Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, October 31, 2008

Pelupanya orang bercinta...*

Apabila kita bercinta seolah-olah kita berada di dunia baru. Dunia tersendiri yang indah. Dunia yang bahagia. Kita lupa yang dunia itu boleh membuatkan kita lupa kepada beberapa perkara, contohnya kita dah mula mementingkan diri.
Dan entah kenapa darjah mementingkan diri meningkat secara mendadak. Peningkatan ini tentulah tidak disedari oleh kita walhal dalam masa yang sama kawan-kawan kita dah mula meluat. Dan kalau kawan kita nampak macam semacam je, cepat-cepat kita kata ah dengki kot, tak ada orang nak ke dia. Itulah terpahat di fikiran kita.

Dunia seolah-olah berkisarkan kepada mereka sahaja atau kita (bila kita bercinta). Kita tak kisah langsung pasal penurunan pengeluaran kuantiti minyak oleh OPEC, tercabarnya ketuannan Melayu di tanah sendiri, Rafidah Aziz dah tak senang duduk dek Shahrizat punya penyokong atau jauh sekali ambil tahu pasal Madonna dah nak bercerai. Ah...bukan penting sangat pun hiburan, politik pulak memang kotor, alah kita ada Petronas buat apa sibuk dengan OPEC? Jawapan dangkal lagi singkat itu ringkas dan tepat bagi mereka (bagi kita kalau kita bercinta, he he he). Kita tak ambil pusing sebab kita dah ada dunia sendiri (dunia tak payah bayar petrol ke? he he he).

Dalam skop yang kecil pula kita dah tak hirau sms daripada keluarga, jarang sekali kita sms ayah tanya pasal beruk kat kampung tu sihat ke tak (beruk yang upah buat panjat kelapa). Dah 8 kali adik kita yang belajar di UNIMAS minta duit sikit nak buat beli barang hardware komputer yang kita dah 8 kali lupa. Kita cuma ingat hari Valantine dan brithday kekasih kita dah dekat. hajat di hati nak beri hadiah gelang emas yang ada batu-batu kristal tu ( yang akan kita bayar 3 kali dengan kerani pejabat).

Kita tak sedar pun kawan di sekeliling makan hati berulam biawak pasir dalam diam. Kawan-kawan lama yang beria-ria membantu kita masa kita putus cinta kali ke 8 dulu, yang masa kita berkurung dalam bilik 8 hari, kita lupa. Kita lupa kawan kita yang belikan roti sardin sambil buat lawak bodoh supaya kita gembira...yang belanja kita gi Megamall tengok Hari Poter supaya kita gembira jangan dok lingat lagi ingatan kekasih yang curang tu. Kita lupa!

Kita lupa Engku Fauziah roomate kita yang selalu tolong photostepkan nota untuk kita, selalu mengingatkan kita bila kita lupa nak study, alah yang teman kita makan kat cafe dulu masa petang petang. Ala tak kan tak ingat yang kita ajak dia (dalam paksa) supaya teman kita jogging kat tasik universiti dulu. Tau tak dia sekarang joging sorang! petang -petang bawak bekal... Ah kita terlupa... Malah kita maki Engku Fauziah sebab cuba burukkan Nordin Kamarul kononnya playboy. Mati hidup balik kita tak percaya yang Din pernah bercinta dengan budak perempuan yang jual keropok ikan kat Cafe. Saja dengki tengok orang bahagia, tak kanlah Abang Din begitu, dia baik, dia budiman. Kita lupa yang Din manusia biasa dan ada kemungkinan hanya berwajah tampan (ikut standard kita la, he he he), tuturkata halus tapi sebenarnya berhati neraka...kita tak terlintas langsung sebab??? sebab kita bercinta...

Cantiknya bunga taik ayam ni...bila kita lihat pokok bunga tepi bangunan tempat kita kerja, padahal dah 8 kurun pokok bunga tu dok menapak kat situ, pasu dah berlumut (ada sarang semut pulak tepi bibir pasu). Tiba-tiba je kita rasa cantik sebab??? sebab kita bercinta.

Kita dah nampak bini kita sekarang semakin labuh, gemuk dan tua. Dah tak pandai bergaya dan kadang-kadang bau bawang!, bukannya bau Chanell no 5 lagi. Asyik sibuk dengan kerja dan melayan anak sahaja, tak beri perhatian langsung pada kita, asyik menjaga anak yang baru dilahirkan (anak ke 7). Bini kita ni tak sedar ke yang lelaki ni kena layan macam bayi jugak. Kita dah mula merungut dalam diam, dalam hati. Bila kita bercinta kita rasa bini kita serba kekurangan, susutnilai tak terkira, he he he.

Sebenarnya kita tak tau pun kita tak patut beritahu guru baru (guru praktikal) tu yang kita kononnya tak bahagia walaupun dah 8 tahun kahwin. Kita lupa yang `cerita dalam kelambu' tak baik diberitahu kat orang apatah lagi guru praktikal yang bergetah tu baru je masuk mengajar 8 minggu kat sekolah kita...

(Kita lupa yang 8 tahun dulu bila nak kahwin, bini kitalah yang berkorban keluarkan duit simpanannya sebab masa tu kita nak kahwin apa dalam bank ada RM320.80 sen je... he he he kita lupa. Kita lupa 8 tahun dulu 8 kali kita kata kat bini kita kononnya kita tak dapat hidup kalau dia tak ada, he he he kita lupa...)


jan: jangan marah akan bersambung...he he he.
(*penulisan kali ini adalah direka berdasarkan peristiwa yang sebenar berlaku, cuma saya dramatikkannya dengan penggunaan ayat dan perkataan. Tapi bukan 100 benar, asas cerita benar dan saya reka ayat biar dapat gambarkan situasi dan keadaan)


Thursday, October 30, 2008

Gunung Banang...

Selat Melaka lautnya tenang, (hai... lautnya tenang)

Di situlah banyak berlabuh perahu bugis, (hai...perahu Bugis)

Orang yang jauh jangan dikenang,

kalau dikenang menangis tentu menangis...

(ahai... tentu menangis...)

Asalnya kapas menjadi benang (hai...menjadi benang)

benang ditenung menjadi kain... (hai...menjadi kain)

Orang dilepas jangan dikenang... jangan dikenang.

sudah menjadi, hai lain si orang lain...

lain si orang lain...

orang yang lepas jangan dikenang,

jangan dikenang...

sudah menjadi orang lain...

Hai si orang lain...

Masa bangunan fasa ke dua ni dalam proses pembinaan suka sangat hati, tuhan je tau. Sebab daripada duduk kat bangunan kecil kat Pekan akan berdiri lebih gagah kat Kuantan.
Hari-hari tengok progres bangunan ni (sampai malu kat pekerja-pekerja kontrak tu, he he he). Dalam hati cepat-cepat la siap, cepat-cepat la siap....tapi kita merancang, tuhan yang menentukan....jodoh tak panjang.

jankaulu: ... bermakna sekali lirik lagu Gunung Banang ni ( bagi yang mengerti... ).

Orang bercinta...



Kawan baik yang setia dan memahami...he he he

KADANG-KADANG orang yang dilamun cinta ni mereka pentingkan diri, tidak sedar diri dan tidak mengambil peduli diri-diri orang di sekelilingnya. Malahan mereka tidak menyedari pun mereka berada dengan selesa dalam katogori tersebut. Al maklumlah seolah-olah dunia semuannya tersusun indah belaka seumpama bak bayangan yang cerah di langit biru (tentulah kononnya langit ke 7, langit 1, 2, 3, 4, 5, dan 6 dah tak main, he he he.)

