air hujan yang merintik di muka saya... saya rindu. saya tahu tuhang sedang melihatnya, dan saya mahu tuhan tunjukan kebenaran (pada masa tersebut).


Cover kaset

Lagu ini dipetik daripada pokok (album) solo studio terakhir Sudirman... Ada banyak lagu lara di dalamnya. Semasa di sekolah menengah dulu saya ada membelinya dalam bentuk kaset. Saya harap ada usaha mengeluarkan rakaman asal dalam bentuk CD, kompilasi-kompilasi tak main lah kan? he he he.

Antara lagu-lagu dalam album ini...


1.Abadi Di hati
2.Aku Temanmu
3.Antara Hujan Dan Airmata
4.Bercanda Di Pasiran Pantai (Anita Sarawak)
5.Bintang Kejora
6.Di dalam Sepi Itu
7.Di Hari Persandinganmu
8.Gerhana Di Hatiku
9.Kelana
10.One Thousand Million Smiles.


Jan: Senang je nak faham lirik tu...suruh orang yang paling kita sayang tinggalkan kita, apa yang kita rasa selepas itu adalah apa yang lirik ini cuba ceritakan. He he he senang je kan?

Jangan datang tengok...


Sudirman tidak mahu para peminatnya melihat keadaan dirinya yang sakit..., dan menderita?, sewaktu beliau dirawat di Hospital Tawakal, allahyarham pernah memberi pesanan melalui saudara-maranya supaya memberitahu peminatnya agar jangan menemuinya:
" Tolong beritahu mereka, kalau sayangkan saya, jangan datang tengok..." Itulah kata-kata Sudirman...
Rata-rata peminat menghubungi syarikat rakaman EMI menangis-nangis nak tahu benar keadaan Sudirman. Sudirman bukan penyanyi biasa, penyanyi biasa kalu sakit atau patah empat kerat pun tak ada yang perasan, he he he. Tetapi Sudirman lain...
Kata Presiden Seniman pada masa itu (Baharuddin Haji Omar), patut sangatlah keluarga Sudirman mengumumkan keadaan penyanyi itu kerana beliau adalah penghibur nasional, milik masyarakat. Katanya:
"Mereka tidak boleh anggap Sudirman sebagai hak keluarga saja kerana Sudirman adalah penyanyi yang sudah tidak asing lagi di Malaysia." "Adalah lebih baik mereka mengumumkan daripada membiarkan cerita yang bukan-bukan mengenai penyanyi itu berleluasa," katanya.
Jan
: memang kita tidak mahu orang yang kita sayang tengok kita menderita...kita buat gembira jea...kita makan dalam orang tak tahu...penyu menangis.

Thursday, February 24, 2011

Malar hijau...



Seperti P Ramlee, Sudirman juga meninggal dunia pada usia yang muda (37 tahun). Dan seperti P Ramlee juga, Sudirman mendapat gelaran (Datuk) setelah lama beliau meninggal dunia (18 tahun).

Namun dalam masa yang singkat tersebut Sudirman meninggalkan karya yang hebat, karya yang releveng dengan masyarakat sampai bila-bila. Lagu gembiranya, lagu sedihnya, lagu motivasinya dan juga lagu cintakan tanah airnya tetap digunapakai sampai kini.
Beliau adalah antara insan seni sejati dan bukan jenis yang hu ha - hu ha berperempuan sana sini. Saya berpendapat keikhlasan beliau dalam berkaryalah menyebabkan lagu beliau menjadi malar hijau...



Jan: Suka lagu `ayah dan ibu', rasa insaf je bila dengar...

Kepada `seseorang'...

Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...

Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu...

Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini

Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati

Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu...


Jan: Aku tidak akan maafkanmu, sampai aku mati...

Lagu-lagu lara Sudirman...

Saya ada piring hitam ini...


