Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Sunday, August 10, 2008

Masalah orang cerdik...he he he








INGAT TAK LAGI masa kita di bangku sekolah dulu? Time tahun kita nak ambil periksa besar contohnya SPM atau STPM, cikgu-cikgu selalu ajar dan beri panduan untuk kita berjaya dalam peperiksaan. Berbuih mulut cikgu menekankan teknik-teknik belajar yang betul supaya kita berjaya dalam peperiksaan. Dan time bila result keluar kita selalu baca di dada akhbar pelajar yang berjaya dalam exam tu teruja (kembang hidung) menceritakan teknik-teknik belajar yang mereka amalkan, yang membawa kepada kejayaan mereka dalam peperiksaan.

Apabila tamat alam persekolahan dan peruniversitian, apabila kita mula menapak di dunia nyata keadaannya berbeza. Di dunia nyata ini kemahiran berfikirlah yang membawa kita kepada kejayaan di dalam pekerjaan dan kehidupan amnya (yang akhirnya membawa kepada kesejahteraan, kebahagiaan dan ketenteraman hidup).

Ada orang fikir panjang, ada orang fikir pendek. Ada orang bila fikir pasal orang lain selalu guna acuan yang ada pada dalam diri mereka sendiri (melihat dengan cara mereka sahaja). Ada pulak orang suka fikir pasal orang lain dengan cuba menyelami kehidupan orang yang difikirnya itu. Ada orang pulak memang tak peduli pasal orang lain. Malas nak fikir pasal orang lain (masyarakat), katanya, he he he.

Sampai sekarang saya merasakan cara kita berfikirlah mengambarkan siapa kita (dan nilai kita) dan saya percaya cara kita berfikir memang masih boleh dipertingkatkan, dibaiki lagi (macam kita buat senaman nak bina otot badan). Dan lagi saya percaya cara kita berfikirlah akan membawa kepada kesenangan hati, keyakinan dan rasa benar. Sebenarnya seringkali juga bimbang kalau-kalau cara saya fikir adalah cara lama (tentulah malu di hadapan para pelajar yang terkini dan semasa). Namun saya sendiri tidak pasti adakah cara saya berfikir itu dapat saya kelaskan kepada cara berfikir yang baru dan betul?

Sekarang purata kawan-kawan saya mempunyai kelayakan akademik yang agak tinggi belaka, pada tahap master dan ada yang memiliki PHD. Mereka berada di kolej-kolej dan universiti-universiti, di persekitaran akademik. Namun saya dapati ada di antara individu-individu pintar ini masih mempunyai masalah yang sama jika hendak dibandingkan dengan kawan-kawan saya yang mempunyai pelajaran setakat tingkatan 5 di kampung saya. he he he.

Ia tentu ada kaitan dengan cara mereka berfikir, teknik mereka berfikir. Saya tertanya-tanya apakah sebabnya yang menyebabkan individi yang pintar ini menjadi pemikir yang tidak mahir? pemikir yang emosi? Jom kita berfikir...

Mungkin masalah itu timbul kerana mereka berfikir hanya menggunakan satu cara berfikir sahaja (satu hala). Iaitu mengambil satu sudut pandangan sahaja. Dan mereka akan berpegang kuat kepada pandangan dan pendapat mereka itu (dengan IQ yang mereka ada). Oleh kerana mereka cenderung mempertahankan pandangan-pandangan mereka itu, mereka tidak mahu melihat cara lain atau berfikir dengan lebih luas, terbuka dan mendalam. Mereka cuai dan berpendapat tidak perlu mendengar pendapat/pandangan yang bertentangan dengan mereka.

Individu-individu pandai atau cerdik atau pintar ini sentiasa mahu betul, mereka takut melakukan kesilapan, so mungkin atas sebab itulah mereka banyak berfikir untuk membuktikan orang lain salah kot, he he he. Membuktikan pandangan/cara orang lain itu salah senang je, tapi adakah ianya membuktikan fikiran kita betul?

