Salam...
Total Pageviews
Followers
Thursday, August 27, 2009
Apa salahnya buka dua kaunter...?
Wednesday, August 26, 2009
Songkok
Ramai juga orang Malaysia suka pakai songkok, tetapi songkok bukan sahaja dipakai orang Melayu di Malaysia ia juga dipakai di Indonesia, Singapura, Brunai, Filipina dan juga Thailand. Ia dah seolah adat pemakaian rasmi di kawasan Nusantara Melayu ini.
Songkok ni ada banyak jenis. Ada yang tinggi dan ada yang lepeh je. Ada yang keras dan ada yang lembut. Ada yang besar dan ada yang kecil. Kalau kepala bersaiz besar kenalah cari yang berpadanan. Ada saiznya. Kain buatan biasanya baldu.
Nampak sangat tak bersalah bila adik ni pakai songkok, rasa nak beri duit raya je kan?
Pada hari raya ramai orang pakai songkok bersama baju Melayunya. Selain itu jika ke masjid, selain kupiah ramai juga yang pakai songkok. Orang juga pakai songkok bila nak gi jenguk orang yang meninggal. Tapi kalau nak gi lawat orang mati kenalah yang biasa-biasa sahaja jangan dililit pulak dengan reben yang cantik atau bungakannya... kan.
Kesimpulannya, songkok boleh juga dikatakan satu pakaian budaya. Kalau nak pakai tanjak di kepala nampak over pulak, lainlah kalau majlis kita nak kawin. Pemakaian songkok ini melambangkan kita juga merupakan satu bangsa yang ada tertib terninya, bukan bangsa yang bersembrono. Kita ada tamadum dan warisan jejak budayanya.
...sekian
Jan: Tahun lepas raya pakai kepiah je...
Kain Songket
Cantik kan? Tenunan halus. Kalau orang malas macam kita ni, mau makan 18 purnama baru siap kan? he he he. Tenung ni kena berhati-hati tok leh cakdus.
Lagu raya nyanyian Puan Sri Saloma di atas bukan sembarangan lagu raya yang selalu kita dengar. Ianya mengenai kain songket yang dialunkan dengan muzik Melayu asli (mungkin unsur joget kot). Jauh benarlah mutu dan mesej yang nak disampaikan jika kita nak bandingkan dengan lagu hari raya zaman kini yang biasanya berkisarkan kepada makanan dan kemeriahan raya, bermaaf-maafan.
Yang bunga-bunga pun ada khas untuk Mat dan Minah Bunga...he he. Terkadang songket ni ada nama. Mungkin nama `bunga-bunga cinta' kot. Kalau ada duit saya nak tempah kain songket tajuk `Kasih tak sampai'...he he he
Kain songket ni menambah seri dan memberi seri. Contohnya pemuda yang pakai samping kain songket benang emas dan perak akan nampak aura serinya walaupun muka macam ayam belanda je...tapi tetap akan nampak handsome dek aura songket tu. Entahlah betul ke tak. Just imagine jika saya pakai? Mesti handsome berganda kan? kan? (he he he, jangan marah gurau je...).
Pilihlah satu ke dua, (kalau ada duit...). Belilah satu untuk ditunjuk ke anak cucu nanti di kemudian hari...
Jadi mungkin saya sambar yang biasa-biasa sahaja. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kain songket ni kita boleh rujuk sepintas lalu di "http://id.wikipedia.org/wiki/Songket". Tetapi tak banyak info yang ada di situ, mungkin kena cari buku yang ditulis pasal kain songket ni. Kita orang Melayu patut berbangga dengan pakaian budaya ini.
Saya minat yang ni... cantik macam anak raja kalau pakain nanti .
Tuesday, August 25, 2009
AKHIL dan WAHEEDA...
Cuma bagi saya kalau dah banyak sangat email mengenai mereka tentu ada sesuatu yang mahu diperkatakan oleh masyarakat.
Hanya peminat dan wartawan sahaja yang tahu, begitu juga mereka berdua yang terlibat...
Pengorbanan?
''Ya lah org kg memang begitu...tapi bila abg balik abg mengembirakan hati ramai orang, mak ayah, anak2 buah n ina walau hati abg x gembira...itulah namanya pengorbanan.. ''
Sunday, August 23, 2009
Peperangan dalam diri kita...
Starship Troopers 1
Bagi saya ceritanya menarik sebab ada juga unsur lain yang cuba diselitkan, bukannya mengenai peperangan dengan serangga sahaja tetapi peperangan yang berlaku dalam diri watak. Selagi bernama manusia, kita sebenarnya berperang dengan diri sendiri. Dan peperangan itu tidak kecil sifatnya.
Ini la antara `bug'nya...tapi ada yang lebih besar dan pelik.