Kata seorang sahabat maya saya (beliau mengulas blog saya dalam blognya) blog jankaulu penulisannya walaupun kelakar tetap dihalakan kepada kelaraan. Saya setuju! Maka saya mahu menulis mengenai lara di hati Sudirman. Secara amnya ramai yang tahu siapa Sudirman, beliau lebih terkenal daripada ahli politik, lebih terkenal daripada tokoh agama dan ahli sukan Malaysia... Selain daripada Kak Pah, saya juga minat Sudirman, tetapi bukan minat kepada suaranya tetapi kepada lagu-lagunya yang `sukar' untuk telinga saya dan hati tolak...
Kepemergian sudirman sama mengejutkan saya seperti penceraiannya... Semasa saya tahun pertama di UM, apabila saya balik ke asrama Seksyen 17, kawan saya beritahu `sukiman abang kau dah mati'.
Lagu lara Sudirman membuatkan saya rasa diheret sama ke dalam keperitan. Pedih ngilu saya rasainya sampai ke tulang. Penghayatan yang mendalam membuatkan kita tahu dia berada di dalam kesedihan. Mustahil dia boleh menghayati sedemikian rupa...itulah pendapat saya.
Kami senasib...(pulak dah, nak jugak...). Kehilangan kekasih hati bagai jiwa tak beraga. Dan saya sifatkan kepermegiannya ada kaitan dengan penanggungan perasaan yang di hatinya.
Persoalannya siapakah yang dirinduinya? Mungkin dia merindui bekas isterinya. Saya pernah membaca tulisannya yang mengatakan dia telah cuba sedaya upaya menyelamatkan rumahtangganya tetapi gagal. Kegagalan itu menyebabkan dia tidak boleh berkarya dengan selesa...
Sudirman pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang eksekutif Petronas yang bernama Kamariah Jamaluddin (Kay). Mereka berumah tangga hanya tiga tahun saja sebelum berakhir dengan penceraian. Perpisahan tersebut memberi tekanan psikologi yang cukup hebat kepada Sudir, peminatnya boleh merasai tekanan tersebut melalui lagu-lagu cinta lara yang dinyanyikannya. Dia menyanyi dengan jiwa yang lara... rindu yang tak sampai...
Namun saya tidak pasti kerinduan dan rasa kasih sayang dalam lagu-lagu lara tersebut ditujukan kepada bekas isterinya atau pun orang lain...? Kalau orang lain siapa orang itu? Umum mengandaikan lagu-lagu lara tersebut adalah untuk bekas isterinya namun saya tidak menolak kemungkinan ia mungkin ditujukan kepada seseorang yang lain...

Jan: Siapakah `seseorang' itu?


Rukun Jiran...

Kepercayaan kepada menghormati dan menghargai hak masing-masing.

Kenipisan kulit muka untuk sentiasa bertegur sapa dan bermanis muka

Kesungguhan kepada berbaik sangka dan bertolak angsur

Keikhlasan dalam memberi tahniah dan takziah (ikut situasi)

Keupayaan menutup keaiban jiran dan hindari mengumpat jiran.


Jan: Jiran sepakat membawa berkat, jiran buruk sangka membawa petaka.

Bunuh jiran...

" Barang siapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangga. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka ia hendaklah dia memuliakan tetamunya"

- Hadis riwayat al Bukhari danm Muslim.


1. Saya teringat angkara sebungkus plastik berisi sampah yang dikatakan segaja dibuang berhampiran pintu rumah (di sebuah rumah pangsa di ibukota), seorang jiran memukul belasah jirannya (hingga mati jirannya tersebut...)
2. Saya teringat juga kes kematian `rumput karpet' jiran yang membawa menjadi fail kes mahkamah. Kes ini melibatkan golongan terpelajar.
3. Saya teringat lagi seorang jiran yang tidak puas hati menetak jirannya hingga mati. Warga emas tersebut menetak mati jirannya yang juga warga emas di muka, kepala dan tangan...
4. Saya teringat lagi kawan saya beritahu yang semasa dia duduk di tepi pagar rumahnya tiba-tiba datang jirannya menampar mukannya dan berlalu pergi. 2 hari kemudian dia datang kembali minta maaf sebab dia tersalah tampar, sepatutnya dia tampar jiran yang lain, he he he.
Saya tak ada masalah mengenai jiran dan hidup berjiran cuma saya ada pantang larang yang saya tak suka. Saya tak suka orang cara hal peribadi saya (saya rasa nak marah ni). Atau menceritakan kebaikan pasangan masing-masing (saya rasa nak muntah).
Jan: Huh!!!

Kelebihan Tefal...


Perkataan perangcis susah nak sebut.... kalau orang pandai cakap perancis kira terorlah berbanding rata-rata pandai cakap orang putih.
Di sini saya ingin bercakap pasal Tefal. Walaupun kita mungkin tidak dapat menyebut perkataan `Tefal' dengan bunyi yang betul tetapi tidak semestinya kita tidak mampu membelinya, he he he. Sahabat saya iaitu Adibah (bekerja di Kolej Shahputra) amat bersetuju dengan cara pemikiran saya tersebut...he he he.

