SEMINGGU tidak membaca dan menulis blog rasa semacam je, rasa semacam itu orang yang seminggu tidak membaca dan menulis bloglah yang tau... Sekarang sudah menjadi semacam ketagihan hendak menulis. Memanglah kadang-kadang tulisan-tulisan itu bukanlah molek sangat (dari segi pemikiran mahupun penggunaan bahasa...) Tetapi ada desakan dalam diri supaya menulis...menulis dan menulis.
Begitulah halnya bila berada selama 4 hari di Sarawak, iaitu semasa The 6th International Malaysia Studies Conference (MSCS) berlangsung. Semua yang berlaku di depan mata rasa hendak ditulis, dicatatkan. Ni first time dikelilingi orang-orang akademik daripada seluruh Malaysia. (tetapi penulisan ini bukan untuk mengulas dunia akademik dan orangnya. Namun ada nanti penulisan tentang itu, he he he).
Kepemergian ke Sarawak itu sebenarnya atas tujuan kerjaya dan pembangunan diri secara formal. Namun pada masa yang sama merupakan satu peluang percutian yang menyeronokkan (sudah tentulah lepas pembentangan itu..., sebelum pembantangan rasa macam nak deman). Perkara yang paling penting ialah pembentangan tersebut. Ianya mesti dilakukan dengan baik dan berkesan, bukan kerana hanya mahu memenuhi syarat komfirm kerja tetapi juga mahu menjaga nama baik majikan.
Pendaftaran di tingkat tiga, pembentangan di tingkat 18. Apabila melihat begitu ramai orang, seperti biasa perut jadi kecut. Lepas mendaftar dan diberikan fail-fail dan beg persidangan terus ke tingkat 18 untuk meninjau dan melihat pembentangan yang dijalankan oleh orang lain (pembentangan sendiri bermula esok petang). Memang kecut perut melihatnya. Terkapai-kapai juga seorang dr tu menjawab soalan semasa sesi soal jawab.
Bila balik ke hotel petang tu, rasa kecut perut tu ditambah pula dengan rasa keras perut dan letih. Rasa nak deman (teringat Dr Ibrahim beritahu masa dia bentang di Bangkok pun ada rasa nak deman). Mungkin letih sebab fikir macam-macam, termasuklah bagaimana jika sesi soal jawab tak boleh dijawab? he he he.
`Mampukah aku ya? boleh ke buat?'. Monolog ragu dalam diri silih berganti, tulah buat badan dan fikiran rasa letih kot. `Berubah benar hidup aku sekarang, dah tak sesimple dulu...' Setelah melucutkan baju dan seluar, kurebahkan diriku yang seberat 84 kg (-untuk rekod) itu ke katil, memujuk mata supaya lena sekejap. Dalam keadaan hanya berunderware (jenama Renoma - untuk rekod) aku cuba memujuk mata...
`Jom petang ni kita round sungai Sarawak?' Kawanku yang daripada tadi diam tiba-tiba bersuara.
`Aku takut la, tadi orang putih pun ada, siap tanya soalan ke pembentang'. Aku bersuara tetapi tak menjawab soalan. he he he.
`Tulah mung, asal orang putih lawa, asal orang putih seksi, asal orang putih cerdik. Orang buleh buat kita pun buleh buat...bla, bla, bla...'. Kawan aku seolah berkhutbah walaupun hari ni bukan hari jumaat.
Namun mataku layu...gelap....zzzzz.
Jan: He he e
1 comment:
Fikirkan Boleh
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
Post a Comment