Serangga itu ada berbagai jenis dan ganas. Serangga itu juga cerdik macam manusia. Entah-entah lebih cerdik lagi, he he he.
Boleh layan cerita ni cuma ada juga unsur-unsur seks yang agak ketara seperti masa mereka mandi beramai-ramai (tentera tersebut), pakai mandi bogel bercampur perempuan lelaki, mereka bercakap pasal kerja sambil buat-buat selamba. Saya terus `cepatkan' adengan, apa kata mak saya nanti kalau dia tiba-tiba ke ruang tamu? Lagi pun kena lah hormat bulan ramadhan....
Emak saya sebenarnya ada di dapur sibuk memasak ayam goreng pedas dan sayur lemak. Mak saya juga beritahu dia nak buat pengat pisang untuk basuh mulut nanti. Malam semalam saya dah rebus 8 telur masin dan masukkan ke dalam peti ais. Telur masin penting sebagai pembuka selera, tetapi saya tak boleh makan banyak sangat.
Sambil duduk-duduk terlentang tu, saya ada sms kawan baik saya, bertanyakan khabar dia berbuka dengan apa dan dengan siapa? Dia beritahu dia akan berbuka sorang diri sahaja dan dia berterima kasih kepada saya kerana ingat akan dia. Dia beritahu mungkin keluarga dia sendiri tidak ambil tahu dia berbuka dengan sapa dan makan apa... saya terharu dan kesiankan dia. Saya beritahu jika emak saya tiada, saya pun pasti berbuka sorang diri. Dan kalau rumah dekat pasti saya ajak dia berbuka bersama.
Semasa waktu-waktu terakhir hendak berbuka tiba-tiba saya ingati orang-orang yang pernah saya sayangi dalam hidup saya. Mereka berbuka dengan sapa dan makan apa ya? Saya harap mereka bahagia dan berbuka dengan orang yang mereka sayangi sangat tu... saya tidak pandai mempamirkan kasih sayang saya, saya tidak pandai membuat seseorang itu sayangi saya untuk tempoh yang lama... (saya dah cuba terbaik)... sebab itu lah kot tiada seorang pun yang kekal bersama saya, nasib baiklah saya ada emak. Esok lusa entahlah.
Saya juga teringatkan kata-kata manis, sumpah akan setia... tetapi semuanya dusta untuk memujuk hati. Tetapi tidak mengapalah, tuhan ada...Dia melihat segalanya... Dia pasti melihat ada peperangan hebat dalam diri saya...Dia pasti kesiankan saya sangat-sangat.
Jan: Bolehkah seseorang itu capai bahagia atas keruntuhan hidup dan harapan orang lain? Dan kalau boleh, apakah jenis manusia tersebut? He he he.
Friday, August 21, 2009
Ramadhan ke 3
2. Ramadhan ini saya menyambutnya dengan emak, emak datang khas daripada kampung.
3. Pasti emak saya akan giatkan bacaan al qurannya. Teralun di ruang tamu, bilik dan dapur. Dan saya biasanya tergolek di sisi emak sambil letakan kepala saya atas ribanya sambil menikmati bacaan yang saya tak faham tu...
4. Saya sangat gembira kerana dapat berpuasa dengan orang tersayang. Nanti kami dua beranak akan berbuka puasa bersama.
5. Kami dah berbincang sebelum ini, makanan berbuka ala kadar sahaja. Saya mahu segar selepas berbuka untuk menjalankan aktiviti lain seperti selalunya.
7. Ada jugak berbuka di masjid sekali sekali. Masa tu Ja tak ada, dia masih di Shahputra.
8. Saya tak beli makanan di bazar sebab tak sedap mana. Saya balik masak dan selalu terbayangkan alangkah indahnya berpuasa di Kuantan, pergi beli barang makanan dengan kawan-kawan yang berpuasa dan juga yang tak berpuasa.
9. Puasa ke dua di muadzam saya ditemani Ja. Pada masa tersebut Ja masih teruna. Adalah juga kami pergi membeli di Bazzar tapi tak banyak kali.
10. Saya dapati Ja sederhana orangnya, dia tak beli banyak makanan. Dia sabar dalam makan bila berbuka dan ala kadar sahaja seperti sayalah (nak jugak, he he he).
Thursday, August 20, 2009
Kata hati pertama...
Bayangkan kalau dia turutkan hati iaitu berhenti belajar. Tentu keluarganya malu sebab semasa hendak masuk universiti keluarganya dah canang satu kampung (juga kampung berdekatan) atas kejayaan anaknya. Siap pulak buat kenduri dan terkumpul beratus ringgit akibat konsep `hulur-menghulur' orang kampung. Ala kalau sorang hulur RM5 pun dah beratus terkumpul kan?...