ADA yang tidak peka terhadap insan yang bernyawa yang ada di sekelilingnya mereka. Iaitu Insan yang terlebih dahulu yang hadir yang mungkin telah banyak memberi sokongan hidup dalam hidup kekasihnya sebelum dia muncul (sama ada dalam bentuk sanak saudara, adik beradik atau kawan-kawan?).

Kalau diperhatikan dalam penulisan saya, kerap kali juga saya menyebut kononnya insan yang bercinta tidak normal. Kalau pun ada yang normal kononnya jarang. Penulisan itu seolah-olah menggambarkan saya ni anti orang bercinta atau kononnya saya dengki sebab tak ada orang yang nak kat saya, he he he ada.

Orang bolah cakap dan buat andaian macam macam kan... namun siapa yang kenal sayalah yang tahu siapa saya yang sebenarnya (meminjam phasa ayat Datuk Sharifah Aini ketika mempertahankan diri sebab tak nak rumah masuk dalam majalah. Beliau agaknya cuba beritahu betahu khalayak beliau tidak sombong tapi memang tak mahu menunjuk rumahnya dalam majalah).

Orang bercinta biasa sebab tiap-tiap hari manusia dilahirkan sebab tiap-tiap hari manusia bercinta sebab tiap-tiap hari ada manusia saling bertemu, tiap-tiap hari ada manusia kahwin. Saya boleh menerima hakikat tersebut dengan penuh akademik.

Saya tiada masalah dengan orang bercinta, at all... Saya menulis atas pemerhatian dan pengalaman sendiri, yang selalu terkena atas batang hidung saya. Biasanya saya tidak berkecil hati sebab kononnya:

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.

Dan siapalah saya ini (bukan mak, bukan saudara, bukan seleberiti. Hanya seorang kawan.) yang hanya berada di tepian lautan cinta dunia mereka. Bak melukut di tepi gantang (ada tak menambah, tak ada tak mengurang...). Namun bagi orang yang single macam saya (tetapi tak mahu di pasarkan) earti seorang kawan itu besar dan mega maknanya, apatah lagi sahabat.

Namun dalam banyak kes saya hanyalah saya, duduk senyap bersabar walaupun kadang terpinggir, walaupun kawan kita tu dah bertukar menjadi monyet (dalam kes bergayut di public phone misalnya, contoh era tak ada hand phone, he) atau dah jadi belangkas atau jadi ulat bulu. Dalam hati saya pujuk diri kononnya biasalah orang bercinta, kita pun begitu jugak dulu (dulu bercintakah? ke perasan lebih?...he he he).

Namun saya ubah sebuah pantun, bukan pantun nasihat, bukan pantung jenaka apatah lagi pantun pedoman, bacalah dan hayatilah pantun jenis apa ini...?

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan;
Buang emak, kawan dan saudara,
Itu semua kerja syaitan.


jankaulu: ...???

Wednesday, October 29, 2008

KFC dan sebuah pendirian...

Tak perlu seksi atau tampan kalau nak jadi model... asalkan gebu dan enak.

`Kalau kita nak makan KFC kita kena drive sejauh 68 KM dan makan masa 45 minit'. Kata Zamri (pensyarah psikologi dan korikulum yang selalu pandu kereta dengan lajunya).

`KFC ada kat Rompin... Emm... jauh dan lama juga jalan makan masa kalau nak makan KFC, silap-silap bila balik lapar semula'. Saya buat nada berlawak tapi dia tetap serious... Hampeh.

Teringat dulu masa berkerja kat Kuantan (pulak dah)... Kat Kuantan kalau nak makan KFC masalahnya bukan masa dan jarak tapi nak gi makan KFC kat mana? Kat Teluk Cempedak? kat Giant? Kuantan Perade? Megamall? atau makan kat KFC yang pertama dibina di Bandar Kuantan?

Tapi hidup ni pasal makan KFC ke semata? Tentulah jawapan ringkasnya `Tidak' (tak perlulah hurai panjang lebar sebab bukan soalan standard final exam diperlukan di sini). Namun tentulah makan KFC ini mewarnai kehidupan. Kalau kita lihat ke dalam hidup kita ni, banyak juga peristiwa-peristiwa kecil yang kita anggap tak penting dan biasa je TETAPI ia telah mewarnai dan memakagekan (pakage) kehidupan kita yang sebenarnya. Kalau tak ada tak ceria (cuma kita sahaja tak peka).

Bukan semua orang makan KFC

Kata Encik Nasior (bukan nama sebenar) dia tak makan KFC dan tak ajar (didik) keluarga dia (anak bini) makan KFC.

` Kenapa pulak? haram ke?, ke takut ayam tak sembelih ke? Saya yang mulut labuh ni bertanya sambil bertengek tepi meja dia. Atas meja dia banyak buku maths dan kalkulus, bersepah.

`Banyak saham yahudi dalam organisasi tu...' Jawab Encik Nasior dengan serius. Saya pun terdiam sekejap, terkedu dan faham.

`Tapi orang lain makan je?' saya buat-buat bodoh (atau memang bodoh, he he he).


Bangkang penderaan/manipulasi binatang kat pintu luar restoren KFC di Hong Kong.

Namun saya tak memanjang lebarkan perbualan tersebut, terus saya tukar topik lain. Topik jadi ke dia nak berpindah kerja di Sarawak dan macam mana penerimaan anak bini dia dalam hal tersebut. Juga macam mana dengan tanah yang dia beli kat Pekan (mengalahkan pegawai kastam pulak).

Ya, bukan semua orang makan KFC. Ada tu memang tak makan ayam (atas alasan kesian kot? atau alasan-alasan peribadi yang lain, yang kita tak payah ambil tahu, he he he). Dan kita tak bolehlah nak merendahkan dia pulak kerana mungkin sebenarnya dia tak boleh makan ayam kerana kalau dia makan gatal kulit.

Bahagian-bahagian otak kita... (yang jarang kita gunakan, he he he).

Saya rasa tak payah cakap memanjanglebarkan topik tu (makan KFC) dengan Encik Nasior. Sebab saya rasa saya kena hormati pendirian dia walaupun tak sama atau bertentangan sekali dengan pendirian saya.

Saya tak nak bangkang pendirian dia, saya hormati. Jangan kita asyik bersifat bangkang je, selalu kita nak menang dan nampak menang (sebenarnya nampak kita bangang, he he he).

jankaulu: Tetap hormati sorang kawan `kaki bangkang'. Bila PAS memerintah Terengganu dia masuk Barisan. Bila Barisan ambil balik Terengganu dia masuk PAS semula. Dia memang suka jadi pembangkang, pernah juga dia masuk Semangat 46, tapi dia keluar bila dah nampak parti tu dah semakin kuat, katanya dia suka berada di pihak pembangkang. He he he.

Tuesday, October 28, 2008

Main kutu...

Minggu kutu



Semalam ketika sedang asyik mengelap (lap) barangan tembaga, adik perempuan yang duduk kat Ulu Yam Selangor sms. Dia tanya nak main kutu tak? RM200 sebulan selama 15 bulan katanya, maknanya dapat RM3000 nanti.