Keistimewaan Tefal:

1. Salah sebut pun tidak mengapa, ia barang bermutu, bijak untuk diperkatakan.

2. Tidak pandai memasak pun tidak mangapa jika kita mampu membelinya.

3. Kita akan rajin ke dapur (bukan untuk memasak tapi untuk melihat kuali tersebut, he he he).
4. Jiran kita akan terdetik di hatinya tapi tak mahu pula memuji secara direct, dengki kita bangga. Tetapi kita tahu dia terpegun… Dan jangan terkejut beberapa lama kemudian ada barangan Tefal di rumahnya juga (kes nak jugak...)
5. Ada induction technology, kalau kita terlupa tutup dapur gas ia tidak membakar rumah kita, makanan yang dimasak akan hangus secara perlahan-lahan… Contohnya (kisah benar) pada suatu tengahari sedang saya memasak tiba-tiba saya dapati cuka tiada lantas saya terus tergesa ke Tunas Manja (tanpa menutup dapur gas tersebut). Bila ke Tunas Manja saya terleka membelek barang, bukan sahaja saya membeli cuka tetapi juga kicap, maggie dan sebagainya. Bila saya balik ke rumah alhamdulilah (unsur agama) tiada apa-apa yang terbakar kecuali masakan dalam Tefal hangus.
6. Mak mertua akan puji sebab cantik berkilat (kepada yang berkawinlah, kepada yang tidak kawin boleh buat periuk Tefal tu tempat air mandi bunga, he he he jangan marah).
7. Menguji kesabaran kita…(suami perli periuk cantik tapi tak guna pun...)
8. Mencantik dinding dapur bila digantung, dan boleh memenuhkan rak atau almari pinggang mangkuk.

Sekian.

Jan: Mampu beli yang paling kecil jea, masa offer atau pembelian jenis redeem...

2 jenis jiran...

Jiran adalah `keluarga' terdekat kita. Maksud saya pertolongan mereka mendahului sanak saudara kita pada waktu menghadapi kecemasan. Namun jiran juga boleh menjadi musuh terdekat dan terketat kita... he he he.

Di kalangan anak-anak saudara, saya dikenali sebagai seorang yang tidak suka berjiran/bergaul. Sebenarnya saya tidak menentang konsep kejiranan cuma daripada pengalaman saya ianya tidak selalunya berjalan dengan lancar, riang dan betul.
Agama kita menuntut memuliakan jiran. Saya tidaklah sampai taraf memuliakan jiran. Setakat ini tak ada langsung. Namun saya memang menghargai hak jiran. Contohnya ketika saya mahu menanam pokok di tepi pagar, saya sudah mengira kemungkinan pokok tersebut membesar dan kemungkinan daunnya akan jatuh berterbangan ke halaman jiran saya. Tidak mahulah saya menyusahkan orang kalau pun saya tak menyenangkan orang.
Hujung minggu lepas jiran di hadapan rumah hubungi saya dan beritahu rumput di halaman saya kering dan pokok manggis saya layu. Katanya sekarang panas terik dan kemarau, di Kuantan tidak hujan. Dia beritahu juga pintu pagar saya berkunci kalau tidak boleh dia suruh anak-anaknya siram pokok dan rumput saya... baik sungguh hati jiran di hadapan rumah saya, terdetik hati saya. saya hampir tidak percaya!
Sebaik sahaja saya sampai di rumah saya, terus saya siram pokok-pokok dan rumput di laman sampai malam... Pasti bil air mencanak naik.
Petang sebelumnya seperti selalunya saya membersihkan rumput di tepi pagar saya supaya tidak merayap menjalar masuk ke laman jiran. Di bahagian belakang rumah saya ternampak ada tanah yang basah. Oleh kerana tanah tersebut basah, subur pula rumput liar tumbuh di situ. Saya lihat saluran air basuhan daripada mesen basuh jiran dihalakan ke dalam kawasan tanah saya. Saya terdiam seketika... Apa ya perasaan kita apabila air basuhan daripada mesen basuh jiran kita di halakan kepada kawasan rumah kita?
Ya memang saya tidak tinggal di rumah tersebut, saya singgah sahaja. Namun cukupkan alasan tersebut untuk menghalalkan tindakan tersebut?
Jan: saya faham, semua orang nak senangkan diri masing-masing, tak nak susahkan diri sendiri tapi...

Wednesday, February 23, 2011

Rambut Justin Bieber


Rupa-rupanya ramai `Justin Bieber' dalam kuliah saya. Mulanya saya tidak perasan sebab saya ingatkan mereka sibuk study dan tak ada masa nak `urus' rambut. He he he.
Semuanya terjawab apabila saya tanya anak saudara saya, siapakah penyanyi yang menjadi idola mereka? Anak saudara saya yang di tingkatan satu beritahu sekarang Justin Bieber menjadi idola remaja di seluruh dunia. Saya tak pernah pun dengar nama penyanyi tu, he he he. Saya bukan apa, saja nak tahu perkembangan muzik dan perkembangan minda anak saudara -anak saudara saya.