Dan saya rasa dia bukan senang jugak nak kahwin, dia bukan bintang filem, suara sumbang dan jenis payah nak bergaul dengan orang. Payah sikit nak marketkan diri. Lagipun...dia...he he he Payah saya nak cerita ni, tetapi baiklah dia tambahkan semangat dan pulihkan diri, terus belajar.
Kalau ikutkan hati memang saya nak tembak je tv saya yang bukan LCD tu sebab sedang syok tengok tv, ada pulak iklan yang muncul 8 kali! Cerita sikit masuk iklan pulak. Cerita sikit masuk iklan pulak!. Dahlah masa tengok tv tak ada banyak.
Teruk juga dunia ni jika setiap manusia turutkan kata hati pertama mereka kan? Tentu haru biru dan huru-hara jadinya. Tulah saya fikirkan saya mahu belajar. Saya mahu belajar tidak mahu turutkan kata hati pertama saya...
Jan: Selalu juga tututkan kata hati pertama dan...kemudiannya menyesal... Sapa yang sempurna kan?
Wednesday, August 19, 2009
Kotak dan jalur, dan almari...
Ramai kawan saya pakai baju lengan panjang dan warna plain sahaja semasa mereka bekerja. Semasa saya menjadi guru, ramai yang pilih warna macam itu, tak kanlah nak pakai yang bercorak atau terlalu berfesyen kan. Kalau nak sangat baik jadi artis, jangan jadi cikgu.
Saya suka berlengan pendek pada masa tu dan tanpa tai, he he he. Sebenarnya nampak kartun kan kalau pakai baju berpetak lengan pendek lepas tu pakai tai, he he he. Apa-apa pun itu pendapat saya je... saya bukan pakar fesyen.
Pasal pakai memakai pakaian ni saya rasa tak leh lawan kawan saya iaitu Lokman Hakim. Dia bukan sahaja pandai berpakaian mengikut tubuh dia, tetapi dia ada style... Malah tidak keterlaluan saya rasa dia tetap vouge kalau pakai apa sahaja jenis pakaian. Kalau saya berjalan (bersiar-siar) dengan dia pasti saya kenakan baju yang bergaya sedikit, takut nanti orang tengok bagai telur dengan gagak jadinya. Lagipun kalau saya selekeh bukan saya sahaja yang malu, Lokman juga malu kan, he he he.
Sebenarnya fesyen jugak ada pusingannya. Maksud saya ia mungkin muncul kembali. Baju jenis berpetak dulu pun ada jadi fesyen zaman 60an, begitu juga baju jalur. Tentang fesyen ni fesyen dunia pakaian lelakilah paling lembap nak berevolusi, entahlah mungkin orang lelaki tidak suka berlebihan sangat, he he he.
Almari...
Cita-cita saya nak tempah satu almari pakaian khas, saya nak susun elok-elok. Nak jaga elok-elok baju tersebut. Ya lah kan, harga baju dan seluar sangat mahal. Biasanya saya beli baju yang dioffer masa ada sale. Ada juga baju batik yang mahal yang saya dan Ja `terbeli' sebab kita orang kena pergi suatu majlis yang agak mega... Kalau ada almari yang ok, alangkah moleknya.
Sekarang saya masih ada simpan baju kerja semasa saya jadi guru sebelum saya bekerja di Kolej Shahputra, bayangkan baju tersebut dah berapa tahun dipakai... Kalau ada almari yang ditempah khas tentu semuanya lebih tersusun dan sedap mata memandang... alangkah moleknya...
Jan: Nak jugak tempah almari kasut, tapi kasut ada 3 pasang je....
Ku Ingin Bahagia - Rina Rahman
Hidup bebas
Mencari jalan sendiri
Jauhi akan derita
Ku jangan diganggu lagi
Kasihanilah
Ku ingin nikmat bahagia
Menempuh hidup baru
Kata manis sumpahan
Janji akan setia
Curahan ketika kita
Dalam bermesra
Oh itu
Hanyalah godaan
Memujuk hati ini
Oh itu telah pun ku tahu
Diriku telah terpedaya
Pada pendapat saya suaranya biasa-biasa sahaja tetapi penghayatannya bagus. Ada seolah kesedihan dalam nada suara yang seakan `nak tak nak' je alunan menyanyinya. Dia sebagai mangsa cinta dia dah mulai bosan dan berfikir lebih baik dia hidup bahagia tanpa cinta, dia nak bebas. Dia nak bina hidup baru setelah dia sedar diri dia ditipu... dia rasa sedih dirinya telah terpedaya.
Dia tak nak sangat kekasihnya mengangguinya lagi, mungkin dia dah beri banyak peluang dan hatinya benar-benar patah. Allahualam...