Pagi tadi bila sampai ke kampus (sampai kali ke dua, sebab lepas punch pergi makan pagi) terus pergi kat parking kereta. Sebab nampak ja nak bagi duit kutu, minta tolong dia beri duit kutu ke Anis RM200. Bulan ni tiba giliran Anis pulak dapat kata Zamri (ibu kutu).

Dan petang karang nak ke CIMB sekejap, nak masukan duit kutu kat D6 pulak. Bila sampai hujung bulan bukan sahaja kena bayar bil-bil tetapi juga kutu-kutu, he he he.

Berkecimpung

Seingat saya, saya dah mula main kutu sejak tingkatan 3 lagi. masa tu main dengan kawan sekelas. Saja main-main sebab orang lain main (alasan yang tak logik dan bodoh). Masa tu bila dapat duit kutu terus pergi bandar atau kirim barang kat kawan yang pergi ke Kota Bharu. Kirim barang entah apa. Pernah kirim beli poster Cindy Lauper dan Micheal Jackson nak tampal dalam bilik.


Kat universiti pun main kutu juga kat hostel sebab nak beli kasut Nike (bukan untuk bersukan tapi untuk bergaya, maklumlah masa kat u dulu handsome...jangan marah).



Dan permainan kutu ni berterusan sampai sekarang, bersambung tak putus-putus....



Bukan tak ada duit..



Tidak tepat jika kita kata orang yang main kutu ni tak ada duit atau jenis pokai (kalau tak cukup duit mungkin boleh terima, he he he). Orang tak ada duit tak boleh main kutu, tak layak...



So jangan rasa rendah diri kalau main kutu ni. Ala kira macam orang nak pinjam duit banklah kalau tak ada harta nak digadaikan/disandarkan memang tak layaklah nak pinjam duit (kecuali untuk skim-skim tertentu hanya memerlukan penjamin. Sila rujuk pegawai kewangan bahagian pinjaman pada bank-bank berlesen).



Panduan berkutu



Kalau kita nak main kutu, pertamanya kita kena pastikan yang kita memang ada duit berbaki di hujung bulan (mungkin baki gaji setelah ditolak dicampur itu ini). Kalau tidak mencukupi maka kita tak bolehlah main kutu, bukan apa kalau kita tak mampu bayar bukan sahaja menyusahkan orang tapi menyusahkan diri sendiri.



Kedua kita kena tahu dengan tepat apa yang nak kita gunakan dengan duit kutu tu bila kita dapat (dalam kes bukan nak buat saving...). Hindari bila dapat duit baru nak tanya diri apa nak dibeli dengan duit kutu tu. Bukan apa bimbang terbeli benda yang kita tak sangat memerlukannya, kita beli sebab kita ada duit (pernah tak membeli kerana kita ada duit, bukannya perlukan sangat barang tu...he he he. Buat-buat tak pernah pulak dah. tapi kalau memang tak pernah, syabas diucapkan!).



Ketiga, kalau boleh periksa dan jangkakan perkara-perkara yang memerlukan perbelanjaan pada masa hadapan. Ini supaya duit kutu tak berlalu macam angin lalu. Contohnya kalau road tax kita akan mati pada bulan 8, kita boleh mintak budi bicara pada ibu kutu untuk dapatkan bahagian kita pada bulan 8. Atau kita cuba mintak bulan 11 sebab isteri kita di jangka due bulan 12. Mesti ibu kutu dan anak-anak kutu memahami, lagipun bukannya tiap-tiap bulan ada je antara pengutu (anak-anak kutu) tu yang beranak, mungkin ada pengutu yang tak kawin pun, he he he.



Keempat terus bergegas berikan/masukkan duit ke ibu kutu seperti yang ditetapkan. Sebab ibu kutu tentu nak secepat mungkin berikan duit itu pada anak kutu yang dapat kutu pada bulan tersebut. Ala macam giliran kita la, kita pun nak cepat (orang lain pun nak cepat jugak) terutama dalam bab-bab duit. Sebab mungkin anak kutu tu dah mimpi semalan sebab esok giliran dia dapat duit kutu, he he he.



Ibu kutu



Tak semestinya kita kena jadi perempuan baru kita boleh jadi ibu. Yang penting ibu kutu adalah orang yang dipercayai dan mungkin dah tiba giliran (kalau yang guna kaedah bergilir). Beliaulah yang sibuk mengesms untuk mengingatkan anak-anak kutu dan memberi ingatan kembali siapa yang dapat kutu kali ini.



Ibu kutu ni kenalah orang yang cergas sikit, dan yang penting dia kena ingat dia tu ibu kutu, he he he.



Pengutu



Dan pengutu mestilah mempunyai track record yang baik dalam bab-bab duit ni. Kalau bermasalah, memang tak akan dijemput untuk menyertai pengutuan atau kalau dia ada masuk sesuatu pengutuan, maka orang lain tak akan sudi menjadi kutu dalam kumpulan tersebut.



Jan: Pernah ada kutu, mak saya sembur ridset pas tu tutup dengan kain tuala...berkesan!.





Monday, October 27, 2008

Jaga exam...


Tanggungjawab besar



Menjadi pengawas peperiksaan adalah suatu tugas yang berat. Berat bukannya kerana terpaksa memikul barang (barang-barang peperiksaan) tetapi berat kerana amanah yang diberikan. Menjaga exam bukan setakat mengusung kertas soalan, kertas jawapan dan alat-alat peperiksaan, bukan setakat lengang-melenggang kangkong je atau jadi pak pacak kat tepi dinding atau duduk je atas kerusi memanjang sambil buat muka serius. Ia menuntut kita menjadi lebih daripada itu.



Objektif utama kita sebagai pengawas peperiksaan adalah memastikan perjalanan peperiksaan itu lancar dan mengikut jadual, mengikut syarat yang ditetapkan. Keselamatan dan kebajikan pelajar juga mesti diutamakan. Dan jika ada apa-apa kesulitan, tindakan yang bijak dan betul haruslah diambil dengan kadar yang segera. Jangan berlambat.



Banyak songeh



Biasanya episod kesongehan bermula apabila jadual peperiksaan sudah siap. Ada pensyarah siap datang ke bahagian peperiksaan lagi (dengan muka risau seolah hilang duit kutu) untuk dapat buat adjustmeng jadual pengawas yang menyenangkan mereka. Dulu saya dan Mat Pijot layan jelah (buat-buat muka penuh memahami dan bersimpati) tapi lepas tu bila buat jadual bukan kira sangat yang banyak songeh tu, he he he (bila dah lama kita tahulah yang mana banyak songeh, yang mana ada-ada ajelah, he he he).



Namun begitu kami bukan firaun yang kijam. Kita ambil berat juga jika alasan yang diberikan adalah munasabah dan tak dapat dielakkan. Kami pun kesiankan kawan-kawan, he he he. Nasihat saya yang pernah bekerja di bahagian peperiksaan, para pensyarah kenalah mengikut jadual yang ditetapkan. Jika ada apa-apa kesulitan jumpa bahagian peperiksaan. Jangan cuba-cuba buat jadual sendiri (kalau gatal sangat nak buat jadual, join je Bahagian Exam, he)



Janganlah bila dah dapat jadual, jadual tersebut pulak nak disesuaikan dengan aktiviti peribadi kita. Contohnya minta tukar dengan kawan-kawan kerana ada hal pada masa tersebut (contoh nak buka table jual insurans kat Giant).



