Bila saya postkan posting `perihal jiran baru saya'. Kawan saya yang menalipon saya terus ceritakan sedikit sebanyak mengenai situasi yang pernah dialaminya. Sebelum dia berumahtangga dia ada la menyewa ramai-ramai di sebuah kawasan perumahan, kira standard la nyewa ramai-ramai kalau tak berumahtangga... Kebiasaannya bila perempuan menyewa ramai-ramai ni tentu jadi perhatian orang di sekeliling. Paparanzi dan Mamaranzo tentu sibuk cari bahan-bahan untuk buat ketupat dan dimakan pada waktu-waktu petang yang nyaman....
Kawan saya beritahu bahawa jirannya `jadi lain' bila tahu dia tak berkahwin, dan rumahnya itu adalah rumah sewa perempuan. Peristiwa ini berlaku pada awal mula menyewa. Jirannya sejak hari itu jadi tak ramah malah berkelakuan semacam je. Kenapa ya? Tentu kalau suami dia basuh kereta, dia tak senang duduk. Tentu isterinya 18 kali keluar depan rumah buat-buat ada kerja itu dan ini? Jemur kain la, alih pasu la, dan buat-buat cabut rumput...He he he kenapa ya? Tetapi kawan saya tu baik, sangat baik dan bukan jenis gatal atau over... kesian pulak dia. Kenapa ya dia dilayan begitu?
Jan: Buat-buat tanya...
2 comments:
sbb pempuan mmg ade prasaan curiga n prasangka..hehehhh....
yang berlebihan...? he he he
Post a Comment