Tuesday, August 18, 2009
Susahnya memelihara anak...
Saya juga katakan anaknya itu tidak hargai ayah dan ibunya. Tak sedar maknya terpaksa kerja di rumah orang untuk cari duit... Dia terlepas pandang mungkin kerana dia muda, atau pun dia memang begitu sifatnya?
Diceritakan lagi suaminya amat sedih atas kejadian itu. Anak perempuannya terima hadiah handphone daripada kawan lelaki kat sekolah. Ayahnya pergi cari kawan lelaki tersebut kat sekolah tetapi kawan lelaki tersebut tak mengaku dan beritahu lelaki lain yang beri (pulak dah).
Monday, August 17, 2009
Tiada had fikiran pada ruang...
Friday, August 14, 2009
Sing u beng gong...
Thursday, August 13, 2009
Boring atau malas?
Saya tadah telinga mendengarnya sebab dia antara kawan saya yang berjaya dek kerana rajin berusaha. Bukan sebab dia anak orang somebody atau handsome sangat tetapi kerana rajin usahanya. Pernah di universiti dia kena marah oleh pensyarah sebab terlebih rajin!.
Saya boleh tengok daripada projeknya, apa yang dia nak buat tu memang memerlukan masa lebih daripada jangka hayat manusia biasa. Lebih daripada seratus tahun jangka masanya.
Tuesday, August 11, 2009
Bukan kisah cinta... 2
Saya mesti beranikan diri, saya mesti minta tolong Lokman selesaikan masalah saya. Tak ada orang lain yang boleh tolong saya selain Lokman, Lokman pasti memahami saya malah dia pasti akan berbesar hati menolong. Lagipun kalau saya sesat di Putra Jaya, siapa nak jawab?
Saya berjalan perlahan-lahan menuju ke bilik Lokman sambil berfikir macam mana nak susun ayat. Nak minta tolong orang kita mestilah guna ayat nada minta tolong, jangan sedap arah-arah je kan?
Apabila menghampiri biliknya saya terdengar dia tergelak-gelak sorang diri. Eh kenapa Lokman ni, angau ke?. Saya jenguk ke dalam bilik. Dia tergelak-gelak atas katil tak berbaju (tapi berseluar) .Ya rabii dia dok berhandphone. Dia dok layan lecturer yang mahu mengejas dia ke? Saya teringat minggu ni isu tersebut panas. Entahlah... dia baik dan ada rupa tentu bukan sahaja pensyarah malah pelajar juga tergila-gilakannya. Apa-apa pun terjadi, apa-apa pun orang kata saya tetap pasti Lokman tak bersalah. Dia bukan jenis menaguk di air keruh. Dia pakai jala.
Saya tak mahu kacau, terus saya menuju dapur, buka peti ais dan sambar kek coklat. Hasrat untuk meminta tolong Lokman bawa saya ke Putra Jaya terkubur.
Saya kembali ke bilik saya, terus landing sambil makan kek coklat tu atas katil. Rasa mewah pulak. Sambil terlentang tu kemudiannya saya berfikir. Perempuan ni kalau persahabatan di`salahsangka'kan cinta akan timbul masalah kan.... Saya teringat peristiwa pagi tadi di bilik kebal. Saya malu pada Mat Pijot, tetapi apakan daya saya seorang lelaki yang lemah terpaksa berbohong. Saya fikir lepas satu-satu perempuan memberi masalah dalam hidup. Apa dosa saya? Saya malas nak tanya lagi kepada kawan-kawan sebab nanti bila tanya tentu mereka akan beri jawapan yang sama, kata mereka saya `poyo'. Saya dah tanya dulu `Mengapa ya lelaki yang baik dan santun macam saya ni selalu bernasib malang ?.
Tadi pagi saya minta tolong Mat, minta tolong supaya dia berbohong. Teruk saya kan... Saya beritahu Mat jika ada orang perempuan kol saya, kata saya pergi UiTM Shah Alam, hantar result exam, Encik Azman (kini Dr dan datuk) suruh hantar cepat. Entah tak semena mena saya heret nama majikan saya. Saya terpaksa berbohong sebab saya mesti selamatkan diri saya. Sebenarnya saya sendiri tidak tahu kenapa saya mesti diselamatkan dan daripada apa saya mesti diselamatkan.
Saya dan Mat tidak pernah guna telepon di bilik kebal untuk hal peribadi. Tak pernah sesekali memanggil ke luar atau terima panggilan luar selain semata hal kerja. Dan secara peribadi saya tidak suka sapa-sapa menalipon saya ke nombor kolej, termasuk pihak bank! he he he. Tetapi saya seakan tahu dia akan menalipon kolej untuk memastikan adakah saya benar-benar ke Shah Alam atau tidak. Saya memang tahu perempuan memang macam tu, kan?