Malas nak mampus



Ada juga pengawas yang mengawas sambil lewa, tidak komited dengan amanah yang diberikan. Contohnya, biarkan je jika ternampak usaha pelajar yang nak meniru. Buat-buat tak nampak. Jika kita rajin sikit lalu lalang depan mereka ia juga merupakan satu kaedah pengawasan.



Namun memang ada yang malas sangat mak oi. Nampak sangat malasnya. Malas giler, orang giler pun rajin. Ada ke bawak novel, suratkhabar Harakah, dan majalah Wanita masa mengawas exam!. Masuk dewan cari tempat selesa di belakang dan terus duduk membaca! (Mak oii, kolej ni Datuk Azman yang punya la, bukan datuk awak!). Dan ada juga pengawas yang malas tutup air condition dan lampu. Kesian la ke Mat Pijot dan saya (kes kat Pekan dulu). Memanglah saya dapat elaun tapi tak kan daripada kerja menepek nama di meja dan singa menutup lampu dibuat oleh bahagian exam (bukan mengungkit ni tapi membangkit, he he he).



Lebih ramai yang rajin



Namun begitu jika dinilai secara purata lebih ramai pensyarah yang bersifat suka menolong. Waktu kat Pekan dulu kadang-kadang ada yang datang malam nak menolong bahagian peperiksaan (oh terharu nya). Siap bawak air dan jemput-jemput bawang sekali. Yang pemalas dan buat onar sorang dua je.



Masa kat Pekan, ramai yang menolong mengatur meja bila ada exam. Tak jadi masalah sangat dulu, mereka ringan tulang belakang. Sebenarnya pasal exam ni Mat Pijot yang paling boleh buat apa-apa kenyataan atau pernyataan. Dialah segalanya. segalanya dibuat dengan terperinci, saya ni pembantu je, he he he.



Beberapa panduan penting


(Penulisan ni pun ditulis berdasarkan pengalaman kerja kat bahagian exam kat Pekan dulu. Mungkin dah tak relevan kot, tapi saya rasa perangai manusia bukan semuanya sama, antara panduannya:)
1. Baik terlebih awal daripada terlebih lewat.


Kena datang awal walaupun kita bukan ketua pengawas. Kenapa? Bayangkan kalau ketua pengawas keretanya pancit selepas antar bini ke tempat kerja. He he he.



Kita kena ingat, bila hari peperiksaan. Kita bertanggungjawab atas perjalanan exam, bukan bahagian exam 100%. Mereka cuma menolong kita. Sebab itu ada beberapa orang pensyarah mengucapkan terima kasih kepada Mat Pijot dan saya dulu (lepas habis exam). Mereka ini jenis orang yang faham tanggungjawab mereka. Tak lojik bahagian exam boleh handle segalanya tanpa kerjasama para pensyarah.





Satu lagi jangan kertas soalan atau kertas jawapan dah masuk dewan exam baru kita masuk tersengih-sengih. Kita bukan Mawi atau Ikin, kita bukan seleberiti, so malu la sikit...bukan saja kat pengawas lain tapi yang lebih patut malu kepada tuhan (ada unsur agama sikit, he he he).



Kalau boleh datang terlebih awal ke Bahagian Peperiksaan, dan buat-buat tanya `Ada apa-apa boleh saya tolong Along?'. Tentu Along gembira dan Zie tersenyum hairan dan terkejut (sebab ada juga insan yang nak menolong dalam dunia materialistik dan indiviualistik ini, he he he.)


Tapi janganlah datang lebih awal daripada Along atau Zie atau Mat Pijot. Contohnya pukul 6.45 pagi dah terpacak kat kaunter. Tu mengada namanya, menunjuk-nunjuk. Pas tu sibuk beritahu orang pulak Along tak ada, Zie tak ada, Mat pijot Tak ada. Tu busuk hati namanya.


2. Jangan bawak benda yang tidak sesuai ke dewan exam.


Jangan sesekali bawak novel, majalah, sajak, surat khabar (baru dan lama), poster atau bahan bacaan (sama ada lucah atau sebaliknya) kononnya nak baca bila boring. Kalau rasa hendak membaca pergi library bukan kat dewan exam. Time tulah nak membaca konon. Tugas kita adalah mengawas bukan membaca.



Jangan bawak katelog2 contohnya Tupperware ke atau Avon ke. Juga jangan sesekali bawak album gambar, apatah lagi album gambar kemeriahan majlis perkhawinan kita kerana mungkin ada di antara pengawas yang terdiri daripada yang masih tidak kawin-kawin. Bukan apa bimbang mereka akan menangis (dalam bilik...malam selepas masa jaga exam tu, manalah tau kan). Lagipun apakah jadahnya bawak album gambar ke dewan exam!



3. Jaga Mata!



Bagi kaum lelaki, jaga mata. Kalau mengantuk sangat janganlah tengok kopek pelajar perempuan pulak, he he he. Jangan ambil kesempatan. Kalu mengantuk sangat suruh ketua pengawas tampar je muka tu. Atau boleh keluar basuh muka.



Namun tak adil pulak nak salahkan lelaki 100%, mungkin itu dah tertulis rezeki dia (dalam keadaan sekali pandang, dan dosa dia, he he he (kalu menghayatinya). Ya lah kan pakaian pelajar perempuan kadang-kadang macam barut nangka (dari segi pakaian ni pengalaman saya memang ramai pelajar perempuan suka menunjuk-nunjuk apa yang mereka ada berbanding dengan pelajar lelaki).



Sebab itu kena ada seorang pengawas berdiri di pintu masuk dewan ketika pelajar masuk ke dewan. Untuk memeriksa bukan saja pelajar bawak masuk nota tapi juga sahsiah diri dan penampilan, kalau tak sesuai suruh balik tukar (pernah dulu masa kat pekan saya heret pelajar keluar dewan, menangis-nangis dia. Bukan apa, nampak pusat dan underware, bukannya gebu, huh berkarat! (jenis kulit kelaring).



Kalau nampak macam nak gi clabing je gayanya atau macam pelacur (kelas bawahan), boleh tegur dan nasihatkan mereka (kadang-kadang mereka pun tak sedar (oleh kerana dah terlalu biasa) mereka tak berpakaian sepatutnya, iaitu menghormati dewan peperiksaan. So kena slow talk dengan mereka molek-molek, suruh tukar (jangan jadi emosi macam saya, he he he).



4. Berlegar legar!



Tugas kita mengawas, maknanya kita kena bergerak. Kita kena berlegar-legar dalam dewan sekali sekala. jangan jadi patung Cendana atau jangan setompok duduk kat depan dewan sahaja (mengumpat) atau setompok duduk kat belakang sewan (mengumpat). Kena la berjalan-jalan buat-buat nampak macam peka dan perati je pelajar-pelajar tu. Ala buat-buat la periksa matrik kad ke (memang dah periksa tadi tapi periksa lagi la konon).



Kalau ada pen, roba, kad matrik atau pembaris pelajar jatuh, tolong ambik letak balik atas meja pelajar jangan buat dono je. Jangan bila lalu buat tak nampak je. Nanti pelajar tak hormat kita sapa nak jawab?



