Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, January 18, 2010

Tidak selamat lagi...?

Pernah tak merasa bimbang atau risauapabila membaca paparan berita jenayah di dada-dada akhbar dan di muka-muka Tv. Pada pendapat saya paparan-paparan berita jenayah itulah yang sebenarnya menampakan/mengambarkan jenis mana masyarakat kita ini. Masyarakat jenis damai atau masyarakat rosak?
Berita begini juga memberikan kesan/tenaga yang negatif untuk memulakan kehidupan harian saya. Pagi-pagi lagi dah terima berita malang...
Betulkah kita hidup dalam masyarakat aman damai, sopan santun? Betulkah kita benar-benar selamat? Kalau benar-benar selamat mengapa buat gril rumah? Mengapa ramai tak berani jalan sorang-sorang kawasan sunyi? Mengapa kita tak boleh berpakaian seksi? Tapi penulisan ini bukanlah mahu menghuraikan mengenai kejadian yang berlaku tetapi mengambilnya sebagai ukuran cerminan masyarakat sekarang.
Sakit jiwa?
`Sakit jiwa', senang je macam biasa kita ambik jalan pintas bila menamakan/labelkan faktor penyebabnya. Kita label orang macam ni sebagai ada penyakit jiwa. Namun kita jarang berfikir mengapa yang terlibat itu menjadi `sakit jiwa', tak kan tiba-tiba je jadi sakit jiwa... Dan adakah faktor perubahan hidup dan alam sekeliling menyumbangkan ke arah itu (ke arah sakit jiwa).
`Orang tak ada agama gitulah'', sekali lagi kita senang guna faktor agama tetapi secara jumud! He he he.
Jauh daripada bahaya?

Sebagai manusia biasa kadang-kadang kerap kali kita terlupa kita berada di dalam masyarakat yang merbahaya. Mungkin kita selalu berpendapat dalam dunia ini ramai yang baik daripada yang jahat (pendapat mak saya).
Pada sesetengah orang, kita juga kononnya berada `jauh' daripada kelompok yang berbahaya. Kita sudah selalu berhati-hati, tak kan leeeea akan terkena juga. Fikiran yang bangang inilah yang membuatkan kita dengan selamba mendedahkan diri pada bahaya tanpa kita sedar. Sedangkan di sekeliling kita mungkin ada manusia yang berwajah budiman tetapi berhati syaitan.
Dalam berhati-hati pun kita mungkin terkena juga, apatahlagi dalam cuai...
Laluan belakang bangunan yang sepi...
Sebagai insan yang bukan superpower, ketakutan memang wujud dalam diri saya. Saya hidup sendirian dan selalu sendirian. Contohnya, dalam hidup saya ada beberapa tempat yang saya rasa takut, pertama semasa saya lintas belakang-belakang bangunan di mana saya nak ambik jalan pintas. Rasa takut tersebut timbul akibat daripada cerita kawan baik saya yang kena rompak. Rabak seluar dia kena tarik sebab perompak tu nak rompak duit di saku belakangnya. Kawan saya tersebut (namanya Anuar, nama sebenar) memang suka melalui lorong belakang bangunan sebab katanya di situlah jalan pintas yang paling pendek untuk ke tempat kerjanya.
Sebab itulah saya selalu hindari jalan di kawasan terlindung...bahaya. Dek kerana mereka nak duit beberapa ratus, mungkin nyawa kita melayang.
Di hadapan rumah kita huni!
Begitu juga bahaya mungkin ada di depan rumah kita sendiri (sebelum bahaya tu masuk ke dalam umah kita).
Apabila kita balik daripada kerja atau membeli belah, bila kita nak buka pintu nak masuk ke dalam rumah...jaga-jaga. Kita kena berhati-hati kerana mungkin ada orang tiba-tiba muncul di belakang kita sedang siap sedia nak merompak kita.
Mereka mungkin sebenarnya bersembunyi di belakang pasu (yang tingginya sama dengan dada kita). Atau serangan itu tidak mustahil berlaku semasa kita tengah buka pintu pagar rumah?

Walaupun malang tak berbau, kita mestilah berhati-hati...
Kawasan pakir kereta
Tempat parking kereta juga menjadi kawasan yang membuatkan saya berhati-hati. Saya selalu parking kereta seorang diri. Kadang-kadang saya dapati saya seorang diri sahaja yang parking kereta di situ. Namun seorang diri atau beramai-ramai bukannya isu kan?.
Kita dapati memang terdapat kes rompakan berlaku kepada pemandu yang bukan bersendirian. Contohnya satu keluarga di tempat parking kereta. Kejadian tersebut berlaku di tempat parking sebuah beli-belah yang kita biasanya tengok damai sahaja...di Kuantan!
Jurujual
Saya juga takut apabila dihampiri oleh orang yang nak jual sesuatu. Biasanya tanpa segan silu dia datang kepada kita dan mulalah mempromosikan barangan tersebut dengan sopan santun. Saya bukan apa, selain daripada bimbang faktor keselamatan, saya takut terbeli.
Jan: ...saya juga takut untuk bercinta lagi ... huh!

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home