Saya layari internate dan dengar lagu-lagunya. Sedap juga di telinga saya cuma tidaklah serasi mana kini...he he he. Mungkin lagu tersebut sesuai untuk usia awal remaja bukan lewat remaja seperti saya, he he he.

Fesyen rambut ini sembunyikan telinga, tak panjang dan tak pendek mana rambutnya. Kita hanya perlu sikat ke depan. Kalau muka kita runcing sesuailah, kalau muka kita bulat mungkin jadi Justin Timba Telaga...he he he. Cuma kadang kadang saya rasa pemakainya nampak macam hipie sikit. Tetapi ini fesyen dan menjadi ikutan, suatu yang normallah kalau mereka mengikutinya. Cuma kalau saya mengikutinya barulah... parah...

Jan: Rambutku semakin banyak gugur...Oh...

Tuesday, February 22, 2011

Lukisan tak tergantung...



Payah kan kalau tak ada orang lelaki di rumah (maksud saya lelaki lain, he he he), hendak memaku saya tidak reti. Saya bab-bab paku memaku dan mengergaji kira cemerlang gagalnya. Begitu juga pasang memasang. Pernah saya beli rak di Giant lepas tu bila balik pasang 3 bulan tidak siap-siap...masuk bulan ke 4 skeru hilang!
Bilik air saya baru sahaja bercermin. Adnan yang datang memaku dan sebagainya. Dia datang bawak alatan satu beg macam James Bong 007...
Sekarang ada beberapa keping lukisan tidak di gantung. Saya beli lukisan jualan murah sahaja. Hendak membeli yang mahal tiada saya mampu.
Saya rasa dinding rumah amat kosong. Eloklah saya gantung lukisan biar nampak menarik atau serabut sikit.
Hingga kini lukisan-lukisan tersebut masih lagi di lantai. Adnan sibuk sentiasa, terbaru dia akan bercuti ke Langkawi bersama keluarganya (kali ke 4). Mungkin apabila balik cuti nanti saya akan `desak' dia untuk gantung lukisan-lukisan ini...


Jan: Kugantungkan lukisan hatiku ke dinding, tetapi pakumu terlalu rapuh... (pulak dah...)

Terpisah irama dan lagu - Ujibakat mentor!

Kak Pah dan rakan sementorannya...


Saya berpeluang untuk tengok rancangan Mentor bersama Wan Kamarudin, seorang sahabat saya daripada tempat kerja lama saya, Kolej Shahputra. Kami makan nasi goreng belacan di sebuah kedai di hadapan kawasan perumahan saya. Pelayan wanitanya semuannya bermake up tebal...


Saya tergelak giler apabila melihat ada peserta yang menyanyi sangat sumbang. Mungkin begitu kot perasaan kawan-kawan saya yang tergelak giler apabila melihat saya menyanyi suatu waktu dulu...


Din juga tergelak dan mengeleng kepala melihat telatah peserta yang suaranya bukan sahaja tak sedap tetapi sumbang sesumbangnya. Saya beritahu Din kenapalah kawan-kawan mereka yang menyanyi sumbang tersebut tidak memberi nasihat supaya janganlah masuk uji bakat tersebut.


Apabila sahaja tiba giliran datuk Sharifah Aini, saya menerima banyak sms daripada kawan memberi komen itu ini. Antaranya ialah sahabat saya Norlizawani atau lebih dikenali sebagai Wani Pekan (juga sahabat daripada tempat kerja lama saya Kolej Shahputra). Saya teringat suatu waktu dulu saya dan Wani ada berduet menghancurkan lagu-lagu pop semasa. Muzik ke mana suara kami ke mana... Kami berani menyanyi di hadapan kawan-kawan yang lain. Kami berani untuk rasa bahagia. Tetapi suara Wani jauh lebih terkawal dan sedap di dengar berbanding saya, he he he.


" Kalau nyanyi macam ni datuk Sharifah Aini boleh nyanyi 2000 buah lagu dalam satu konsert" Kata Ajai kepada salah seorang peserta yang nyanyiannya cepat, sumbang dan tak berirama. Saya lihat Ajai tergelak dan Kak Pah juga turut tergelak sopan (tutup mulut dengan tangan).