5. Jangan cepat nak balik



Bila dah selesai tu janganlah cepat-cepat nak balik. Ni biasanya berlaku pada exam belah petang atau hari sabtu. Perlu diingatkan semua orang nak balik, tak ada yang nak tidur kat kolej. Bolehlah kita ringankan kaki dan tangan tolong tutup suiz aircon ke atau lampu ke. (Bukan apa dulu ada sorang yang entah kenapa bila time dah nak tamat dia terus je blah...huh, buruk perangai tak padam perempuan. Nak kata ada laki kat rumah tak kawin...).



Tulah antara kasarnya mengenai menjaga exam, banyak lagi sebenarnya peraturan yang sangat penting, tapi sendiri mau fikirlah. Exam bukan hal main-main. Ia ada hubungannya dengan gaji yang kita terima tiap bulan (rezeki). Rezeki yang kita suap ke mulut tu kenalah berkat jugak (kepada yang percaya, he he he).



jan: Pernah ternampak `sesuatu' di dalam dewan Hajjah Intan dulu masa jadi pengawas.

Thursday, October 23, 2008

Musibahkan kepada orang lain...? Huh!

Apabila semakin dekat dengan tarikh menghantar carry mark, semakinlah kita jadi tidak rasional, tak menentu. Serba salah dibuatnya. Duduk minum, tidur baring pun teringat kertas bertimbung, markah tak `key ing' lagi...sedangkan muka penyelaras dah mengalahkan Along...



Kuiz yang bertimbun tak dimarking lagi?, Peratusan kedatangan tak dikira lagi. Alamak kertas budak hilang! (padahal tersalah letak, he he he' Kes begini sering terjadi pada saya). Ada lagi student yang tak bentang rupanya!. Sesak nafas saya dibuatnya.



Dan kadang-kala ada-ada saja yang menimpa. Deman la, sakit tekak la, anak meragam la (bagi yang kawin ada anak), bini `mecok' (bagi yang ada bini) la, suami mintak duit lagi (padahal baru beri kelmarin sebab katanya nak makan KFC) dan pelbagai lagi (yang kadang-kadang di luar bidang kuasa kita nak mengawalnya).


Ditambah-tambah pulak dengan ragam pelajar. Ada yang tak buat kuiz tiga la (padahal notis dah tampal). Bila call dah balik kampung rupanya!. Kuiz tak ambil nak balik kampung! (pada hal bila siasat gi Cherating dengan boyfreng...huh!). Ada tu katanya Aki dia meninggal la dan pelbagai lagi.


Ada kes kertas kerja tak hantar, pas tu datang mengadu (dengan muka macam perempuan mari period) yang dia je kononya buat kertas kerja tu, group member yang lain tak beri kerjasama (pulak dah). Dia yang saja buat (sebab tu tak siap-siap, he he he).


Namun kena ingat, `musibah' yang menimpa kita tu jangan kita `musibahkan' kepada orang lain pulak...


Ya lah kalau sakit deman memanglah kita tak dapat elak. Tapi kadang-kadang mungkin kita tak buat persedian lebih awal tulah yang buat kita naik deman, he he he.




jankaulu: Teringat dulu selalu berlumba dengan Kamal sapa siap dulu carry mark. Berlumba positif tak apa, kan. He he he.

Sikap suka berhutang...

Meja makan jati dan rak perhiasan (tapi bubuh buku), hutang...
Vision beli hutang dengan Kak Na, bayar 10 kali (10 bulan).

Tupperware hutang dengan Hasmah ...

CorningWare, hutang bayar 10 kali (10 bulan) lepas habis Vision (Kak Na).






1. Saya suka berhutang.





2. Ada barang saya berhutang sebab saya memang tak mampu (orang kata jika kita berhutang bermakna kita tak mampu maka tak payahlah beli).





3. Ada barang saya berhutang bukan sebab tak mampu namun kaedahnya begitu. Contoh, beli Vision dan CorningWare dengan Kak Na (tudung labuh), RM29.90 selama 10 bulan!







4. Ada barang bukan kita tak mampu beli cash tapi kita nak guna cash tu untuk perkara lain.







5. Namun ada barang yang kita memang perlu berhutang yang tak dapat dielakkan seperti hutang pelajaran, kereta, rumah, dan tanah (hutang budi? he he he).





6. Rasanya orang biasa macam saya sangat perlu berhutang untuk perkara di atas (no 5).





7. Namun perlukah kita berhutang untuk perkara-perkara lain? He he he.





8. Saya ada banyak hutang yang menghiris seperti `wang plastik'. Saya mengambil masa lebih 3 tahun untuk menyelesaikan masalah ini. Perit juga pada mulanya kerana saya tak mahu berhutang lagi untuk menutup hutang ini.





9. Untuk berhutang kita kena mampu berhutang, maksud saya bukan semua orang layak berhutang. Tanya bank kalu tak percaya...he he he.





10. Sebab tulah sebelum buat hutang tanya diri, mampu tak bayar nanti... Mungkin mampu tapi akan jejas kualiti kehidupan lain?








Jan: Terima kasih kepada manusia yang pernah memberi hutang kepadaku...





Wednesday, October 22, 2008

Bekas Pengurus Jabatan hal ehwal Peperiksaan Shahputra...

Kami bangga...berpeluang menyumbangkan sedikit bakti untukmu Shahputra.



1. Banyak peristiwa lucu berlaku masa saya bertugas sebagai pengurus exam di Shahputra Pekan.



2. Antara yang saya tak dapat lupa hingga ke hari ini ialah saya pernah terxerox skema jawapan sebanyak 200 naskah, dan hampir diedarkan di Dewan Intan oleh para pengawas peperiksaan yang bertugas, he he he.



3. Masa tu Bilik Kebal belum dibina. Ada almari je sebuah. Masa tu pembantu pun tak ada... bila nak xerok soalan kena turun tingkat bawah kat bilik kecil (kat pintu depan mula nak masuk ke dalam kolej, yang kita beratur bila tetamu luar nak datang). Situlah tempat xeroxnya dulu...



4. Masa tu Rosmazlan kendali exam kat Shahputra Kuantan.



5. Masa bilik kebal dan bilik mengurus exam dalam proses dibina Pekan, tuhan sahajalah tau betapa gembiranya hati saya...sampai puasa 2 hari bila siap.



6. Kini bangga jabatan peperiksaan dah berkembang, dah terorganisasi dengan baik, exam dijalankan dengan penuh intergriti dan cekap.


jan: Kalau cakap pasal exam, jangan lupa Mat Pijot (sebenarnya masa saya bertugas dengannya dialah segalanya).


Dah lama tak ke Giant...

Semasa bekerja di Shahputra, memang kerap ke Giant. Kadang-kadang tiba-tiba je terniat nak ke Giant atas sebab yang tak munasabah. Contohnya, sebab dah lama tak pergi (bukan sebab nak membeli sesuatu, he he he) atau `jom ke Giant, nak beli gula' (padahal gula boleh dibeli kat kedai kat taman perumahan berdekatan).


Kerap pergi dengan Eja dan D6. D6 selalu sms jika nak ke Giant. Dan hampir 99% sms tersebut dijawab dengan mesra (nak ikut jugak).





Penuh sokmo Giant...


Kadang-kadang balik kerja terus ke Giant, kadang-kadang balik dulu ke rumah dan bersiap nak ke Giant dan kadang-kadang pergi hari minggu.


Ada juga pergi hujung bulan kononnya tak ramai orang. Namun sangkaan itu meleset. Sampai je ke Giant penuh kereta, nak cari tempat parking pun susah, kenalah parking luar.