Saya mintak Mat handle kes tu, Mat veri understanding, dia selalunya handle dengan baik. Dan Mat beritahu saya `En Sukiman ni tak baik mainkan perasaan orang''... Saya rasa malu pada Mat dan seluruh alam maya ini. Saya yang sepatutnya jadi role model kepada Mat, tapi saya yang tunggang langgang.
Memang bukan salah saya, juga bukan salah Diana atau pun Wani (Wani Pekan). Tetapi kebencian dia kepada Diana dan Wani memang tahap mega. Rupa-rupanya dia selalu mengintip saya balik kerja dengan siapa. Dia marahkan Diana dan Wani sebab tumpangkan saya. Katanya tak malu orang perempuan birah tumpangkan lelaki. Saya tak tahu apa erti perkataan `birah' kemudiannya baru saya tahu, he he he.
Macam dia bini saya, saya terpaksalah terangkan segalanya melalui sms. Saya terangkan kepada dia yang sayalah yang selalu nak tumpang kereta Diana dan Wani. Saya terangkan mereka kawan baik saya dan mereka tak bersalah. Kalau salah pun saya yang tak malu mahu menumpang. Tetapi dia marahkan saya kononnya saya tak bersalah!. Pulak dah. Perempuan...
Saya tak syak apa-apa sebab persahabatan kami bermula dengan menjual kain pasang. Dia yang minta kain pasang daripada saya untuk dijual di kawasan perumahan yang saya duduk menyewa. Itu pun cadangan dia. Namun mungkin saya buta kot... Lagipun saya tak pernah terfikir dia sukakan saya. Tetapi saya tahu bagaimana kita suka kat orang, kita ambik hati dia kita tabur madu dan hati kita sendiri kita campakan kat longkang... (baca dengan nada sedih). So saya hargai semua apa yang dia rasa kepada saya, walaupun saya tak rasa, he he he.
Bila dah lama mengelamun dan kek pun dah habis, saya bangun dan terus menuju ke bilik Lokman. Mungkin dia dah berhenti berhandphone... Saya mesti beranikan diri, saya benar-benar nak minta dia tolong. Saya benar-benar mahu jumpa perempuan tersebut, saya nak tengok dengan mata kepala sendiri. Kadang-kadang gambar dengan yang life lain berbeza.
Sampai di pintu bilik Lokman, tiada kedengaran tawa-ria, senyap je... Seperti tadi, saya menjenguk ke dalam biliknya. Ya allah saya lihat Lokman sedang...
Jeng-jeng-jeng....
Daripada 13 menjadi 3, daripada 4 menjadi 1...
Semuanya bermula apabila saya dapat kad kredit pertama semasa saya kerja di Pekan. Kad kredit Maybank itu menjadi simbol pencapaian saya (rupanya pencapaian dalam berhutang, he he he). Orang kampong saya mana ada kad ni, saya gembira. Saya tidak tahu perbuatan saya itu bagaikan si kudung mendapat cincin. Gaji tidak sampai RM2K ada hati nak pakai kad kredit.
Selepas itu saya buat pulak kad kredik Bank Islam, kemudiannya Southern Bank dan lepas tu Standard Charted!. Lama kelamaan kad kredit saya dah bersusun paku. Saya pernah `buat-buat' jatuhkan kad itu dengan sengaja depan Kamal, Kamal kata ``Banyaknya kad hutang kau Kiman..." saya tak tahu perbuatan saya tadi bagai menepuk air di dulang. Saya patut malu pada diri sendiri.
Ada banyak kad kredit memang senang. Bila nak membeli tak payah bayar, hulur kad, penjual toreh je kat mesin dan kita tandatangan je (rasa macam penting je bila kita tandatangan tu, he he he). Saya sangat seronok bagaikan itik mendapat air atau bagaikan Siti Nurhaliza dapat datuk K.
Malaslah saya nak cerita apa yang saya beli dengan duit sebanyak itu, he he he. Tapi antaranya ialah beli Tv, tempat letak Tv, peti ais, mini hife, beli pasu yang mahal RM720 (sepasang), saya beli perabut jati dan lain-lain. Asal berkenan dan ada depan mata saya menyambarnya he he he. Nasib baik benda-benda tu ada lagi dengan saya. Oh ya saya hampir beli rambut palsu dengan kad kredit! He he he tak apa alah membeli menang memakai...
Setiap bulan saya menjumlahkan sejumlah wang yang besar untuk bayar kad kredit daripada gaji saya. Saya mesti buat keputusan sekarang. Mana saya nak cekau RM13K? Dalam pada tu saya sempat beritahu Adnan saya juga bimbang jika Kolej Shahputra pindah ke Kuantan sebab lebih dekat dengan pusat membeli belah…he he he.