Saya berpendapat ramai yang mahu menyanyi dan jadi penyanyi dan dalam ramai-ramai tu saya berpendapat ramai yang sepatutnya baik jadi pendengar jelah...he he he.

Jan: Teringat Kak Pora menyanyi lagu Menaruh Harapan... kalau Zaiton Sameon tengok tentu menangis...

5.80%: Tahun kewangan berakhir 31 Desember 2010




Saya tidak ternanti nanti untuk mengetahui kadar dividen KWSP bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. Saya sudah menjangkakan kadarnya mungkin di antara 5.50% hingga 5.90%. Kalau lebih pun mungkin hanya mencecah 6%.


KWSP adalah tabung persaraan bukan skim pelaburan. Semua pelaburan ada risikonya. Oleh kerana KWSP ada juga kemahuan untuk melabur maka pelaburan dibuat adalah pada kadar risiko paling rendah.


Saya dapat rasakan ramai yang mengeluh apabila jumlah dividen yang dibayar hanya 5.80%. Sekali lagi kita harus ingat simpanan ini masih berbentuk dana dan tidak semuanya boleh dilegokan ke dalam bentuk pelaburan.


KWSP tidak pandai berniaga? Sekali lagi kita harus ingat KWSP adalah suatu jenis tabungan. Kalau nak harapkan kita simpan duit untuk hari tua jangan haraplah. Duit simpanan untuk persekolahan anak-anak pun terkadang terabai... dengan kata lain kita tak pernah cukup duit. Mungkin sampai ke mati kan?


Mujurlah ada KWSP, setakat ini aset pelaburan KWSP berjumlah RM440.52 bilion (setakat 31 Disember 2010). Banyak ya duit tersebut. Mengikut pengetahuan saya skim KWSP kita adalah antara skim terbaik dunia dalam usaha mengurus kewangan selepas bersara.


Kita harus tahu matlamat utama KWSP adalah untuk mendapatkan dan melindungi simpanan ahli. Dan dalam masa yang sama memberi nilai tambah sedikit sebanyak dalam bentuk pelaburan yang kurang risiko. Dan bukan semua wang simpanan tersebut dilaburkan. Kalau semua dilabirkan jika lebur macam mana?


Ramai yang beranggapan adalah lebih baik ambil wang simpanan daripada KWSP tersebut dan melabur di tempat lain yang lebih menguntungkan. KWSP sedar akan hal ini, sebab itulah di adakan Skim Pengeluaran Pelaburan.


Jan: Skim Pengeluaran Pelaburan?


Monday, February 21, 2011

Datuk Sharifah Aini dan uji bakat Mentor






Saya sudah menjangkakan tidak ramai peserta yang hadir untuk menjalani uji bakat. Mereka tidak memilih Datuk Sharifah Aini kerana banyak sebab.
Kebanyakan mereka yang hadir adalah peserta yang benar-benar berbakat dan benar-benar mahu menyanyi. Suasana itu cukup berbeza berbanding sesi uji bakat bersama mentor lain, apabila kebanyakan peserta yang datang lebih kepada sekadar suka-suka.
Antara sebabnya mungkin peserta takut menyertai sesi uji bakat seterusnya menjadi protege di bawah First Lady of Malaysian Music ini. Maknanya jika hanya mahu mengejar glamour dan kerlipang lensa kamera iannya tidak berbaloi.
Saya berpendapat amat sukar untuk melahirkan seorang penyanyi yang bagus, ada identiti dan wawasan. Lebih sukar lagi untuk bertahan lama serta mempunyai ramai peminat. Untuk popular sekejap dan glamour memang ramai.
Tidak salah untuk bercita-cita menjadi seorang penyanyi terkenal. Tidak salah juga untuk memasuki uji bakat kerana bakat juga akan berlapuk jika tidak dapat dikesan atau di ketengahkan. Itulah kata-kata Sudirman yang berasal daripada Bintang RTM. Yang salahnya tidak bersungguh-sungguh dalam mengejar impian.
Jan: Tergelak tengok seorang peserta nyanyi lagu Kak Pah yang bertajuk `Maafkanlah'.

Suatu petang bersama adik perempuan...




" Ina, rambut abang ni napok konservetif ke? " Saya tanya adik saya semasa saya sedang memandu. Saya memang sikat betul-betul rambut saya, saya bubuh minyak rambut. Nampak lepeh...macam skima sangat

" Ok dah tu... kita ni dah tua, tok kan nak buat fesen macam landak, kita bukan muda lagi...Dulu lain." Adik saya jawap selamba...