Orang Kuantan banyak duit kot (atau duit tak banyak tetapi penggunaan (C) tinggi), penuh sokmo Giant...


Rasanya penuh sokmo bukanlah kerana barang jualannya murah (ada sesetengahnya mahal berbanding dengan kedai lain) tetapi memang seronok ke Giant atas sebab-sebab lain.



Ada Pizza dan KFC


Di Giant ada Pizza dan yang pentingnya ada KFC. Bukanlah tiap minggu nak berPizza atau berKFC, cuma kalau lepas membeli belah terasa nak makan, terus tolak teroli menuju ke KFC.




Kalau tak nak makan kat KFC dan Pizza, kedai/gerai makanan ada banyak. Pilih nak makan apa?. Nasik lemak? Makanan ala barat, ala timur?. Tepuk poket, tanya budget (kemampuan).


Sambil makan membelek-belek barangan yang dibeli, berbincang pasal barangan tersebut dan tiba-tiba ada barangan yang terlupa beli (pulak dah). Dan lepas makan masuk kembali ke tempat beli barang ( setelah hantar barang ke kereta) dan bila keluar kali kedua tu, rasa lapar pulak...he he he.


Kat Muadzam ni kalau nak makan KFC.... telan air liur jelah... Apa nak Pizza? Huh!





Susun atur dan persekitaran


Mungkin kerana susun atur dan persekitarannya. Masuk dalam Giant walaupun barang banyak tetapi pandangannya luas dan disusun dengan teratur. Taklah berlaga punggung atau bahagian-bahagian lain bila nak tinjau barang (kecuali musim perayaan tok soh nok katalah).


Ia lebih cerah lampunya (kalau perasan) berbanding dengan pasaraya ala-ala Giant yang lain. Lampu yang terang merangsangkan otak untuk membeli (ada kajian dan kertas kerja mengenai perkara ini). Tapi jangan tersalah beli barang yang tidak diperlukan (walaupun murah).





lawak Giant


Pun begitu bagi yang lolar, kemalangan boleh berlaku dengan pelbagai cara. Pernah saya duk pilih-pilih barang tiba-tiba masa nak masukan barang dalam troli rasa pelik. Bila pulak aku beli botol susu?. Rupanya troli yang saya heret tu troli orang lain. Apa lagi secepat kilat saya ambil barang saya daripada troli dan letak atas lantai. Dan terus mencari troli saya serata kawasan, rupanya troli ada kat tempat sayuran. Huh nasib baik tak ada orang nampak... Berapa lama dah ya saya heret troli tu ke sana kemari ya? sebab ada juga 3, 4 jenis barang saya dalam troli tu, he he he.


Begitu juga terdapat suatu kejadian di mana tiba-tiba ada orang lelaki dewasa nak bersalam dengan saya, saya terus buat muka berkerut (ragu-ragu) dan blah perlahan-lahan sebab tak kenal dia. Kes ini berlaku di depan Giant dekat pintu nak masuk tu. Dia membebel pulak sebab saya tak nak bersalam dengan dia. Rupanya dia nak promote barang. Masa tu D6 pun nampak kejadian itu. Mungkin D6 lebih tahu apa yang dibebelkan oleh lelaki tu. Bukan saya sombong tak nak bersalam dengan dia tapi saya tak selesalah main terjah tiba-tiba gitu.





Pelbagai barang dan pelbagai pilihan


Bukan nak promosi Giant, namun saya dapati banyak barang keperluan kita boleh dibeli di sana. Maksudnya kita boleh beli banyak barangan berbeza dalam satu tempat tak payah tuju ke kedai-kedai lain.




Satu jenis barang terdapat pelbagai jenama. Ambil contoh kalau nak buat soup. Ada pelbagai jenis jenama selain Abadi dan ala-ala Abadi. Cuba beli yang berlainan sikit. Saya dah cuba beli dan masak, harum baunya seluruh rumah bila mendidih. Rasanya? Agak lain sikit sebab kita tak biasa kan...



Kadang-kadang saya saja tengok (study) pelbagai jenis barang. Sardin ada pelbagai jenama, begitu juga dengan susu dan rempah ratus, dan lain-lain barang.




Nak beli fail ke, pen ke, kertas ke...ada semuanya. Hatta nak beli rak fail pun ada.


Baju, seluar dan selipar pun ada. Saya pernah beli baju kat Giant. Orang kata tak elok dan tak bermutu. Namun bagi saya berbaloilah sebab harganya murah (tak kan naik bas mini bayar 60 sen nak minta layanan macam dalam kapal terbang, huh!)





Rindu Giant...


Kita memang selalu ingat positifnya sesuatu perkara yang kita miliki/ kita ada selepas kita tidak milikinya atau kehilangannya. Di sini tiada pasaraya...





jankaulu: Teringat masa duduk kat Kuantan dulu gi Giant ternampak kawan sekerja tak bertudung (masa kerja bertudung). cantik juga orangnya...

Monday, October 20, 2008

Sikap sesetengah pelajar...


Rasanya alam persekolahan, perkolejan dan peruniversitian dulu suasananya tidak sama dengan situasi yang ada sekarang... Pelajar dahulu sangat berbeza dengan pelajar sekarang. Kita boleh tanya kawan-kawan kita yang terlibat dalam industri ini (dunia pengajaran)... sama ada mereka berada di sekolah, kolej, atau kat U, sama ada IPTA atau IPTS.

Sebabnya senang, nilai-nilai masyarakat kita telah berubah... termasuk juga pelajar yang menjadi sebahagian daripada masyarakat tersebut.

"Dulu masa sir belajar tak ada komputer, tak ada handphone dan tak ada internate, tak banyak gangguan. So sir dapat fokus kepada study, sebab tu sir dapat result cemerlang dan jadi pensyarah" Pakai hembus je, sorang pelajar perempuan membuat pernyataan... (bila saya menasihati supaya dia bertekun belajar supaya dapat result yang cemerlang, sebab kuiz dia teruk sangat).

Rasa cuak pun ada, rasa bangga pun ada, he he he (rasa bangga part kononnya dapat result cemerlang dan jadi lecturer). Rasa cuak sebab seolah-olah result kita dapat tu bukan kerana kepintaran dan kerajinan kita... tetapi kerana zaman. Huh!.

"Awak pun kenalah guna kemudahan yang ada biar jadi lebih baik daripada saya masa saya belajar dulu. Saya yakin awak akan lebih baik jika guna teknologi yang ada ni. bayangkan dulu sir guna mesin taip je, tapi submit tepat masa, Jangan jadi musang salahkan anggur yang masam..." giliran saya pula bersuara, saya `bubuh' jugak sedikit, he he he.

Memang betul saya tak menafikan faktor zaman. Namun saya menjangkakan oleh kerana terdapatnya perkhidmatan komputer (ada internate pulak) dan handphone, dan sebagainya kecanggihan teknologi seharusnyalah pelajar yang kita lahir lebih berkualiti, lebih rajin, lebih cepat, lebih tepat dan lebih berperikemanusiaan.

Apa yang telah terjadi kepada sikap pelajar kita?. Mereka memang vokal melahirkan pendapat dan menampakkan pegangan bangang diri mereka. Kevokalan ini merupakan suatu yang positif tetapi jika tidak berlandaskan kepada asas ilmu, ia membuatkan hati saya bergelegak jugak (mendidih) sebab ia menjadi biadap.