Kami berbincang bagaimana nak atasi masalah saya. Saya juga tak boleh meminjam wang daripada kawan-kawan atau keluarga, tentu mereka tak percaya dan terus pengsan. He he he. Saya juga beritahu Adnan saya juga tak mahu gali lubang tutup lubang iaitu pinjam duit bank untuk menyelesaikannya.
Akhirnya saya dan Adnan dapat satu formula iaitu `formula akui kesilapan kena sedar diri ‘ . Saya dah tidak ada jalan lain saya terpaksa guna formula tersebut. Kami rancang dalam masa 5-6 tahun barulah masalah ini selesai. Antara langkahnya:
1. Perkara pertama yang saya mesti lakukan adalah mengakui kesilapan.
3. Saya kena terasa perit dan menahan diri.
4. Saya kena bersabar.
Saya tahu perjalanan hidup masih jauh dan perjalanan yang jauh bermula dengan satu langkah. So bermula saya duduk di Pekan lagi saya dah mula menjaga perbelanjaan kad kredit saya. Memang perit jugak sebab kadang-kadang tinggal RM300 je baki bulanan untuk makan minum je....sedih kan? tapi kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya kan?
Apabila saya berhijarah ke Kuantan, memang saya dah duga saya lemah melawan hawa nafsu. Saya `terbeli' juga meja makan jati yang lapan kerusi. Malaslah saya nak beritahu harganya, he he he, mahal bagi saya. Tak padan dengan rumah sewa kecil sahaja orang kata mahal tali daripada beruk atau cantik pagar daripada rumah. Pun begitu pada masa tersebut saya dah ada hanya 2 kad kredit. Saya terus membayarnya dengan rajin dalam terharu, hu hu hu.
Dan setelah 2 tahun saya berada di tempat kerja baru di Muadzam baru 2 bulan lepas saya tutup kad terakhir dan sekarang hanya tinggal satu. Maknanya ambil masa untuk melunaskan hutang tu. Bayangkan dari Pekan sehinggalah ke Bandaraya Muadzam.
Tidak berniat untuk ceritakan kejayaan atau menyohol yang saya bijak menggunakan kad kredit. Saya bukan bagai ayam bertelur sebijik riuh sekampung atau bagai Eraa Fazira dapat anak. Saya bukan mahu mencanangkan kepada semua orang, hanya bercerita pendek.
Sekian
Untuk lelaki: Kita terlupa...(setelah 8 tahun kawin).
Friday, August 7, 2009
H1N1 cepat merebak...
a. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
b. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
c. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat .
Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema
Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.
Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.
Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.
d. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.
e. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.
f. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal
g. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian
h. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Sila laporkan / rujuk segera kepada Hospital Kerajaan jika menghadapi pesakit yang mempunyai ciri-ciri H1N1
Jan: (Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)
Bukan kisah cinta...
Dalam kehidupan manusia ada masa-masanya mereka seolah terumbang sikit, maka pada masa inilah kita buat sesuatu yang bila kita fikirkan semula...baik tok soh buat. Saya memang tak pandai mengorat, skill tu tak ada dalam diri saya. Saya malu bila melibatkan perasaan, saya tak selesa meluahkan perasaan. Saya kagum dengan kawan-kawan lain, mereka seolah tiada kemaluan bila mahu memikat perempuan. kalaulah saya boleh menjadi seperti mereka... Peristiwa ni berlaku semasa saya bekerja di Pekan. Memang saya yang gatal mula-mula sms dia bertanya khabar dan kononnya nak berkenalan... tapi hubungan kami tak sampai ke tahap seterusnya kerana saya tak berani nak melangkah `setapak ke depan'.
``Encik Sukiman sms lah dia, dia cantik orangnya, macam saya, he he he.'' Tergedik-gedik pelajar saya di tepi meja. Saya pandang sekeliling, malu pulak takut Kamal nampak, apa pula katanya nanti. Kamal ada di sebelah di mejanya sedang mengira dengan khusuknya menggunakan kakileter. Kalau dia tengok apa pula katanya sebab saya selalu tidak bersetuju jika pensyarah bercinta dengan pelajarnya, entah.
``Saya dah beritahu En Sukiman ni baik orangnya, rajin mengajar dan ambil berat pasal pelajar.'' Sambung pelajar saya tadi. Saya tau dia nak promosikan saya kepada emak saudaranya... Entahlah saya memang tak minta tetapi dah banyak kali juga dia pengaruh saya supaya berkenalan dengan mak saudaranya.
