Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, January 15, 2010

Mini Library 2

SEMALAM sudah sampai meja terpakai yang saya beli. Gembira sungguh rasa di hati sehingga saya terpaksa batalkan semua temujanji saya dengan manusia. Cuma saya sempat beri kucing makan sahaja (kucing jiran).
Meja-meja tu sebenarnya meja yang lebih sesuai digunakan di pejabat. Tetapi itu je yang murah dan mampu saya beli. Saya kena cepat siapkan mini library ini sebab masa saya dah semakin suntuk. Saya cuba buat apa yang terdaya secara kecil-kecilan...

Gambar 1: Saya letak pen-pen cederahati yang saya kumpul di dalam
mug-mug cederajiwa yang juga saya kumpul atas meja ni...
Bilik belakang bersebelahan dengan dapur, kecil sahaja saiznya, jadi tak muat nak letak meja secara memanjang dan gunakan meja yang berlengkuk dengan efisennya. Maka saya letak pasu di tempat yang tergohong. Biar nampak kreatif sikit atau nampak semakin tak betul?
Nak atur meja ni payah sebab kalau kapoh tak cukup ruang sebab saya dah ada 4 rak kiri kanan dinding bilik. Maka resolusinya saya pisahkannya ke dua meja tersebut.


Gambar 2: Meja tempat saya membaca ada pokok Nago

Semasa saya beli pokok Nago ni tingginya pendek sahaja, sekarang dah bertambah tinggi dan yang bestnya tak bercabang. Saya benci orang yang lidah bercabang. Menipu orang demi kepentingan nafsu sendiri. tak ada belas kasihan tak ada hati perut. Menipu saya tu maknanya menghinalah. Tapi saya yakin suatu hari nanti tuhan akan balas jua...tak lambat cepat, setiap yang kita buat tak akan lepas begitu saja. Tuhan tak duduk saja... Dia buat kerja, dia adil!

Maaf saya terbawa-bawa dengan emosi. Saya terlupa posting ini pasal meja yang saya beli bukan pasal diri saya dikhianati. Ok, saya dah ambik nafas kita kembali dengan soal meja. Meja ini terlalu besar rupanya dengan saiz bilik belakang ini. Masa kat kedai saya nampak kecil sahaja. Pelik...


Gambar 3: Saya letak 2 kerusi di dua meja yang saya terpaksa pisahkan...

Ada dua meja dan satu laci. Satu meja akan saya jadikan tempat saya duduk membaca dan berkhayal, dan satu meja lagi saya buat tempat saya buat kerja-kerja yang berkaitan dengan mengajar dan penulisan peribadi.

Saya percaya bahan bacaan saya akan bertambah banyak pada tahun-tahun akan datang. Maka saya kena ada rak yang banyak dan besar. Dulu saya berhajat benar (galok) nak tempah rak buku dari kedai yang berdizaing cantik atau beli kat IKEA tapi mahal sangat. Saya dapatkan apa yang saya mampu sahaja. Namun saya tetap bersyukur dengan mini library saya ni sebab orang lain mungkin rak buku pun tak mampu beli kan. Jadi sekali lagi saya panjatkan kesyukuran.

Sekarang saya ingin membeli bahan bacaan yang menyeronokan saya. Bila duduk saja-saja bolehlah saya membaca. Biar hidup saya seronok... Kebanyakan buku yang saya beli saya sudah baca kecuali kamus, he he he.


Jan: Tahun ni saya mungkin banyak habiskan masa di mini library saya berbanding di ruang tamu...

4 comments:

Eja said...

amboi cntk n kemasnya library mini awk... eh nmpk cm luas la plak kn. pandai awk atue susun.

Jankaulu said...

Thanks...Sempit je sebenarnya sebab dua meja tu memang tak dapat disatukan.

maka tu la susun atur yang saya kira terbaik yang boleh saya fikir.

Mini library awak macam mana sekarang? tentu dah bertambah rak. Awak lagi kemas dan cantik susunannya.

Eja said...

xde rupe library lg...rak x btmbh pun lg, tp buku ada bertmbh serba sket la...hajat hati nk beli almari yg slama ni diimpikn, tu yg ambil ms lama sket tu. tp buku hrp2dpt beli slalu...

Jankaulu said...

awak masih impikan almari yang cantik tu ke? saya harap awak dapat milikinya nanti. Lemari tu memang cantik.

saya dah `kuburnisankan' impian nak tempah rak vouge dan sewa lori ke IKEA tu, he he he.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home