Teringat peristiwa 18 tahun dulu di mana saya terpaksa `memanjat' bukit (masa tu kurus lagi)sebab nak jumpa group sekertas kerja. Setibanya saya di asrama (tingkat 3) dia tak ada di bilik. Rumate dia kata gi dating kat tasik (kawan saya nan satu ni pelik sikit, suka bertukar awek. Walaupun muka macam papan lapis ada jugak orang nak, he he he. Dia patut sembahyang sujud syukur).

Bila saya sampai kat tasik saya jumpa dia dok makan mee goreng dengan gaya romantik. Amboi sedap-sedap ya dia makan mee goreng dengan awek sedangkan kita ni berpeluh luar dalam. Tapi saya jadi sejuk bila dia minta maaf banyak-banyak kat saya. Dia cerita fikirannya berserabut (sebab tu dia tak ambil kuiz minggu lepas katanya...) sebab dia kena pujuk kekasihnya sebab awal minggu lepas dia lupa beli air soya dan tersalah beli mee goreng kasar (padahal awek dia oder mee goreng halus). So dia kena ambil hati awek dia sebab dah masuk 4 hari muka awek dia masam mencuka.

Dia kata bahan tu ada dalam laci bilik tidurnya, nanti dia akan antar sendiri ke bilik saya. Kesian dia, orang lain ada awek jugak (tapi ya lah kan, orang bercinta mana ada yang normal. tak percaya tengok persekitaran kita, he he he).

Kan kalau ada sms senang pada masa tu. Saya hanya perlu sms tanya dia kat mana, bahan dah ada ke tak? kat mana nak jumapa? dan sebagainya. Taklah berpeluh saya jalan kaki cari dia (tapi saya bukannya menyesal, sebab bila kenagkannya, ada indahnya). Tapi kenapa pelajar-pelajar sekarang masih tidak cekap dan tepat? Mereka masih lewat hantar kertas kerja kononnya payah nak jumpa group member la, itu ini la...huh! Dulu lecturer saya kalau submit lewat, masuk tong sampahlah jawabnya.

Sebenarnya semua itu alasan, semuanya itu adalah mengenai sikap. Sikap yang tidak tekun dan tidak bertanggungjawab terhadap diri dan ilmu. Tidak menghormati ilmu dan tidak memertabatkannya, tidak sanjunginya. Ilmu kena cari bukan dia datang menyembah kaki kita kan, dan kalau ramai generasi sebegini, generasi fail sebenarnya. Bila mereka di alam pekerjaan apa yang akan terjadi?

jan: Dalam bilik kuliah sesekali berleter jugak (kononnya mendidik), bila tak tahan, he he he.

Bukan semua orang boleh menjadi guru...




1. Bukan semua orang boleh menjadi guru yang baik, walaupun dia baik dan dah lama mengajar.



2. Menjadi guru tidak semudah seperti kebanyakan kita sangkakan. Faktor masa tak semestinya membawa kepada kemahiran.



3. Tetapi memang menjadi guru menuntut seribu kemahiran, guru adalah segalanya (segalanya sehingga dia sendiri tidak menduganya…).


4. Orang yang tidak sabar tentulah tidak boleh menjadi seorang guru yang baik kerana pekerjaan guru itu sendiri adalah mendidik dan mengajar, makan masa (memerlukan masa).



5. Dalam mendidik dan memberi pengajaran, ia memerlukan kesabaran dan ketekunan. Untuk mendapat kesabaran dan ketekunan kenalah ada kekuatan.



6. Kekuatan itu adalah kekuatan untuk rasa sabar dan kekuatan untuk bertahan tekun atas usaha. Kekuatan untuk mendesak minda secara berterusan untuk mewujudkan sifat tidak putus asa yang berterusan, berkekalan.



7. Jangan mudah kecewa... pelajar adalah pelajar, daya penakulan berbeza.


8. Bukan semua guru boleh muncul dengan penuh kesabaran walaupun telah memiliki diploma pendidikan atau KPLI. Pengetahuan dan penghayatan adalah perkara yang berbeza, ibarat tukang kebun dan pokok bunga.



9. Pembelajaran yang paling penting yang patut diambil pengajaran adalah pengalaman mengajar.



10. Pengalaman yang mengumpul pelbagai peristiwa yang akhirnya dapat membina jadi diri kepada wujudnya seorang cikgu yang baik dan sempurna.



11. Jika lama mengajar tapi tak ambil pengajaran maka tak guna jugak...dok takluk tu jelah.
Jan: Ada kawan kata `Tak suka la menjadi cikgu, ngadap murid je kerjanya. Boring!' tapi dia cikgu!!!.


Guru ke mahkamah...




1. Menjadi guru bukanlah cita-cita paling glamour di kalangan manusia di atas muka bumi ni (apatah lagi sekarang, kalau silap langkah kena saman, naik turun mahkamah, masuk surat khabar).



2. Entah di mana silapnya kerja yang semulia ini terpinggir daripada kerongsang cita-cita pemuda dan pemudi kita. Ianya suatu pekerjaan yang tidak dianggap hebat, tidak vouge dan tidak dapat menarik perhatian mereka.



3. Sepatutnya para-pemuda ini ingin menjadi guru, ingin melakukan perubahan kepada percapaian bangsa dan ketamadunannya. Mahu merubah lakar corak bangsa agar maju dan terbilang, tidak terhalang.

4. Namun tidak ramai yang berminat dengan bidang perguruan kalau nak dibanding dengan yang bercita-cita jadi penyanyi, nak masuk AF nak terkenal, dan seangkatan dengannya.

5. Dan pernah statu ketika dulu (terutama bila ekonomi merosot), barulah profesion ini menjadi pilihan (setelah tak ada pilihan, he he he). Dan bidang perguruan juga menjadi batu loncotan sementara mendapat pekerjaan lain.

6. Guru kita ke mahkamah kerana sikap dan nilai masyarakat kita yang sudah berubah, sekali lagi guru yang dipersalahkan, he he he (kononnya tak ada pendekatan psikologi bila berhadapan dengan murid).




Jan: Guru pun kena belajar jangan sampai jadi lilin...he.

Thursday, October 16, 2008

Harap-harap tak ada masalah...



Masa saya pergi lawat hari tu mereka masih lagi menyiapkan batu-batu supaya jadi dinding...
Bumbung tak ada lagi, hanya berbumbungkan angkasa...

Saya bimbang rumah yang saya beli ada masalah dan tidak siap. Sebab itu saya berhati-hati memilih pemaju. Sorang kawan baik saya dah 5 tahun, rumah dia beli di Kuantan tak siap-siap.
jan: Ni la yang dapat ditunjuk setakat ni... sabar ya.