``Yang saya mengamuk dalam kelas tak cerita ke? he he he'' Sampuk saya sebab memang ada kalanya saya naik darah jugak dengan pelajar ni kenakalan dan kesungguhan tak dapat saya bezakan. Ada ke suatu masa tu saya tanya sapa Profesor diraja yang menyumbangkan pembangunan ekonomi di Malaysia, mereka pakat jawab ramai-ramai `Nik Aziz...!
Malam tu saya tergolek atas tilam, layan CD. Ustad Ahmad berada di dalam biliknya, sembahyang sunat kot. Din pergi kolej, Lokman pula sedang serius main play stationnya.
Dalam dok sorang tu, tangan saya gatal terus metaip ``Asalamualaikum, dah makan ke belum?'' Saya Sukiman lecturer yang anak saudara u bagi nombor u kat i ''. Saya tak tahu nak mula macam mana, terkadang guna `i' terkadang guna `saya' sebagai kata ganti diri pertama. Maklumlah tak biasa ngorat-ngorat ni, he he he. Malu pulak rasa. Saya juga tak tahu bagaimana saya berani memulakannya. Saya terasa hina dan jahil pulak sebab guna title `lecturer'' untuk urusan pengoratan. Sebab saya fikir kalau saya perempuan pun saya tergoda bila dengar title `lecturer', mungkin tersyok terus 45%. Tetapi bagus juga untuk suatu permulaan kan?
Katanya dia dah tengok gambar saya yang dipukul bersama pelajar-pelajar. Dia kata saya `good looking'! Saya tak nak nafi sebab ramai jugak yang kata perkara yang sama kepada saya (perasan pulak, he he he). Dan saya memang ada syak sekejap yang dia nak berkenalan dengan saya sebab saya ada rupa dan seorang pensyarah. Kalau saya bukan pensyarah dan muka ala kadar sahaja bagaimana? Tentu dia tak rela beri nombor hp dia kan?
Saya memang nak tengok rupa dia depan mata., suaranya halus dan merdu di telinga ala-ala menggoda. Saya mahu tengok orangnya secara langsung. Saya pernah tengok gambar dia yang anak saudara dia tunjukan, boleh tahan orangnya, saya beri B+. Putih dan kecil molek macam pelajar saya juga.
Thursday, August 6, 2009
Kemiskinan dan mandi bogel
``Dan di sini kita masih jua berpesta, minuman serta makanan terbuang dan melimpah. Di sini kita lupa ada yang kelaparan dan juga kadang-kadang lupakan tuhan...,'' - Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Di sini tiada kedamaian lagi (1982), Malaysia.
Orang yang miskin pendapatan isirumahnya tidak mencukupi untuk membeli keperluan asas kehidupan seperti makan minum, pakaian dan tempat perlindungan. Kita tidak cukup duit bukan kerana nak beli bahan asas tetapi nak langgang astro...he he he
Jan: Dan di sini aku masih nak beli Sofa yang vouge?
Here Without You...
DPL: Daripada jauh sahaja...
2. Sebagai seorang pensyarah, apabila ada rehasal majlis atau projek di auditorium universiti, saya akan cuba hadirkan diri walaupun tidak terlibat dengan projek tersebut. Saya turun untuk`tunjuk muka'.
3. Apatah lagi jika projek tersebut kawan baik yang kendalikannya, datang untuk beri sokongan moral, student juga berbesar hati dengan kehadiran pensyarah.
4. Terbaru saya dan Adnan turun melihat persiapan untuk majlis PUNB, kami tidaklah pergi sebagai seekor merak yang mempamirkan keistimewaan, kami pergi sebagai katak yang senyap sahaja...tak nak menarik perhatian sesiapa.
5. Saya duduk di belakang dengan Adnan. Dapatlah saya lihat suasana yang macam-macam di bawahnya.
6. Ramai pelajar yang terlibat, ada yang hanya tukang bawak bunga manggar sahaja (tetapi kelihatan sangat bahagia), ada yang ke hulu ke hilir gengam wokie talkie (maklumlah kat rumah tak ada), ada yang praktis main gamelan dan ada jugak bercouple sampai tak hirau orang sekeliling, biasalah.
7. Ada yang terpaksa berlakun jadi TNC dan Dekan, duduk bergaya atas pentas di kerusi.
8. Pengacara pulak tak habis-habis membaca pantun dan seloka agar majlis ceria taklah macam acara pengkebumian nanti...
9. Ada juga yang duduk di kerusi belakang saja sambil memerhatikan kawan-kawan mereka menguruskan projek. Mereka ini datang biasanya kerana satu desakan yang kuat. Kalau tak, tak datang punya. Baik tidur di asrama.
10. Mungkin ada di antaranya datang sebab `suka' kat seseorang. Dapat lihat daripada jauh pun tak apa, balik asrama peluk bantal. Ya lah kan kita ni sapa..., taklah secantik/sehandsome mana.