Kalau boleh mereka kenalah mengaku mereka mungkin salah. Tapi tidak, orang yang cerdik dan ada IQ yang tinggi ni suka menolak pendapat yang bertentangan dengan dirinya. Mereka cenderung mengkritik pendapat-pendapat, pegangan-pegangan dan pandangan-pandangan yang bertentangan dengannya secara hebat (sebab dia pintar).

Mencari kesilapan memang berguna kerana ia dapat menghindarkan kesilapan itu daripada berulang, boleh dijadikan pengajaran, dan kesilapan itu mungkin dapat diperbetulkan, manalah tau kan he he he. Sebenarnya kalau bab-bab nak mengkritik dan menyatakan sesuatu pandangan itu salah taklah perlu kena jadi pandai sangat (apatah lagi jika pintar dan pandai, dengan mudah mereka menggunakan kepintaran mereka untuk membuktikan dan mencari kesalahan berfikir pada orang lain).

Saya yakin orang yang pintar juga boleh jadi pemikir yang selekeh kerana masalah ego. Tak kanlah kita nak betul sahaja walaupun kita pintar. Tapi inilah masalah pada orang pintar, iaitu mereka nak betul saja.

Macam mana kita nak belajar teknik berfikir ya? Sebab ianya penting walaupun kita ada degree, master atau PHD. Kita kena belajar teknik berfikir. Orang mempunyai IQ yang tinggi pun tak semestinya tidak perlu diajar/belajar cara berfikir kan, dan janganlah pulak sapa-sapa yang mempunyai IQ yang rendah rasa tak payah belajar teknik berfikir kerana kononnya mereka tidak ada bakat berfikir, dan tidak akan menjadi pemikir yang hebat...(pulak dah).

Jankaulu:
Tak terniat pun nak ajar kawan, teman dan sahabat teknik berfikir...mereka semua hebat-hebat belaka, he he he.


4 comments:

danny said...

Projection Bias - this thing happen when we believe other people have same beliefs and behavior that we have.

Eja said...

sedang berfikir apa yg terfikir dan akan difikirkan... thanks mr jan.

Mohd Amli bin Abdullah @ Baharum said...

kritis dari persepsi pandangan...mungkin dah melangkah usia rembang...he heh heh (jgn ler tiru he he he dalam article) hah hah ha...aku skrg ajar o.b...

attribution theroy on how we determine whether external or internal factor influencing our attitude or behavior. Mungkin denan lebih tahu (sbb lagi lama ajar o.b) 3 rules....consistency, consesus dan distinctiveness...kalau amli( sebagai contoh ler..kan bagi contoh org lain...marah pulak) selalu marah2 org...klu selalu maksudnya amli adalah masalah peribadi (dalaman) kalau jarang2 mungkin faktor luar yang mempengaruhi. itu dari sudut consistency. Dari sudut distinctiveness pulak, amli selalu marah2 bukan saja kat opis tapi kat kedai makan, kat kedai runcit, dalam jamban...jika selalu, amli ada masalah dalaman ler klu kadang2 mesti ada faktor luaran dan dari sudut consensus lak klu org lain marah2 selalu mcm amli dalam situasi amli alami, masalah itu banyak punca dari luaran dan org lain tak marah2 selalu mcm amli dalam situasi yang amli lalui...maka amli lah yang bermasalah...heh heh he best tak??? nie ler contoh aku bg kat budak2 aku....

so teknik berfikir kena seimbang dari segi pemikiran mengunakan akal dan pemikiran mengunakan hati...yang itu timbulnya konsep empathy...

Teruskan suki...terus matangkan diri....you got the right path...heh heh heh.

Soalan: bila nak kawin nie, aku tak sabar2 nie??? Itu satu lagi pengalaman yang akan menukar persepsi diri anda...good luck

danny said...

tulisan yang bagus dan komen yang bagus.

Penulis blog ni telah menyediakan tempat untuk kita berfikir dan tulisan untuk kita berfikir dalam kehidupan.

ya betul... berkahwin akan mengubah sedikit corak pemikiran kita. Bila nak kawin? (ulang soalan amli) heheheh

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home