Saya beli rumah di Kuantan Perade




Ukur baju badan sendiri daripada kefahaman saya ialah kalau kita buat sesuatu tu kenalah sesuai dengan keupayaan kita, kemampuan kita. Kalau tak sesuai maka, kitalah yang akan menanggung akibatnya. Contoh kalau perempuan body selebar pintu tak kan nak buat baju ukuran Nasha Aziz (kan koyak rabak). Ataupun jika gaji sekelumit cuma tak gamaklah pakai kereta besar (sebab apa yang terjadi selepas itu kita yang tanggung).
Sebab itulah saya sedar, kalau saya beli rumah yang agak besar mungkin saya mampu membayarnya pada setiap bulan tapi akan hidup sangat berjimat, atau terpaksa korbankan banyak kualiti hidup yang lain (mungkin cita-cita ke Paris terpaksa dikorbankan terus...ke Parit Buntar jea.).
Hampir 3 bulan lepas, saya ke Kuantan Perade. Memang masa tu saya cuma hendak membeli beli dvd (cerita koboi dan hantu Thailand), bedak cina (yang empat segitu, ada juga yang bulat), underware dan jalan-jalan je. Saya tidak berhajat langsung nak membeli rumah.
Sebaik saja masuk depan Kuantan Perade, macam biasa singgah sekejap tengok meja-meja pameran jualan rumah. Nak dijadikan cerita (kalau dah tersurat) senang je isi borang dan bayar wang `pengeras'nya.
Perempuan itu namanya Ina. Cantik manis orangnya. Mesra sangat... Dia beria-ia memujuk saya membeli rumah tersebut...
Adnan kawan saya yang datang bersama saya juga menggalakkan saya membeli rumah sebab dia ada kata "dah bertahun asyik dok usha cari, belilah...umur semakin meningkat".
"Belilah rumah semi D, kau mampu. Lebih dari tu kau mampu sekarang. Nanti kau akan menyesal bila beli rumah teres". D6 menambah lagi...sebab saya ada beritahu Adnan saya nak beli rumah teres sahaja...
Selepas bayar deposit RM50, semuanya selesai, saya asyik tertanya-tanya dalam hati, ya ke? betul ke apa yang aku buat ni?



Sekadar tempat berteduh...





Terjerulus dalam lopak akibat lolar masa melawat tapak projek, he he he




Impian memiliki rumah banglow berkecai lerai.... Namun rumah tu pun istimewa walaupun bukannya banglow. Taklah dekat sangat dengan bandar Kuantan dan taklah jauh sangat, dalam 15 minit je (skala tahun 2008, ikut kelajuan masa kini Kamal bawak kereta), lagipun bukan tiap hari nak ke Bandar Kuantan. Rumah tu biasa-biasa je, ada ruang kedua jugak sikit bertentanagan ruang tamu dan ruang dapur. Ada 4 bilik (satu bilik tu kecil je, bilik stor kot), bukan besar sangat. Dapurnya pun ok-ok je.

Rumah ni biasa je, walaupun semi D, tidaklah secantik rumah kawan saya Adnan dan Kamal. Tiangnya pun biasa je, kat porch berlantaikan simen biasa je. Tapi oklah, kalau ada duit terlebih boleh ubahsuai (ada ke? he he he).


Terlewatkah saya?

Dalam hati tertanya jugak, adakah sudah agak terlewat? Namun saya memanjat rasa syukur, biarlah lewat asal ada membelinya. Saya akan belajar mencintai rumah ini seadanya, dengan kelebihan dan kekurangan yang dia miliki kerana dia rumah saya. Tidak terlewat untuk kita belajar mencintai sesuatu kan...



Pernah masuk rumah kawan saya masa belajar kat UM dulu. Rumahnya di PJ, ada 4 tingkat (setingkat bawah tanah. Tingkat ke 3 ada kolam renang... Dia ajak saya bermalam di rumahnya. Apalagi saya tak menolak [ bila lagi nak bermalam kat rumah harga RM3 juta? (RM3 juta 18 tahun lepas!)]


Jan: Semua sudah tersurat...

Wednesday, October 15, 2008

Rumah baru Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar



"Saya masih lagi menyanyi tetapi hanya memenuhi undangan majlis korporat dan kenamaan. Saya akui saya jarang kelihatan di majlis sosial kerana sejak dulu, masa saya lebih banyak di rumah. Bukan saya sombong atau tak suka bercampur dengan orang lain tetapi saya selesa menghabiskan masa menghias rumah atau mencantikkan diri." Itulah antara jawapan Kak Pah apabila diwawancara oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed mengenai undangan menyanyi dan rumah baru beliau. (Berita Minggu - 29 Jun 2008).





Rumah baru Kak Pah berkonsepkan Meditterranean.




Sebenarnya walaupun saya peminat datuk, saya tidak berpeluang melihat rumahnya. Cuma saya ada melihat beberapa keping gambar di internate (secara tidak sengaja, nak kutip info lain tetapi jumpa info lain) yang mungkin disebarkan oleh orang yang pernah pergi ke rumah beliau. Sama ada dalam majalah atau akhbar, tiada ruangan yang mempamirkan rumah beliau.






Cuma dalam majalah Anjung Seri ada dimuatkan laman rumah beliau sahaja. Dan ada juga gambar pejabat dan sekeping gambar ruang tamu. Namun itu semua adalah rumah lama beliau yang dihadiahkan oleh bekas suaminya, datuk Salleh. Rumah tu katanya sebesar 8 luas kot tennis dan ada bilik air yang boleh kita tidur (kata wartawan dalam menggambarkan betapa cantik dan bersihnya bilik air tersebut. Masa kat UM dulu (taun 1990) saya ada juga round cari rumah Kak Pah tapi tak tahu yang mana satu sebab banyak juga rumah yang besar-besar kat Petaling jaya ni.







Kini Tok Pah atau Kak Pah boleh tersenyum bangga kerana setelah 40 tahun menceburkan diri, beliau sudah memiliki sebuah rumahnya sendiri. Dan lebih bermakna lagi terdapat sebuah surau di rumahnya. Kediamannya tak sunyi lagi, setiap minggu majlis ceramah agama dan muzakarah diadakan.









Tersapat sebuah surau yang muat 70 org.






Bibir tetap merah menyala, he he he.






Alif cuti semester 2 bulan.




Selain majlis doa selamat, solat hajat dan bacaan tahlil, Kak Pah tak lupa beramah mesra, menghidangkan para tetamu dengan hidangan istimewa.





Adik tu tu posing mengalahkan Tok Pah, he he he







Tok pah melayan ustad-ustad.





"Low profile adalah lebih baik, sejak dulu ramai wartawan yang minta mahu menyiarkan kediaman saya, tetapi maaflah, rumah adalah hak peribadi, saya tak mahu disalah erti, Saya terlalu sayangkan rumahtangga dan saya menjaga rumahtangga seperti menjaga diri saya. Kehidupan saya bukan untuk tontonan umum. Saya tak mahu apa yang saya miliki menjadi bahan umpatan orang lain, kepada yang mengenali saya, mereka tentu faham apa yang tersirat di hati saya. Apa yang saya miliki adalah hasil kerja keras selama 40 tahun berjuang dalam industri.





Alhamdulilah...



"Alhamdullilah, akhirnya kediaman yang saya impikan sudah siap diubahsuai, cuma perabot masih belum disusun. Paling saya senang hati apabila mimpi saya untuk mewujudkan sebuah surau di rumah menjadi kenyataan. Saya ingin berdakwah di kediaman saya dan syukurlah, setiap minggu ada saja majlis usrah atau muzakarah diadakan," katanya.








Impian bina surau di rumah tercapai.




Katanya, tiada apa yang diharapkan ketika usianya meniti dalam kategori warga emas, hanya pintanya diberi kesihatan baik, kewarasan fikiran dan teguh keimanan.



Jankaulu: Impian bina library di rumah tercapaikah?




Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home