Saya teringat dulu masa remaja kami kerap kunjungi saloon...

Jan: krisis pertengahan usia? Part 3?

Thursday, February 17, 2011

Orang tua...



Semalam saya `terjumpa' dengan bekas pelajar saya, sekarang dia sudah di semester akhir. Dia kelihatan sangat berbeza dengan semasa saya mengajarnya dahulu. Bukan lagi kurus keding dan lusuh. Mungkin dia sudah pandai bergaya. Atau...saya yang rabun?
Semalam saya tidur pukul 3 pagi. Saya ralit menatap gambar saya masa muda. Boleh tahan juga... he he he saya perasan. Saya bergeliat kiri kanan di atas katil bersaiz queeng tersebut. Saya tatap muka saya lama-lama di gambar-gambar tersebut...dan ada cermin muka di sebelah saya. Saya cuba bandingkan (eh penyakit baru ke ni?, orang malam-malam sembahyang taubat ke, tahjuk ke, ni menatap muka kat album! Huh! Apa nak jadi...).
Saya masih mudah kah? Atau saya tua? atau saya semakin tua? Mana ada orang semakin muda kan? Saya berdialog sendirian.
Rata-rata orang tua memiliki rupa bentuk fizikal yang berbeza daripada orang muda. Saya lihat mereka kelihatan kurus, memiliki kulit yang berkedut seribu, berambut putih atau perak. Mereka bongkok sedikit... Emmm mereka tidak menarik walaupun berduit.
Masa kita handsum duit tak ada, bila handsum kita dimamah waktu duit ada, pelik hidup ini...
Dahulu cikgu biologi tingkatan 5 saya beritahu orang tua badannya kurang menghasilkan sel-sel baru. Kalau dihasilkan pun berkualiti giffen (rendah).
Kalau saya tua apa yang tinggal yea?
Jan: sekeping hati yang suci baik dan mulia dan kedut seribu itu adalah seribu mawar! (sekadar menyedapkan hati le tu...)

Wednesday, February 16, 2011

Keli dua selubang...


Saya merasakan saya mungkin menghadapi krisis pertengahan usia. Emosi saya kadang-kadang tidak stabil dan akhir-akhir ini saya terlalu banyak berfikiran negatif.
Saya semakin kerap membandingkan kejayaan diri saya dengan kawan-kawan sekeliling... mereka jauh lebih hebat dan mencapai sesuatu dalam hidup...
Ia sedikit sebanyak memberi tekanan kepada saya... kadang-kadang saya rasakan kehidupan saya akan berakhir dengan menyedihkan dan tiada sebarang pencapaian besar yang saya raih sepanjang perjalanan ini...
Saya tahu...saya tidak patut menulis sebegini tragis...

LOST...

Saya cuba untuk menulis...

Monday, February 14, 2011

Bini Sawyer dan sebuah cinta!

Sawyer...



Setiap manusia yang bernyawa mahu mengenal dan merasa cinta. Dan rasa cinta itu tidak mengenal sesiapa dan apa-apa kerana ia merupakan perasaan abstrak yang lahir daripada jiwa. Bila kita lihat satu pasangan bagai pinang tersalah belah atau digelek steamroll, kita kena faham...yang...
yang kalau kita cinta kerana harta, harta mungkin akan susut, kalau kita cinta kerana kemantapan, ia akan kecut berut, kalau kita cinta kerana perangai elok, esok lusa dia mungkin bertukar jadi puaka...
Dan cinta Sawyer kepada Kumala adalah kerana cinta. Saya selalu beranggapan kalau kita handsum, kaya dan terkenal senang nak dapat perempuan yang macam patung Barbie. Ada paha dan betis macam pen kilometrikol tak pun paha macam liquekpaper.

Nak berjalan pun paparanzie sibuk pukul gambar. Eh bini Sawyer pakai aprong?

Bawak anak ke sana ke mari, bapa yang baik katakan...


Kumala ni orang Indonesia, kain batik Jawa tak tinggal...



Wartawan kata sawyer panggil bini dia `the love of my life". Di dalam internate ada tertulis ramai gadis jelita yang menangis bagai nak rak bila Sawyer kahwin dan berguni Kamala kena kutuk sebab muka tak cantik tapi kahwin dengan Sawyer... Kesian jugak Kumala tetapi dah rezeki dia kan? Mungkin Sawyer sahaja dapat melihat kelebihan Kumala.


Pernah saya terfikir pasal bini kawan saya (pulak dah). Maksud saya macam mana kawan saya boleh tahan dengan bininya yang pada pandangan saya bukan sahaja tidak menarik dan kasar, tetapi juga memboringkan. Saya ada tanya kawan saya, dia jawab "Entahlah Man, aku pun tak tahu..."