11. Zaman saya, orang yang jadi MPP di UM ni laku. Kalau lelaki ramai perempuan dan lelaki minat, dan kalau perempuan, ramai yang lelaki minat.
12. Malu nak cerita tetapi apa yang pelajar buat saya sudah laluinya saya dah rasainya. Saya dulu datang kerana saya suka lihat seseorang, dia taklah cantik mana C+ je, gigi tak tersusun, free hair. Tetapi dia mengambil berat tentang saya. Setiap kali jumpa dia akan tanya `Kamu dah makan?, dia tak tanya apa khabar?. Dia orang Sabah.
13. Dan macam biasa saya tak lahirkan perasaan saya, saya pendam dan peram je. Lagipun masa tu ada pelajar sefakulti yang sedang giat nak ejas saya, cerita ni saya tau daripada kawan baik saya Zuki.
14. Saya tak mahulah dia nampak saya dengan mana-mana perempuan sebab saya tak mahu hatinya sedih sebab saya tahu bagaimana sedih hati kita bila lihat orang yang kita suka bersama orang lain, kan...
15. Banyak terlintas difikiran saya apabila setiap kali melihat raptai atau projek.
16.Tentu yang duduk di belakang sambil lihat-lihat dari jauh itu ada maknanya, he he he. Saya teringat kisah saya semasa di UM dulu. He he he.
Jan: Di mana-mana kawan ku berada, berkeluarga, kawin tapi tak dapat anak ke atau bercerai berai, atau terusan bersolo. Kuharapkan kalian bahagia selalu.
Cara merebak vs cara kita mengurus panik
• Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).
Maka kalau nak bercakap pun kita kena jauhkan diri daripada kawan kita. Kalau batuk atau bersin kita lagilah kena jauhkan diri.
• Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.
Nampaknya senang sahaja ia merebak. Saya tertanya-tanya, katalah bila tempat kerja saya dibuka semula nanti dan pelajaran akan disambung semula, bagaimana jika virus itu masih menular, masih mengganas? Sedangkan tarikh penutupan telah tamat, adakah tempat kerja saya akan ditutup semula?
Saya juga tertanya-tanya jika pekerja bank yang kena, adakah bank akan ditutup? Parah nanti jika bank ditutup. Bagaimana dengan servis yang diberikan? Kalau ahli kabinet kena, kabinet akan ditutup ke?
Saya juga bimbang silibus tak abis lagi, jika tak habis memang final exam boleh dijalankan tetapi soalan tak kan terdaya nak cover semua topik atau chapter. Saya bukan mementingkan kerja saya, saya tahu nyawa lebih penting, tetapi kita harus ada makanisme menguruskan panik ni.
Entahlah, saya musykil adakah langkah penutupan ini adalah wajar? Bimbang pun ada kot bila buka nanti pelajar datang tetapi kali ini lebih ramai yang datang membawa selsema babi tu. Sapa tahu kan?
Saya rasa kita kena ada satu pengetahuan untuk mengurus panik ni. Kerajaanlah yang patut tahu jalan mana yang lebih selamat untuk diambil. Bukan apa, jika silap mengurus kepanikan ini menyebabkan ekonomi tak jalan....
Atau cara kerajaan handle yang menyebabkan panik ni? he he he
Jan: Setelah kau tiada...tiap saat ku hidup dalam kepanikkan.
Wednesday, August 5, 2009
CD dan sehelai rambut…
Dalam perbualan kami yang berjam-jam tu saya ada nasihatkannya juga. Ala nasihat biasa-biasa iaitu ``Sabarlah banyak-banyak dalam rumahtangga ni kena banyak bersabar... bla-bala-bala'', itulah nasihat saya macamlah saya ni dah 8 kali kahwin kan. Tetapi itulah tanggungjawab sebagai seorang kawan kan.
``Habis aku carut luar dalam, geram betul aku. Rasa nak tumbuk pun ada '' Katanya lagi.
...tuhan maha berkuasa.
Kadang-kadang
Home
Labels
- 1000 MAWAR (47)
- Alahai... (25)
- Alam buku (31)
- Berangan... (11)
- Buku untuk dijual (12)
- Catatan peribadi... (43)
- dari skrin... (28)
- FILEM (35)
- Kawan... (35)
- Kebahagian (2)
- Kesihatan (49)
- kewangan (68)
- Kuantan (4)
- Lirik pilihan... (29)
- Mankisue... (15)
- Menyolo... (19)
- NUKILAN RASA (6)
- PENDIDIKAN (19)
- PML (11)
- POLITIK (3)
- Politikus (18)
- PUISI (13)
- Rumahtangga (53)
- SHARIFAH AINI (64)
- Sikap dan sifat (16)
- Untuk dijual (6)