Jan: Saya rasa saya tahu jawapannya... Cinta!

Saya sakit hati!!!

Sudah lama saya tidak berblog. Saya tidak mahu jadikan `sibuk' sebagai alasan untuk tidak menulis (walaupun saya memang agak sibuk di Cyberjaya Selangor).

Saya ada juga menulis setiap hari, kata Alam menulis tersebut adalah jiwa saya. Cuma penulisan saya semakin berbentuk peribadi dan biarlah layaknya dipostingkan ke sudut dasar hati saya sahaja... Bukan semuanya perkara mesti dipublik kan?

Dalam beberapa minggu ini saya dan Safarina sibuk terkurung dalam studio milik KRU, Cyberjaya Selangor. Kami bekerja berhempas pulas merakamkan 3 buah lagu untuk album terbaru Mawi. Setakat ini kami berjaya merakamkan dua lagu, iaitu lagu 'Mengapa' dan ' Raja Puaka'. Cuma lagu ketiga amat mencabar sehingga terlintas difikiran saya Mawi mungkin tak mampu bawak lagu tersebut. Terlalu sukar untuknya.

" Awak keluar dulu! pergi isap rokok ke atau melompat-lompat! " Jerit saya pada Mawi. Saya memang tidak puas hati melihat persembahan Mawi dalam beberapa hari ini. Dia gagal. Seolah tidak membuat apa-apa persiapan sebelum masuk studio. Sudah hampir setengah jam, penghayatannya dan lontaran nada suara tidak sampai! Sangat ketara pada bahagian korus lagu.

Lagu ciptaan saya tersebut durasinya 6.08 minit. Agak panjang. Saya dapat melodinya semasa saya memandu pulang daripada tengok banjir di Kelantan tempohari. Liriknya ditulis oleh sahabat baik saya Habsah Hassan.

Sukar untuk saya menggambarkan lagu ni, ia bukan jenis lagu yang dicipta tangkap muat atau belang berak. Maksud saya bukan dicipta secara melepas batuk di tangga. Ia dicipta dengan penuh jiwa walaupun melodi asasnya terilham semasa saya sedang memandu.

Saya masukan juga satu part dalam lagu ini yang berunsurkan okestra dan sedikit saprono. Pendek kata tugas Mawi adalah mesti cepat menukar perasaan diri dan nada suara pada setiap rangkap lirik yang tertulis. Pendek kata dalam lebih kurang 6 minit tersebut dia kena ada 3 perasaan!

Bulan lepas saya taklah rasa tertekan sebegini, malah bahagia. Kompose lagu untuk Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza simple sahaja. Mereka amat selesa dalam studio menjiwai lagu. Saya tak perlu mengajar Datuk Sharifah Aini untuk `terjun' ke dalam lagu tersebut. Setiap patah sebutannya jelas. Memang dia diva!. Saya tak hendak mengajar itik berenang. Begitu juga Datuk Siti Nurhaliza memang sudah buat homeworknya. Saya amat yakin lagu " cara tudung berbeza jua" tersebut akan meletop.

Lain pula dengan Mawi. Mawi ada suara, cuma bahagian penghayatan kurang, key suaranya tak pelbagai teknik, tak sampai. Dan paling mengecewakan saya dia tak boleh bawa lagu yang bernada rendah, suaranya jadi bergetar semacam. Kalau bergetar macam Zaiton Sameon tak apa, ni macam getaran kerusi urut Ogawa yang kita beli (bayar bulan).

" Bahagian ini awak kena turunkan key awak, suara kena nada rendah tetapi mesti dikasarkan, guna pic falseto" Saya teringat apa yang saya beritahu Mawi"

Kadang-kadang saya rasa menyesal bila terpaksa memarahi Mawi. Saya tengok mukanya merah. Pic falsetom tu sebenarnya boleh kita dapat jika kita sering berlatih. Zaman dahulu kala penyanyi lelaki dikembirikan supaya pengawalan pic falseto tinggi rendah ini dapat dicapai dengan senang. Dan ada juga ahli muzik berpendapat menghisap rokok juga boleh membantu.

" Awak panggil Mawi masuk" Saya arahkan Safarina yang sedari tadi terangguk-angguk mengikut irama lagu, seolah dia pulak yang akan menyanyi.

Apabila pintu dibuka saya nampak Mawi macam tertekan sangat dah. Saya suruh dia duduk dahulu...saya hulur air mineral.

"Warna suara yang konsisten memang kurang penting bagi penyanyi jenis muzik ppopular tapi muzik ni ada unsur musikal dan okestra. Awak kena guna suara `dalam' yang keras atau penggunaan nota flageolet. Saya nak nada nyanyian berbisik di tahap tinggi". Saya beritahu Mawi berdasarkan apa yang saya belajar dengan guru vokal Safinaz dan Hazami.

" Saya mahu awak naik satu oktaf saja lagi, satu je lagi, awak kena capai!" Saya beritahu Mawi, saya bukannya saya minta 6 oktaf seperti yang dicapai oleh Adam Lopez Costa, atau 8 oktaf seperti Georgia Brown!.

" Saya minta satu oktaf lagi, bukannya saya nak awak capai 5 oktaf macam Mariah Cary" Saya sebut nama Mariah cary je, kalau saya sebut nama Adam Lopez Costa atau Georgia Brom, bimbang Mawi terberak untuk mencapai taraf oktaf seperti mereka.

" Sesebuah lagu adalah satu tanggungjawab besar. Cara awak nyanyi kemungkinan besar akan menentukan lagu ini akan jadi evergreen atau tidak. Popular atau tidak saya tidak peduli. Ya tanggungjawab awak untuk menghidupkannya!, ianya bukan satu kerja yang senang".

"Saya tak nak awak syok sendri, awak kena ingat yang membayar nak dengar lagu ini bukan awak" Saya berawak-awak dengan Mawi. Ya saya memang profesional bab-bab kerja. Kawan tetap kawan.

Sedang saya memarahi Mawi, tiba-tiba saya nampak Yusri KRU dan Maya Karim ada menjengok di cermin. Saya nampak Maya Karim melambai-lambai tergelak ke arah saya di sebalik cermin kaca tersebut. Saya naik malu dan tidak lagi memarahi Mawi.

Saya anggap Mawi bagai adik saya sendiri. Sebab itulah saya menolongnya. Saya tak mahu dia hilang terus dari dunia muzik kita. Saya mahu nama dia terus ada, saya mahu FELDA terus ternama. Sampai sekarang saya berpendapat selama ini lagu yang Mawi nyanyikan tak ada satu pun yang sesuai... Bukan saya nak lekehkan kebolehan M Nasir tapi lagu yang diberikan pada Mawi tersebut...alahai... no komeng.

" Dalam lagu ni ada tiga perasaan!" Saya ulang kata kepada Mawi yang terkebil-kebil bijik matanya".

" Kau campakaaannn, kau campakannn haaaaati ini..." Tiba tiba Mawi menadakan lirik yang ditulis dengan yakin.

" Out-out...Sumbang lagi!" Saya hempas botol air mineral dan terus meluru keluar dari bilik rakaman. Sempat saya lihat muka Mawi dan Safarina pucat lesi.

Saya keluar hisap rokok. Saya nak tenteramkan diri. Saya nampak Maya Karim dan Yusri dekat kereta saya. Kami memang nak gi pekena teh tarik sebenarnya. ` Tunggu jap 5 minit'. Saya sms Maya Karim. Saya lihat Maya angguk dari jauh.

Saya masuk ke bilik rakaman.

" Part bunyi piano ni awak kena bersuara `bersih", saya tak nak dengar suara garau awak yang seolah dibuat-buat, ni bukan lagu Arab!" saya beritahu Mawai sekali lagi. Saya masih panas rupanya.

" Kalau awak tak bersedia awak baliklah" Saya tak pandang langsung muka Mawi. Saya nampak Safarina saja tunduk. Dia memang tahu perangai saya bila saya mengamuk.

" Beginilah Wie, awak balik dulu, tenangkan diri dan hayati lirik lagu ni dan iramanya. Dua tiga-hari nanti kami hubungi awak" Saya beritahu Mawi. Dan dengan lembut Safarina menghulurkan sampul yang dah tersedia lirik dan disc irama lagu cuma kali ini penuh dengan nota kuliah muzik.

" Ingat dalam lagu ada cerita!" Sempat saya lemparkan suara sebelum Mawi keluar dari bilik rakaman.

Saya terduduk hampa, saya pandang muka Safarina yang sudah mula bertudung sejak balik dari Paris... kalau begini baik aku jadi penyanyi sahaja...bisik hati saya.

" You kontek Noor yea...beritahu next week kita start " kata saya.

Saya teringat pertemuan saya dengan Noorkumalasari di sebuah butik di jalan Ampang (sebulan lalu). Dia juga nak buat come back!

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home